Usul Tafsir al-Quran – Sesi 14 -(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 23m 46s] – Sesi 14 -Usul No 8 – Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/eTMznKk_Yb8 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:24 : Kehidupan Nabi s.a.w Pada Peringkat Keempat Di Mekah Bermula Dari Tahun 11 Sehingga Berhijrah Ke Madinah

2- 00:02:34 : Penjelasan Tentang Kemasyarakatan Islam

3- 00:09:12 : Penyempurnaan Hujjah Terhadap Kaum Kafir Quraisy Dan Amaran Terakhir Kepada Mereka

4- 00:40:37 : Surah-surah Yang Diturunkan Di Madinah

5- 00:43:00 : Surah Yang Mula-mula Turun Solat Jumaat

6- 00:51:45 : Kebenaran Untuk Berperang Untuk Mempertahankan Diri

7- 01:02:57 : Pendahuluan Ajaran Jihad Dan Infak Di Jalan Allah

8- 01:06:43 : Perubahan Arah Kiblat Dan Pertukaran Kepemimpinan Serta Hukum-hakam Syariat Yang Baharu

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

[Sambungan] 4. Surah-Surah Yang Diturunkan Pada Tiga Tahun Terakhir Kehidupan Rasulullah s.a.w Di Mekah]

Empat surah yang akan dikemukakan nanti dipercayai telah turun pada tahun ke 13 kenabian, beberapa ketika sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah:

Surah ke 42 – Haamim asy-Syura -penjelasan tentang kemasyarakatan Islam.

Surah ke 43 – Haamim az-Zukhruf – penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

Surah ke 6 – al-An’am – penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

Surah ke 7 – al-‘Araaf -penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

HIDAYAH kE MADINAH

Pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian, Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar.

24 surah telah diturunkan setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Carta di bawah ini menunjukkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah semasa Nabi s.a.w berada di Madinah:

(1) Nama surah: Surah al-Jumu’ah – 3 ayat terakhirnya.

Zaman turun: pada 1 hijrah – Sembahyang Juma’at pertama didirikan di Qubaa’

Isi kandungan utamanya: Khutbah Juma’at dan hukum-hakam sembahyang Juma’at

(2) Nama surah: Surah al-Haj – ayat 39-41

Zaman turun: Pada 1 hijrah

Isi kandungan utamanya: Kebenaran berperang demi mempertahankan diri.

(3) Nama surah: surah at-Taghabun

Zaman turun: Pada 1 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Pendahuluan ajaran jihad dan infaaq di jalan Allah

(4) Nama surah: Surah al-Baqarah

Zaman turun: Tahun ke 2 Hijrah. Sebelum perang Badar.

Isi kandungan utamanya: Perubahan arah qiblat dan kepimpinan serta hukum-hakam syari’at baharu

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 14 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 13 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 14m 23s] – Sesi No 13- Usul 8 – Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SZWht5dGK38 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:01:00 : Peringkat Ke-4 Kehidupan Nabi s.a.w Di Mekah Bermula Dari Tahun Ke-11 Sehingga Tahun Hijrah Nabi s.a.w Ke Madinah

2- 00:02:24 : Nabi s.a.w Berkahwin Dengan Aisyah r.ha

03- 00:05:33 : 6 Orang Dari Golongan Khazraj Datang Dari Madinah Ke Mekah Lalu Memeluk Islam

04- 00:07:23 : Berlakunya Peristiwa Israk Dan MI’raj Dan Kefardhuan Sembahyang 5 Waktu

05- 00:13:36 : Berlaku Baiah Aqabah Pertama, 12 Orang Ansar Datang Dari Madinah Ke Mekah Lalu Memeluk Agama Islam

06- 00:14:44 : Berlaku Baiah Aqabah Kedua, 72 Orang Madinah Datang Kepada Nabi s.a.w Lalu Memeluk Agama Islam

07- 00:18:08 : Di Peringkat Keempat Yang Merupakan Kehidupan Terakhir Kehidupan Nabi s.a.w Di Mekah Kira-Kira 13 Surah Diturunkan, Iaitu,

08- 00:19:08 : Surah Yang ke-10 Iaitu Surah Yunus Ayat 2, 15-17, 37-41, 94-95, 104-106 (Di Zaman Keraguan Dan Perbagai Tuduhan Terhadap Nabi s.a.w)

09- 00:30:36 : Surah Yang ke-11 Iaitu Surah Hud 12-14, 18,35, 112-113 (Diturunkan Di Zaman Keraguan Dan Pelbagai Tuduhan Terhadap Nabi s.a.w)

10- 00:40:02 : Surah Yang ke-12 Iaitu Surah Yusuf (Perancangan Untuk Menghalau Nabi s.a.w Dari Bumi Mekah)

11- 00:40:25 : Surah Yang ke-13 Iaitu Surah Ar-Ra’du Ayat 31-33, 42-43 (Ada Pelbagai Komplot Dan Pakatan Jahat Dirancang Terhadap Nabi s.a.w )

12- 00:44:10 : Surah Yang ke-14 Iaitu Surah Ibrahim Ayat 13-14, 44, 47 (Ada Pelbagai Komplot Dan Pakatan Jahat Dirancang Terhadap Nabi s.a.w )

13- 00:50:52 : Surah Yang ke-15, Surah Al-Hijr Ayat 6-13, 94-97 (Diturunkan Dalam Suasana Ejekan Dan Tuduhan-tuduhan Liar Terhadap Nabi s.a.w)

14- 00:54:38 : Surah Yang ke-16, Surah An-Nahl Ayat 106, 26-29, 41-42 (Di Dalamnya Terdapat Isyarat Tentang Hijrah ke Madinah)

15- 01:03:47 : Pada Tahun ke-12 Kenabian Berlaku Peristiwa Mi’raj Dan Pada Tahun Ini Dipercayai Turun 2 Surah Kepada Nabi s.a.w

NOTA RINGKAS

NOTA USUL TAFSIR – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

4. Surah-Surah Yang Diturunkan Pada Tiga Tahun Terakhir Kehidupan Rasulullah s.a.w Di Mekah.

Beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun-tahun berkenaan yang merupakan peringkat keempat kehidupan Rasulullah s.a.w di Mekah:

(a) Berkahwin dengan ‘Aaisyah. Ia berlangsung pada bulan Syawwal tahun ke 11 kenabian bersamaan 620 Masehi. Bagaimanapun kehidupan sebagai suami isteri mereka baru bermula selepas hijrah ke Madinah.

(b) Enam orang daripada puak Khazraj datang dari Madinah ke Mekah lalu memeluk agama Islam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah 11 kenabian bersamaan 620 Masehi.

(c) Berlakunya peristia Israa’ Mi’raaj dan kefardhuan sembahyang lima waktu. Peristiwa mi’raaj berlaku pada 27 Rajab tahun ke 12 kenabian bersamaan 621 Masehi. Selepas peristiwa Mi’raaj, sebahagian daripada surah an-Najm diturunkan dan diturunkan juga Surah Bani Israil atau Surah al-Israa’.

(d) Berlakunya bai’ah ‘Aqabah pertama. 12 orang Anshaar datang dari Madinah ke Mekah lalu memeluk agama Islam. Sepuluh orang daripada mereka adalah puak Khazraj dan dua orang daripada puak Aus. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun 12 kenabian bersamaan 621 Masehi.

(e) Berlakunya bai’ah ‘Aqabah kedua. Pada kali ini seramai 72 orang Madinah datang kepada Nabi s.a.w lalu memeluk agama Islam. Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah tahun 13 kenabian bersamaan 622 Masehi.

Di peringkat keempat yang merupakan peringkat terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w di Mekah turun kira-kira 13 surah. Dibawah ini dikemukakan perinciannya:

Surah ke 10 – Yunus

– di zaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap Nabi s.a.w seperti tukang sihir, pereka al-Quran dan sebagainya.

Surah ke 11 – Huud

– juga diturunkan di zaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap Nabi s.a.w

Surah ke 12 – Yusuf

-perancangan sedang dibuat untuk menghalau Rasulullah s.a.w dari bumi Mekah.

Surah ke 13 – ar-Ra’d

-pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap Rasulullah s.a.w

Surah ke 14 – Ibrahim

-pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap Rasulullah s.a.w.

Surah ke 15 – al-Hijr

– diturunkan dalam suasana ejekan dan tuduhan-tuduhan liar terhadap Nabi s.a.w.

Surah ke 16 – an-Nahl

-di dalamnya terdapat isyarat kepada hijrah ke Madinah.

Pada tahun ke 12 kenabian berlaku peristiwa Mi’raaj kepada Nabi s.a.w. pada tahun ini dipercayai turun 2 surah kepada Baginda s.a.w. Di dalamnya ada tersebut tentang peristiwa itu. Di dalam surah Israa’ diajarkan kepada Nabi s.a.w doa hijrah. Dalam perjalanan Rasulullah s.a.w, dari Mekah ke Palestin untuk Mi’raaj ke langit itu ditayangkan kepada Rasulullah s.a.w Madinah akan menjadi tempat perhijrahan Baginda. Dua surah berkenaan ialah:

Surah ke 17 – israa’ atau Bani Israil – selain tersebut apa yang berlaku pada malam Mi’raaj itu, terdapat juga isyarat tentang penubuhan Negara Islam di Madinah.

Surah ke 53 – an-Najm -peristiwa di malam Mi’raaj dikemukakan di permulaan surah ini.

Empat surah yang akan dikemukakan nanti dipercayai telah turun pada tahun ke 13 kebian, beberapa ketika sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah:

Surah ke 42 – Haamim asy-Syura -penjelasan tentang kemasyarakatan Islam.

Surah ke 43 – Haamim az-Zukhruf -penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

Surah ke 6 – al-An’am – penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

Surah ke 7 – al-‘A’raaf -penyempurnaan hujah terhadap kaum kafir Quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 13 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 12 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 15m 16s] – Sesi 12 -Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8pMTUqO5dqI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:06 : Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

2- 00:01:19 : Peringkat Ketiga Kehidupan Nabi s.a.w Di Mekah Iaitu Tahun 6-10 Kenabian

3- 00:30:19 : Zaman Berlaku Pemulauan Kaum Quraisy Terhadap Orang-orang Islam

4- 00:39:30 : Surah-surah Yang Diturunkan Ketika Penindasan Dan Kekejaman Penguasa-penguasa Kafir Quraisy Terhadap Para Sahabat Berada Di Kemuncaknya

5- 01:10:30 : Peringkat Kehidupan Ketiga Nabi s.a.w Berakhir Dengan Baginda Dan Para Pengikut Dibebaskan Daripada Kepungan Di Syi’bi Bani Hasyim. Di Peringkat Itulah Juga Abu Thalib Dan Khadijah Meninggal Dunia. Kemudian Nabi s.a.w Berkahwin Dengan Saudah Dan Pergi Ke Thaif Untuk Berdakwah

6- 01:11:13 : Perincian

NOTA RINGKAS

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

3- SURAH-SURAH YANG DITURUNKAN DI ANTARA TAHUN KE 6 DAN KE 10 KENABIAN

Di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w di Mekah, sejumlah kira-kira 22 surah diturunkan kepada Baginda. Mula-mula turun 9 surah pasca kemarau yang berlaku di Mekah. Kemudian turun pula 13 surah selepas umat Islam betul-betul ditindas dan dizalimi. Di permulaan peringkat ketiga ini Sayyidina Hamzah telah memeluk agama Islam. Tiga hari kemudian Saiyyidina ‘Umar pula memeluk agama Islam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian bersamaan 615 Masehi. Pada tahun ke 7 kenabian bersamaan 616 Masehi, telah berlaku kemarau yang dahsyat di Mekah, 9 surah yang diturunkan pasca kemarau yang berlaku pada tahun ke 7 kenabian itu adalah seperti berikut:-

Surah ke 21 – al-Anbiyaa’

-Rasulullah dituduh sebagai penyair dan seorang yang dirasuk

Surah ke 23- al-Mukminun

– dtuduh gila

Surah ke 25 – al-Furqan

-Dituduh seorang yang terkena sihir dan seorang yang mengada-ngada dengan mereka al-Quran

Surah ke 26 – asy-Syu’araa’

-Rasulullah s.a.w diragui dan dituduh gila

Surah ke 27 – an-Naml

– Diragui dan dituduh tukang sihir

Surah ke 28 – al-Qashaash

-Nabi s.a.w tidak berkuasa memberi hidayat kepada Abu Thalib

Surah ke 44 – ad-Dukhaan

-Baginda dituduh gila dan diajar oleh orang lain

Surah ke 45 – al-Jaatsiyah

-ancaman kepada pemimpin-pemimpin materialis dan atheis

Surah ke 54 – al-Qamar

-diturunkan di zaman pendustaan orang kafir terhadap Nabi s.a.w.

Diperingkat ini juga nabi s.a.w dipulau dan diboikot oleh orang-orang kafir Quraisy selama 3 tahun. Dalam masa 3 tahun itu nabi s.a.w dan keluarga serta pengikut-pengikut dibenarkan bebas hanya di kawasan Syi’bi Bani Haasyim atau Syi’bi Abi Thaalib sahaja. Peristiwa ini bermula pada bulan Muharram tahun ke 7 kenabian bersamaan 616 Masehi. Ia berterusan hingga ke bulan Muharram tahun ke 10 kenabian bersamaan 619 Masehi. Surah-surah Yang Diturunkan Ketika Penindasan Dan Kekejaman Penguasa-penguasa Kafir Quraisy Terhadap Para Sahabat Berada Di Kemuncaknya

Di peringkat ini turun kepada Rasulullah s.a.w kira-kira 11 surah. Nabi s.a.w pada ketika itu bukan sahaja dituduh, malah ketegangan kadang-kadang sampai kepada pakatan jahat mereka untuk membunuh Baginda s.a.w. Di penghujung oeringkat inilah turun kepada Rasulullah s.a.w dua surah daripada surah-surah Hawaamim.

Di bawah ini dikemukakan 11 surah yang diturunkan pada peringkat ini:

Surah ke 34 – Saba’

-Rasulullah s.a.w dituduh sebagai tukang sihir, gila dan pereka al-Qur’an.

Surah ke 35 – Faathir

– Pakatan jahat terhadap Rasulullah

Surah ke 36 – Yaasiin

– Tuduhan sebagai penyair terhadap Rasulullah s.a.w. sifat “jalaal” Allah juga dinyatakan didalamnya.

Surah ke 37 – as-Shaffat

-Rasulullah dituduh sebagai tukang sihir dan gila.

Surah ke 38 – Shaad

-Rasulullah s.a.w dituduh sebagai tujang sihir dan pendusta besar.

Surah ke 85 – al-Buruj

-Ancaman kebinasaan kepada kaum kafir Quraisy kerana penindasan dan kekejaman mereka yang melampaui batas ke atas umat islam.

Surah ke 86 – at-Thaariq

-ia diturunkan di zaman berlakunya konspirasi, komplot dan pakatan jahat untuk membunuh Nabi s.a.w.

Surah ke 89 – al-Fajr

-Firman Allah : yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi” merupakan ancaman kebinasaan daripada Allah kepada penguasa-penguasa Quraisy yang zalim.

Surah ke 90 – al-Balad

-kezaliman terhadap baginda s.a.w sendiri sudah dianggap halal.

Surah ke 40 – Haamiim Al-Mu’min

-Ancaman kebinasaan seperti yang telah berlaku kepada Fir’aun.

Surah ke 41 – Haamiim

– Ancaman kebinasaan seperti yang telah berlaku kepada kaun Aad dan Tsamud.

Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w ini berakhir dengan Baginda dan para pengikut dibebaskan daripada kepungan di Syi’bi Bani Hasyim. Di peringkat itulah juga Abu Thaalib dan Khadijah meninggal dunia. Kemudiannya Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saudah dan pergi pula ke Tha’if untuk berdakwah.

Perinciaannya adalah seperti berikut:

(a) Abu Thaalib meninggal dunia pada bulan Rajab tahun 10 kenabian bersamaan 619 Masehi.

(b) dua bulan selepas itu Saiyyidatina Khadijah pula meninggal dunia iaitu pada bulan Ramadhan tahun ke 10 kenabian.

(c) Nabi s.a.w berkahwin dengan Saudah pada bulan Syawal tahun ke 10 kenabian bersamaan 619 Masehi.

(d) Pergi berdakwah ke Thaa’if pada tahun ke 10 kenabian bersamaan Jun 619 Masehi. Pada ketika itulah dipercayai turun surah al-Ahqaaf dan al-Jin kepada Baginda s.a.w.

Surah ke 46 – al-Ahqaaf

-al-Qur’an diperdengarkan kepada kumpulan jin.

Surah ke 72 – al-Jin

-Selepas mendengar al-Qur’an kumpulan jin itu memeluk agama islam dan menjadi penda’wah.

NOTA KULIAH LENGKAP  – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 12 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 11 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 16m 06s] – Sesi 11 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HCl30jjc14A ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:05 : Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

2- 00:01:30 : Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Yang Kedua Kenabian

3- 00:07:42 : Orang-orang Islam Betul-betul Teruji

4- 00:15:30 : Orang-orang Islam Mendapat Kejayaan Setelah Diuji

5- 00:19:41 : Larangan Mengikuti Ibu Bapa Dalam Aqidah Syiriknya

6- 00:26:33 : Isyarat Kepada Hijrah Ke Habsyah

7- 00:29:37 : Adab-adab Penyampaian Agama Kepada Penganut-penganut Agama Kristian Di Habsyah Dan Surah Maryam

8- 00:34:01 : Seruan Tauhid Kepada Penganut-penganut Agama Kristian

9- 00:43:04 : Surah-surah Yang Diturunkan Selepas Para Sahabat Berhijrah Ke Habsyah – Selepas Sekumpulan Para Sahabat Berhijrah Ke Habsyah, 12 Surah Diturunkan Kepada Nabi s.a.w Dimana Baginda Dituduh Dengan Perbagai Tuduhan Dan Ajaran Yang Dibawanya Didustakan

10- 00:45:40 : Nabi s.a.w Dituduh Sebagai Pereka Al-Quran Dan Pencetus Fitnah

11- 00:50:44 : al-Quran Mengandungi Perintah Allah Kepada Nabi s.a.w Agar Terus Memberikan Peringatan Walaupun Didustakan

12- 00:51:45 : Nabi s.a.w Dituduh Sebagai Gila Dan Tukang Sihir

13- 00:52:41 : Nabi s.a.w Dituduh Dengan Perbagai Tuduhan Seperti Penyair, Gila, Tukang Tenun Dan Mereka Al-Quran

14- 00:54:14 : Nabi s.a.w Dituduh Sesat

15- 00:57:07 : Nabi s.a.w Dituduh Gila Dan Dirasuk

16- 00:58:14 : Nabi s.a.w Dituduh Sebagai Penyair, Gila Dan Telah Mereka Al-Quran

17- 01:00:27 : Ancaman Kebinasaan Terhadap Pimpinan Quraisy Yang Begitu Materialistik Dan Mata Duitan

18- 01:01:30 : Etika Dakwah Dan Ancaman Kebinasaan Kepada Orang-orang Yang Ingkar Seperti Yang Telah Berlaku Kepada Kaum Nuh a.s Dahulu

19- 01:02:47 : Ia turun Ketika Nabi s.a.w Didustakan. Akibat Pendustaan Sebegini Bangsa Mana Pun Mungkin Dimusnahkan Seperti Kaum Tsamud

20- 01:03:54 : Surah Al-Lail Ayat 9-16 Diturunkan Di Zaman Pendustaan Orang-orang Kafir Terhadap Nabi s.a.w

21- 01:07:13 : Peringatan Ayat-ayat Terakhir Dalam Surah An-Najm (Juga Turun Di Peringkat Ini). Sementara Beberapa Ayat Di Permulaannya Diturunkan Pada Tahun 12 Kenabian Dan Tentang Israk dan Mi’raj

NOTA RINGKAS

NTAUSUL TAFSIR AL-QURAN

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

Surah-surah yang diturunkan sebelum sahabat berhijrah ke Habasyah

Selepas peringkat kedua, bermulalah zaman penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi s.a.w. ia menjadi semakin memuncak sehingga akhirnya mendorong sesetengah sahabat memilih untuk berhijrah ke Habasyah. Tujuh surah berikut diturunkan sebelum mereka berhijrah ke sana:

Surah ke 29 – Al-Ankabut:

-di dalamnya ada isyarat kepada hijrah ke Habasyah

Surah ke 30 – ar-Ruum

-di dalamnya terdapat berita gembira bahawa orang-orang Islam akan mendapat kejayaan setelah diuji

Surah ke 31 – Luqmaan

-larangan mengikut kedua ibu bapa dalam ‘aqidah syiriknya

Surah ke 39 – az-Zumar

-di dalamnya juga terdapat isyarat kepada hijrah ke Habasyah

Surah ke 18 – al-Kahfi

-adab-adab penyampaian agama kepada penganut-penganut agama Kristian di Habasyah.

Surah ke 19 – Maryam

-penyampaian aqidah tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian dan penolakan terhadap ajaran tiga tuhan yang dibawa mereka.

Surah ke 20 – Thaaha

-seruan tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian.

Hijrah Pertama Dan Kedua Ke Habasyah

Hijrah pertama ke Habasyah telah berlaku pada 5 Rajab tahun kenabian (selepas Rasulullah s.a.w dilantik sebagai nabi dan rasul) bersamaan dengan 614 Masehi. Pada kali ini seramai 12 orang laki-laki muslim dan 4 orang muslimah telah berhijrah ke Habasyah di bawah pimpinan Saiyyidina ‘Utsman r.a.

Dalam hijrah kedua pula seramai 82 orang laki-laki muslim dan 18 orang muslimah telah berhijrah ke sana.

Surah-surah Yang Diturunkan Selepas Para Sahabat Berhijrah Ke Habasyah

Selepas sekumpulan para sahabat berhijrah ke Habasyah, sejumlah 12 surah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w diperingkat ini Baginda s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan. Bukan sekadar itu sahaja, malah ajaran yang dibawa Baginda juga didustakan. Di bawah ini menunjukkan senarai 12 surah berkenaan:

Surah ke 32 – as-Sajdah

-Rasulullah s.a.w dituduh sebagai pereka al-Qur’an dan penimbul fitnah

Surah ke 56 – al-Waaqi’ah

-surah ini diturunkan di zaman (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan.

Surah ke 50 – Qaaf

-mengandungi perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w agar terus memberikan peringatan walaupun didustakan.

Surah ke 51 – ad-Dzaariyaat

-Rasulullah s.a.w dituduh sebagai gila dan tukang sihir

Surah ke 52 – at-Thuur

-Rasulullah s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan, seperti penyair, gila, tukang tenung dan mereka-reka sendiri al-Qur’an.

Surah ke 67 – al-Mulk

-nabi s.a.w dituduh sesat

Surah ke 68 al-Qalam

-baginda dituduh gila dan dirasuk.

Surah ke 69 – al-Haaqqah

-Rasulullah dituduh penyair gila dan telah mengada-adakan al-Qur’an.

Surah ke 70 – al-Maarij

-ancaman kebinasaan terhadap pimpinan Quraisy yang begitu materialistik dan mata duitan.

Surah ke 71 – Nuuh

-etika da’wah dan ancaman kebinasaan kepada orang-orang yang Ingkar seperti telah berlaku kepada kaum Nabi Nuuh a.s yang terdahulu.

Surah ke 91 – as-Syams

-ia turun ketika (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan. Akibat pendustaan, bangsa mana pun mungkin dimusnahkan se[erti kaum Tsamud.

Surah ke 92 – al-Lail

-diturunkan di zaman pendustaan orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w

Peringatan:

Ayat-ayat terakhir di dalam surah an-Najm juga turun di peringkat ini. Sementara beberapa ayat di permulaannya pula diturunkan pada tahun ke 12 kenabian semperna berlakunya peristiwa Israa’ dan Mi’raj.Show less

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 11 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 10 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 23m 07s] – Sesi No10 – Usul 8 -Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/84TLv-IK7-E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:30 : Senarai Surah-Surah Yang Diturunkan Di Peringkat Pertama Kenabian

2- 00:23:00 : Malam Yang Menentukan Nasib Manusia

3- 00:39:37 : Rahsia Manusia Tidak Akan Rugi Dalam Kehidupan Didunia

4- 00:41:26 : Senarai Surah-Surah Yang Diturunkan Di Peringkat Kedua Kenabian

5- 01:03:50 : Penyelewengan Dalam Pengurusan Harta Benda Di Kalangan Masyarakat Yang Mengejek Dan Menghina Perjuangan Atau Dakwah Nabi s.a.w

6- 01:12:57 : Mesej Utama Surah Al-Baqarah

7- 01:19:57 : Perintah Mengisytiharkan Tauhid Rububiyah Kepada Umum

8- 01:20:15 : Perintah Mengisytiharkan Tauhid Uluhiyah Dan Kekuasaan Mutlak Adalah Hak Allah Semata-mata

9- 01:22:21 : Peringatan Di peringkat Nabi s.a.w Didustakan Turun Surah Al-Falak Dan Ayat-Ayat Yang Berbaki Dari Surah Al-Mudassir Dan Al-Muzzammil

NOTA RINGKAS

(SAMBUNGAN) USUL KE 8 – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB TURUN AYAT DAN SURAH

1. Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Pertama Kenabian

Wahyu pertama bermula dengan turunnya lima ayat daripada Surah al-‘Alaq. Turunnya ialah pada bulan Ramadhan. Dalam masa tiga tahun pertama itu turun sebanyak 13 surah (tidak semesti selengkapnya) kepada Rasulullah s.a.w. Perinciannya dapat anda lihat di bawah ini:

Surah ke 96 – Al-‘Alaq

-Lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq merupakan wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Surah ke 74 – Al-Muddatstsir

-Selepas itu turun pula ayat di permulaan Surah Al-Muddatstsir.

Surah ke 73 – Al-Muzammil

-Lapan ayat di permulaannya diturunkan

Surah pertama – al-Faatihah

-Ia mengandungi tujuh ayat dan diturunkan lengkap sebagai satu surah.

Surah ke 93 – ad-Dhuha

-Surah ini mengandungi 11 ayat. Ia diturunkan selengkapnya selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati Nabi s.a.w.

Surah ke 94 – al-Insyirah

-Surah ini juga diturunkan selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati nabi s.a.w.

Surah ke 81 – at-Takwir

-Sebahagian besar kandungan surah ini menggambarkan keadaan dan suasana di hari kiamat. Manusia diberi peringatan tentangnya.

Surah ke 82- al-Imfithaar

-Surah ini juga menggambarkan perihal hari kiamat. Manusia diberi peringatan lagi tentangnya.

Surah ke 97 – al-Qadr

-Surah ini menyatakan kelebihan dan nilai wahyu Allah berupa al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Surah ke 99 – al-Zilzaal

-Ia menggambarkan perihal hari kiamat dan mengingatkan manusia tentangnya.

Surah ke 100 – al-‘Aadiyaat

-Selain menceritakan tentang kehidupan selepas kematian, surah ini juga menceritakan tentang beberapa sifat keji manusia.

Surah ke 101 – al-Qaari’ah

-Surah ini menceritakan tentang hari kiamat dan beberapa perkara yang akan nyata di hari itu. Surah ke 103 – al-Ashr -Rahsia yang membuatkan seseorang manusia tidak kerugian dalam kehidupan dunia diberitahu Allah melalui surah ini.

2.   Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Kenabian.

Kira-kira 42 surah diturunkan di peringkat kedua ini. Di peringkat ini Nabi s.a.w telah berdakwah kepada umum secara terbuka. 23 surah daripadanya diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka. Ia bermula pada tahun ke 4 Hijrah bersamaan 613 masihi. 7 daripadanya diturunkan sebelum berlakunya hijrah para sahabat ke Habsyah. Dan 12 daripadanya pula diturunkan selepas hujrah mereka ke Habasyah.

Perincian 23 surah yang diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka dapat anda lihat di dalam carta berikut:

Surah ke 112 – al-Ikhlas

-Melalui surah ini Nabi s.a.w diperintahkan supaya menyampaikan ‘aqidah dan konsep tauhid zat (pengesaan Zat Allah s.w.t)

Surah ke 95 – at-Tiin

-Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w

Surah ke 55 – ar-Rahman

-Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.  

Surah ke 77 – al-Mursalat

-Ia juga diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.

Surah ke 75 – al-Qiyaamah

-Peringatan daripada Allah agar tidak diikuti pimpinan yang menolak kewujudan hari akhirat.  

Surah ke 76 – ad-Dahr atau al-Insaan

-Jalan yang benar telah pun diberikan oleh Allah kepada manusia (dan jin), maka mereka tidak patut lagi mengkufuriNya.

Surah ke 78 – an-Naba

-Perbandingan keadaan golongan (at-Thaghiin) atau golongan yang tidak percayakan hari akhirat dengan orang-orang yang bertaqwa (al-muttaqiin) di akhirat nanti.  

Surah ke 79 – an-Naaziaat

-Perbandingan di antara orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan dan orang-orang yang tidak mempercayainya di samping menjalani kehidupan dunia dengan melampaui batas hukum tuhan.  

Surah ke 83 – al-Muthaffifin

-Penyelewengan dalam pengurusan harta benda di kalangan masyarakat yang mengejek dan menghina perjuangan  dakwah nabi s.a.w.  

Surah ke 84 – al-Insyiqaq

-Ia diturunkan ketika masyarakat sedang mengejek dan menghina ajaran yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w

Surah ke 80 –‘Abasa

-Tatasusila dakwah dalam masyarakat yang menghina dan mencemuh ajaran islam.

Surah ke 87 – Al-A’la

-Diturunkan ketika nabi Muhammad s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.

Surah ke 88 – al-Ghasyiyah

-Surah ini juga diturunkan ketika nabi s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.

Surah ke 102 – at-Takaatsur

-Faham kebendaan yang sangat menebal di kalangan pimpinan Quraisy Mekah didedahkan. Akibat buruk yang akan diterima mereka di hari kemudian juga didedahkan di dalam surah ini.

Surah ke 104 – al-Humazah

-Akhlak buruk dan sifat bakhil pimpinan Quraisy  

Surah ke 105 – al-Fiil

-Peringatan kepada kaum Quraisy, khususnya pimpinan mereka bahawa Ka’abah akan dijaga Allah.  

Surah ke 106 – Qquraisy

-Perintah kepada pimpinan Quraisy agar menyembah ampunya rumah Allah.  

Surah ke 107- al-Ma’un

-Pendedahan akibat yang akan menimpa pimpinan Qquraisy kerana mendustakan hari akhirat.  

Surah ke 108 – al-Kautsar

-Ramalan kebinasaan yang akan dialami pimpinan Quraisy  

Surah ke 109 al-Kafirun

-Berbicara terus-terang dengan pimpinan Quraisy  

Surah ke 111 – al-Masad

-Ramalan kebinasaan yang akan dialami pemimpin tertinggi Quraisy dan isterinya  

Surah ke 113 – al-falaq

-Perintah mengisyhtiharkan tauhid rububiyyah kepada umum.  

Surah ke 114 – an-Naas

-Perintah mengishyiharkan tauhid uluhiyyah dan kekuasaan mutlak adalah hak Allah semata-mata.

Peringatan:

Diperingkat nabi s.a.w didustakan, turun surah al-Falaq dan ayat-ayat berbaki daripada surah al-Muddatstsir dan al-Muzammil.

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 10 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 9 – USUL KE 8 – Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 02m 48s] – Sesi 9 -Usul No 8 -Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/bwlC45knFY8 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:01:16 : Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

2- 00:02:25 : Al-Quran Boleh Difahami Dengan Dua Cara, Iaitu Berdasarkan Tertib Turun Ayat (Atau Surah) Atau Berdasarkan Tertib Yang Ada Dalam Mushaf Sekarang Ini

3- 00:17:06 : Perlu Sedar Bahawa Al-Quran Baru Turun Ke Dunia Setelah Nabi s.a.w Dilantik Menjadi Rasul Ketika Berumur 40 Tahun

4- 00:19:48 : Al-Quran Turun Kepada Baginda Secara Beransur-ansur, Ia Turun Sejajar Dengan Perjalanan Hidup Baginda s.a.w

5- 00:20:55 : Orang Yang Cuba Memahami Al-Quran Tanpa Pengetahuan Tentang Sirah Dan Perjalanan Hidup Nabi s.a.w Akan Kecundang

6- 00:22:19 : Benarkah Nabi s.a.w Israk Dan Mi’raj Dari Rumah Ummu Hani’?

7- 00:33:23 : Cerita-cerita Yang Bercanggah Dengan Kedudukan Seorang Nabi Hendaklah Ditolak

8- 00:35:53 : Dengan Berpandukan Riwayat-riwayat Sahih Berhubung Dengan Sebab-sebab Turun Ayat Ataupun Surah-surah Akan Memudahkan Kita Memahami Al-Quran

9- 00:36:34 : Surah-surah Makkiyah Dan Madaniyah

10- 00:39:51 : Surah Yang Paling Akhir Diturunkan Dengan Lengkap Kepada Nabi s.a.w Ialah Surah An-Nashr

11- 00:40:48 : Nota Penting – Riwayat Ibnu Dhurais Yang Dikaitkan Dengan Ibnu Abbas Tentang Tertib Turun Surah-surah Sama Sekali Tidak Boleh Dipegang

12- 00:42:07 : Sanad Riwayat Yang Dikemukakan Oleh As-Suyuthi Tentang Tertib Turun Ayat Dan Surah-surah Juga Bermasalah Dan Tidak Boleh Dibuat Pegangan

13- 00:42:55 : Cara Yang Paling Baik Untuk Menentukan Tertib Turun Ayat Atau Surah

14- 00:44:01 : Bilangan Surah-surah Makkiyah Dan Madaniyah

15- 00:51:58 : Peringkat-peringkat Kehidupan Nabi s.a.w Semasa Di Mekah

16- 01:00:07 : Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Pertama Kenabian

NOTA RINGKAS

USUL KE 8 – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB TURUN AYAT DAN SURAH

Al-Qur’an boleh difahami dengan dua cara

(i) Memahaminya berdasarkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur’an

(ii) Memahaminya berdasarkan tertib yang terdapat di dalam mushaf (al-Qur’an) yang ada di hadapan kita sekarang ini. Memahami al-Quran berdasarkan tertib turun ayat-ayatnya merupakan usul kelapan bagi tafsir al-Qur’an yang baik. Untuk mengetahui tertib turun ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya, anada tidak dapat tidak mestilah mengetahui sebab-sebab turunnya terlebih dahulu. Dan ia dapat dipastikan apabila anda betul-betul mahir tentang sirah Nabi s.a.w. Semua peristiwa yang berlaku kepada Nabi s.a.w semasa baginda berada di Mekah perlu diketahui dan dipastikan kesahihannya. Demikian juga dengan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w semasa di Madinah.

Anda perlu sedar bahawa al-Qur’an baru turun ke dunia setelah nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun. Al-Qur’an turun kepada baginda secara beransur-ansur. Ia turun sejajar dengan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, orang yang cuba memahami al-Qur’an tanpa pengetahuan tentang sirah (perjalanan hidup) Nabi s.a.w , bukan sahaja akan kecundang, malah akan tersasul jauh dari kebenaran. Bukan dia sahaja akan tersesat jalan, malah akan menyesatkan pula orang-orang lain.

Dengan berpandukan riwayat-riwayat sahih berhubung dengan sebab-sebab turun ayat-ayat atau surah-surah, akan mudahlah kepada anda memahami al-Qur’an.

(a) Surah-surah Makiyyah dan Madaniyyah

Para pelajar mestilah terlebih dahulu mengetahui dan memahami tentang tertib surah-surah Makiyyah, kemudian tertib surah-surah Madaniyyah.

Apa yang dimaksudkan dengan surah-surah Makiyyah ialah surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah. Samada ia diturunkan di Mekah atau tempat-tempat lain. Dan yang dimaksudkan dengan surah-surah Madaniyyah pula ialah surah-surah yang diturunkan kepada baginda selepas berhijrah ke Madinah. Sama ada ia memang diturunkan di Madinah atau di luar Madinah. Surah yang paling akhir diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah s.a.w ialah surah al-Nashr. Ia diturunkan kepada Nabi s.a.w di Mina dalam peristiwa haji wadaa’ yang berlaku pada tahun ke sepuluh hijrah. Satu perkara penting yang perlu sekali diketahui anda sekarang ialah riwayat Ibnu Dhurais yang dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas tentang tertib surah-surah sama sekali tidak boleh diprgang, kerana ia adalah munqathi’. Sanad riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi tentang tertib surah-surah juga bermasalah. Ia juga tidak harus dijadikan pegangan.

(b) Bilangan Surah-Surah Makiyyah dan Madaniyyah

Surah-surah Makiyyah ada 90 kesemuanya dan surah-surah Madaniyyah pula ada 24 kesemuanya. Sesetengah orang berpendapat, surah-surah ar-Ra’ad, ar-Rahman, ad-Dahr dan al-Zilzaal adalah surah-surah Madaniyyah. Sedangkan yang sebetulnya, keempat-empat surah itu adalah Makiyyah. Untuk lebih jelas, surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah itu dalam tertib nuzulnya perlulah dibahagikan pula kepada beberapa peringkat. Misalnya (i) peringkat permulaan. (ii) peringkat pertengahan dan (iii) peringkat akhir.

Untuk memahami dan menentukan tertib turun surah-surah Makiyyah agak sukar. Anda terpaksa menggunakan bukti–bukti luaran dan juga bukti-bukti dalaman dalam usaha menentukannnya. Bukti luaran mungkin berdasarkan sesuatu perkara yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih. Bukti dalaman pula akan diperolehi dengan mengkaji isi kandungan surah berkenaan. Di dalamnya akan ada isyarat-isyarat yang menunjukkan ia termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat-peringkat tertentu.

PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH

Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.  Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah.

PERINGKAT PERTAMA

    1) Bermula dari masa Baginda   s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.

   2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.

   3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w

PERINGKAT KEDUA

    1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.

    2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.

   3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w

PERINGKAT KETIGA

    1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.

   2) Ia berlangsung dalam lima tahun  

   3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w

PERINGKAT KE EMPAT

      1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun berhijrah ke Madinah.

    2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.

    3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w.

–   

Jumlah tahun ialah 13 tahun.       

Jumlah kesemua sekali surah-surah Makiyyah ialah 90 surah.

SENARAI SURAH-SURAH YANG DITURUNKAN DI PERINGKAT PERTAMA KENABIAN

1.  

Wahyu pertama bermula dengan turunnya lima ayat daripada Surah al-‘Alaq. Turunnya ialah pada bulan Ramadhan. Dalam masa tiga tahun pertama itu turun sebanyak 13 surah (tidak semesti selengkapnya) kepada Rasulullah s.a.w.

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 9 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 8 – (SAMBUNGAN) USUL No 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 15m 58s] – Sesi 8 – Usul 7 -Tafsir Al-Quran Berdasarkan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/m3jePSNLxOg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:13 : Tafsir Al-Quran Dengan Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

02- 00:01:10 : Contoh Ayat Siyaaq dan Sibaaq, Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Ahlul Bait, Ayat 33 Surah Al-Ahzab

03- 00:14:12 : Siapakah Ahlul Bait?

04- 00:43:06 : Hadith Kisa’ (Iaitu Nabi s.a.w Mamasukkan Ahli Keluarganya Dalam Satu Selimut )

05- 00:47:43 : Penilaian Hadith Kisa’ Dari Segi Dirayat

06- 00:48:24 : Siapakah Yang Menyambut Kelahiran Hasan r.a ?

07- 00:55:14 : Kenapa Nabi s.a.w Tidak Memasukkan Ahli Keluarganya Yang Lain Ke Dalam Satu Selimut ? ( Tentang Hadith Kisa’ )

08- 01:01:02 : Kebanyakan Musuh-musuh Islam Terlibat Dalam Menyebarkan Sejarah Permulaan Islam

09- 01:04:05 : Antara Cucu Nabi s.a.w, Zainab Dan Ummul Kalsum Juga Termasuk Anak Saidina Ali r.a Dengan Fatimah r.ha

10- 01:10:56 : Isteri-Isteri Nabi s.a.w Termasuk Ahli Bait

NOTA RINGKAS

(SAMBUNGAN) USUL KE 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

(iii) Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan Ahlul Bait di akhir ayat 33 Surah al-Ahzaab ini?

Ayat al-Quran bermaksud: Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Adakah ia isteri-isteri Rasulullah s.a.w. atau keluarga Baginda seumumnya atau individu-individu tertentu seperti kata golongan Syi’ah?

Menerima orang-orang lain selain isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagai Ahlul Bait di dalam ayat ini bererti memutuskannya daripada kalam Allah sebelum dan selepasnya. Jika dilihat kepada siyaaq dan sibaaqnya, jelas yang dimaksudkan dengannya ialah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Mengatakan bukan isteri-isteri rasulullah yang dimaksudkan di sini bererti melakukan penyelewengan terhadap ma’na al-Qur’an.

Di bawah ini dikemukakan ayat berkenaan lengkap dengan siyaaq dan sibaaqnya:

Bermaksud: Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (30)

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. (31)

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti wanita yang lain, kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (32)

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumahmu serta janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikan sembahyang, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlu Biat dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (33)

Dan ingalah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumahmu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha mendalam pengetahuannNya. (34). (al-Ahzaab:30-34).

Mengatakan ganti nama jama’ muzakkar yang tersebut di dalam firman Allah ( akhir ayat 33 surah al-ahzaab sebagaimana di atas) menghalang perkataan Ahlu Bait dipakai dengan isteri-isteri nabi s.a.w adalah berpunca daripada kejahilan tentang ‘Arab dan kurangnya penelitian terhadap kalam Allah di dalam al-Qur’an.

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 8 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 7

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 7 – (SAMBUNGAN) USUL NO 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

 [Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 19m 02s] – Sesi 7 – Usul No 7 -Tafsir Al-Quran Berdasarkan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/mzSIAbJLCZc ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:13 : Contoh Siyaaq dan Sibaaq, Ayat 16-19 Dalam Surah Qiamah Tentang Hari Kiamat

2- 00:25:18 : Kaedah Tafsir Al-Quran Supaya Ada Pertalian Antara Ayat Sebelum Dan Ayat Selepasnya

3- 00:41:49 : Antara Contoh Siyaaq dan Sibaaq Dalam Surah Sadd Ayat 21-25 , Tentang Kisah Nabi Daud a.s

4- 01:04:07 : Allah s.w.t Melarang Nabi Daud a.s Menetapkan Hari-hari Untuk Buat Ibadah Dan Lain-lain Akitiviti

NOTA RINGKAS

(SAMBUNGAN) USUL KE 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

Sekarang tibalah masanya untuk dikemukakan contoh-contoh ma’na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaqnya. Di bawah ini diberikan hanya 3 contoh sahaja sebagai panduan dan pedoman:

(i) Ayat ke 16, 17, 18, dan 19 di dalam Surah al-Qiyamah, zahirnya tidak bersesuaian dengan siyaaq dan sibaaq. Keempat-empatnya kelihatan tergantung di tengah-tengah ayat-ayat lain yang berbicara tentang apa yang akan berlaku di hari kiamat nanti. Perhatikan ayat-ayat berkenaan dan terjemahannya di bawah ini.

Maksudnya: Aku bersumpah dengan hari kiamat, (1) dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (diri sendiri) (2) Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (3) bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (4) bahkan manusia itu hendak membuat ma’shiat terus menerus. (5) Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah hari kiamat itu?” (6) Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), (7) dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8) dan matahari serta bulan dikumpulkan, (9) (maka) pada hari itu berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “ Kemanakah hendak melarikan diri?” (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (12) pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. (14) Meskipun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kami jamin untuk mengumpulkannya (di dalam dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sekali-kali janganlah demikian. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20) dan meninggalkan (kehidupan) akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21).

Tetapi berdasarkan tafsiran al-Qaffaal yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya tidak ada sebarang keadaan ketergantungan pada firman Allah di dalam Surah al-Qiyaamah tadi. Ini kerana menurut beliau, keemapat-empat ayat tersebut juga berkaitan dengan hari kiamat. Orang yang dihadap cakap oleh Allah di dalam firmannya: itu bukanlah Nabi s.a.w. Sebaliknya ia ditujukan kepada seluruh umat manusia kerana setiap manusia di hari Qiamat kelak akan membaca buku suratan amalan masing-masing berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam ayat al-Quran yang bermaksud : Bacalah buku (suratan amalanmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (al-Israa’:14).

Dan ayat Quran yang bermaksud: Pada hari itu, manusia akan diberitahu tentang apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (al-Qiyaamah:13)

Lalu apabila bacaan mereka sampai kepada catitan-catitan amalan buruk masing-masing, mereka akan mempercepatkan bacaan kerana gerun dan takut kepada balasan yang akan diterima serta malu untuk mendedahkannya di hadapan khalayak ramai di Mahsyar nanti. Pada ketika itulah dikatakan kepadanya sebagaimana ayat 16 surah al-Qiyamah.

Menurut al-Qaffaal, maksudnya ialah janganlah engakau membaca dengan cepat suratan amalanmu itu. Kerana, sebagaimana ayat 17 surah al-Qiyamah;

Al-Qaffaal mentafsirkannya dengan kata beliau: “Sesungguhnya Kami telah mengumpulkan segala-galanya di dalam buku suratan amalanmu itu dan Kami pasti akan membacanya (di hadapanmu)”. Ayat kelapan belas selepasnya, bermaksud, “Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu”

Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: Apabila Kami selesai membacanya,terima sajalah kandungan apa yang dibaca itu”. Ayat kesembilan belas selepasnya pula, bermaksud, “Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)”.

Menurut tafsiran al-Qaffaal adalah: “Kemudian kami akan menjelaskan balasan bagi setiap amalan buruk yang telah kamu lakukan”.

Tafsiran al-Qaffaal ini sangat sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya, meskipun ia tidak selaras dengan tafsiran Ibnu ‘Abbaas, dimana beliau mengaitkannya dengan peristiwa Nabi s.a.w. mempercepatkan bacaan Baginda untuk mengikuti bacaan Jibril yang menjadi sebab Nuzul bagi ayat-ayat yang berkenaan. Kebanyakan penterjemah al-Qur’an dalam bahasa Melayu memilih tafsiran Ibnu ‘Abbaas di sini. Apa yang perlu sekali diketahui dan difahami ialah tafisran Ibnu ‘Abbaas itu sebenarnya merupakan tafsiran kedua (المراد الثانوي) baginya, sedangkan tafsiran pertama dan asal (المراد الاولى) baginya adalah seperti yang diberikan oleh al-Qaffaal tadi.

(ii) Allah berfirman di dalam Surah Shaad:

Bermaksud: Dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat; (21) Iaitu ketika mereka masuk kepada (Nabi) Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: “Janganlah takut, (kami ini) dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus). (22)

“Sebenarnya orang ini ialah saudara (seagama)ku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; Dalam pada itu, ia (mendesakku dengan) berkata: ‘Serahkanlah yang seeekor itu kepadaku’, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”. (23)

Berkata dia (Nabi Daud): “Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh; sedang mereka amatlah sedikit!” dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memhon ampun kepada tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat). (24)

Maka kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak). (25) (Shaad: 21-25).

Persoalan mungkin timbul di dalam hati sesetengah orang bahawa apakah yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya di dalam ayat 24 dan 25 dari Surah Shaad yang dikemukakan di atas?

Apakah bentuk ujian dan cubaan Allah terhadap Nbai Daud a.s? Apakah Nabi Daud telah melakukan apa-apa dosa besar hingga beliau memhon ampun kepada Tuhan sambil merebahkan diri bersujud dan bertaubat?

Untuk memecahkan persoalan ini macam-macam jawapan telah diberikan oleh para mufassirin. Ada di antara mereka mengemukakan riwayat-riwayat Israiliyat yang menunjukkan memang Nabi Daud telah melakukan dosa besar. Dosa besar yang dilakukan beliau ialah membunuh Uria, seorang pahlawan yang amat setia kepada beliau dengan senagaja menghantarnya ke medan perang supaya ia terbunuh. Dan memang ia terbunuh. Maksud Daud melakukan begitu tidak lain hanyalah untuk dapat mengahwini isterinya Batsyeba.

Ada yang mengatakan, kesalahan Daud sebenarnya terletak pada beliau terus memenangkan pihak yang memiliki seekor anak kambing tanpa mendengar terlebih dahulu keterangan pihak yang memiliki 99 ekor kambing. Sepatutnya beliau mendengar terlebih dahulu keterangan dari kedua-dua belah pihak yang berselisih sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesilapan itulah yang mendorong Daud beristighfar dan bertaubat kepada Allah, apabila mengingatkan apa yang berlaku kepadanya itu sebenarnya merupakan ujian Allah.

Ada pula yang mengatakan, orang-orang yang datang dengan memanjat pagar atau dinding istana Daud sememamngnya bermaksud membunuh beliau. Setelah mereka mendapati ada ramai pengawal di kawasan mihrab tempat Nabi Daud beribadat, mereka berpura-pura mengemukakan kes seperti yang tersebut di dalam ayat 22-23 Surah Shaad. Nabi Daud mengetahui maksud sebenar mereka. Beliau bertekad untuk menghukum mereka dengan seberant-berat hukuman. Tetapi setelah berfikir bahawa semua itu adalah ujian Allah kepadanya, beliau membatalkan maksud asalnya hendak menghukum mereka. Nabi Daud sedar bahawa tindakan yang paling layak dan sesuai dengan kedudukan beliau ialah mema’afkan, bukan membalas dendam. Maka beliau terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah atas keterlanjurannya itu. Oleh kerana Daud telah betul-betul insaf, Allah terus mengampunkan kesalahan dan ketelanjurannya. Dan macam-macam lagi… Namun semuanya tidak mengambil kira siyaaq dan sibaaq ayat-ayat tersebut.

Maulana Hifzur Rahman Sevhaarwi di dalam Qasas al-Qur’annya berbeza daripada mufassir-mufassir yang lain kerana beliau mengaitkan ayat-ayat tersebut dengan siyaaq dan sibaaqnya. Menurut beliau, berdasarkan riwayat Ibnu ‘Abbaas yang dihukum sahih oleh al-Haakim dan Az-Zahabi, Nabi Daud telah membahagikan hari-hari dalam kehidupannya kepada empat bahagian. Satu hari khusus untuk beribadat kepada Allah. Satu hari untuk menyelesaikan kes-kes yang dikemukakan kepada beliau. Satu hari khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarganya dan satu hari pula untuk memimpin dan membimbing kaumnya, Bani Israil. Pembahagian hari-hari seperti itu kurang sesuai dengan kedudukan seorang khalifah dan raja, Seorang khalifah dan raja seperti Nabi Daud tidak sepatutnya mengkhususkan sehari suntuk untuk beribadat semata-mata, walaupun ibadat adalah sesuatu yang disukai Allah dan merupakan tujuan sebenar kejadian jin dan manusia. Kerana pada hari-hari yang lain juga tentunya Nabi Daud ada beribadat. Sama sekali tidak dapat dibayangkan adanya hari-hari seseorang nabi langsung tidak diisi dengan sebarang ibadat. Ibadat tentu ada dalam Ibadat tentunya ada dalam amalan harian seseorang nabi. Cuma mengkhusukan satu hari untuk beribadat semata-mata di mana langsung tidak dapat dihubungi dan ditemui sesiapa pun dalam keadaan bagaimana sekalipun adalah sesuatu yang tidak layak dan tidak sesuai dengan kedudukan seorang nabi lagi raja seperti Daud. Itulah sebabnya Allah berfirman di dalam ayat berikutnya begini (bermaksud): “Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Shaad:26).

Sebagai seorang khalifah beliau seharusnya mengutamakan masyarakat daripada kepentingan dan kesukaan peribadi sendiri. Beliau sepatutnya lebih banyak memberi masa untuk membimbing dan menyelesaikan masalah rakyat jelatanya.

Akibat daripada pembahagian hari-hari seperti itulah berlaku apa yang telah berlaku. Ia diceritakan oleh Allah di dalam Surah Shaad bermula dari ayat 21 hingga 25. Peristiwa yang tersebut di dalam ayat 21 hingga 25 itu merupakan sindiran dan teguran Allah secara tidak langsung kepada Daud. Namun Daud dapat menangkapnya, kerana beliau seorang yang bijaksana. Beliau terus beristighfar, bersujud dan bertaubat kepada Allah atas ketelanjurannya itu. Maka taubatnya diterima Allah. Selepas itu pembahagian hari-hari dalam kehidupan Daud tidak lagi berjalan seperti sebelumnya.

Perhatikan siyaaqnya, iaitu ayat 26 Surah Shaad yang dikemukakan tadi. Dan perhatikan pula sibaaqnya sebagaimana berikut (bermaksud): “Dan kami kuatkan kerajaannya serta Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksaan dalam menyelesaikan perselisihan”.(Shaad:20)

Bukankah kedua-duanya berada dalam jalinan yang sangat teguh dan indah bersama-sama dengan beberapa ayat dari Surah Shaad yang mengisahkan ujian Allah terhadap Nabi Daud a.s.? Tafsiran ini kuat dan menarik kerana selain ia mengambil kiran siyaaq dan sibaaq ayat, ia juga mengambil kira riwayat dan dirayat hadits berkenaannya.

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 7 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 7

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 6 – USUL No 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 13m 04s] – Sesi 6 – Usul No 7 -Tafsir Al-Quran Berdasarkan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fSaYZWrHgiU ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:31 : Tafsir Al-Quran Dengan Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

2- 00:09:44 : Kepentingan Tafsir Al-Quran Dengan Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepasnya

3- 00:16:52 : Ia Membuktikan “Tartib Kitabi” (Al-Quran) Iaitu Tertib Al-Quran Seperti Yang Terdapat Di Dalam Mushaf Hari Ini, Benar-benar Diredhai Allah Dan Ia Termasuk Dalam Perkara “Tauqifi”, Perkara Yang Ditentukan Oleh Allah Melalui Rasul-Nya Dan Tidak Dapat Dijangkau Oleh Akal Manusia, Da;am Perkara Tauqifi Ini Tidak Ada Sebarang Campur Tangan Manusia Baik Sahabat Maupun Tabi’in Dalam Penyusunannya

4- 00:23:52 : Tartib Al-Quran Seperti Yang Terdapat Dalam Mushaf Hari Ini Walaupun Tidak Mengikut Tartib Nuzulnya Tetap Mengandungi Ciri-ciri Mukjizat

5- 00:37:32 : Applikasi Usul Ketujuh Ini, Akan Memadamkan Kritikan Dan Kemusykilan Sesetengah Pihak Yang Mendakwa Susunan Ayat-ayat Al-Quran Berkecamuk, Tidak Tersusun Dan Tidak Menarik

6- 00:38:44 : Keperluan Siyaaq dan Sibaaq Untuk Menentukan Makna Dan Maksud Asal Sesuatu Ayat Lebih-lebih Lagi Diperlukan Apabila Terdapat Riwayat Tentang Sebab Nuzulnya Yang Kelihatan Janggal Dan Tidak Secocok Dengan Ayat-ayat Selepas Dan Sebelumnya

7- 00:44:10 : Dakwaan Golongan Sesat Dan Menyelewing Seperti Syiah Rafidhah Dan Lain-lain Bahawa Sesetengah Ayat Al-Quran Tergantung Kerana Ada Beberapa Ayat Sebelum Dan Selepasnya Telah Dibuang Oleh Para Sahabat Dengan Sendirinya Akan Lenyap Apabila Anda Berjaya Mempertautkan Ayat Berkenaan Dengan Siyaaq dan Sibaaqnya

8- 00:48:41 : Sebagaimana Siyaaq dan Sibaaq (Iaitu Ayat Selepas Dan Sebelum Sesuatu Perkataan), Banyak Membantu Kita Memahami Makna Dan Maksud Sesuatu Perkataan Di Dalam Sesuatu Ayat Begitu Ia Juga Banyak Membantu Kita Memahami Makna Dan Maksud Sesuatu Ayat Itu Sendiri.

9- 00:55:15 : Antara Contoh Siyaaq dan Sibaaq Berdasarkan Hikmah

10- 01:03:03 : Perkataan “Al-Muttaqin” Disebut Allah Sebanyak 41 Kali Di Dalam Al-Quran Mengikut Siyaaq dan Sibaaq.

NOTA RINGKAS

USUL KE 7 – TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA

Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini. Tafsir al-Qur’an berdasarkan:

(a) Kesesuaian antara ayat-ayatnya

(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya

(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya

(d) Berdasarkan ayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya. Usul ketujuh ini sangat istimewa dan penting kerana beberapa sebab berikut:

(i) Ia menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan di dalam firman Allah.

(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur’an (tertib al-Qur’an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqifi (perkara yang ditentukan oleh Allah melalui Rasulnya). Tidak ada sebarang campur tangan manusia, baik sahabat mahupun Tabi’in dalam penyusunannya.

(iii) Tertib al-Qur’an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini, meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetap mengandungi ciri-ciri I’jaz.

(iv) Pengaplikasian usul ketujuh dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda’wa susunan ayat-ayat al-Qur’an berkecamuk dan tidak menarik.

(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma’na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.

(vi) Da’waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syi’ah Rafidhah dan lain-lain bahawa sesetengah al-Qur’an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya dibuang oleh para sahabat dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya.

(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu memahami ma’na dan maksud sesuatu perkataan didalam sesuatu ayat, begitu juga ia banyak membantu kita memahami ma’na dan maksud sesuatu ayat itu sendiri.

Sebelum mengemukakan contoh-contoh ma’na dan maksud ayat yang difahami berdasarkan siyaaq dan sibaaq, elok kiranya dilihat terlebih dahulu betapa siyaaq dan sibaaq memainkan peranan yang penting dalam menentukan ma’na dan maksud sesuatu perkataan di dalam sesuatu ayat.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:

(i) Perkataan الحكمة“al-hikmah” misalnya, menurut Abu Hayyan mempunyai 30 ma’na. Ia pada asalnya bererti kebijaksanaan. Inilah ertinya yang masyhur dan popular. Tetapi jika anda membaca ayat 261 hingga 274 di dalam Surah al-Baqarah, anda akan dapati 14 ayat berkenaan berbicara tentang berbelanja di jalan Allah الانفاق في سبيل الله . Di dalam ayat 269 daripadanya tersebut firman Allah yang terkandung di dalamnya perkataan الحكمة “al-hikmah”. Firman Allah:يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد اوتي خيرا كثيرا apakah di sini juga perkataan itu seharusnya dipakai dengan ma’na popularnya atau ma’na-ma’nanya yang lain? Para ulama yang mengambil kira siyaaq dan sibaaqnya akan berkata, ma’na-ma’nanya yang lain kurang sesuai dipakai di sini. Ia di sini lebih sesuai dipakai dengan erti sifat murah hati, sifat suka berderma dan berbelanja di jalan Allah.

(ii) Perkataan المتّقين “al-muttaqin” disebut Allah sebanyak 41 kali di dalam al-Qur’an. Ma’na asalnya ialah orang-orang yang bertaqwa. Ia dipakai oleh para mufassirin dengan maksud-maksud yang sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya. Di dalam Surah at-Taubah ayat 4, ia dipakai dengan ma’na orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya. Berdasarkan siyaaq dan sibaaq, ia secara khususnya digunakan untuk orang-orang yang menepati dan memenuhi janji-janjinya dalam konteks polisi dan dasar luar negara. Lihat Surah at-Taubah ayat 1-7. Di dalam Surah al-Qashash ayat 83, mengambil kira siyaaq dan sibaaq, perkataan المتّقين “al-muttaqin” seharusnya dipakai dengan ma’na orang-orang yang menggunakan kuasa dalam batas-batas peraturan dan undang-undang. Dan ia secara lebih khusus berkaitan dengan pihak berkuasa. Di dalam Surah an-Naba’ ayat 31 pula ia digunakan dengan ma’na orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan. Perkataan المتّقين digunakan di situ sebagai lawan kepada perkataan الطاغين “at-thoghin” yang telah disebutkan sebelum itu di dalam ayat 22. Perkataan الطاغين “at-thoghin” di sini telah dipakai dengan erti yang lebih khusus, iaitu orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan melampui batas hukum Tuhan serta tidak mempunyai kesedaran dan kepercayaan akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan. Lihat Surah an-Naba’ ayat 21-36.

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 6– Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 7

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 5 – USUL 6 – Tafsir al-Quran Menggunakan `Aqal Fikiran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi 1j 11m 40s] – Sesi 5 – Usul No 6 -Tafsir Al-Quran Menggunakan Aqal Fikiran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/O270e3gMLac ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:15 : Tafsir Al-Quran Dengan Menggunakan Aqal Fikiran

2- 00:09:35 : Peringatan Tentang Tafsir Al-Quran Dengan Menggunakan Fikiran

3- 00:20:30 : Ibnu Abbas Mentafsirkan Surah An-Nashr

4- 00:26:05 : Pembahagian Tafsir Al-Quran Dengan Menggunakan Fikiran

5- 00:35:00 : Contoh Tafsir Tanpa Mempunyai Ilmu Lengkap

6- 00:48:00 : Contoh Tafsir Yang Dibuat Untuk Menyokong Sesuatu Fahaman, Atau Aliran Yang Sesat

7- 00:54:35 : Contoh Tafsir Menggunakan Fikiran (Rasa Elok) Dan Mengikut Hawa Nafsu

8- 01:07:14 : Seorang Ahli Tafsir Tetap Mungkin Melakukan Kesilapan & Perbezaan Di Antara Pentafsir Ahli Sunnah Dan Ahli Bid’ah

NOTA RINGKAS

USUL KE 6 – TAFSIR AL-QURAN MENGGUNAKAN ‘AQAL FIKIRAN

Usul keenam ialah menyatakan pendapat setelah meneliti, merenung dan mengkaji al-Qur’an berpandukan usul-usul yang tersebut di atas. Allah mengurniakan ‘aqal kepada manusia. Al-Qur’an pula menggesa manusia menggunakan ‘aqalnya. Maka seseorang ahli tafsir hendaklah sentiasa menggunakan ‘aqal dalam kajiannya terhadap al-Qur’an. Dengan menggunakan ‘aqal, wujudlah kefahaman yang mendalam tentang agama (ثقة في الدين). Lihatlah bagaimana doa Rasulullah s.a.w untuk Ibnu ‘Abbaas, seorang yang kemudiannya terbilang sebagai tokoh utama dalam tafsir. Bukankah baginda mendoakan agar beliau mendapat kefahaman yang mendalam tentang agama dan agar diajar Allah kepadanya ilmu tafsir al-Qur’an? Begini doanya: الهم فقهه في الدين وعلمه التأويل yang bermaksud: “Ya Allah, kurniakanlah kepadanya (Ibnu ‘Abbaas) kefahaman yang mendalam tentang agama dan ajarlah dia ilmu tafsir al-Qur’an.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah).

Saiyyidina ‘Ali pernah berkata, tidak ada apa-apa ilmu khusus atau rahsia pada kami, selain kefahaman tentang al-Qur’an yang Allah kurniakan kepada seseorang (الا فهما يعطيه الله رجلا في القرآن). (atsar riwayat al-Bukhari). Kata-kata Saiyyidina ‘Ali selain menolak dakwaan golongan Bathiniah, menonjolkan juga betapa istimewanya kefahaman hasil kajian terhadap al-Qur’an dengan menggunakan ‘aqal fikiran. Kefahaman dan pemahaman al-Qur’an secara mendalam itulah sebenarnya yang dikatakan tafsir al-Qur’an menggunakan fikiran (التفسير بالرأي).

Peringatan :

Perlu sekali difahami dengan baik pergertian mentafsir al-Qur’an dengan menggunakan fikiran. Sesetengah orang mengharamkan semua bentuk tafsir yang menggunakan ‘aqal fikiran. Sesetengah yang lain pula mengambil kesempatan daripadanya dan bertindak mentafsirkan al-Qur’an dengan sewenang-wenang dan sesuka hati. Imam Ibnu Taimiyyah di dalam “Muqaddimah Usul Tafsir”nya telah menulis beberapa panduan penting berhubung dengan perkara ini. Penulis akan menyaringnya menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. Kata beliau : “Tafsir menggunakan fikiran terbahagi kepada dua. (a) Tafsir menggunakan fikiran yang terpuji (b) Tafsir menggunakan fikiran yang tercela.

Tafsir menggunakan fikiran yang terpuji ialah mentafsir sesuatu ayat al-Qur’an secara bersepadu. Dengan cara mengemukakan ayat-ayat lain yang ada kaitan dengannya, mengemukakan hadits-hadits sahih yang membantu penafsirannya di samping membatalkan hadits-hadits dha’if dan maudhu’ yang dikaitkan dengannya, menyebutkan ijma’ Sahabat jika ada, membawa beberapa pendapat mereka dan mentarjihkan mana yang rajih daripadanya, menyatakan pendapat Tabi’in yang boleh dan tidak boleh dijadikan dalil, membincangkannya berdasarkan kaedah bahasa ‘Arab secara tuntas, lalu mengemukakan pendapat atau membuat kesimpulan dan keputusan berlandaskan dalil-dalil yang kukuh dan teguh. Mentafsirkan al-Qur’an dengan cara seperti itulah yang dikatakan ‘tafsir menggunakan fikiran yang terpuji’. Tafsir seperti ini memang terpuji dan menjamin kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Tafsir menggunakan fikiran yang tercela pula ialah tafsir dengan menggunakan fikiran semata-mata tanpa menghiraukan segala usul yang telah disebutkan sebelum ini. Orang yang mentafsirkan al-Qur’an menggunakan fikiran tercela akan mencari dalil-dalil atau sokongan-sokongan daripada al-Qur’an untuk menyokong dan menguatkan sesuatu fahaman yang telah sedia ada padanya. Dia mengutamakan ‘aqalnya dan menolak hadits-hadits yang bercanggah dengannya. Dia tidak percayakan mu’jizat. Dia bahkan selalu saja menyalahi qaedah-qaedah bahasa ‘Arab yang disepakati ahli-ahli bahasa. Pentafsir seperti ini bukan sekadar tercela malah akan diseksa Allah di akhirat nanti. Ini kerana dia bukan sahaja menyesatkan dirinya, malah menyebabkan orang-orang lain juga sesat. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perbuatan sebegini. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah r.a. perbuatan mentafsir al-Qur’an dengan menggunakan ‘aqal semata-mata adalah haram (وأما تفسير القرآن بمجرد الرأي فحرام). Setelah menukilkan sekian banyak kata-kata Sahabat dan Tabi’in tentang tafsir menggunakan fikiran yang terpuji, beliau berkata tidak salah mentafsirkan al-Quran menggunakan fikiran yang terpuji itu. Mana ada ahli tafsir di dunia ini yang langsung tidak menggunakan fikirannya, kemudian menyatakan pendapatnya ketika mentafsir al-Qur’an? Kata beliau lagi, فأما من تكلم بما يعلم من ذلك لغة و شرعا فلا حرج عليه bermaksud, “Adapun orang yang mahir dalam bahasa ‘Arab dan alim tentang syari’at, maka tidak mengapa ia mentafsir al-Qur’an menurut pendapatnya.” Para Ulama salaf akan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu ayat al-Qur’an, jika mereka mempunyai pengetahuan tentangnya. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai pengetahuan pula, mereka akan mendiamkan diri sahaja. Mendiamkan diri dalam keadaan anda mempunyai pengetahuan tentang al-Qur’an adalah satu dosa besar. Ia termasuk dalam menyembunyikan agama Allah.

Seorang ahli tafsir, biar bagaimana hebat dan ikhlas sekalipun, tetap mungkin melakukan kesilapan. Kerana ia tetap seorang manusia. Ia hanya seorang umat, bukan seorang nabi atau rasul yang ma’shum. Bagaimanapun ada perbezaan di antara kesilapan yang berlaku pada seorang pentafsir ahli as-Sunnah yang ikhlas dan pentafsir dari kalangan ahli bid’ah. Pentafsir dari kalangn ahli as-Sunnah yang ikhlas dan menggunakan qaedah-qeadah usul tafsir dengan sebaik-baiknya diampunkan jika tersalah dalam pentafsirannya. Sedangkan pentafsiran dari kalangan ahli bid’ah tetap dikira bersalah, meskipun benar dalam pentafsirannya. Ini kerana kebenaran dan ketepatan tafsirannya hanyalah satu kebetulan semata-mata.

Perincian Yang Tidak Berfaedah Dalam Tafsir

Seseorang pelajar tafsir hendaklah mengetahui bahawa di dalam sesetengah tafsir yang menjadi rujukan umat sekian banyak cerita yang dikaitkan dengan sesuatu firman Allah s.w.t. Padahal ia langsung tidak berasas dan tidak bersanad. Malah terdapat juga di dalamnya perincian-perincian yang tidak berfaedah. Oleh itu apabila mentafsir al-Qur’an, anda hendaklah berpada dengan riwayat-riwayat yang sahih meskipun ia tidak terperinci. Sibuk mencari maklumat tentang berapakah panjang dan lebar bahtera Nabi Nuh a.s. adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak berfaedah. Berapakah sebenarnya bilangan Ashab al-Kahfi juga sesuatu yang tidak perlu dipastikan. Kalau ia betul-betul diperlukan, tentu Allah dan rasulNya telah memeberitahu tentangnya. Apa yang perlu ditekankan sebenarnya ialah tentang maksud al-Qur’an mengemukakan sesuatu cerita. Kenapa misalnya Allah telah memerintahkan Nabi Nuh supaya membuat bahtera. Kenapa Ashab al-Kahfi terpaksa berlindung di dalam gua tempat persembunyian mereka. Apakah perkara yang mendorong mereka lari ke gua itu?

NOTA KULIAH LENGKAP – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 5 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 1 hinga 6