Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 54 – Usul No 16 – Mengetahui Tentang Sebab Turun Ayat dan Apa-apa yang Bersesuaian Dengannya

VIDEO – [Durasi 1j 15m 31s] – Sesi 54 – Usul No16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RiqkyLvNKEY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:08 : Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa Yang Bersesuaian Dengannya

02- 00:02:08 : Pengajaran Dan Iktibar Tidak Hanya Diperlukan Oleh Individu Tertentu Sahaja, Tidak Juga Ia Khusus Dan Terikat Dengan Zaman Dan Masyarakat Tertentu Sahaja

03- 00:04:08 : Hakikat Mengetahui Sebab Nuzul

04- 00:10:00 : Maklumat Tentang Sebab Turun Sesuatu Ayat Adakalanya Diperlukan Untuk Mengetahui Apakah Latar belakang Yang Menyebabkan Ayat Berkenaan Diturunkan, Tanpa Mengetahuinya Tidak Mungkin Ayat Itu Dapat Difahami Dengan Betul

05- 00:10:39 : Pada Kebanyakan Tempat Kisah-kisah Lama Yang Merupakan Sebab Turun Bagi Ayat Tidak Disebutkan, Ia Sengaja Tidak Disebut Kerana Sememangnya Tidak Diperlukan Untuk Mendapat Pengajaran Dan Pedoman Daripadanya

06- 00:15:37 : Bukanlah Yang Dimaksudkan “Nazalat Fi Kaza” , Sesuatu Ayat Diturunkan Dengan Sekian-Sekian Itu Adalah Bermaksud Untuk Orang Tertentu Atau Peristiwa Tertentu Semata-mata

07- 00:21:26 : Pujian Dan Celaan Yang Terletak Di Celah-celah Cerita Dan Kisah Tentang Seseorang Atau Sesuatu Golongan Manusia Tidak Seharusnya Difahami Khusus Dengan Mereka Semata-mata, Ia Juga Merangkumi Semua Orang Yang Mempunyai Sifat-sifat Yang Sama Dengan Orang-orang Yang Dipuji Atau Dikeji Allah Di Dalam Firmannya

08- 00:23:02 : Apabila Sesuatu Ayat Atau Sesuatu Surah Dikatakan Turun Dua Kali Atau Beberapa kali Maka Ia Bererti Ayat Atau Surah Itu Sesuai Diterapkan Pada Beberapa Peristiwa Yang Berbeza Dan Ada Kaitan Dengan Kesemuanya

09- 00:25:33 : Makna Sebab Nuzul

10- 00:27:13 : Sebab Nuzul Yang Umum

11- 00:46:00 : Sebab Nuzul Yang Khusus

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 16 – MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN DENGANNYA

Maksud usul ini ialah pemahaman yang betul tentang sebab turun ayat. Perbincangan yang menarik dan mendalam berhubung dengan persoalan ini telah dikemukakan oleh Syah Waliyullah di dalam kitab Usul Tafsirnya, al-Fauzul Kabir. Hakikatnya al-Qur’an itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman buat manusia hingga ke hari kiamat. Oleh itu, apabila anda membaca al-Qur’an, anda perlulah memahami beberapa perkara berikut:

(a) Pengajaran dan i’tibar tidak hanya diperlukan oleh individu tertentu sahaja. Tidak juga ia khusus dan terikat dengan zaman dan masyarakat tertentu sahaja.

(b) Hakikat mengetahui sebab nuzul ialah mengetahui keadaan-keadaan yang bersesuaian dengannya. Ia boleh jadi berupa peristiwa yang berlaku di zaman nabi s.a.w, sebelum baginda, selepas baginda, juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman moden ini dan seterusnya hingga ke hari kiamat. Mempelajari sebab nuzul bererti berusaha mengetahui apakah lagi perkara atau peristiwa yang boleh termasuk di bawahnya? Siapakah lagi orang yang tepat dengannya dan apakah pula akibat dan hukumnya menurut al-Qur’an?

(c) Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat adakalanya diperlukan untuk mengetahui latar belakang yang menyebabkan ayat berkenaan diturunkan? Tanpa mengetahuinya tidak mungkin ayat itu dapat difahami dengan betul. Contohnya firman Allah: (فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا) di dalam ayat 158 Surah al-Baqarah.

(d) Pada kebanyakan tempat, kisah-kisah lama yang merupakan sebab turun bagi ayat tidak disebutkan. Ia sengaja tidak disebut kerana sememangnya tidak diperlukan untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya.

(e) Bukanlah yang dimaksudkan dengan نزلت في كذا (ayat ini telah turun berkenaan dengan sekian-sekian) itu orang tertentu atau peristiwa tertentu semata-mata. Malah umum lafaznya yang diambil kira.

(f) Pujian dan celaan yang terletak di celah-celah cerita dan kisah tentang seseorang atau sesuatu golongan manusia tidak seharusnya difahami khusus dengan mereka semata=mata. Ia juga mrangkumi semua orang yang mempunyai sifat-sifat yang sama dengan orang-orang yang dipuji atau dikeji Allah di dalam firmanNya yang diturunkan.

(g) Apabila sesuatu ayat atau sesuatu surah dikatakan turun dua kali atau beberapa kali, maka ia bererti ayat atau surah itu sesuai diterapkan pada beberapa peristiwa yang berbeda dan ada kaitan dengan kesemuanya.

Ayat-ayat jihad dan perang tidak  akan diturunkan sekiranya tidak ada kezaliman dan kekejaman di dunia ini. Jihad dan perang menurut Islam bukan dilancarkan untuk menumpah darah dan menjajah, malah maksud sebenarnya ialah untuk membebaskan manusia daripada cengkaman kezaliman, penindasan dan pemusnahan yang bermaharajalela di mana-mana.

Adanya penyelewengan dan eksploitasi ekonomi dalam masyarakat merupakan sebab bagi turunnya ayat-ayat berhubung dengan perekonomian dan tatacara kewangan. Wujudnya kehidupan tidak bermoral, kebiadaban dan pelbagai kerosakan dalam masyarakat merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang akhlak yang mulia, sivik dan adab-adab pergaulan yang luhur. Adanya kerajaan yang zalim dan pemerintahan kuku besi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat hukum dan ayat-ayat tentang keadilan.

Jika tidak ada kegelapan, cahaya tentu tidak diperlukan. Rawatan dan ubat-ubatan tentu sekali tidak diperlukan jika tidak ada penyakit dan pesakit. Pembersihan dan penyucian baru diperlukan apabila ada kekotoran dan kecemaran. Memasang lampu di waktu siang yang terang benderang, menghulur ubat untuk dimakan atau diminum oleh orang yang sihat dan mengalirkan air di tempat yang memang sudah bersih adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Seorang manusia biasa yang cerdik pun tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti itu. Apatah lagi Tuhan yang Maha Bijaksana, Tuhan yang telah mencipta manusia dan alam semesta dengan teguh ini, jauh sekali untuk diterima ada melakukan sesuatu dengan sia-sia, tanpa sebab dan tanpa sebarang tujuan!

SEBAB TURUN YANG KHUSUS

Peristiwa khusus yang menyebabkan turun sesuatu ayat itu mungkin berupa:

(1) Perbalahan atau perselisihan yang berlaku di kalangan orang ramai. Sebagai contohnya pernah berlaku perselisihan dan ketegangan di antara dua kumpulan orang-orang Anshaar iaitu Aus dan Khazraj, akibat hasutan orang-orang Yahudi. Maka Allah menurunkan ayat-ayat berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ (100) وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَى عَلَيْكُمْ آَيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (101) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)                                                                                      

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikn Kitab itu niscaya mereka akan mengembalikanmu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (100) Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al-Qur’an) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (101). Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu padu  dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepadamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk. (103) (Aali ‘Imraan:100-103).

Tujuan ayat-ayat itu diturunkan ialah untuk mengingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap hasutan dan fitnah yang ditimbulkan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nashara). Ia juga bertujuan mengancam mereka daripada perselisihan dan perpecahan, selain menggalakkan mereka supaya bersatu padu dan bersaudara.

(2) Kesilapan teruk yang berlaku dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan seseorang. Lalu Allah menurunkan firmanNya untuk membetulkan kesilapan itu dengan menyatakan hukumnya. Keadaan seperti itu pernah berlaku kepada salah seorang sahabat yang tersasul dalam bacaan Surah al-Kaafirun ketika sedang bersembahyang kerana mabuk. Maka turunlah ayat berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (43)                                                            

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) ketika kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan jangan juga ketika kamu dalam keadaan berjunub (berhadas besar) hingga kamu mandi bersuci, kecuali ketika kamu bermusafir. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh-sentuhan dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi aau berwudhu’), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah (debu) yang suci; sapukanlah ke mukamu dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (an-Nisaa’:43)

3) Kehendak dan harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini pernah menjadi beberapa kali kepada Saiyyidina ‘Umar. Kehendak dan harapan beliaulah yang menjadi latar belakang kepada penurunan beberapa firman Allah di dalam al-Qur’an. Beliau sendiri diriwayatkan telah berkata, “Kehendakku telah menepati kehendak Tuhanku pada tiga perkara. Pernah aku berkata: “Wahai Rasulullah! Alangkah baiknya kalau kita menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat.” Maka turunlah ayat al-Baqarah:125.

Bermaksud: … Dan jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat …(al-Baqarah:125)

Aku pernah berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isterimu didatangi orang baik dan jahat. Alangkah baiknya kalau engkau suruh mereka berhijab. Maka turunlah ayat hijab.  Kerana didorong perasaaan cemburu, para isteri Rasulullah s.a.w pernah berkumpul di hadapan Baginda s.a.w. Maka aku katakan kepada mereka:عسى ربه ان طلقكن ان يبدله أزواجا خيرا منكن  lalu firman Allah turun seperti yang aku telah katakan itu.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan lain-lain).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 54 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 16 (Nota 10) 

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 53 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 23m 05s] – Sesi 53 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:46 : Siapakah “Ar-Rasikhun Fi Ilmi” (Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

2- 00:05:26 : Mengelak Diri Daripada Mentakwilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat

3- 00:07:00 : Sikap Pentafsir Yang Bijaksana Terhadap Ayat-ayat Mutasyabihat

4- 00:09:16 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” (Siapakah Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

5- 00:20:00 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” Mengikut Pengarang Kasyful Asghar Syarah Usul Bazdhawi?

6- 00:30:41 : Perbezaan Tafsir Al-Quran Dalam Bahasa Melayu

7- 01:01:50 : Ahli Bait Dalam Al-Quranr=”file/d/1H8CJvugqpJnGgMP6VtfQveEvKCwhjZWg/preview” query=”” width=”640″ height=”480″ /]

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 53 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 9)

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

SIAPA AR-RASIKHUN FIL ‘ILMI?

At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu ad-Dardaa’, Abu Umamah, Waatsilah bin al-Asqa’ dan Anas bin Malik bahawa mereka berkata, pernah Rasulullah s.a.w ditanya, “Siapakah orang-orang yang mantap ilmu agamanya”? Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah orang yang sumpahnya diterima Allah dan benar lidahnya. Di samping itu ia memelihara perut dan farajnya daripada yang tidak halal dan tidak baik. Itulah orang yang mantap.”

Naafi’ bin Yazid berkata, “Orang yang mantap ilmunya ialah orang yang merendah diri kepada Allah dan tawadhu’ dalam mencari keredhaan Allah. Dia tidak menyombong terhadap orang-orang yang lebih daripadanya dan tidak juga menghina orang-orang yang kurang daripadanya.”

Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi telah menukilkan tiga pendapat berhubung dengan siapakah orang mantap ilmu agamanya.

(i) Orang yang tetap dan istiqamah di atas ilmunya sehingga tidak mungkin (pada ‘adat) ia tergelincir dan ragu pada ilmunya. (ii) Orang yang memperluaskan furu’ menerusi ijtihad yang dilakukan sehingga ilmunya melekat di dalam hatinya. (iii) Orang yang sampai kepada hakikat sesuatu ilmu melalui ketiga-tiga salurannya, iaitu makrifat, ucapan dan amalan.

Kata al-Fakhru ar-Raazi, “Ketahuilah, orang yang mantap ilmunya ialah orang mengenali zat Allah dan sifat-sifatNya melalui dalil-dalil yang menyakinkan dan Qath’i. Dia juga percaya al-Qur’an adalah kalam Allah berdasarkan dalil-dalil yang meyakinkan. Apabila ia melihat sesuatu (nas) yang mutasyabih, sedangkan dalil qath’i menunjukkan apa yang zahir daripada nas yang mutasyabih itu bukan dimaksudkan oleh Allah, pada ketika itu yakinlah dia bahawa maksud Allah adalah sesuatu yang lain selain makna zahirnya. Dan apa yang dimaksudkan Allah itu adalah benar. Dengan menolak makna zahirnya pula tidaklah timbul sebarang keraguan di dalam hatinya terhadap kebenaran al-Qur’an.”

Shah Waliyyullah pula berkata, “Tidak ada yang mengetahui hakikat beradanya Tuhan di atas dan istiwaa’Nya melainkan Dia sendiri dan orang-orang yang mantap ilmunya dari kalangan orang-orang yang dikurniakan Allah ilmu dari sisiNya.”

MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENTAKWILKAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAAT

Salah satu usul yang perlu sentiasa diletakkan di hadapan untuk selamat dalam mentafsirkan al-Qur’an ialah mengelakkan diri daripada mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihaat yang benar-benar disepakati sebagai mutasyabihaat. Kerana pengetahuan sebenar tentangnya hanya ada pada Allah s.w.t.

Mempercayainya secara kasar dan umum (إيمان جمالي) sudah pun memadai. Anda tidak dituntut membicarakannya secara terperinci. Apa yang perlu dijadikan panduan dan pedoman ialah ayat-ayat yang terang dan muhkamaat. Ialah yang semestinya dijadikan asas dalam segala perkara.

Sikap Pentafsir Yang Bijaksana Terhadap Ayat-Ayat Mutasyabihaat ialah:

(a) Menyerahkan maksud sebenar huruf Muqattha’ah kepada Allah s.w.t. dan sedapat mungkin mengelak diri daripada berkata sesuatu secara putus tentangnya.

(b) Mengelak diri daripada mentafshil (membincangkan secara terperinci), dan mentakyifkan (menyatakan kaifiat) perkataan-perkataan كرسي , عرش , استوى , يد , وجه dan menentukan secara pasti dan qath’i makna-maknanya.

(c) Firman Allah di dalam ayat 6, Surah Aali ‘Imraan: وما يعلم تأويله ألا الله (Dan tiadalah mengetahui maksud sebenarnya kecuali Allah), perlulah sentiasa diingati apabila berhadapan dengan ayat-ayat Mutasyabihaat.

(d) sentiasa sedar bahawa sebab dan punca bagi kesesatan dan penyelewengan golongan-golongan yang sesat ialah takwilan mereka yang salah terhadap ayat-ayat Mutasyabihaat.

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 52 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 18m 14s] – Sesi 52- Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/raiu6omujvo ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:41 : (Pembetulan Kesilapan Dalam Nota)

02- 00:04:20 : Maksud Dan Rahsia Huruf-huruf Muqattha’ah

03- 00:04:58 : Aliran Yang Pertama – Ulama’ Yang Berpendapat Huruf-huruf Muqattha’ah Tidak Dapat Diketahui Manusia

04- 00:06:46 : Aliran Yang Kedua – Ulama’ Yang Berpendapat Makna, Maksud Dan Hikmat Huruf-huruf Muqattha’ah Itu Dapat Diketahui Oleh Manusia

05- 00:08:48 : Setiap Huruf Daripada Rangkaian Huruf-Huruf Muqattha’ah Merupakan Ringkasan Atau Huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Perkataan-Perkataan Tertentu

06- 00:14:13 : Huruf-huruf Muqattha’ah Merupakan Huruf-huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Nama-nama Sifat Allah s.w.t Yang Tertentu

07- 00:15:51 : Huruf-huruf Muqattha’ah Merupakan Hyruf-huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Rasulullah s.a.w Yang Di Hadap Cakap

08- 00:19:32 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Surah-surah Tertentu Itu Mengisyaratkan Bahawa Al-Quran Yang Diturunkan Kepada Muhammad s.a.w Ini Menggunakan Huruf-huruf Dan Perkataan-perkataan Yang Kamu Sentiasa Guna Siang Dan Malam Tetapi Kenapa Kamu Tidak Mampu Membuat Buku Seumpamanya Yang Dapat Menandingi Dan Menyainginya

09- 00:35:18 : Orang-orang Kafir Di Zaman Rusulullah s.a.w Selalu Membuat Bising Apabila Mendengar Ayat-ayat Al-Quran Dibacakan Di Hadapan Mereka. Tindakan Mereka Itu Digambarkan Oleh Allah Melalui Firman-Nya: وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآَنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

10- 00:39:56 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Sesuatu Surah Mengisyaratkan Secara Halus Kepada Kisah-kisah, Hukum-hakam Dan Hikmat & Pengajaran Yang Terdapat Di Dalamnya. Isyarat-isyarat Itu Hanya Difahami Oleh Nabi s.a.w Dan Segolongan Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya

11- 00:50:51 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Sesetengah Surah Merupakan Nama Surah-surah Berkenaan

12- 01:16:44 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” (Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

MA’ANA, MAKNA, HIKMAT DAN RAHSIA DI SEBALIK HURUF-HURUF MUQATTHA’AH

Di sana terdapat dua aliran pemikiran ‘ulama’ dalam menanggapi makna, maksud, hkmat dan rahsia di sebalik huruf-huruf muqattha’ah.

(1) Aliran pertama mewakili golongan ulama’ yang berpendapat huruf-huruf muqattha’ah itu tidak dapat diketahui manusia. Ia termasuk dalam bahagian ayat-ayat Mutasyabihaat yang tidak diberikan pengetahuan tentangnya kepada manusia kerana mashlahat-mashlahat tertentu yang dirahsiakan Allah.

Saidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abdulah bin Mas’ud dan kebanyakan sahabat terkemuka terbilang sebagai tokoh-tokoh dari aliran ini. Asy-Sya’bi, Sufyan ats-Tsauri, Rabii’ bin Khutsaim, Abu Haatim, jumhur mufassirin dan muhadditsin dari kalangan Tabi’in juga merupakan pendokong aliran ini.

(2) Aliran kedua mewakili golongan ulama’ yang berpendapat makna, maksud dan hikmat huruf-huruf muqattha’ah itu dapat diketahui oleh manusia. Antara tokoh-tokoh yang terbilang sebagai pendokong aliran ini ialah Ibnu ‘Abbas, kebanyakan Ahlil Kalam, Khalil, Sibawaih, al-Farraa’, Ibnu Qutaibah, Ibnu Abi al-Ishba’ al-Mishri dan lain-lain.

Bagaimanapun golongan ini berbeza antara satu sama lain dalam menentukan maksud-maksudnya. Ahli-ahli tafsir menyebutkan lebih daripada dua puluh pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dari aliran ini berhubung dengan makna dan maksud huruf-huruf muqattha’ah itu. Penulis memilih tujuh sahaja daripadanya untuk dikemukakan sebagai contohnya. Selebihnya bolehlah dilihat di dalam buku-buku lain yang lebih terperinci.

(i) Setiap huruf daripada rangkaian huruf-huruf muqattha’ah merupakan ringkasan atau kependekan yang mengisyaratkan kepada perkataan-perkataan tertentu. Sebagai contohnya الم menurut salah satu tafsiran dalam aliran kedua ini merupakan kependekan dan singkatan bagi أنا الله أعلم (Akulah Allah yang paling mengetahui). ا atau أ adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أنا . ل adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada Allah (الله) dan م pula adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أعلم.

(ii) Huruf-huruf muqattha’ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. yang tertentu. Sebagai contohnya huruf ا dan أ mungkin mengisyaratkan kepada أحد, أول, ا dan sebagainya. Huruf ل mungkin mengisyaratkan kepada لطيف dan sebagainya. Huruf م pula mungkin mengisyaratkan kepada مجيب, معز atau مجيد dan sebagainya.

(iii) huruf-huruf muqattha’ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. yang dihadap cakap. Ia mengandungi kata seru bersama mana-mana sifat Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya الم ditakwilkan dengan يا أيها المرسل (Wahai orang yang diutuskan menjadi rasul). ا (Hamzah) merupakan kependekkan أيها , ل dan م pula merupakan kependekan المرسل. Sementara huruf-huruf muqattha’ah tertentu pula dianggap mengisyaratkan kepada sifat-sifat Rasulullah s.a.w. tanpa ada kata seru. Kata serunya dianggap mahzuf (dibuang). Sebagai contohnya طه dianggap kependekan يا طاهر (Wahai orang yang bersih suci), حم dianggap kependekan يا أحمد (Wahai Ahmad), dan حم عسق dianggap kependekan yang mengisyaratkan kepada يا أحمد عذاب الله سيأتي قريبا (Wahai Ahmad, azab Allah tidak lama lagi akan datang) dan sebagainya.

(iv) Huruf-huruf muqattha’ah di permulaan surah-surah tertentu itu mengisyaratkan kepada al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad ini menggunakan huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang kamu sentiasa guna siang dan malam, tetapi kenapa kamu tidak mampu membuat buku seumpamanya yang dapat menandingi dan menyainginya? Ketidakmampuanmu mengadakan satu surah sahaja seumpamanya membuktikan al-Qur’an itu bukan buku karangan manusia. Itulah mukjizat al-Qur’an yang merupakan kalam Allah s.w.t. Inilah takwilan pilihan az-Zamakhsyari, al-Baidhawi dan al-Mubarrid, ia juga merupakan pendapat pilihan Abul ‘Abbaas Ibnu Taimiyyah, Abul Hajjaaj al-Mizzi.

(v) orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w. selalu membuat bising apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibacakan di hadapan mereka. Tindakan mereka itu digambarkan oleh Allah melalui firmanNya:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآَنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu dapat mengalahkan mereka. (Fusshilat:26). Dengan menggunakan gaya bahasa yang baharu, di mana beberapa surah dimulakan bacaannya dengan huruf-huruf muqattha’ah telah menarik perhatian sebahagian besar daripada mereka. Pembaharuan dalam penggunaan gaya bahasa seperti itu dan keunikannya membuatkan mereka terdiam dan terpegun mendengarnya. Inilah pandangan ahli Nahu bahasa arab terkemuka yang dikenali dengan Quthrub ( Nama sebenarnya ialah Muhammad bin ak-Mustaniir bin Ahmad, Abu Ali . Beliau ialah salah seorang murid Sibawaih m,206H), al-Farraa’ (Yahya bin Zaid bin Abdillah bin Mandzur ad-Dailami m,207H) dan lain-lain.

(vi) Huruf-huruf Muqattha’ah di permualaan sesuatu surah mengisyaratkan secara halus dan seni kepada kisah-kisah, hukum-hukum dan hikmat pengajaran yang terdapat di dalamnya. Isyarat-isyarat itu hanya difahami oleh Nabi s.a.w dan segolongan orang-orang yang mantap ilmu agamanya (ar-Raasikhun Fil Ilm) dari kalangan umat ini. Shah Waliyullah adalah antara tokoh yang cenderung berpendapat demikian. Kecenderungan beliau itu dapat dilihat di akhir Kitabnya yang bernama al-Fauzu al-Kabiir.

(vii) Huruf-huruf muqattha’ah di permulaan sesetengah surah itu merupakan nama surah-surah berkenaan. Inilah pendapat kebanyakan ahli Tafsir dan ahli Nahu bahasa arab. Ibnu Jarir at-Thabari menyebut nama Zaid bin Aslam, Qataadah dan mujahid sebagai tokoh-tokoh tafsir yang berpendapat demikian. Kata ibnu Katsir, hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dijadikan dalil oleh kumpulan ini, hadits itu menyebutkan Rasulullah s.a.w. selalu membaca di dalam sembahyang Subuh pada hari Juma’at الم السجدة dan هل أتى على الإنسان . الم disebut di dalam hadits itu sebagai sebahagian daripada nama surah as-Sajdah. Sesetengah surah yang dimulai dengan huruf-huruf muqattha’ah tertentu sememangnya terkenal dengan nama huruf berkenaan, seperti surah Shad, surah Qaaf, surah Yaasiin dan tujuh surah yang dimulakan dengan حم. Imam Sibawaih (m.180H) di dalam Al-Kitab (sebuah karangan beliau yang tersohor) telah mengadakan satu bab khusus bertajuk: باب أسماء السور. Di bawahnya beliau menyebutkan ص, طسم, المر, كهيعص, ياسين, طاسين, حاميم dan lain-lain sebagai nama bagi surah-surah tertentu. Abu Ubaidah Ma’mar bin al-Mutsanna (seorang ahli nahu bahasa arab yang terkenal m. 210H) juga berpendapat demikian. Kata beliau: الم شعار للسورة (Alif, Laam, Miim adalah alamat/nama surah). Az-Zamakhsyari (m. 538H) berkata: وعليه إطباق الأكثر (inilah pendapat yang disepakati oleh majoriti ‘ulama’ ). Syeikh Muhammad Abduh berkata: هو وأمثاله أسماء للسور المبتدأة به (Ia dan seumpamanya adalah nma-nama surah yang dimulakan dengannya). Imam Fakhruddin ar-Raazi setelah membincangkan tajuk ini dengan panjang lebar akhirnya berkata: والمختار عند أكثر المحققين من هذه الأقوال أنها أسماء السور ( yang terpilih daripada pendapat-pendapat ini menurut kebanyakan ulama’ muhaqqiqin ialah huruf-huruf muqattha’ah itu merupakan nama-nama surah).

Pendapat ini meskipun dipilih oleh kebanyakan ulama’, namun ia tidak terlepas daripada kritikan. Antara lainnya ia dikritik kerana dua alasan berikut:

(a) sebagaiman telah anda ketahui bahawa ada tujuh surah dimulakan dengan الم. Lima surah dimulakan dengan الر . tujuh surah dimulakan dengan حم dan dua surah dimulakan dengan طسم. Bukankah nama sesuatu diletak untuk membezakannya daripada yang lain? Kalau sama namanya, tentulah ia tidak akan satu daripadanya yang lain, malah ia akan jadi semakin mengelirukan.

(b) di dalam bahasa arab tidak terdapat nama yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Paling banyak pun ia hanya tergabung dari dua nama sahaja. Sedangkan kalau huruf-huruf muqattha’ah itu dikatakan nama surah, maka ada antaranya yang terbentuk daripada lima nama, seperti كهيعص dan حم عسق, ada pula yang terbentuk daripada tiga nama, sebagai contohnya طسم. Kalau begitu bagaimana huruf-huruf muqattha’ah itu akan dikatakan sebagai nama surah?

Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan (a) ialah bukankah surah-surah berkenaan ada nama lainnya? Apabila anda menggabungkan huruf-huruf muqattha’at itu dengan mudah yang mana satu daripadanya dimaksudkan. Misalnya dikatakan begini:الم البقرة , الم ال عمران, الم القصص, الم العنكبوت,الم الروم , الم لقمان dan الم السجدة. Demikian juga dikatakan tujuh surah yang dimulakan dengan حم. Ia akan jadi terpisah dan dapat dipastikan apabila anda berkata:حم الجاثية ,حم الدخان ,حم الزخرف ,حم الشورى ,حم السجدة ,حم مؤمن dan حم الأحقاف.

Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan (b) pula ialah yang tidak ada ialah apabila lebih daripada dua nama digabungkan dalam lingkungan ‘Tarkib Mazji’ sahaja. Nama dengan tarkib mazji seperti itulah yang dikatakan tidak ada yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Contoh tarkib mazji ialah perkataan بعلبك dan perkataan حضر الموت misalnya. Adapun kalau beberapa nama tergabung bukan dalam tarkib mazji, maka itu dibolehkan dan ada banyak contohnya dalam bahasa Arab. Apabila anda ditanya begini misalnya: ما قرأت ؟ (apa yang telah kau baca?), lalu anda menjawab: قرأت الحمد لله وبراءة من الله ورسوله (saya telah membaca الحمد لله dan وبراءة من الله ورسوله maksud anda kata begitu ialah untuk menyatakan anda telah membaca surah-surah yang dimulakan dengan perkataan-perkataan tersebut. Jawapan seperti itu tidak salah. Sibawaih berpendapat sebagaimana harus sesuatu syair atau sesuatu rangkap syair digunakan sebagai nama bagi sesuatu qasidah atau nazam, maka begitulah juga harus digunakan nama-nama huruf ejaan bahasa arab yang tertentu sebagai nama-nama surah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 52 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 9)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 51 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 14m 11s] – Sesi 51- Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaa

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/r7e3d09uGZg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:03:00 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Dalam Al-Quran

2- 00:29:56 : Huruf-huruf Muqattha’ah Mengikut Ahli Bahasa Arab

3- 00:37:57 : Huruf-huruf Muqattha’ah Mengikut Khulafa’ ar-Rasyidin

4- 00:46:09 : Huruf-huruf Muqattha’ah Mengikut Imam al-Baghawi

5- 00:50:11 : Huruf-huruf Muqattha’ah Mengikut Imam Al-Qurtubi

6- 00:57:42 : Huruf-huruf Muqattha’ah Mengikut Imam Hafiz Ibnu Katsir

7- 01:00:43 : Kesimpulan Tentang Huruf-huruf Muqattha’ah

8- 01:10:21 : Kenapa Ulama’ Terus Membincangkan Dan Memperkatakan Tentang Rahsia-rahsia Dan Isyarat-isyarat Dan Hikmat-hikmat Di Sebalik Huruf-huruf Muqattha’ah?

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

HURUF-HURUF MUQATTHA’AH DI DALAM AL-QURAN

Terdapat 29 surah semuanya di dalam al-Qur’an yang dimulakan dengan huruf muqattha’ah. Ia dipanggil Huruf Muqattha’ah kerana setiap hurufnya dibaca secara terpisah dan berasingan daripada huruf-huruf yang lain. Ia tidak merupakan huruf yang membentuk sesuatu perkataan yang mengandungi ma’na tertentu. Walaupun pada zahirnya Huruf Muqattha’ah itu berbentuk satu perkataan, namun ia dibaca secara terpisah dengan nama-nama asalnya. Contohnya الم , ia akan dibaca secara terpisah, Alif, Lam, Miim, كهيعص, akan dibaca secara terpisah, Kaaf, Ha, Ya, ‘Ain, Shaad. Dan begitulah seterusnya dengan lain-lain lagi.

Pada asalnya apa yang disebut itu adalah nama-nama huruf berkenaan. Tetapi tentulah disebaliknya ada maksud-maksud tersirat yang dikehendaki Allah s.w.t. bilangan Huruf Muqattha’ah itu ada 14 semuanya. Jumlah itu merupakan separuh daripada keseluruhan huruf ejaan bahasa ‘Arab. 14 huruf berkenaan adalah seperti berikut:

ا، ل، م، ص، ر، ك، ه، ي، ع، ط، س، ح، ق، ن

Untuk mudah mengingatkannya sesetengah ‘ulama’ menghimpunkan huruf-huruf itu dalam satu ibarat yang berbunyi: نص حكيم قاطع له سر (keterangan orang yang bijaksana putus, ada rahsianya).

Dibawah ini dikemukakan carta perincian 29 surah yang dimulakan dengan huruf-huruf muqattha’at tersebut tadi:

Nombor Bilangan Nama Surah Makkiyyah Atau Madaniyyah Huruf-Hurufnya Bilangan Huruf

1 Al-Baqarah Madaniyyah الم Tiga huruf

2 Aali ‘Imraan Madaniyyah الم Tiga Huruf

3 Al-A’raaf Makkiyyah المص Empat Huruf

4 Yunus Makkiyyah الر Tiga Huruf

5 Huud Makkiyyah الر Tiga Huruf

6 Yusuf Madaniyyah الر Tiga Huruf

7 Ar-Ra’d Makkiyyah Atau Madaniyyah المر Empat Huruf

8 Ibrahim Makkiyyah الر Tiga Huruf

9 Al-Hijr Makkiyyah الر Tiga Huruf

10 Maryam Makkiyyah كهيعص Lima Huruf

11 Thaha Makkiyyah طه Dua Huruf

12 Asy-Syu’araa’ Makkiyyah طسم Tiga Huruf

13 An-Naml Makkiyyah طس Dua Huruf

14 Al-Qashash Makkiyyah الم Tiga Huruf

15 Al-‘Ankabut Makkiyyah الم Tiga Huruf

16 Ar-Ruum Makkiyyah الم Tiga Huruf

17 Luqmaan Makkiyyah الم Tiga Huruf

18 As-Sajdah Makkiyyah الم Tiga Huruf

19 Yaasin Makkiyyah يس Dua Huruf

20 Shaad Makkiyyah ص Satu Huruf

21 Al-Mukmin Makkiyyah حم Dua Huruf

22 As-Sajdah Makkiyyah حم Dua Huruf

23 Asy-Syura Makkiyyah حم عسق Lima Huruf

24 Az-Zukhruf Makkiyyah حم Dua Huruf

25 Ad-Dukhan Makkiyyah حم Dua Huruf

26 Al-Jaatsiah Makkiyyah حم Dua Huruf

27 Al-Ahqaaf Makkiyyah حم Dua Huruf

28 Qaaf Makkiyyah ق Satu Huruf

29 Al-Qalam Makkiyyah ن Satu Huruf

HURUF MUQATTHA’AH MENURUT AL-KHULAFA’ AR-RASYIDUN

Kedudukan Huruf Muqathha’ah sebagai sebahagian daripada al-Qur’an merupakan suatu perkara yang mutawatir di sisi seluruh umat islam. Oleh itu mempercayainya sebagai sebahagian al-Qur’an  yang diturunkan Allah adalah wajib; sama seperti mempercayai ayat-ayat yang lain daripada al-Qur’an. Al-Qur’an sendiri melalui mana-mana ayatnya tidak pernah mentafsir dan menjelaskan makna-maknanya. Tidak pernah juga Rasulullah s.a.w melalui mana-mana riwayat yang sahih menerang dan menghuraikan makna-maknanya. Jika Huruf Muqathha’ah itu mengandungi ajaran akidah tertentu yang mesti diimani sehingga tidak sah atau kurang iman seseorang yang tidak mempercayainya, tentulah Allah dan RasulNya tidak membiarkannya begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan dan penerangan. Atau jika ia mengandungi sesuatu ajaran yang berkaitan dengan syari’at dan amalan-amalan tertentu yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, tentu juga Allah dan RasulNya telah memaklumkan kepada mereka maksud-maksudnya. Huruf muqattha’ah ternyata dikekalkan sebagai rahsia yang tidak didedahkan, samada oleh Allah s.w.t mahupun RasulNya yang diutus sebagai guru al-Qur’an yang pertama. Itulah sebabnya ada diriwayatkan daripada al-Khulafaa’ ar-Rasyidun,  sekian ramai para sahabat dan tabi’in bahawa mereka berkata: هى سر الله في القران (ia adalah rahsia Allah di dalam al-Qur’an).

Imam al-Baghawi (Muhyu as-Sunnah Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi. Seorang muhaddits, faqih dan mufassir yang terkemuka m.516H) menulis:

“Imam Sya’bi dan sekumpulan ulama’ berkata, “ الم dan semua huruf ejaan bahasa ‘Arab di permulaan beberapa surah al-Qur’an itu termasuk dalam ayat-ayat Mutasyabihaat yang tidak ada sesiapapun mengetahui maknanya selain Allah. Ia merupakan rahsia Al-Qur’an. Kita beriman dengan zahirnya (mempercayainya sebagai sebahagian daripada al-Qur’an secara zahir sahaja) dan menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah s.w.t. Tujuan huruf-huruf itu disebutkan tidak lain hanyalah supaya kita mengimaninya. Abu Bakar dan ‘Ali berkata, “Setiap kitab ada rahsianya. Dan rahsia Allah di dalam al-Qur’an ialah huruf Muqattha’ah di permulaan beberapa surahnya. Daud bin Abi Hind berkata, “Saya selalu bertanya Sya’bi tentang huruf-huruf itu. Jawab beliau, “Wahai Daud, sesungguhnya setiap kitab mesti ada rahsianya. Dan rahsia al-Qur’an ialah huruf-huruf Muqattha’ah di permulaan (beberapa) surah. Tinggalkan saja huruf-huruf itu, dan tanyalah apa saja yang kau mahu selainnya.” (Lihat Ma’alimu at-Tanziil j.1 m/s 59).

Ahli Tafsir terkenal al-Qurthubi (Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Anshaari al-Qurthubi m.671H) menulis di dalam Tafsirnya begini:

“ ‘Aamir asy-Sya’bi, Sufyan ats-Tsauri dan sekumpulan muhadditsin berpendapat, huruf-huruf Muqattha’ah itu adalah rahsia Allah di dalam al-Qur’an. Allah mempunyai rahsia di dalam setiap kitabNya. Ia termasuk ayat-ayat Mutasyabihaat yang hanya diketahui Allah (maksud sebenarnya). Tidak harus kita memperkatakannya. Apa yang perlu kepada kita ialah mengimani dan membacanya sebagaimana ia telah sampai kepada kita. Pendapat ini dinukilkan daripada daripada Abu Bakar dan ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Abu al-Laits as-Samarqandi menukilkan daripada ‘Umar, ‘Utsman dan Ibnu Mas’ud bahawa mereka berkata, “Huruf-huruf Muqattha’ah itu termasuk dalam rahsia tersembunyi yang tidak boleh ditafsirkan.” Kata Abu Haatim, “Kita tidak dapati huruf-huruf Muqattha’ah di dalam al-Qur’an melainkan di permulaan (beberapa) surah. Dan kita tidak mengetahui apa yang dimaksudkan Allah dengannya. Abu Bakar Ibnu al-Ambaari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Rabi’ bin Khutsaim, kata beliau:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan al-Qur’an ini. Ada isi kandungan al-Qur’an yang hanya diketahui Allah ma’nanya. Ada juga yang diberitahuNya kepadamu. Maksud mana-mana ayat al-Qur’an yang Allah khususkan dengan diriNya semata-mata, tidak akan dapat dicapai oleh kamu. Oleh itu janganlah kamu bertanya tentangnya. Adapun yang Dia beritahu kepadamu, itu bolehlah kamu tanya dan tentu ia juga diberitahu kepadamu. Bukan semua kandungan al-Qur’an kamu tahu maksudnya. Dan bukan juga setiap yang kamu tahu kamu amalkan. Sesiapa yang percaya (beriman) kepadanya, ia dapat pahala dan bertuah. Sesiapa yang kufur dan syak terhadapnya, ia berdosa dan menjauh. Huraits bin Dzuhair menukilkan daripada ‘Abdillah bin Mas’ud bahawa beliau berkata, “Tidak ada keimanan orang mukmin yang lebih afdhal daripada keimanannya kepada perkara ghaib. Kemudian beliau (‘Abdullah bin Mas’ud) membaca الذين يؤمنون بالغيب (orang-orang yang percaya kepada perkara ghaib).” Kata al-Qurthubi, pendapat yang dinukilkan oleh Rabi’ bin Khutsaim tentang ayat-ayat Mutasyabihaat dan hukumnya itu adalah sahih. Keterangan tentangnya akan datang nanti In Sya Allah dalam tafsir Surah Aali ‘Imraan. (al-Jaami’ Li Ahkaamul Qur’an j.1 m/s 154).

Ketika membincangkan tentang huruf-huruf muqattha’ah Hafiz Ibnu Katsir (m.774H) telah menulis dengan cantik sekali. Kata belian: “Tidak syak sama sekali bahawa Allah s.w.t. tidak menurunkannya (huruf-huruf muqathha’ah itu) dengan sia-sia dan percuma sahaja. Silap teruk orang-orang yang mengatakan, “Ada di dalam al-Qur’an huruf-huruf atau ayat-ayat yang dibaca sebagai ibadat semata-semata, sedangkan ia langsung tiada mempunyai makna (هو تعبد لا معنى له بالكلية).” Sebenarnya huruf-huruf muqattha’ah itu ada makna-maknanya yang tersendiri. Ia bukan kosong daripada makna dan diungkapkan dengan sia-sia sahaja. Jika ada sesuatu riwayat yang sahih berhubung dengan maknanya daripada Nabi s.a.w, maka kita menerimanya. Jika tidak ada, maka kita menahan diri daripada berkata sesuatu tentangnya di samping kita berkata (seperti tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud):

“Kami percaya kepadanya. Semuanya datang dari Tuhan kami.” Tiada ijma’ ulama’ berhubung dengan maknanya. Mereka berbeda pendapat dalam masalah ini. Ada beberapa pendapat dinukilkan. Barang siapa mendapati mana-mana pendapat yang disokong oleh dalil, bolehlah ia memilihnya. Sebaliknya dalam keadaan tiada dalil, dia hendaklah bertawaqquf (mengambil sikap tunggu dan berhenti sebentar sebagai langkah cermat) sehingga menemui dalilnya.” (lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Adziim j.1 m/s 160).

Daripada pandangan dan hasil kajian tokoh-tokoh Tafsir terkemuka tadi dapat disimpulkan bahawa menurut para Khulafa’ ar-Rasyidin, tokoh-tokoh sahabat dan at-Tabi’in, huruf-huruf Muqattha’ah merupakan salah satu perkara ‘Mutasyabihaat’ di dalam al-Qur’an yang tidak diketahui makna sebenarnya secara tepat, pasti dan yakin oleh sesiapapun selain Allah. Ia adalah rahsia Allah berupa simbol-simbol di permulaan beberapa surah al-Qur’an. Ibnu Katsir menyingkapkan maksud kata-kata Salaf bahawa, “Ia merupakan rahsia Allah di dalam al-Qur’an”, itu bukanlah sama sekali bererti huruf-huruf Muqattha’ah kosong daripada makna dan ia adalah suatu yang sia-sia dan tidak berfaedah. Malah maksudnya ialah oleh kerana tiada saluran yang menyakinkan pada kita untuk mengetahui makna-maknanya, maka itulah sebabnya kita tidak mempunyai pengetahuan yang pasti dan menyakinkan tentangnya.

Silap teruk sekali orang-orang yang mengatakan huruf-huruf muqattha’ah itu langsung tidak mengandungi  makna dan maksud. Jika ada pada seseorang dalil yang kuat untuk mentafsir dan menyatakan pandangannya tentang huruf-huruf muqattha’ah itu, dia boleh saja mengemukakannya. Tetapi tafsiran dan pandangannya itu tidak harus dianggap sebagai pasti tepat dan bersifat qath’i. Sekadar tafsiran berupa andaian yang bersifat dzanni sahaja bolehlah diterima. Penjelasan Ibnu Katsir itu dapat menghilangkan kemusykilan sesetengah pihak bahawa kalau para Khulafa’ ar-Rasyidun sudah mengatakan huruf-huruf muqattha’ah itu sebagai rahsia Allah di dalam al-Qur’an , kenapa pula ada sahabat-sahabat, Tabi’in, sesetengah ahli Tafsir dan ahli Hadits yang terkemuka masih mentafsir dan mentakwilkannya? Kenapa mereka masih terus membincang dan memperkatakan tentang rahsia-rahsia, isyarat-isyarat dan hikmat di sebaliknya?? Jawabnya ialah tafsiran dan takwilan mereka berkenaannya bukanlah dipercayai sebagai sesuatu yang qath’i dan pasti, malah ia hanya bersifat dzanni dan andaian sahaja.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 51 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 9)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 50 -(Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 0m 15s] – Sesi 50 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4g7iXkmk2qY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:05 : Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

2- 00:03:47 : Pendapat Dua Golongan Yang Berbeza Tentang Ayat-ayat Mutasyabihaat

3- 00:06:12 : Alasan Bagi Golongan Yang Berpendapat Tidak Ada Orang Yang Mengetahui Tentang Makna Ayat-ayat Mutasyabihat Kecuali Allah

4- 00:43:55 : Alasan Bagi Golongan Yang Berpendapat Selain Allah Ada Juga Orang-orang Tertentu Yang Dapat Mengetahui Makna Ayat-ayat Mutasyabihat

NOTA RINGKAS

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

ALASAN DAN PUNCA ORANG-ORANG YANG MELARANG DAN MEMBENARKAN PERBINCANGAN TENTANG AYAT-AYAT MUTASYABIHAAT

Alasan dan punca perbedaan pendapat ulama’ berhubung dengan boleh atau tidak bolehnya berbincang tentang ayat-ayat mutasyabihaat dan adakah manusia tertentu dapat mengetahuinya selain Allah ialah firman Allah s.w.t. juga. Ia terdapat di dalam Surah Aali ‘Imraan ayat 7. Dibawah ini dikemukakan ayat berkenaan:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ (7)

Bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Kitab (al-Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecondongan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (Aali ‘Imraan:7).

Para ulama’ dalam memahami ayat ini, khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya itu terbahagi kepada dua kumpulan besar.

(1) kumpulan pertama berpendapat, tidak ada orang yang mengetahui tentang ma’na (sebenar) ayat-ayat mutasyabihaat kecuali Allah.

(2) Kumpulan kedua pula berpendapat, selain Allah ada juga orang-orang tertentu yang (dapat) mengetahui ma’na ayat-ayat mutasyabihaat itu, meskipun tidak secara tafshili (terperinci) dan tidak juga secara qath’ie (pasti).

Secara asasnya kumpulan pertama berpendapat firman Allah: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِه

Waqafnya (berhenti dalam bacaan) adalah pada perkataan Allah. Perkataan selepasnya dimulakan dengan و isti’naaf dan ia menjadi mubtada’. Perkataan يقولون pula adalah khabarnya.

Maka kesimpulannya ialah hanya Allah jua yang mengetahui makna ayat-ayat mutasyabihaat dan takwilannya itu. Orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, meskipun dalam keadaan tidak mengetahui makna-makna dan takwilnya: “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Mereka juga menerima kebenarannya dan percaya kepadanya secara ijmal. Tafsiran dan takwilannya bagi meeka merupakan antara rahsia-rahsia Allah. Saidina Abu Bakar, ‘Ali, ‘Aaishah, Ubaiy bin Ka’ab, Ibnu Mas’ud, kebanyakan sahabat dan juga kebanyakan Tabi’in adalah antara orang-orang yang termasuk dalam kumpulan pertama ini. Itulah pendapat Ibnu ‘Abbas berdasarkan riwayat yang paling sahih daripada beliau. Inilah juga pegangan Salaf dari kalangan Ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Antara alasan kumpulan pertama lagi ialah:

(a) Ibnu Jarir menukilkan qira’at (tafsiriyyah) Ibnu Mas’ud begini:

إن تأويله إلا عند الله، والرسخون فى العلم يقولون امنا به

Bermaksud: Ta’wilannya hanya ada pada Allah. Orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, kami beriman dengannya.

(b) sebagaimana Allah mencela orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat dengan maksud menimbulkan fitnah, begitulah Allah mencela orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat dengan maksud mencari-cari ta’wilnya itulah yang dimaksudkan oleh ayat 7 Surah Aali ‘Imraan.

(c) ‘Aaishah meriwayatkan setelah Rasulullah s.a.w membaca ayat 7 surah Aali ‘Imraan, baginda bersabda: فإذا رأيت الذين يتبعون ما تشابه منه فأولئك الذين سمى الله فاحذروهم bermaksud: “Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat, maka itulah orang-orang yang dimaksudkan oleh Allah. Berwaspadalah kamu dengan mereka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain).

(d) adakalanya Allah menyebutkan sesuatu yang tidak dapat dijangkaukan oleh fikiran manusia di dalam al-Qur’an semata-mata untuk menguji keimanan mereka. Orang-orang yang beriman dan mendalam ilmunya akan menerimanya dengan senang hati dan menyerahkan saja hakikatnya kepada Allah. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah melalui ayat 7 surah Aali Imran.

Kumpulan kedua berpendapat, waqafnya adalah pada perkataan العلم dan وsebelum perkataan الراسخون adalah و ‘athaf. Ma’thuf ‘alaihnya ialah perkataan الله yang tersebut sebelumnya. Perkataan يقولون pula menurut mereka menjadi Haal. Hasil daripadanya ialah selain Allah, orang-orang yang mendalam ilmunya juga mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat mutasyaabihaat itu. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan yang kedua ini ialah Mujahid, Rabi’ bin Anas, al-Qasim bin Muhammad, Ibnu Juraij dan lain-lain. Ibnu ‘Abbas adalah antara sahabat yang dinukilkan berpendapat demikian. Golongan Mutakallimin khususnya dari kalangan khalaf dan majoriti Mu’tazilah juga termasuk dalam kumpulan ini.

Antara alasan kumpulan kedua lagi ialah:

(a) Ahli-ahli Tafsir di sepanjang zaman menta’wil dan mentafsirkan semua ayat-ayat al-Qur’an. Tidak pernah pula ada antara mereka tidak mahu mentafsirkan mana-mana ayat al-Qur’an atas alasan ia adalah ayat mutasyabihaat yang hanya diketahui Allah ma’na dan takwilannya. Dengan sebab itu tiada siapa pun boleh membincangkannya. Ibnu ‘Abbass malah dinukilkan berkata: الراسخون فى العلم يعلمون تاويل المتشابه وأنا ممن يعلم تأويله Bermaksud: “Orang-orang yang mendalam ilmu mengetahui ta’wilan mutasyabih. Aku adalah antara orang yang mengetahui ta’wilannya.” Selain itu perbincangan dan tafsiran tentang huruf muqhattha’at adalah suatu yang masyhur di kalangan ahli tafsir dan ia dinukilkan juga daripada beberapa orang sahabat.

(b) Mujahid dan Ibnu Juraij dinukilkan berkata: وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِه Bermaksud: “Orang-orang yang mendalami ilmunya mengetahui ta’wilannya dan mereka berkata, kami beriman dengannya.”

(c) Kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat yang dikatakan mutasyabihaat itu, maka apa gunanya Allah memasukkannya ke dalam al-Qur’an? Bukankah itu bererti Allah berbicara kepada manusia dengan sesuatu yang langsung tidak dimengertinya?

(d) kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat mutasyabihaat, maka tidak ada beza lagi antara orang alim dan orang jahil dan tidak ada lagi tingkatan-tingkatan ilmu yang membezakan seseorang alim daripada seseorang alim yang lain? Dan ini adalah suatu yang bercanggah dengan kenyataan.

Inilah sebenarnya asas bagi perbedaan pendapat dua kumpulan ‘ulama’ di atas.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 50 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 49 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 22m 14s] – Sesi 49 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9fPXnbaLLZI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:46 : Perkara-perkara Yang Termasuk Dalam Takrif Mutasyabihat Menurut Syah Waliyullah

02- 00:04:24 : Golongan Ahli Hadith Yang Banyak Menerima Sifat-sifat Ketuhanan Allah s.w.t

03- 00:07:30 : Allah “Ketawa” Mengikut Pendapat Imam an-Nawawi

04- 00:11:43 : Sifat ” ‘Uluw” (Tinggi) Allah s.w.t

05- 00:17:06 : Sifat Besar Dan Agung Allah s.w.t

06- 00:20:06 : Sifat Rahmat Allah s.w.t

07- 00:21:33 : Sifat Marah Dan Murka Allah s.w.t

08- 00:24:39 : Sifat-sifat Mutasyabihat Allah s.w.t

09- 00:31:40 : Timbangan Amalan Manusia Mengikut Syah Waliyullah

10- 00:34:54 : Melintasi Sirat

11- 00:36:16 : Gambaran Akhirat Ketika Menempuhi Sakaratul Maut

12- 00:42:04 : Duduknya Mayat Dalam Kubur

13- 00:44:46 : Soalan Malaikat Di Dalam Kubur

14- 00:45:39 : Kubur Menjadi Luas Dan Sempit

15- 00:46:04 : Mayat Bertempik

16- 00:48:00 : Padang Mahsyar Iaitu Kehidupan Selepas Mati

17- 00:54:36 : Segala Perbandingan Dan Perumpamaan Khususnya Berkaitan Dengan Allah Dan Perkara-perkara Ghaib

18- 00:57:08 : Sifat-Sitat Allah Yang Boleh Mengelirukan (Keserupaan) Dengan Makhluk-Nya, Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengan Kehidupan Sesudah Mati

19- 01:04:51 : Pembahagian Mutasyabihat Berdasarkan Kepelbagaian Sebab Tasyabut Menurut Syah Waliyullah

20- 01:17:37 :Takwilan Tentang Ayat-ayat Mutasyabihat

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

BAB: PERKARA-PERKARA YANG TERMASUK DI BAWAH DEFINISI MUTASYABIHAAT MENURUT SYAH WALIYULLAH

Daripada tulisan-tulisan Shah Waliyyullah dapat disimpulkan bahawa pada pandangan beliau perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat ialah:

(i) Yad (tangan), (ii) Rijl (kaki), (iii) Dhahik (ketawa), (iv) Sifat ‘Uluw (tinggi), (v) Sifat besar atau agung, (vi) Sifat Rahmat, (vii) Sifat Marah atau Murka, (viii) sifat Murah, (ix) Istiwa’, (x) Zat, (xi) Sama’, (xii) Bashar, (xiii) Kalam, (xiv) Qudrat. Daripada nombor (i) hingga nombor (xiv) ini, semuanya dikira mutasyabihaat apabila dikaitkan dengan Allah s.w.t. (xv) Timbangan amalan, (xvi) Melintasi shirat, (xvii) duduknya mayat di dalam kubur, (xviii) soalan malaikat dalam kubur, (xix) Kubur menjadi luas atau sempit, (xx) Mayat bertempik, (xxi) Mahsyar, (xxii) Riwayat-riwayat yang berbeza-beza tentang keadaan kebangkitan sesudah mati, (xxiii) segala perbandingan dan perumpamaan (khususnya yang berkaitan dengan Allah dan perkara=perkara ghaib), (xxiv) Semua sifat Allah selain yang tersebut sebelum ini, (xxv) semua perkara yang berkaitan dengan hari kemudian selain yang tersebut tadi.

Apa yang disebutkan oleh Shah Waliyyullah itu boleh diserapkan ke dalam dua perkara utama sahaja sebenarnya, iaitu: (i) sifat-sifat Allah yang boleh mengelirukan keserupaanNya dengan makhlukNya. (ii) Perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesudah mati.

Secara kasarnya bolehlah dikatakan dua perkara itu sahajalah yang termasuk dalam mutasyabihaat sebenar-benarnya menurut pandangan Shah Waliyyullah. Adapun selain itu, maka semuanya masih termasuk dalam perkara-perkara yang diperselisihkan, sama ada ia termasuk dalam mutasyabihaat atau tidak.

Melihat kepada kepelbagaian takrif yang dikemukakan sebelum ini, masih banyak lagi perkara yang boleh termasuk dalam mutasyabihaat.

Dalam perbincangan Shah Waliyyullah di dalam beberapa buah kitabnya dapat disimpulkan bahawa perkara-perkara yang termasuk dalam senarai mutasyabihaat itu adalah seperti berikut:

(a) sifat-sifat Allah yang boleh mengelirukan keserupaanNya dengan makhlukNya, (b) Perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan sesudah mati, (c) Lafaz musytarak, (d) ‘Aam, (e) Majaaz, (f) Kinayah, (g) Ta’ridh, (h) Tempat di mana “dhamir” (kata ganti nama) berkemungkinan kembali kepada kepada dua “marji’ “ (tempat kembali) yang berbeza. (i) Tempat di mana ada kemungkinan sesuatu lafaz di ‘athafkan kepada sesuatu yang dekat dan yang jauh daripadanya, kedua-dua sekali. (j) Tempat di mana ada kemungkinan sesuatu lafaz dipakai sebagai ‘athaf dan juga sebagai isti’naaf. (k) Semua perkara yang dikenali dalam istilah ‘ulama’-’ulama’ Hanafi sebagai (i) Khafi. (ii) Musykil dan (iii) Mujmal.

Perlu sekali diingat bahawa ta’wilan-ta’wilan tentang sifat-sifat Allah yang dibuat oleh kebanyakan golongan Khalaf itu bukan kerana mereka tidak menganggapnya sebagai perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat, tetapi mereka menganggap masih ada ruang keharusan membincangkan tentangnya. Sama ada Salaf atau Khalaf semuanya menerima bahawa ayat-ayat sifat itu memang merupakan ayat-ayat mutasyabihaat, yang berbeza cuma Salaf langsung tidak mentakwilkannya. Sementara Khalaf pula mentakwilkannya secara dzanni (على سبيل الإحتمال), bukan secara pasti dan qath’ie (لا على سبيل العلم والجزم واليقين).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 49 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 48 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 22m 10s] – Sesi 48 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/skGGZLZXPoo ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:06 : Ayat-ayat Mutasyabihat

02- 00:00:52 : Mutasyabih Murakkab

03- 00:01:51 : Mutasyabih Kerana “Tafshil”

04- 00:19:56 : Mutasyabih Kerana Susunan Ayat

05- 00:42:44 : Mutasyabih Dari Sudut Makna

06- 00:46:25 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna

07- 00:48:42 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna – Kerana Bilangan Jumlah Atau Kuantiti Dan Umum Serta Khusus Sesuatu Perkara Yang Tidak Jelas

08- 00:55:24 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna – Kerana Keadaan Dan Kaifiat Yang Tidak Jelas

09- 01:01:35 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna – ,Kerana Tempat Dan Sebab Turunnya Tidak Jelas

10- 01:06:10 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna – Kerana Syarat Sah Atau Tidaknya Sesuatu Perbuatan Seperti Sembahyang, Zakat, Nikah Dan Sebagainya Tidak Jelas

11- 01:08:58 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz Dan Makna – Kerana Masa Turunnya Ayat Tidak Jelas

12- 01:15:36 : Kesimpulan Mutasyabihat

13- 01:17:56 : Keistimewaan Ibnu Abbas Dalam Memahami Agama Yang Mendalam

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

Bab: (sambungan) Pembahagian Mutasyabihaat Berdasarkan Kepelbagaian Sebab Tasyabuh

Di antara Fi’il syarat dan jawab syarat ada sesuatu yang dibuang. Kerana agak panjang, maka ia dibuang untuk meringkaskan cerita. Tafsir bersama-sama dengan apa yang ditakdirkan dalam firman Allah ini adalah seperti berikut:

أي وإن كانت تحت حجر أحدكم يتيمة وخاف ألا يعطيها مهر مثلها فليتركها إلى ما سواها فإن النساء كثير ولم يضيق الله عليه فانكحوا….

Maksudnya: jika ada anak yatim dalam pelindunganmu, (walaupun kamu hendak mengahwininya) tetapi kamu takut tidak akan memberikan kepadanya mas kahwin yang selayak dengannya, maka jangan berkahwinlah dengannya. Sebaliknya carilah perempuan-perempuan lain. Kerana orang perempuan itu ramai, mudah dicari. Maka berkahwinlah dengan ….

Boleh juga yang “mahzuf” (dibuang) itu ditaqdirkan dengan lebih ringkas, begini: أي فلا تتزوجوهن وانكحوا Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka (jangan berkahwinlah dengan mereka) dan (sebaliknya) berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), sampai dua, tiga atau empat.

(b) Mutasyabih kerana “tafshil” ( متشابه للتفصيل والبسط ). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah di bawah ini: فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (11)

Bermaksud: Dialah yag menciptakan langit dan bumi; Dialah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan jenis-jenis binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang serupa denganNya. Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (as-Syura:11).

Pada bahagian yang bergaris di bawahnya di dalam firman Allah di atas itulah ada apa yang dinamakan “Mutasyabih kerana tafshil” (متشابه للتفصيل والبسط) kerana huruf ك yang bercantum di permulaan perkataan مثله itu adalah huruf tambahan (زائدة). Jika tidak dikatakan ia huruf tambahan, niscaya tidak akan benar maknanya. Kalau dikatakan ليس مثله شىء tanpa huruf ك itu, nescaya lebih mudah difaham oleh manusia biasa.

(c) Mutasyabih kerana susunan ayat (متشابه لنظم الكلام). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah dibawah ini: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا (1) قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا (2)

Bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Dia tidak mengadakan sebarang kebengkokan di dalamnya (1) sebagai bimbingan yang lurus dan betul, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisiNya dan memberi berita gembira kepada orang-rang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) (al-Kahfi: 1-2).

Bahagian yang bergaris di dalam firman Allah di atas adalah yang berkenaan. Menurut keterangan Ibnu ‘Abbaas, Mujahid dan az-Zamakhsyari tertib asal ayat itu alah: الكتاب قيما ولم يجعل له عوجا. Kerana قيما menjadi hal kepada الكتاب. Ia sepatutnya terletak terus selepas الكتاب. Tetapi di sini dipisahkan dengan satu jumlah (ayat) lain yang sepatutnya terletak selepasnya. Antara rahsia kenapa Allah mengatur ayat itu demikian pada pandangan al-‘Allamah Mahmud bin al-Aalusi ialah oleh kerana lafaz قيما merupakan sifat musyabahah dan sighah mubalaghah, tidak mengapa kalau ia dipisahkan daripada Sahibul Halnya. Oleh kerana tidak ada pula benda (khusunya kitab) di dunia ini yang langsung tidak ada kurang dan cacatnya, maka segera diletakkan ولم يجعل له عوجا terus selepas الكتاب. Tujuannya ialah untuk menafikan kekurangan atau kecacatan didalam الكتاب yang diturunkan itu. Kerana pada kebiasaannya mengikut hukum adat, tidak ada benda yang langsung tidak kurang. Sedikit sebanyak tentu ada kurang dan cacatnya. Ia “ditaqdimkan” (didahulukan) untuk “ihtiraas” (menjaga supaya tidak disalah faham) dan “ihtimaam” (mengambil berat tentang sesuatu yang patut diambil berat).

Mutasyabih dari sudut makna terdapat di dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita tentang sifat-sifat Allah dan juga hal ehwal alam akhirat.

Mutasyabih dengan sebab lafaz dan makna pula terbahagi kepada lima bahagian.

(a) kerana bilangan, jumlah atau kuantiti dan umum serta khusus sesuatu perkara tidak jelas (متشابه من جهة الكمية) antara contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah di bawah ini:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (5)

Bermaksud: Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, (at-Taubah:5).

Orang-orang musyrik yang diperintah Allah supaya dibunuh dan lain-lain di dalam ayat di atas masih tidak jelas, apakah semua mereka  atau sebahagian sahaja?

(b) kerana keadaan dan kaifiat yang tidak jelas (متشابه من جهة الكيفية). Samada ia wajib, sunat dan sebagainya. Antara contohnya ialah firman Allah ini:

Bermaksud: Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri engkau) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (An-Nisaa’:3).

Perintah Allah supaya berkahwin dengan sesiapa yag kamu berkenan dari perempuan-perempuan  (lain); sampai dua, tiga atau empat itu masih tidak jelas hukumnya, samada ia wajib, sunat atau harus saja. Untuk mempastikannya anada perlu merujuk kepada dalil yang lain pulak.

(c) kerana tempat dan sebab turunnya tidak jelas (متشابه من جهة المكان والأمور التى نزلت فيها). Antara contohnya dari al-Quran ialah:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (189)

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji; Dan bukanlah kebajikan itu memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah  kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung (al-Baqarah:189).

Lihat bahagian yang bergaris. Orang yang tidak mengetahui latar belakang adat dan ritual orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w dan tidak mengetahui pula sebab nuzul ayat di atas tidak akan faham maksudnya dengan semata-semata memerhati dan membacanya.

(d) Kerana syarat sah atau tidaknya sesuatu perbuatan (seperti sembahyang, zakat, nikah dan sebagainya) tidak jelas (متشابه من جهة الشروط التى بها يصح الفعل أو يفسد). Antara contohnya di dalam al-Qur’an firman Allah ini:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآَتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ (43)

Bermaksud: Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah kamu bersama-sama orang yang ruku’. (al-Baqarah:43).

Apakah perintah mendirikan shalat dan menunaikan zakat itu perlu dilaksanakan tanpa sebarang syarat? Tentu tidak. Apakah shalat dan zakat itu dikira sah walaupun syarat-syaratnya tidak dipenuhi? Tentu tidak. Tidak adakah pula perkara-perkara yang boleh merosakkannya? Tentu ada. Tetapi di dalam ayat yang sama tidak ada keterangan tentangnya. Maka jadilah ia mutasyabih. Walaupun keterangan tentangnya boleh ditemui dalam ayat-ayat atau dalil-dalil yang lain.

(e) kerana masa turunnya ayat tidak jelas (متشابه من جهة الزمان). Sedangkan penentuan Nasikh dan Mansukh sesuatu ayat misalnya terhenti atas pengetahuan mengenainya. Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah di bawah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102)

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Aali ‘Imran:102).

Melalui ayat ini Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, melalui ayat 16 dari Surah at-Taghabun yang akan datang pula Allah memerintahkan supaya orang-orang yang beriman bertaqwa kamu kepada Allah menurut kesanggupan mereka sahaja. Di sini sudah ada pertentangan di antara dua ayat berkenaan. Untuk menghilangkan pertentangan itu sesetengah ‘ulama’ berpendapat ayat 102 dari surah Aali ‘Imran dimansukhkan oleh firman Allah di bawah ini:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (16)

Bermaksud: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan sesiapa yang dipelihara dari tabiat bakhilnya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (at-Taghaabun:16)

Tetapi pendapat ini tidak kuat, kerana tidak dapat dipastikan mana satu daripada dua ayat di atas diturunkan dahulu dan mana yang diturunkan kemudian. Kerananya ia menjadi mutasyabih. Adalah lebih baik dipakai kedua-dua ayat tersebut berlandaskan kaedah jama’, dengan mengatakan ayat 102 dari surah Aali ‘Imraan itu berkaitan dengan akidah atau amalan-amalan agama yang wajib. Sementara ayat 16 dari surah at-Taghaabun pula berkaitan dengan amalan-amalan sunat da;am agama yang dilakukan dengan anggota badan.

Daripada keterangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa apa yang dibincangkan oleh para mufassirin berhubung dengan perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat itu tidak terkeluar daripada pembahagian yang telah dibentangkan sebelum ini. Ia secara ringkasnya ada tiga macam.

(1) Mutasyabihaat yang langsung tidak ada jalan untuk mengetahuinya, seperti hakikat sifat-sifat Allah dan perkara-perkara ghaib yang lain.

(2) Mutasyabihaat yang dapat diketahui melalui kajian dan penguasaan qaedah-qaedah tertentu, seperti qaedah bahasa arab, qaedah usul fiqh dan sebagainya.

(3) Mutasyabihaat yang dapat diketahui dan dicapai oleh sesetengah orang yang mantap ilmu agamanya sahaja. Ia berada di antara mutasyabihaat dari bahagian (1) dan mutasyabihaat dari bahagian (2) tadi. Dengan kemantapan ilmunya ia dapat menentukan makna lafaz-lafaz musytarak misalnya berpandukan tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk tertentu.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 48 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 47 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 22m 05s] – Sesi 47 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/7S5jNa4-t0A ]

                                  TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:07 : Perkara-perkara Yang Termasuk Dalam Takrif Mutasyabihat

02- 00:04:56 : Apakah Yang Termasuk Dalam Takrif “Mutasyabihat”?

03- 00:05:46 : Ayat-ayat Mutasyabihat Mengikut Jalaluddin As-Sayuty Di Dalam Al-Itqan Fi Ulumul Quran

04- 00:07:30 : Sifat-Sifat Allah

05- 00:16:34 : Sifat “Hairan” Dan “Kagum”

06- 00:22:46 : Huruf-huruf Ringkas Di Sesetengah Permulaan Surah Al-Quran Termasuk Mutasyabihat

07- 00:25:22 : Golongan Salaf Dan Khalaf Dalam Masalah Ta’wilan

08- 00:34:24 : Sifat Qidam, Basor Dan Sama’

09- 00:38:33 : Perbincangan Tentang Mutasyabihat Dari Kitab Kasyful Asrar

10- 00:41:04 : Adakah Mutasyabihat Hanya Tertumpu Kepada Sifat Allah Sahaja?

11- 00:45:00 : Sebab “Tasyabuh” (Tidak Terang)

12- 00:48:16 : Sesuatu Perkataan Yang Mempunyai Atau Berkongsi Dua Makna

13- 00:51:02 : Mutasyabihat – Disebabkan Ada Kemungkinan Ataf Kepada Satu Perkataan Yang Dekat Dan Yang Jauh

14- 00:54:40 : Mutasyabihat – Disebabkan Ada Kemungkinan Sesuatu Haraf Dipakai Sebagai Haraf Ataf Dan Haraf Istisnaf

15- 01:00:50 : Pembahagian Raghib Al-Hisfahani Tentang Mutasyabihat Dalam Kitab Al-Mufradat Fi Qadimil Quran

16- 01:02:00 : Mutasyabih Dengan Sebab Lafaz

17- 01:11:00 : Mutasyabih Dengan Sebab Murakkab

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

Bab: Perkara-perkara Yang Termasuk Di Bawah Ta’rif Mutasyabihaat

Perkara-Perkara Yang Termasuk Di Bawah Ta’rif (Definisi) Mutasyabihaat Seperti telah disebutkan sebelum ini, bahawa para ‘ulama’ Tafsir terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan pembahagian ayat-ayat muhkamaat dan ayat-ayat mutasyabihaat di dalam al-Qur’an. Ada yang mengatakan semua sekali ayat al-Qur’an itu muhkam. Ada yang mengatakan semua sekali mutasyabih dan ada juga yang mengatakan sebahagian daripadanya muhkam dan sebahagian yang lain pula mutasyabih.

Pendapat pertama dan kedua tidak perlu dibawa ke meja perbincangan. Kerana kedua¬duanya hanya melihat dan menilai berdasarkan piawaian bahasa semata-mata.

Dalam perbincangan ini pendapat golongan ketiga sahaja yang diambil kira. Ayat-ayat bagaimanakah bagi mereka termasuk dalam muhkamaat dan ayat-ayat bagaimanakah pula yang termasuk dalam mutasyabihaat?

Para ‘ulama’ sekali lagi berbeda pendapat dalam menanggapi persoalan ini. Menurut as¬Suyuthi ayat-ayat mutasyabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan atau ma’ na-ma’ na berikut:

(i) Sifat-sifat Allah. (ii) Istiwaa’ Allah (di atas ‘Arasy). (iii) Nafs. (iv) Wajah. (v) ‘Ain. (vi) Yad. (vii) Saaq. (viii) Sifat hampir. (ix) Sifat di atas. (x) Sifat datang. (xi) Sifat kasih. (xii) Sifat marah dan murka. (xiii) Sifat ridha. (xiv) Sifat hairan dan kagum. (xv) Sifat rahmat. (xvi) Sifat ma’iyyah (xvii) Sifat faraaghah (سنفرغ لكم أيها الثقلان)

Daripada (iii) hingga (xvii) ini semuanya mutasyabihaat apabila dikaitkan dengan Allah s.w.t. Dan (xviii) Huruf-huruf ringkas di permulaan sesetengah Surah al-Qur’an

الحروف) المقطّعة في أوائل بعض السور)

Apa yang disebut as-Suyuthi itu semuanya merupakan sifat-sifat Allah, Semuanya boleh dimasukkan dalam senarai ayat-ayat Sifat, kecuali yang ke (xviii) laitu huruf-huruf ringkas di permulaan sesetengah Surah al-Qur’an. Itupun mengikut sesetengah ‘ulama’ Tafsir merupakan ringkasan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. juga.

Pengarang kitab at-Talwih (Sa’aduddin Mas’ud bin Umar at-Taftazani asy-Syafi’e m.793H) menambahkan tiga lagi sifat Allah yang tidak disebut oleh as-Suyuthi tadi. Qidam (sifat sedia), Sama’ (sifat mendengar) dan Bashar (sifat melihat).

Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi (‘Alauddin ‘Abdul’Aziz bin Ahmad bin Muhammad al-Bukhari al-Hanafi m.730H) menulis bahawa hakikat melihat Allah di akhirat nanti, Yad (tangan), Wajah dan Istiwa’ Allah di atas Arasy itu merupakan perkara-perkara yang disepakati ‘ulama’ tentang mutasyabihaatnya. Sebab itulah tiada nukilan daripada mereka sama sekali berhubung dengan penta’wilannya. Mereka bahkan melarang daripada menta’wilkannya. (Lihat Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi j.1 m/s 58-59).

Apa yang ditulis oleh Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi itu sebenarnya tidaklah terhad pada tiga sifat tersebut sahaja. Malah ia merangkumi semua sifat-sifat Allah.

Pembahagian Mutasyabihaat Berdasarkan Kepelbagaian Sebab Tasyabuh

Di dalam al-Fauzul Kabir Shah Waliyyullah hanya rnenyebutkan empat perkara sahaja daripada sekian banyak sebab Tasyabuh yang menyebabkan sesuatu ayat itu dianggap sebagai ayat mutasyabihah. Di bawah ini ini dikemukakan apa yang ditulis beliau di dalam kitab berkenaan:

(1) Disebabkan ada kemungkinan sesuatu dhamir (ganti nama) kembali kepada dua marji’ (nama yang merupakan tempat dhamir dikembalikan) yang berbeza. Contohnya ialah seperti seeorang berkata: أما ان الامير أمرني أن ألعن فلانا لعنه اللّهBermaksud: Ketahuilah sesungguhnya pemerintah (ketua/pemimpin/gabenor/menteri dan sebagainya) menyuruh saya mela’nat Si Fulan, semoga Allah mela’natnya).

(2) Sesuatu perkataan yang mempunyai (berkongsi) dua ma’na, sepertiلمستم . Ia boleh bererti bersetubuh dan boleh juga bererti menyentuh dengan tangan.

(3) Disebabkan ada kemungkinan ‘athaf kepada satu perkataan yang dekat dan yang jauh. Contohnya ialah: وامسحوا برؤوسكم وأرجلكم dengan mengambil kira qira’at yang membaca dengan kasrah

أرجل (4) Disebabkan ada kemungkinan sesuatu haraf dipakai sebagai haraf ‘athaf dan haraf isti’naaf, seperti dalam firman Allah: وما يعلم تأويله الا اللّه والراسخون في العلم يقولون ءامنا به

Menurut Raghib al-Isfahani (Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad m.502H) di dalam al-Mufradaat Fi Gharib al-Qur’an, ayat-ayat mutasyabihaat (yang tidak terang dan tidak jelas ma’nanya) terbahagi kepada tiga bahagian. (1) Mutasyabih dengan sebab lafaznya. (2) Mutasyabih dengan sebab ma’nanya. (3) Mutasyabih dengan sebab lafaz dan ma’na, kedua-duanya sekali.

Mutasyabih dengan sebab lafaz terbahagi pula kepada dua bahagian. (1) Mufrad. (2) Murakkab.

Mutasyabih (dengan sebab lafaz) Mufrad terbahagi pula kepada dua:

(a) Mutasyabih kerana keganjilannya(متشابه من جهة الغرابة) seperti perkataan هلوعا , أب dan يزفّون. Perkataan أب tidak jelas ma’nanya. Kerana boleh jadi ia dipakai dengan ma’na rumput, padang rumput atau dengan ma’na-ma’na yang lain lagi. Sesetengah “ulama’ berpendapat, أب kepada binatang sama seperti buah-buahan kepada manusia. Perkataan هلوعا jarang diguna oleh orang-orang biasa. Ia adalah bahasa sastera yang tidak diketahui semua orang ma’nanya. Ma’nanya juga ada beberapa. Antaranya ialah terlalu takut dan tidak sabar, kedekut, lapar dan lain-lain. Demikian juga perkataan يزفّون Ma’nanya tidak diketahui semua orang, selain tidak jelas dan tidak dapat dipastikan ma’nanya dengan tepat. Kerana ia boleh jadi bererti bergegas datang, bergegas pergi, berlari dan lain-lain.

Mutasyabih kerana lafaznya dikongsi(متشابه من جهة المشاركة في اللفظ) seperti perkataan Yad dan ‘Ain. Yad dan Ain mempunyai beberapa ma’na. Ma’na-ma’na itu berkongsi lafaz yang sama. Walaupun pada asalnya ia berma’na tangan, tetapi sering juga ia dipakai dengan ma’na-ma’na yang lain, seperti kuasa, ni’mat, pertolongan, pemegang atau hulu sesuatu seperti pedang, kekuatan, keupayaan, milik dan lain-lain.

Mutasyabih murakkab (dengan sebab beberapa lafaz bergabung menjadi satu ayat) terbahagi kepada tiga bahagian:

(a) Mutasyabih. kerana ringkas (متشابه للاختصار و الايجاز). Antara contohnya di dalam al Qur’an ialah firman Allah ini:

Bermaksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk rnencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. An-Nisaa’ :3). Di antara Fi’i1 syarat dan jawab syarat ada sesuatu yang dibuang. Kerana agak panjang, maka ia dibuang untuk meringkaskan cerita. Tafsir bersama-sama dengan apa yang ditaqdirkan dalam firman Allah ini adalah seperti berikut: وان كانت لكم تحت حجر أحدكم يتيمة وخاف ألا يعطيها مهر فليتركها الى ما سواها فان النساء كثير ولم يضيّق اللّه عليه فانكحوا… Maksudnya: Jika ada anak yatim dalam perlindunganmu, (walaupun kamu hendak mengahwininya) tetapi kamu takut tidak akan memberikan kepadanya mas kahwin yang selayak dengannya, maka jangan berkahwinlah dengannya. Sebaliknya carilah perempuan-perempuan lain. Kerana orang perempuan itu ramai, mudah dicari. Maka berkahwinlah dengan . Boleh juga yang mahzuf (dibuang) itu ditaqdirkan dengan lebih ringkas, begini: أي فلا تتزوجوهن وأنكحوا Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-. perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka (jangan berkahwinlah dengan mereka) dan (sebaliknya) berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), sampai dua, tiga atau empat.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 47 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 46 – USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 13m 01s] – Sesi 46 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/mwVswsOJbs4 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:27 : Mengelak Diri Daripada Menta’wilkan Ayat-ayat Mutasyabihat

02- 00:03:25 : Muhkamat Dan Mutasyabihat Tidak Hanya Berkaitan Kepada Al-Quran Sahaja

03- 00:05:26 : Golongan Yang Mengatakan Ayat-ayat Al-Quran Itu Semuanya Muhkamat

04- 00:10:53 :- Semua Dalil Dan Bukti Dari al-Quran Adalah Kuat Dan Tegoh

05- 00:11:15 : Setiap Ayat al-Quran Adalah Benar Dan Betul

06- 00:11:49 : Setiap ayat Al-Quran Bersih Daripada Segala Kekurangan Dan Terpelihara Daripada Kesilapan Sama Ada Pada Perkataan/Lafaz Atau Maknanya

07- 00:20:23 : Al-Quran Penuh Dengan Hikmah Dan Maslahah

08- 00:21:40 : Al-Quran Adalah Kalam Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mendalam Ilmunya Maka Sudah Tentulah Ia Penuh Dengan Kebijaksanaan Dan Ilmu Yang Tepat Dan Kemas

09- 00:22:34 : Tidak Ada Di dalam All-Quran Perkara Sia-Sia Dan Senda Gurau, Semuanya Tegas Dan Bukan Main-main

10- 00:23:33 : Al-Quran Terpelihara Dari Segala Bentuk Kebatilan Dan Penyelewengan

11- 00:31:37 : Golongan Yang Mengatakan Semua Ayat-ayat Al-Quran Mutasyabihat

12- 00:34:56 : Kefasihan Dan Kesenian Bahasanya Sama

13- 00:35:25 : Kebenaran Yang Terdapat Di Dalam Semua Ayat-ayat al-Quran Adalah Serupa Dan Sama

14- 00:36:19 : Setiap Ayat Di Dalam al-Quran Merupakan Mukjizat Dan Turun Daripada Allah, Yang Bukan Hasil Karangan Manusia. Semuanya Adalah Sama Antara Satu Dengan Yang Lain.

15- 00:37:19 : Al-Quran Saling Membenarkan, Menyokong Dan Mentafsirkan Satu Sama Lain

16- 00:38:31 : Kesamaan Dan Keserupaan Yang Sempurna Membuatkan Ayat-ayat al-Quran Tidak Bercanggah Dan Bertentangan Antara Satu Dengan Yang Lain

17- 00:40:04 : Kedua-dua Pendapat, Sama Ada Muhkam Atau Mutasyabih Tidak Dipakai Dengan Makna Istilahinya, Bahkan Makna-makna Yang Diberikan Itu Hanya Menurut Bahasa Arab Semata-Mata

18- 00:41:38 : Golongan Yang Mengatakan Sebahagian Ayat Al-Quran Adalah Muhkamat Dan Sebahagian Yang Lain Pula Adalah Mutasyabihat. Inilah Pendapat Yang Betul Dalam Bab Ini

19- 00:52:20 : Perbezaan Istilah-istilah Muhkam Dan Mutasyabih

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

Sebelum pergi lebih jauh, Para pelajar Tafsir al-Qur’an perlu mengetahui perbezaan pandangan ‘ulama’ tentang apa yang dinamakan sebagai ayat-ayat muhkamaat dan ayat¬ayat mutasyabihaat. Apa yang disepakati sebagai ayat-ayat mutasyabihaat dan apa pula yang tidak disepakati.

Di sana terdapat tiga pendapat ‘ulama’ Tafsir tentangnya:

(1) Ada ‘ulama’ mengatakan ayat-ayat al-Qur’an itu semuanya muhkamaat. Dalilnya di sisi mereka ialah firman Allah berikut:

{ الٓر ۚ كِتٰبٌ أُحْكِمَتْ ءَايٰتُهُۥ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ ﴿هود:١

Bermaksud: Alif, Laam, Raa. Al-Qur’an sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Huud: 1 ).

Bagi mereka sebabnya semua ayat al-Qur’an itu muhkamaat ialah kerana:

(a) Susunan bahasanya semuanya teguh dan kukuh.

(b) Semua dalil dan buktinya kuat dan teguh.

(c) Setiap ayatnya benar dan betul. Setiap ayat al-Qur’an bersih daripada segala kekurangan dan terpelihara daripada kesilapan, sama ada pada perkataan atau ma’nanya. (e) Ia penuh dengan hikmat dan mashlahah. (f) Al-Qur’an adalah kalam Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mendalam IlmuNya, maka sudah tentulah ia penuh dengan kebijaksanaan dan ilmu yang tepat dan kemas. (g) Tidak ada di dalamnya perkara sia-sia dan senda gurau. Semuanya tegas dan bukan main-main (serius). (h) Ia terpelihara daripada segala bentuk kebatilan dan penyelewengan.

Apa yang dikemukakan sebagai sebab bagi muhkamnya (teguh dan kukuhnya) semua ayat-ayat al-Qur’an itu terkandung dalam ayat 1 Surah Huud yang dibentangkan di atas.

Pendapat (1) ini sebenarnya memakai perkataan muhkam atau muhkamaat dalam ma’na bahasa Arabnya semata-mata. Ia tiada kaitan dengan ma’na istilahinya yang terpakai dalam ‘Ulum al-Qur’an. Memanglah menurut bahasa ‘Arab muhkam bererti teguh, kukuh, kuat, kemas, teratur dan tersusun dengan baik, benar, betul dan lain-lain seperti telah disebutkan di atas tadi.

(2) Ada yang mengatakan kesemua ayat-ayatnya mutasyabihaat. Dalilnya ialah firman Allah di bawah ini:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

Bermaksud: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Qur’an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan al-Qur’an itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. (az-Zumar:23).

Mutasyabihaat dari segi bahasanya bererti saling menyerupai atau bersamaan antara satu dengan yang lain.

Sebabnya semua ayat al-Qur’an itu mutasyabihaat ialah kerana: (a) Kefasihan dan kesenian bahasanya sama. (b) Kebenaran yang terdapat di dalam semua ayat-ayatnya adalah serupa dan sama. (c) Setiap ayat di dalamnya merupakan mu’jizat dan turun daripada Allah, ia bukan hasil karangan manusia, semuanya adalah sama antara satu dengan yang lain. (d) Saling membenarkan, menyokong dan mentafsirkan satu sama lain. (e) Kesamaan dan keserupaan yang sempurna membuatkan ayat-ayatnya tidak bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain.

Kedua-dua pendapat yang dikemukakan di atas, baik tentang muhkam atau mutasyabih tidak dipakai dalam ma’na istilahinya, malah ma’na-ma’na yang diberikan itu hanya menurut Bahasa ‘Arab semata-mata.

(3) Ada pula yang mengatakan sebahagian ayat al-Qur’an muhkamaat, sebahagian yang lain pula mutasyabihaat. Inilah pendapat yang betul dalam bab ini. Dalil yang menjadi pegangan mereka ialah firman Allah berikut:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al-Qur’an. Sebahagian dari al-Qur’an itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) al-Qur’an dan yang selainnya ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar¬sarnar, tidak terang maksudnya). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari al-Qur’an untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari Ta’wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta’wilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Aali ‘Imraan:7).

Ertl Muhkam Dan Mutasyabih Menurut Istilah Para ‘ulama’ juga berbeda pendapat dalam menta’rifkan (mendefinisikan) ma‘na muhkam dan mutasyabih. Di bawah ini dikemukakan beberapa ta’rifnya (definisinya) sepertimana yang dikemukakan oleh para ‘ulama’ usul:

(i) Muhkam ialah sesuatu yang diketahui maksudnya, sama ada kerana kejelasannya atau kerana dapat dita’wil (ditafsirkan). Mutasyabih pula ialah sesuatu yang diketahui Allah sahaja, seperti bilakah akan berlaku hari kiamat, bilakah akan keluar Dajjaal dan maksud sebenar huruf-huruf ringkas di permulaan beberapa Surah al-Qur’an. Menurut al¬Qurthubi, inilah ta’rif mutasyabih yang terbaik. Al-Aalusi mengaitkannya dengan pegangan Ahlu as-Surmah Wa al-.Jama’ah. Menurut beliau, inilala ta’rif yang terpilih. Al¬Aamidi mengatakan ta’rif (i) dan (ii) selepas ini adalah yang paling sahih.

(ii) Muhkam ialah perkataan atau ayat yang terang maknanya. Mutasyabih ialah yang tidak terang maknanya.

(iii) Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang terang dan jelas maknanya sehingga tidak mungkin dihapuskan dan tidak difahami. Mutasyabih pula ialah sesuatu perkataan atau ayat yang begitu tersembunyi dan rumit maknanya sehingga tidak dapat ditentukan, baik dengan aqal mahupun dengan naqal. Allah sahaja yang mengetahui tentangnya, seperti tentang bilakah akan berlaku hari kiamat, bilakah akan keluar Dajjaal dan maksud sebenar huruf-huruf ringkas di permulaan beberapa Surah al-Qur’an. Al-Aalusi mengatakan ini ialah pendapat tokoh-tokoh ‘ulama” Hanafiyyah.

(iv) Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang tidak dapat menerima kecuali satu ma’na atau tafsiran sahaja. Adapun mutasyabih, maka ia adalah sesuatu perkataan atau ayat yang dapat menerima beberapa ma’na dan tafsiran. pendapat ini dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas. la dipakai oleh kebanyakan Ushuliyyin. Imam asy-Syafi’e dan Shah Waliyyullah adalah antara tokoh yang menerima pakai ta’rif ini,

(v) Muhkam ialah sesuatu yang dapat difikir dengan ‘aqal. Mutasyabih pula ialah sesuatu yang tidak dapat difikir dengan ‘aqal, seperti bilangan raka’at sembahyang, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan bukan di bulan Sya’ban dan Ini ialah pendapat al- Mawardi.

(vi) Ayat-ayat yang berkaitan dengan kewajipan dan tanggungjawab adalah muhkam. Sementara ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah, perbandingan dan perumpamaan pula adalah mutasyabih.

(vii) Muhkam ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan amalan. Mutasyabih ialah yang hanya berkaitan dengan keimanan.

(viii) Ayat-ayat Naasikh adalah muhkam. Ayat-ayat mansukh pula adalah mutasyabih.

(ix) Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang dapat difahami maksudnya sama ada menerusi dalil jali (terang) atau dalil khafi (tidak terang). Mutasyabih pula ialah sesuatu yang tidak ada langsung jalan untuk memahami dan mengetahuinya.

(x) Muhkam ialah sesuatu yang berdiri sendiri dan dapat difahami dengan sendirinya. Mutasyabih ialah sesuatu yang tidak berdiri sendiri. Untuk memahaminya anda memerlukan kepada sesuatu yang lain.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 46 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 45 -(Sambungan) Usul No 14 – Mengetahui Kesinambungan Di antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran – Bab: Keadaan Orang Yang Dikhitab (Dihadap Cakap) Dengan Ayat Sumpah

VIDEO – [Durasi 1j 09m 33s] – Sesi 45-Usul No 14 -Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah-Allah Dalam Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/0nKlGFx0t4E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:29 : Kadang-Kadang Orang Yang Sama Memerlukan Sumpah Tetapi Pada Ketika Yang Lain Pula Ia Tidak Memerlukannya. Ada Kalanya Seseorang Memerlukan Sumpah Hanya Untuk Perkara-Perkara Yang Tertentu Saja Tetapi Dalam Perkara-Perkara Lain Ia Tidak Memerlukannya

02- 00:10:03 : Perbezaan Dalam Terjemahan Al-Quran

03- 00:19:00 : Allah s.w.t Mengutus Al-Quran Terjamin Dari Jibrail a.s Kepada Nabi s.a.w

04- 00:39:51 : Ilmu Yang Tidak Baik Bersumber Dari Syaitan

05- 00:41:33 : Kaitan Muksam Bihi Dengan Muksam Alaih, Bintang-Bintang Dengan Keadaan Jibrail a.s

06- 00:42:54 : Bintang-Bintang Dan Planet-planet Berlari-Lari Mengikut Keadaan Masing-Masing

07- 00:45:23 : Kenapa Allah s.w.t Bersumpah Dengan Hari Kiamat ?

08- 00:49:08 : Alam Bawah Atau Alam Sufli Semua Sekali Akan Hancur Apabila Sampai Hari Kiamat

09- 00:51:36 : Sanubar Atau Dhamir Kita, ( Nafusu Lawwamah,Nafsu Ammarah Dan Nafsu Mutmainnah )

10- 01:02:24 : Bilakah Seseorang Selepas Mati Akan Bertemu Semula Iaitu Ruh, Nasamah Dan Tubuh Jasad ?

11- 01:07:30 : Allah Bersumpah Dengan Tanah Haram Makkah

 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 45 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 14 (Nota 7)