Usul Tafsir al-Quran – Sesi 24 – USUL No 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran.

VIDEO – [Durasi 1j 19m 50s] – Sesi 24 -Usul No 12 -Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran.

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xg-7dt4f-Yg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:35 : Mengetahui Struktur Mikro Dalam Setiap Ayat Al-Qur’an

02- 00:03:31 : Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Baik Hendaklah Berusaha Mencari Dan Mengesan Perkataan-perkataan Yang Saling Berkaitan Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Beberapa Ayat

03- 00:06:50 : Seseorang Penuntut Ilmu Al-Qur’an Hendaknya Sentiasa “Berjalan Dengan Memegang Jari” (Berjalan Bersama al-Quran) Setiap Perkataan Yang Dibacanya Di Dalam Setiap Ayat Al-Qur’an

04- 00:07:51 : Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah

05- 00:13:00 : Mengesan Kesinambungan Satu Perkataan Dengan Perkataan Lain, Seterusnya Satu Ayat Dengan Ayat Yang Lain

06- 00:13:22 : Mengesan Apa-apa Ayat Yang Tersirat Di Sebalik Beberapa Ayat Kecil (Jumlah) Di Dalam Sesuatu Ayat Yang Panjang

07- 00:14:35 : Berusaha Menggilap Kebolehan Memahami Struktur Ayat Dan Apa Yang Tersurat

08- 00:15:21 : Mamahirkan Diri Dalam Mengesan Apa-apa Yang Dibuang, Dan Apa Yang Seharusnya Di”takdir”kan

09- 00:15:59 : Terdapat Banyak Sekali Ayat-ayat Yang Disudahi Dengan Menyebutkan Sifat-sifat Tertentu Allah s.w.t

10- 00:17:42 : Contoh Struktur Ayat Dan Apa Yang Tersurat

11- 00:33:33 : Contoh Struktur Mikro Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Surah, Kepercayaan Pada Hari Pembalasan

12- 00:51:00 : Kaitan Rapat Di Antara Perkataan-perkataan Allah “Al-Hayyu” Dan “Al-Qayyum” Kemudian Bagaimana Ia Disusuli Dengan Penafian Dengan Sifat-sifat Yang Tidak Layak Bagi Allah

13- 00:55:19 : Sedikit Penjelasan Tentang Ayat Kursi

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran.

Usul seterusnya untuk memahami al-Quran dengan baik ialah berusaha mencari dan mengesan perkataan-perkataan yang saling berkaitan di dalam sesuatu ayat atau beberapa ayat. Seseorang penuntut ilmu al-Quran hendaknya sentiasa berjalan dengan memegang jari setiap perkataan yang dibacanya di dalam setiap ayat al-Quran. Semua perkataan di dalam al-Quran ada ertinya tersendiri. Tiada satu pun hurufnya berlebihan atau sia-sia. Dalam membincangkan sesuatu perkataan, para ulama Tafsir kadang-kadang memerlukan beberapa muka surat untuk menyelami maksudnya. Mereka sehabis daya berusaha mengaitkan satu ayat dengan ayat yang lain, bahkan satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Segala mahzufaat (perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dibuang) dipastikan. Segala yang tersembunyi pula dinyatakan. Betapa besarnya jasa dan sumbangan mereka, Allah sahajalah yang dapat memberikan ganjarannya.

Berikut dikemukakan beberapa langkah yang perlu diambil dalam usaha mengesan kesinambungan satu perkataan dengan perkataan lain, seterusnya satu ayat dengan ayat yang lain:

(a) Mengesan apa-apa yang tersirat di sebalik beberapa ayat kecil (jumlah) di dalam sesuatu ayat yang panjang

(b) Berusaha menggilap kebolehan memahami struktur ayat dan apa yang tersurat.

(c) Memahirkan diri dalam mengesan apa-apa yang dibuang (mahzufaat) dan apa yang seharusnya ditaqdirkan .

(d) Terdapat banyak sekali ayat-ayat yang disudahi dengan menyebutkan sifat-sifat tertentu Allah s.w.t. seperti “as-Sami’ ul-Alim”, “Al-Azizul Hakim”, “Al-Ghaniyul Hameed”, “Al-Ghafurul Rahim” dan sebagainya. Sifat-sifat itu tentu sekali tidak disebutkan sebarangan tanpa sesuatu maksud. Ia tentunya mempunyai kaitan dan pertalian dengan apa yang tersebut sebelumnya atau selepasnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah merenungi apakah gerangan hikmat di sebalik sifat-sifat Allah itu disebutkan pada tempat-tempat berkenaan.

Berapa Contoh Struktur Mikro Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Surah

a) Di dalam Surah at-Tiin, cuba lihat betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan “At-Tiin” dengan “Az-Zaitun”, perkataan “Az-Zaitun” dengan “Thursinin” (Thur sina) dan seterusnya di antara perkataan “Thursinin” dan”al baladil amiin”. Keempat-empat perkataan itu pula berkait rapat dengan rangkai kata “ahsanitaqwiim” dan “asfalasaafiliin”. Dan semua yang tersebut itu pula berkait rapat dengan “Addiin” atau “Yaumiddiin” (hari pembalasan) iaitu hari kiamat di mana manusia akan mendapat balasan bagi semua amalannya, sama ada baik atau buruk. Pada hari kiamat nanti akan nyatalah keadilan dan kesaksamaan Allah. Sesungguhnya hari kiamat itu merupakan sebesar-besar dalil bagi adanya “Ahkamil haa kimiin” (Tuhan Yang Maha Adil dan Saksama).

b) Perhatikanlah betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan-perkataan Allah, Al-Hayyu dan Al-Qayyum. Kemudian perhatikan pula bagaimana ia disusuli dengan penafian sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah daripada Allah (sifat-sifat tanzihiyyahNya, iaitu mengantuk dan tidur. Perkaitan di antaranya amat rapat sekali. Syafa’at berkait rapat dengan ilmu. Kursi Allah pula berkait rapat denganNya. Kekuasaan Allah berkait rapat dengan sifat tanzihiNya, “Layanuuduhu” (dia tidak berasa berat). Sifat Tuhan “Al-“Aliyyul’azim” (Maha Tinggi Lagi Maha Besar) pula mencukupi dan merangkumi semua sekali kandungan ayat al-Kursi itu sendiri.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 24 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12 

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 23 – (SAMBUNGAN) USUL 9 – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA, USUL 10 – KERANGKA KASAR (STRUKTUR MAKRO) SETIAP SURAH dan Usul Ke 11 – Mengetahui Tajuk Perbincangan Khusus Setiap Surah

VIDEO – [Durasi 1j 19m 24s] – Sesi 23 -Usul No 9 -Memahami Quran Berdasarkan Tertib Quran Yg Ada & Usul 10

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/U0KRQpM-IzA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:16 : Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib (Susunan Surah) al-Quran Yang Ada

02- 00:00:56 : Peringatan Yang Ketiga

03- 00:03:37 : Perbezaan Kiraan Tentang “Bismillah” Dalam Surah Al-Fatihah

04- 00:06:30 : Perbezaan Dari Sudut Perkataan

05- 00:09:47 : Perbezaan Pendapat Dari Segi Adakah Bismillah Satu Juzuk Dari Surah Atau Tidak Dari Al-Fatihah

06- 00:13:38 : Setiap Surah Seharusnya Diterima Sebagai Satu Unit Tersendiri

07- 00:15:13 : Keadaan Surah-surah Al-Quran Yang Saling Berkaitan

08- 00:21:57 : Antara Surah-surah Yang Saling Berkait Di Antara Satu Sama Lain

09- 00:33:04 : Usul Yang Ke

10 – Mengetahui Struktur Makro (Kerangka Umum) Setiap Surah

10- 00:51:52 : Usul Yang Ke 11 – Mengetahui Tajuk Perbincangan Khusus Setiap Surah

11- 00:57:56 : Beberapa Contoh Mesej Utama Surah

12- 01:15:25 : Peringatan 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

dan

USUL KESEPULUH – KERANGKA KASAR (STRUKTUR MAKRO) SETIAP SURAH

[SAMBUNGAN] Qaedah umum dan cirri-ciri surah Madaniyyah pula adalah sebagaimana berikut :

Peringatan (3):-

Berhubung dengan bilangan ayat-ayat di dalam al-Quran, sememangnya terdapat khilaf’ di kalangan, di samping apa-apa yang ada kaitan dengannya adalah Madaniyyah.

i) Menurut sebilangan besar ulama, jumlah kesemua sekali ayat-ayat al-Quran ialah enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat (6,666).

ii) Ada yang berpendapat enam ribu enam ratus enam belas (6616) sahaja.

iii) Ada yang berpendapat hanya enam ribu dua ratus enam belas (6612) sahaja.

iv) Ada juga yang berpendapat enam ribu dua ratus tiga puluh tujuh (6237) sahaja.

v) Yang paling tepat berhubung dengan jumlah kesema sekali (total) ayat-ayat al-Qur’an ialah enam ribu dua ratus dua belas (6612) sahaja. Inilah jumlah yang akan anda perolehi apabila anda mencampurkan semua sekali ayat-ayat yang jelas di dalam 114 surah yang ada di dalam al-Quran.

Berhubung dengan bilangan perkataan di dalam al-Quran pula terdapat beberapa pendapat seperti berikut:

i) Tujuh puluh tujuh ribu Sembilan ratus tiga puluh tiga (77933)

ii) Tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh tujuh (77437)

iii) Tujuh puluh tujuh ribu dua ratus tujuh puluh tujuh (77277)

iv) Menurut Mujahid, tujuh puluh enam ribu empat ratus tiga puluh (76430)

v) Menurut Abdul Aziz bin `Abdillah, tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh (77430)

vi) Menurut Fadhal bin Syazaan, tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh Sembilan (77439)

vii) Menurut Dr. Zul Fiqaar Kaazim di dalam Quran e Hakeem Ensiklopedia, jumlahnya ialah lapan puluh enam ribu enpat ratus tiga puluh perkataan (86430)

Di sana ada dua pendapat yang masyhur berkenaan dengan jumlah semua sekali huruf di dalam al-Quran, iaitu:

i) Tiga ratus dua puluh tiga ribu enam ratus tujuh puluh satu huruf (323671)

ii) Tiga ratus dua puluh tiga ribu tujuh ratus enam puluh huruf (323760)

e) Setiap Surah seharusnya diterima sebagai satu unit tersendiri. Para pelajar hendaklah mengkaji dan memahami al-Quran berpandukan surah-surahnya, setelah menerima setiap surah sebagai satu unit tersendiri.

Keadaan Surah-Surah Al-Quran Yang Saling Berkaitan

Surah-surah al-Quran itu saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Al-Quran laksana sebuah bangunan agam dengan ruang-ruang atau bilik-biliknya bersambungan di antara satu sama lain. 114 surah yang terkandung di dalamnya bagaikan ruang-ruang atau bilik-bilik yang saling bersambungan dan berkaitan. Sebagai contohnya:

(i) Surah al-Baqarah terletak berdempet dengan Surah Aali `Imran. Kedua-duanya saling berkait rapat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. memanggil kedua-duanya dengan (dua surah yang cerah dan bersinar-sinar) dan….. (dua surah yang berkilauan dan bersinar-sinar). Surah al-Baqarah banyak mengandungi tafsiran tentang……. (golongan yang dimurkai Allah) yang tersebut di akhir Surah al-Fatihah. Surah Aali Imran pula banyak mengandungi tafsiran tentang …….(golongan sesat) yang juga tersebut di akhir Surah a-Faatihah.

(ii) Surah at-Thalaaq terletak berdampingan dengan Surah at-Tahrim. Topik kedua-duanya sama. Berkenaan dengan kehidupan kekeluargaan.

(iii) Surah al-Anfaal terletak berdempet dengan Surah at-Taubah. Kedua-duanya membicarakan tentang jihad.

(iv) Surah ad-Dhuha dan al-Insyiraah terletak berdampingan. Kedua-duanya adalah saranan perlindungan. Kerana itulah Nabi s.a.w. menamakan kedua-duanya dengan…… (dua surah pelindung)

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 23 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 9, 0 & 11

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 22 – (SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

VIDEO – [Durasi 1j 10m 11s] – Sesi 22 – Pengenalan (Usul Tafsir al-Quran) – Maulana Asri – 24-Jun-16

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Kxg0bXq9JNw

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:30 : Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib (Susunan Surah) al-Quran Yang Ada

02- 00:05:46 : Guruh-guruh Dan Malaikat-malaikat Memuji Allah s.w.t

03- 00:07:55 : Semua Agama Langit Menerima Baik Nabi Ibrahim a.s

04- 00:11:13 : Maksud-maksud Utama Nama-nama Surah

05- 00:29:30 : Surah Al-Mu’minun Dan Kelebihan Penyair-penyair

06- 00:34:36 : Surah Al-Qasas Dan al-Ankabut – Perbandingan Orang Yang Mengambil Orang Lain Sebagai Tuhan Selain Allah Adalah Umpama Labah-labah

07- 00:37:20 : Surah Ar-Rum Dan Pengajaran Dari Cerita Bangsa Rum

08- 00:39:25 : Surah Luqman Dan Ahli Hikmah

09- 00:42:25 : Peringatan Yang Pertama

10- 00:44:47 : Peringatan Yang Kedua

11- 00:47:15 : Kaedah Umum Dan Ciri-ciri Surah Makkiyah

12- 01:00:50 : Kaedah Umam Dan Ciri-ciri Surah Madaniyah

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

Bab: Nama-nama Surah Dalam Al-Quran

11. Surah Huud – Juzuk: 11 – 12 – Makkiyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 123 – Bilangan Ruku’nya : 10

dan seterusnya.

Peringatan (1) :-

Surah-surah yang disepakati ahli tafsir sebagai surah-surah Madaniyyah ada 20 kesemuanya. Di bawah ini dikemukakan senarainya :

i) al-Baqarah

ii) Aalii ‘Imran

iii) An-Nisaa’

iv) Al-Maa’idah

v) al-Anfaal

vi) at-Taubah

vii) an-Nuur

viii) al-Ahzaab

ix) Muhammad

x) Al-Fath

xi) al-Hujuraat

xii) al-Hadid

xiii) al- Mujaadilah

xiv) al-Hasyr

xv) al-Mumtahanah

xvi) al-Jumu’ah

xvii) al-Munafiqin

xviii) al-Thalaaq

xix) at-Tahrim

xx) an-Nashr

Surah-surah yang khilaf para ahli tafsir tentang Makkiyyah atau Madaniyyahnya pula ada 13. Senarainya adalah seperti berikut:

i) Al-Faatihah

ii) Ar-Ra’ad

iii) AL-Hajj

iv) Ar-Rahman

v) As-Shaff

vi) At-Taghabuun

vii) Al-Munafiqun

viii) Al-Qadr

ix) Al-Baiyyinah

x) Al-Zalzalah

xi) Al-Ikhlash

xii) AL-Falaq

xiii) An-Naas

Selebihnya adalah surah-surah yang disepakati mereka sebagai surah-surah Makkiyyah.

Kesimpulannya: Jumlah kesemua sekali surah di dalam al-Qur’an ada 114. 20 daripadanya adalah surah-surah Madaniyyah. 81 daripadanya adalah surah-surah Makkiyyah dan 13 daripadanya pula adalah yang diperselisihkan, sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah.

Peringatan (2) :-

Sesuatu surah dikatakan Makkiyyah atau Madaniyyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya. Ia tidak bererti setiap ayat di dalam surah Makkiyyah diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kerana mungkin juga ada di dalamnya satu atau dua ayat yang diturunkan setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Demikian juga sebaliknya, mungkin ada di dalam surah yang dikatakan Madaniyyah satu atau dua ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Bagaimanapun para ulama Tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri-ciri bagi masing-masing daripada surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

Antara qaedah umum dan ciri-ciri surah Makkiyyah adalah sebagai berikut :

(i) Setiap surah yang di dalamnya ada ayat sajdah adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Hajj. Kerana para ahli Tafsir masih khilaf tentangnya. Sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah, meskipun di dalamnya terdapat dua ayat Sajdah.

(ii) Semua Surah yang di dalamnya digunakan perkataan “Kalla” adalah Makkiyyah . Perkataan ini berulang sebanyak 33 kali di bahagian separuh akhir al-Qur’an. Ia bertaburan di dalam 15 Surah.

(iii) Surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan “Ayyuhan Nas” adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Surah al-Hajj.

(iv) Semua Surah yang dimulakan dengan Huruf Muqattha’at Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Aali ‘Imraan.

(v) Semua Surah yang tersebut di dalamnya kisah para nabi dan umat-umat di zaman silam adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.

(vi) Setiap Surah yang tersebut di dalamnya kisah Adam dan Iblis adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.

(vii) Surah-surah yang mengandungi pembuktian tentang ‘aqidah tauhid, risalah (kerasulan), hari kebangkitan, hari kiamat, syurga dan neraka pada umumnya adalah surah-surah Makkiyyah.

(viii) Surah-surah yang memaparkan akhlaq-akhlaq yang mulia di samping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin, seperti membunuh orang-orang yang tidak bersalah, memakan harta anak yatim, menanam hidup-hidup anak-anak perempuan dan lain-lain adalah Makkiyyah.

(ix) Surah-surah Makkiyyah pada umumnya mengandungi ayat-ayat yang pendek, penuh erti dan banyak menggunakan seni bahasa ‘Arab yang tinggi. Penggunaan seni bahasa seperti tasybih, tamtsil, kinayah, majaaz dan isti’aarah adalah suatu yang lumrah di dalamnya. Perbendaharaan katanya juga sangat luas.

QAEDAH UMUM DAN CIRI-CIRI SURAH MADANIYYAH PULA ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:

i) Surah-surah yang mengandungi kewajipan-kewajipan agama (seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya) dan hukum-hukum hudud adalah Madaniyyah.

ii) Surah-surah yang menyebutkan tentang golongan munafiqin dan gelagat-gelagat mereka Madaniyyah, kecuali Surah al-‘Ankabut.

iii) Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang ditujukan kepada Ahli al-Kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah Madaniyyah.

iv) Surah-surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan “Ya ayyuhalLazi naamanu” umumnya Madaniyyah.

v) Surah-surah yang mengandungi hukum-hakam ibadat, muamalat, hudud, pusaka, perang, damai, kekeluargaan, kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara bangsa Madaniyyah kesemuanya.

vi) Banyak daripada surah Madaniyyah panjang. Demikian juga dengan ayat-ayatnya. Di dalamnya terdapat panduan yang agak terperinci tentang sesuatu peraturan atau tatacara melaksanakan sesuatu perintah dan larangan Allah.

vii) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan penyembah berhala secara khususnya, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan Ahli al-Kitab atau golongan munafiqin.

viii) Gaya bahasa surah-surah Madaniyyah pada umumnya bersahaja dan terang. Penggunaan bahasa-bahasa berbunga dan penuh dengan pelbagai seni bahasa `Arab kurang terdapat di dalamnya. Ini kerana realiti masyarakat Madinah adalah daripada latar belakang yang berbeza-beza. Keadaan mereka sememangnya menghendaki bahasa yang terang dan sederhana digunakan.

ix) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menekankan fasal tauhid, kemahiran, kehidupan di alam akhirat, pemandangan hari kiamat, menghiburkan Rasulullah s.a.w. dan kisah-kisah zaman lampau, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menekankan soal-soal kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketamuddunan.

x) Surah-surah yang mengandungi keizinan berjihad dan hukum-hakam semasa berperang, di samping apa-apa yang ada kaitan dengannya adalah Madaniyyah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 22 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 9

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 21 – (SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

VIDEO – [Durasi 1j 38m 38s] – Sesi 21 – Usul No 9 – Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib al-Quran Yang Ada

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TQ81axQzh2E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:30 : Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib al-Quran Yang Ada

02- 00:03:17 : Nama-nama Surah Dan Punca Dinamakan Surah Tersebut

03- 00:08:09 : Surah Al-Fatihah Dan Nama-namanya Yang Lain

04- 00:31:03 : Surah Al-Baqarah Dan Latarbelakang Surah Ini

05- 00:37:54 : Agama Hindu Dan Pemujaan Terhadap Lembu

06- 00:41:01 : Nama Yang Lain Bagi Surah Al-Baqarah

07- 00:42:32 : Surah Al-Imran Dan Punca Dinamakan Surah Ini Dan Nama Yang Lain Bagi Surah Al-Imran

08- 00:47:16 : Surah An-Nisa’ Dan Latarbelakang Surah Ini Dan Nama Yang Lain Bagi Surah An-Nisa’

09- 00:53:43 : Surah Al-Maidah Dan Punca Dinamakan Surah Ini

10- 00:56:45 : Surah Al-An’am Dan Punca Dinamakan Surah Ini

11- 01:05:30 : Golongan Yang Tidak Ada Agama

12- 01:07:06 : Nama Yang Lain Bagi Surah Al-An’am

13- 01:07:50 : Surah Al-A’raf Dan Punca Dinamakan Surah Ini

14- 01:10:24 : Surah Al-Anfal Dan Punca Dinamakan Surah Ini

15- 01:12:39 : Surah At-Taubah Dan Punca Dinamakan Surah Ini Dan Nama Yang Lain Bagi Surah At-Taubah

16- 01:21:12 : Surah Yunus Dan Punca Dinamakan Surah Ini, Ujian Dakwah Nabi Yunus a.s

17- 01:32:00 : Adakah Amalan Membaca Fatihah Setiap Kali Hendak Memulakan Pekerjaan Ada Asasnya Dalam Sunnah?

18- 01:33:38 : Siapakah Yang Dimaksudkan Orang-Orang Yang Dimurkai Dan Orang-orang Yang Sesat Dalam Surah Al-Fatihah ?

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

Bab: Nama-nama Surah Dalam Al-Quran

1. Surah Al-Fatihah – Juzu’ 1 Makkiyyah/Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 7 Bilangan Ruku’nya : 1

2. Surah Al-Baqarah – Juzuk: 1-2-3 – – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 286 – Bilangan Ruku’nya : 40

3. Surah Al-Aali Imran – Juzuk: 3-4 – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 200 – Bilangan Ruku’nya : 30

4. Surah An-Nisaa’ – Juzuk: 4-5-6 – Madaniyyah -Bilangan Ayat-Ayatnya : 176 – Bilangan Ruku’nya : 24

5. Surah Maa’idah – Juzuk: 6- 7 – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 120 – Bilangan Ruku’nya : 16

6. Surah Al-An’aam – Juzuk: 7 – 8 – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 165 – Bilangan Ruku’nya : 30

7. Surah Al-A’raaf – Juzuk: 7 – 8 – Makkiyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 206 -Bilangan Ruku’nya : 24

8. Surah Al-Anfaal – Juzuk: 9 – 10 – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 75 – Bilangan Ruku’nya : 10

9. Surah At-Taubah – Juzuk: 10 -11 – Madaniyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 129 – Bilangan Ruku’nya : 16

10. Surah Yunus – Juzuk: 11 – Makkiyyah – Bilangan Ayat-Ayatnya : 109 – Bilangan Ruku’nya : 11

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 21 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 9

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 20 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 40m 34s] – Sesi 20 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Nz2UZOM7Cv4 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:15 : Ayat Tentang Kehidupan Kekeluargaan Dan Peranan Wanita

02- 00:12:58 : Ayat Tentang Menjaga Diri Dan Keluarga Dari Api Neraka

03- 00:21:13 : Isteri-isteri Nabi-nabi a.s

04- 00:27:56 : Ayat Tentang Kewarganegaraan Wanita Dan Peranannya Dalam Pengintipan

05- 00:29:03 : Ayat Tentang Cerita Seorang Ahli Badar Membocorkan Rahsia

06- 00:37:00 : Ayat Tentang Layanan Kerajaan Islam Terhadap Orang-orang Kafir

07- 00:42:32 : Nabi s.a.w Buat Perjanjian Bai’ah Dengan Wanita

08- 00:43:24 : Ayat Tentang Hak-hak Allah, Rasul Dan Orang-orang Islam

09- 00:44:27 : Ayat Tentang Jihad Dengan Orang-orang Musyrikin, Jihad Dengan Ahli Kitab Yahudi Dan Nasara

10- 00:46:04 : Ayat Tentang Orang-orang Yang Tidak Percaya Kepada Nabi Muhammad s.a.w Sebagai Nabi Terakhir Adalah Ahli Neraka

11- 00:47:20 : Ayat Tentang Pemberitahuan Tentang Kewafatan Nabi s.a.w

12- 00:50:00 : Usul Yang Kesembilan Iaitu Memahami Al-Quran Berdasarkan Tartib al-Quran Yang Ada

13- 01:33:37 : Adakah Perlu Berpuasa Atau Berbuka Jika Berperang Dalam Bulan Ramadhan?

14- 01:36:07 : “Bismillah” Pada Setiap Surah Itu Adalah “Taukifi” Tetapi Khilaf Sama Ada Ianya Sebahagian Dari Surah

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

Bab: Surah Yang Diturunkan DI Madinah

NOTA KULIAH

(20) Nama surah: Surah at-Tahrim

Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita.

(21) Nama surah: Surah al-Mumtahanah

Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Kewarganegaraan wanita dan peranannya dalam pengintipan.

(22) Nama surah: Surah al-Hujurat

Zaman turun: Tahun ke 9 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Hak-hak Allah, Rasul dan orang-orang Islam

(23) Nama surah: surah at-Taubah

Zaman turun: Pada bulan Rajab tahun ke 9. Sama ada sebelum atau selepas perang Tabuk

Isi kandungan utamanya: Jihad dengan orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nashara

(24) Nama surah: Surah al-Baiyyinah

Zaman turun: Tahun ke 10 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Orang-orang yang tidak percaya kepada nabi Muhammad sebagai nabi terakhir adalah ahli neraka

(25) Nama surah: Surah al-Nashr

Zaman turun: Pada bulan Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Mina

Isi kandungan utamanya: Pemberitahuan tentang kewafatan Baginda s.a.w Rasulullah s.a.w wafat pada bulan Rabi’ul Awwal tahun ke 11 hijrah.

—————————————————————————————————————————————————————————————————————-

USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

Usul kesembilan ialah memahami al-Quran berdasarkan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini. Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq diturunkan. Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya. Pendek kata tertib turun al-Quran tidak sama dengan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf hari ini. Kenapa berlaku begitu? Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Quran menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut?

Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara di bawah ini:

a) Tertib Tauqifi

Tertib al-Quran seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dari Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula menerimanya dari Jibril dan Jibril pula menerimanya dari Allah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan Tertib Tauqifi kerana pada hakikatnya ia bukan hasil ijtihad manusia. Justeru ia adalah suatu yang dikehendaki Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Quran itu dihafal oleh para huffaaz dan qurra’ semenjak zaman Sahabat, Tab’i, Tab’i at-Tabi’in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaji.

b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah

Surah al-Fatihah adalah Makkiyyah. Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali `Imraan, an-Nisaa’ dan al-Maa’idah. Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh dua surah Makkiyyah, iaitu al-An’aam dan al-A’Raaf. Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah, iaitu al-Anfaal dan at-Taubah. Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh ma’na di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

c) Nama-Nama Surah

Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama surah.

i) Sebahagian besar nama-nama surah adalah tauqifi. Bagaimanapun tidak semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w.

ii) Banyak daripada nama-nama surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.

iii) Sesetengah surah mempunyai beberapa nama. Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad. Nama keduanyaialah al-Qitaal.

d)   Surah-Surah, Juzu’-juzu’ dan Ruku’-ruku’.

i)  Di dalam al-Quran ada 114 Surah semuanya.  Pembahagian Surah-Surah kepada 114 adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi.  Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur’an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur’an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu’-juzu’ merupakan usaha sia-sia.

ii)  Pembahagian  al-Qur’an kepada 30 juzu’ bukan tauqifi. Ia adalah hasil ijtihad para ulama yang datang kemuadian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saiyidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur’an. Pembahagian al-Qur’an kepada 30 juzu itu hanyalah pembahagian kuntitatif semata-mata.

iii) Pembahagian al-Qur’an kepada ruku-ruku juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu’-juzu’ merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat, kesesuaian topik juga ada diambil kira.  

Di bawah ini dikemukan carta pembahagian al-Qur’an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada juzu-juzu’, ruku’ruku’ dan lain-lain.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 20 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 19 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 09m 19s] – Sesi 19 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/EXDQ38HNQT0 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:30 : Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

02- 00:01:57 : Ayat Tentang Orang-orang Munafik Di Peringkat Permulaan Islam

03- 00:05:35 : Ayat Tentang Berita Gembira Umat Islam Akan Menakluki Farsi Dan Afrika

04- 00:07:36 : Ayat Tentang Berita Gembira Mendapat Kemenangan Penaklukan Kota Mekah

05- 00:11:08 : Ayat Tentang Tugas & Peranan Seorang Rasul Iaitu Sampaikan Ayat-ayat (al-Quran), Menyucikan Jiwa-Jiwa, Mengajar Al-Quran Dan Sunnah

06- 00:13:54 : Nabi s.a.w Datang Untuk Mengajar Al-Quran Dan Sunnah

07- 00:23:10 : Orang Yang Terlalu Mementingkan Dunia

08- 00:24:36 : Ayat Berkenaan Dengan Ibadah Haji, Undang-Undang Islam

09- 00:26:52 : Ayat Tentang Sempurnakanlah Aqad-aqad

10- 00:28:36 : Ayat Tentang Bab Makan Minum

11- 00:35:42 : Dalil Imam Malik Bahawa Binatang Yang Bertaring Boleh Dimakan

12- 00:40:37 : Ayat Tentang Kelebihan Anjing

13- 00:45:13 : Tentang Khilaf Dalam Wudhu’

14- 00:48:44 : Ayat Tentang Keadilan Dalam Islam

15- 00:50:09 : Ayat Tentang Pelaksanaan Hukum Qisos

16- 01:01:15 : Ayat Tentang Kehidupan Kekeluargaan Dan Peranan Wanita 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

(17) Nama surah: Surah al-Fath

Zaman turun: tahun ke 6 hijrah. Sekembali dari suluh Hudaibiah.

Isi kandungan utamanya: Berita gembira akan menakluk Farsi dan Afrika.

(18) Nama surah: Surah al-Jumu’ah dari ayat 1 hingga 8

Zaman turun: Selepas penaklukan Khaibar pada bulan Muharram tahun ke 7 hijrah.

Isi kandungan utamanya: Jawatan kerasulan dan penyucian jiwa

(19) Nama surah: Surah al-Maa’idah

Zaman turun: Tahun ke 7 hijrah

Isi kandungan utamanya: Undang-undang Islam dan sekularisma.

(20) Nama surah: Surah at-Tahrim

Zaman turun: Tahun ke 8 hijrah

Isi kandungan utamanya: Kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 19 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 18 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 59m 42s] – Sesi 18 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/JVwTh46xj6U ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:25 : Ayat Tentang Hukum Hakam Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

2- 00:02:16 : Ayat Tentang Kewajipan Melaksanakan Hukum Allah Dalam Hal-hal Masyarakat

3- 00:08:46 : Empat Istilah Dalam Al-Quran Yang Mana Orang Islam Cuai, Orang Islam Tidak Faham Walaupun Dia Islam

4- 00:18:03 : Ayat Tentang Maruah, Melindungi Kehormatan

5- 00:29:03 : Ayat Tentang Usul Dirayah Menilai Hadith Berdasarkan Aqal)

6- 00:40:23 : Ayat Tentang Orang-orang Yang Baik Untuk Orang-orang Yang Baik

7- 00:51:48 : Ayat Berkaitan Hijab

8- 00:59:55 : Ayat Tentang Undang-undang Islam Di Muka Bumi

9- 01:04:35 : Ayat Tentang Janji Allah Akan Ada Kekuasaan (Pemerintahan) Negara Islam

10- 01:11:27 : Ayat Tentang Berita Gembira Umat Islam Akan Menakluki Farsi Dan Afrika

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

(16) Nama surah: Surah an-Nuur

Zaman turun: Tahun ke 6 hijrah

Isi kandungan utamanya: Hukum-hakam kekeluargaan dan kemasyarakatan

(17) Nama surah: Surah al-Fath

Zaman turun: tahun ke 6 hijrah. Sekembali dari suluh Hudaibiah.

Isi kandungan utamanya: Berita gembira akan menakluk Farsi dan Afrika.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 18 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 17 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 26m 0s] – Sesi 17 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IJwOvuaJ4_Q ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:39 : Ayat Tentang Menegakkan Keadilan Dan Kesaksamaan Dengan Adanya Sebuah Pemerintahan Dan Negara Islam

2- 00:12:07 : Ayat Tentang Taqdir Dan Hikmahnya

3- 00:21:46 : Ayat Tentang Besi Ada Kekuatan, Besi Sendiri Diberi Makna Kekuasaan

4- 00:25:15 : Ayat Tentang Hukum-hukum Kekeluargaan, Ketenteraan, Kemasyarakatan Dan Berkaitan Dengan Keluarga Nabi s.a.w Dan Kedudukan Nabi Dengan Ummatnya

5- 00:28:39 : Ayat Tentang Hukum Zihar Dan Anak Angkat

6- 00:38:47 : Ayat Tentang Golongan Yang Buat Pakatan Untuk Menghancurkan Islam

7- 00:46:12 : Ayat Tentang Nabi s.a.w Dengan Isteri-Isteri Baginda

8- 00:54:21 : Ayat Tentang Kedudukan Nabi s.a.w Dengan Ummatnya

9- 00:56:00 : Ayat Tentang Adab Dengan Nabi s.a.w

10- 01:03:40 : Ayat Hukum Zihar ,Iaitu Seseorng Mengatakan Isterinya Serupa Dengan Ibunya Dan Hikmatnya

11- 01:15:01 : Ayat Tentang Sifat Golongan Munafik

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

(12) Nama surah: Surah al-Hadid

Zaman turun: Tahun ke 4 hijrah

Isi kandungan utamanya: Tegaknya keadilan dan kesaksamaan.

(13) Nama surah: Surah al-Ahzaab

Zaman turun: Di antara tahun ke 4 dan ke 5 hijrah

Isi kandungan utamanya: Hukum-hukum kekeluargaan, ketenteraan dan kemasyarakatan.

(14) Nama surah: Surah al-Mujaadilah

Zaman turun: Tahun ke 5 hijrah

Isi kandungan utamanya: Hukum-hakam zihaar dan lain-lain

(15) Nama surah: Surah al-Munaafiqun

Zaman turun: Tahun ke 6 hijrah. Pada tahun ini juga berlaku perang dengan Bani Musthaliq

Isi kandungan utamanya: Jangan jadi munafiq. Sebaliknya berbelanjalah di jalan Allah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 17 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 16 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 19m 44s] – Sesi 16 -Usul No 8 – Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Kgl9wCbmBno ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:17 : Ayat Tentang Sistem Masyarakat Yang Kukuh – Bermula Dari Sistem Kekeluargaan Hingga Kepada Kenegaraan

02- 00:06:54 : Ayat Mengambil Berat Terhadap Anak Yatim

03- 00:08:27 : Orang Lelaki Boleh Berkahwin Sehingga Empat Orang

04- 00:09:12 : Apabila Seseorang Lelaki Hendak Kahwin, Dia Hendaklah Menyediakan Mas Kahwin

05- 00:09:51 : Harta Adalah Sesuatu Yang Penting Dalam Kehidupan

06- 00:12:06 : Ayat Tentang Lelaki Dan Perempuan Ada Bahagian Masing-masing Dari Harta Yang Ditinggalkan Si Mati.

07- 00:13:02 : Jangan Tinggalkan Zuriat Yang Lemah Selepas Kita

08- 00:14:09 : Orang Yang Makan Harta Anak Yatim Seperti Makan Api Neraka

09- 00:14:33 : Ayat Tentang Hukum Pusaka Dalam Islam

10- 00:31:47 : Orang-orang Yang Menyeleweng Dalam Masyarakat – Lelaki Atau Perempuan Mengadakan Hubungan Sejenis

11- 00:32:40 : Ayat Tenteng Kehidupan Berkeluarga; Jika Kita Tidak Suka Atau Tidak Berpuas Hati Dengan Isteri Kita, Jangan Cepat Hendak Bercerai

12- 00:35:04 : Ayat Tentang Kenapa Orang Islam Tidak Boleh Berkahwin Dengan Orang-orang Tertentu

13- 00:40:04 : Al-Quran Menganjurkan Kita Supaya Menjauhi Dari Melakukan Seks Bebas Antara Lelaki Dengan Perempuan. Keinginan Seks Hendaklah Disalurkan Dengan Cara Yang Betul Sebagaimana Yang Disyariatkan.

14- 00:40:23 : Ayat Tentang Makan Harta Dengan Cara Yang Tidak Benar Dan Tentang Bunuh Diri

15- 00:43:24 : Ayat Yang Menerangkan Bahawa Dosa Ada Dua Jenis Iaitu Dosa Besar Dan Dosa Kecil

16- 00:45:15 : Ayat Yang Menerangkan Tentang Dengki Sesama Manusia

17- 00:50:24 : Ayat Yang Menerangkan Tentang Kedudukan Dalam Keluarga

18- 00:57:41 : Ayat Yang Menerangkan Tentang Kepimpinan

19- 01:05:40 : Ayat Tentang Menegakkan Hukum Islam.

20- 01:09:00 : Kenapa Perlu Ada Jihad?

21- 01:11:55 : Ayat Yang Membela Orang-orang Yang Susah, Orang Yang Berjuang Di Jalan Allah, Melepaskan Daripada Ditindas Orang Dan Ayat Tentang Orang Yang Tidak Ada Arah Tuju Dalam Kehidupan

22- 01:16:10 : Ayat Yang Menerangkan Syurga Dan Neraka Adalah Hak Allah Bukan Hak Sesiapa Yang Lain

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

11) Nama surah: Surah an-Nisaa’

Zaman turun: tahun ke 4 hijrah

Isi kandungan utamanya: Sistem masyarakat yang kukuh bermula daripada kekeluargaan hingga kepada kenegaraan

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 16 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 15 -(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 21m 28s] – Sesi 15- Usul No 8 – Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DeQ91hDaR7E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:25 : Ayat Tentang Hukum Thalaq Dan Iddah

2- 00:13:47 : Ayat Tentang Etika Perang Dan Galakan Infak

3- 00:24:33 : Ayat Tentang Harta Rampasan Perang

4- 00:37:54 : Ayat Tentang, “Kamu Akan Beroleh Kemenangan Jika Kamu Membela Agama Allah”

5- 00:46:19 : Ayat Tentang Usaha-usaha Untuk Memenangkan Agama Islam

6- 01:06:54 : Ayat Tentang Rawatan Penyakit Nifaq Dengan Sifat-Sifat Allah

7- 01:13:30 : Nabi s.a.w Menghalau Orang-orang Yahudi Dari Bumi Madinah Bahkan Mengeluarkan Mereka Dari Semenanjung Arab

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

5) Nama surah: Surah at-Thalaaq

Zaman turun: Tahun ke 2 hijrah. Sebelum perang Badar.

Isi kandungan utamanya: Penggunaan hukum thalaaq dan azab yang menimpa umat yang lalu.

(6) Nama surah: Surah Muhammad

Zaman turun: tahun ke 2 hijrah. Sebelum perang Badar.

Isi kandungan utamanya: Etika perang dan galakan berinfaaq.

(7) Nama surah: Surah al-Anfaal

Zaman turun: Tahun ke 2 hijrah. Selepas perang Badar.

Isi kandungan utamanya: Etika perang dan hukum-hakam harta rampasan perang.

(8) Nama surah: Surah as-Shaff

Zaman turun: tahun ke 3 hijrah.

Isi kandungan utamanya: Kamu akan beroleh kemenangan jika kamu membela agama Allah

(9) Nama surah: Surah Aali ‘Imraan

Zaman turun: tahun ke 3 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Usaha-usaha untuk menenangkan agama Islam.

(10) Nama surah: Surah al-Hasyr

Zaman turun: Bulan Rabi’ul awwal. Tahun ke 4 hijrah.

Isi kandungan utamanya: rawatan penyakit nifaaq dengan sifat-sifat Allah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 15 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8