04- 00:35:54 : Mukmin Yang Sebenar Adalah Mukmin Yang Saling Berpesan Dengan Kebenaran Sesama Manusia
05- 00:40:19 : Sabar Menghadapi Ujian Dan Menegakkan Kebenaran
06- 00:47:04 : Keadaan Orang-orang Yang Dikhithab Iaitu Orang-Orang Yang Dihadap Cakap Dengan Ayat Sumpah
07- 00:48:40 : Apabila Allah Bersumpah Dengan Fenomena Alam Atau Mana-Mana Makhluknya Maka Itu Bererti Menarik Perhatian Manusia Kepada Sifat Maha Pencipta-Nya, Kuasa-Nya, Sifat Ilmu Dan Sifat Hikmat-Nya Yang Tidak Terbatas
08- 00:56:04 : Orang Yang Dihadap Cakap Pertama Bagi “Muksam Bihi” Dengan Lafaz “Fawarabbika Fala Warabbika Atau La Amruka” Adalah Rasulullah s.a.w. Orang-orang Mukmin Juga Termasuk Di Bawahnya Tetapi Secara Tidak Langsung. Orang-orang Kafir Juga Adakalanya Dimaksudkan Tetapi Secara Sindiran Dan Tidak Langsung.
09- 00:58:06 : “Muksam Bihi” Dengan Lafaz “Fawarabbis Samaa Iwal Ardh” Atau “Rabbil Masyariki Wal Magharib” Secara Langsungnya Ditujukan Kepada Orang-Orang Mukmin, Orang-Orang Lain pun Boleh Termasuk Di Bawahnya Tetapi Tidak Secara Langsung.
10- 01:00:56 : Kadang-Kadang Orang Yang Sama Memerlukan Sumpah Tetapi Pada Ketika Yang Lain Pula Ia Tidak Memerlukannya. Ada Kalanya Seseorang Memerlukan Sumpah Hanya Untuk Perkara-perkara yang Tertentu Saja Tetapi Dalam Perkara-perkara Lain Ia Tidak Memerlukannya.
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
{Sambungan} USUL KE 14 – Bab: Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih
(3) Kesesuaian dan kesinambungan di antara muqsam bihi dan muqsam ‘alaih juga terdapat dengan cukup indah di dalam surah al-‘Ashr. Lihat terlebih dahulu surah al¬’Ashr itu:
Bermaksud: Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran (3) (al-‘Ashr:1- 3).
Dengan merenung dan meneliti sejenak sahaja, kesesuaian dan kesinambungan di antara muqsam bihi dan muqsam alaih akan dapat dikesan. Modal manusia dalam kehidupan di dunia ini sebenarnya hanya ada dua sahaja. Pertama, masa atau umurnya dan kedua kepandaian mengguna masa dan umur. Umur manusia setiap detik semakin berkurang. Orang yang mengguna masa atau umurnya untuk membina kehidupannya di akhirat, itulah orang yang terselamat daripada kerugian. Jika tidak, pasti akan kerugianlah dia.
Setiap manusia berada dalam kerugian, Jika masa dan umurnya tidak digunakan Untuk sesuatu yang berfaedah di dunia dan di akhirat. Sejarah masa menyaksikan hakikat ini!
Keadaan-Keadaan Orang Yang Dikhithab (Dihadap Cakap) Dengan Ayat Sumpah
Antara perkara yang perlu sekali diperhatikan apabila anda membaca ayat qasam (sumpah) di dalam al-Qur’an ialah siapakah orang-yang dikhithab dengannya? Beberapa panduan penting diberikan di bawah ini:
(1) Apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam atau mana-mana makhlukNya, maka itu bererti menarik perhatian manusia kepada sifat Maha PenciptaNya, sifat kuasaNya, sifat ilmu dan sifat hikmatNya yang tidak terbatas. Manusia atau jin yang paling dimaksudkan dengan sumpah seperti itu ialah yang kafir. Merekalah yang paling memerlukan panduan untuk dapat mengesan sifat-sifat rububiyyah Allah s.w.t. Lalu menerima pula sifat uluhiyyahNya. Ini bukanlah pula bererti orang-orang Islam langsung tidak dimaksudkan dengannya.
(2) Mukhathab pertama bagi muqsam bihi dengan lafaz فلا وربك , فوربك atau لعمرك adalah Rasulullah s.a.w. Orang-orang mu’ min juga termasuk di bawahnya, tetapi secara tidak langsung. Orang-orang kafir juga adakalanya dimaksudkan, tetapi secara sindiran dan tidak langsung.
(3) Muqsam bihi dengan lafazفورب السماء والأرض atau رب المشارق و المغارب secara langsungnya ditujukan kepada orang-orang mu’min. Orang-orang lain juga boleh termasuk di bawahnya, tetapi tidak secara langsung.
Keadaan-keadaan orang yang dikhithab juga perlu diperhatikan. Sesetengah orang sememangnya memerlukan sumpah apabila anda hendak menceritakan sesuatu kepadanya. Sesetengahnya pula tidak begitu.
(4) Kadang-kadang orang yang sama memerlukan sumpah, pada ketika yang lain pula ia tidak memerlukannya. Adakalanya seseorang memerlukan sumpah hanya untuk perkara¬perkara tertentu sahaja. Dalam perkara-perkara lain ia tidak memerlukannya. Untuk menghadapi keadaan-keadaan seperti inilah al-Qur’an memilih satu gaya bahasa sumpah yang sangat menarik, iaitu dengan menggunakan haraf nafi sebelum perkataan qasam. لا أقسم . Pada sesetengah tempat sebelum perkataan لا dibawakan haraf ‘athaf.
Sebanyak lapan sumpah seperti ini telah digunakan oleh Allah di dalam tujuh surah al-Qur’an. Di bawah ini dikemukakan perinciannya:
(1) Di dalam Surah at-Takwiir Allah berfirman:
Bermaksud: Sungguh. Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul: (15) yang beredar, juga vang tetap pada tempatnya (16).
(2) Di dalam Surah al-Qiyaamah:
Bermaksud: Aku bersumpah demi hari kiamat (1) dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (2).
(3) Di dalam Surah al-Balad:
Bermaksud: Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekah) (1)
(4) Di dalam Surah al-Waaqi‘ah:
Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan tempat-tempat beradanya bintang-bintang(75).
(5) Di dalam Surah al-Haaqqah:
Bermaksud: Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya. (38) Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya. (39) Bahawa sesungguhnva Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. (40)
(6) Di dalam Surah al-Ma’arij:
Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat¬tempat tenggelamnya, – sesungguhnya Kami Maha Berkuasa. (40)
(7) Di Dalam Surah Al-Insyiqaaq:
Bermaksud: Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja (16) dan dengan malam dan apa yang diselubunginya (17) dan dengan bulan apabila jadi purnama (18)sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan) (19).
Para ulama’ Tafsir herheda pendapat tentang لا nafi yang tersebut sebelum fi’il qasam. Ada yang mengatakan ia لا zaa’idah dan pula yang mengatakan ia adalah لا nafi kalam muqaddar. Dan sebagainya.
5- 00:14:48 : Perkaitan Di antara Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih, Keutamaan Surah Al-Qalam, Kepentingan Tulis
6- 00:34:37 : Untuk Berjuang Dalam Agama Hendaklah Banyak Bersabar
7- 00:46:11 : Berdasarkan Tartib Turun Surah-surah Al-Quran, Surah Al-Fajr Adalah Yang Kelima Mengandungi Sumpah Allah s.w.t (Allah s.w.t. Sentiasa Memerhati Hamba-Hambanya). Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih.
8- 00:57:18 : Kaum Nabi Saleh a.s. (Yang Dikenali Sebagai Kaum Thamud) Yang Telah Musnah Dengan Satu Gegaran Yang Amak Kuat Pada Waktu Fajar
9- 01:07:04 : Nabi Musa a.s Telah Membawa Lari Kaum Bani Israil Dari Firaun Pada Hari 10 Muharram
10- 01:11:58 : Allah Melepaskan Angin Yang Amat Sejuk Dan Kencang Kepada Kaum ‘Ad Dan Thamud
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
{Sambungan} USUL KE 14 – Bab: Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih
Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih
Pelajar al-Qur’an hendaklah mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih. Khususnya apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk ciptaanNya. la perlu merenung dengan mendalam untuk mendapatkan rahsia dan hikmat yang tersimpan di sebalik perhubungan antara kedua rukun qasam (sumpah) itu.
Dengan mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam ‘alaih, kebesaran al-Qur’an dan keagungannya akan menguasai minda seseorang. Perhubungan antara keduanya adakalanya nyata dan adakalanya pula agak tersembunvi. Minda yang tajam dan jiwa yang hening jua akan dapat menangkap sesuatu yang tersembunyi dan tidak nyata.
Beberapa Contoh Kesesuaian Dan Kesinambungan Antara Muqsam Bihi Dan Muqsam ‘Alaih
(1) Berdasarkan tertib turun al-Qur’an, surah yang mula-mula sekali mengandungi sumpah ialah Surah al-Qalam. Di permulaannya terdapat sumpah Allah. Lihat firman Allah berkenaan:
Bermaksud: Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1) Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab ni’mat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana). (2) Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); (3)Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (al-Qalam: 1-4).
Muqsam bihi terdapat di dalam ayat pertama surah. Ayat 2-4 pula merupakan muqsam alaih atau jawab qasam.
“Pena dan apa yang mereka tulis- yang tersebut sebagai muqsam Bihi di dalam avat Surah al-Qalam ini telah dipakai oleh para ulama Tafsir dengan dua erti. (a) Semua pena atau alat tulis yang digunakan oleh manusia untuk menulis. Apa yang mereka tulis pula bermaksud apa saja yang ditulis manusia. (b) Pena yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis dan mencatat al-Qur’anyang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Apa yang mereka tulis pula bererti al-Qur’an yang ditulis oleh para sahabat di dalam mushaf-mushaf.
Al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad merupakan ni’mat terbesar Allah kepadanya dan juga kepada seluruh manusia. la penuh dengan kebenaran, panduan hidup dan keajaiban. Bagaimana boleh seorang yang telah menerima al-Qur’an yang begitu sifatnya dari Allah dan mcnyampaikannya kepada manusia dituduh gila oleh pembesar¬pembesar Quraisy?!Padahal orang yang dituduh mereka sebagai gila itu hidup bersama mereka sekian lama dan mereka sendiri mengakui tentang kebijaksanaan dan ketinggian akhlaknya. Bukan al-Qur’an sahaja membuktikan kebenaran Muhammad, kewujudan beliau di kalangan mereka sendiri buat sekian lama juga merupakan bukti yang terang tentang kebenarannya. Tiada orang lain yang lebih mengenalinya daripada mereka. Kenapa mereka tetap menuduhnya gila? Tidak kerana lain, kerana al-Qur’an itulah juga. Kalaulah manusia – termasuk orang-orang kafir Quraisy – memerhatikan al-Qur’an dan membandingkannya dengan buku-buku lain yang ditulis manusia, tentu mereka akan sedar bahawa al-Qur’an itu bukan hasil ciptaan manusia. la adalah kalam Allah. Manusia tidak akan mampu menandinginya, bahkan tidak akan mampu mengadakan satu surah pun seumpamanya.
Muqsam alaih yang tersebut di dalam ayat 2-4 bukan dikemukakan untuk menghibur hati Nabi s.a.w. Bukan juga untuk memujuk beliau yang begitu sakit hati dan sedih dengan kata-kata kesat dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pemuka-pemuka Quraisy terhadap beliau. la sebaliknya merupakan bukti yang membenarkan Muhammad s.a.w. dan mendustakan orang-orangyang menuduhnya gila. Orang-orang yang menuduhnya itulah sebenarnya yang gila. Nabi s.a.w. yang yakin bahawa beliau adalah rasul yang haq dari Allah dan diperkuat pula dengan al-Qur’an, tentunya tidak terkesan dengan tuduhan¬tuduhan palsu seperti itu.
(2) Berdasarkan tertib turun surah-surah al-Qur’an, surah al-Fajr adalah yang kelima mengandungi sumpah Allah. Di dalamnya Allah berfirman:
Bermaksud: Demi (waktu) fajar; (1) Demi malam yang sepuluh; (2) Demi yang genap dan yang ganjil; (3) Demi malam, apabila ia berlalu; (4) Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal (5) Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad (6) laitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, (7) yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain (8) Dan (terhadap) kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak) (10) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (11) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12) kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab (13) sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi (14) (al-Fajr:1-14).
Selepas mengemukakan muqsam bihi melalui empat ayat, hermula dari ayat 1 hingga ayat 4, Allah mengemukakan Pula kisah kehancuran dan kemusnahan tiga kaum yang sangat derhaka dan bermaharajalela di negeri masing-masing. Setelah itu barulah dikemukakan muqsam ‘alaihnya, iaitu ayat ke 14 surah berkenaan:انّ ربك لبالمرصاد (Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi). Sebagaimana Allah mengawasi seterusnya menimpakan azab ke atas umat yang derhaka di zaman dahulu, Allah mengawasi dan akan menghukum orang-orang yang semasa dengan rasulNya Muhammad s.a.w. Yang demikian itu adalah sunnahNya.
Jika dilihat kepada masa dan waktu kaum-kaum yang disebut Allah sebagai kaum-kaum yang telah dibinasakan, niscaya anda akan dapati waktu-waktu kebinasaan dan kemusnahan mereka ialah yang disebut Allah sebagai muqsam bihi di permulaan surah ini. Kaum Nabi Saleh yang lebih dikenali sebagai kaum Tsamud telah musnah dengan satu gegaran yang amat kuat pada waktu Fajar. Perihal kaum Tsamud, kehebatan dan sikap mereka terhadap ayat-ayat Allah yang disampaikan oleh Nabi Saleh a.s. dan akhirnya hagaimana mereka dimusnahkan, dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul. (80) Dan Kami telah herikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga herpaling (mengingkarinya). (81) Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya). (82) Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh suara keras yang menggempakan bumi pada waktu pagi. (83) Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun. (84) (al-Hijr:80-84).
Nabi Musa a.s. telah membawa lari kaumnya ke semenanjung Sinai daripada kezaliman Fir’aun pada waktu malam di sepuluh awal bulan Muharram. Allah menyelamatkan mereka. Sementara Fir’aun dan Bala tenteranya yang mengejar mereka pula ditenggelamkan dalam laut Qulzum. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada hari ke 10 di bulan Muharram.
Untuk membinasakan dan memusnahkan kaum ‘Aad Allah telah melepaskan angin yang amat sejuk dan kencang bermula pada waktu fajar. Angin yang amat sejuk dan kencang itu dilepaskan selama tujuh malam (dan) lapan hari tanpa henti. Akhirnya mereka semua sekali musnah. Pada petang hari kelapan, barulah angin itu herhenti. Lihatlah firman Allah berikut:
Bemaksud: Kaum Tsamud dan ‘Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4) Maka (masing-masing, menerima azab dunianya) – adapun Tsamud (kaum Nabi Saleh), maka mereka telah dibinasakan dengan suara keras yang amat dahsyat. (5) Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat sejuk lagi amat kencang,(6) Yang diarahkanNya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. (7) Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka. (8) (al-Haaqqah: 4-8).
Lapan adalah bilanan genap. Tujuh pula adalah bilangan ganjil itulah yang dimaksudkan dengan firman واشفع والوتر (Demi yang genap dan yang ganjil)dalam konteks apa yang berlaku kepada kaum ‘Aad.
Waktu-waktu yang disebutkan sebagai muqsam bihi di dalam Surah al-Fajr itu sebenarnya meruju’ kepada peristiwa bersejarah yang berlaku padanya. Pada waktuwaktu itulah kaum ‘Aad, kaum Tsamud dan Fir’aun serta bala tenteranya dimusnahkan Allah. Punca kemusnahan mereka ialah menolak dan menentang ayat-ayat Allah. Selain itu mereka juga banyak melakukan kerosakan di muka bumi.Lihatlah betapa rapatnya perkaitan dan kesinambungan di antara muqsam bihi dan muqsam alaih di dalam Surah al-Fajr ini.
2- 00:01:10 : Membuktikan Kebenaran Al-Quran Sebagai Kalam Tuhan Yang Diturunkan Untuk Membimbing Dan Memandu Manusia Dalam Kehidupannya Di Dunia. Al-Quran Juga Diberikan Sebagai Makjizat Kepada Nabi s.a.w Yang Dijamin Terpelihara Daripada Segala Bentuk Penyelewengan Dan Tokok Tambah.
3- 00:05:22 : Contoh Dalil Kebenaran Al-Quran Yang disampaikan Oleh Rasul Yang Mulia, Dan Al-Quran Bukan Rekaan Nabi Muhammad s.a.w
4- 00:17:27 : Hakikat Kenapa Al-Quran Diturunkan Bahasa Arab
5- 00:24:43 : Allah Bersumpah Dengan Makhluk Yang Dijadikan-Nya Dan Kelebihan Al-Quran
6- 00:38:38 : Allah Bersumpah Dengan Langit Atau Awan Dan Al-Quran Panduan Hidup
7- 00:53:52 : Mengingatkan Manusia Kepada Sekian Banyak Nikmat Yang Dikurniakan Allah Kepada Mereka. Manusia Sepatutnya Bersyukur Atas Nikmat Kurniaan Allah Kepadanya Itu. Manusia Sepatutnya Membandingkan Nikmat-nikmat Yang Diperolehinya Dengan Nikmat-nikmat Yang Diperolehi Makhluk-makhluk Tuhan Yang Lain, Jika Makhluk-makhluk Lain Tidak Henti-henti Bertasbih Memuji Tuhan,Taat Segala Perintah Tuannya Padahal Mereka Tidak Mendapat Walaupun Hanya Satu Per Seribu Nikmat Yang Dikurniakan Kepada Manusia, Maka Sewajarnyalah Manusia Bersyukur Kepada Allah Dan Hidup Dengan Penuh Ketaatan Kepada-Nya
8- 00:56:45 : Perbandingan Allah s.w.t Terhadap Manusia Dangan Kuda Yang Patuh Kepada Tuannya
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
{Sambungan} USUL KE 14 – (Sambungan) Tujuan Sumpah Dalam Al-Quran
(11) Membuktikan kebenaran al-Qur’an sebagai kalam Tuhan yang diturunkan untuk membimbing dan memandu manusia dalam kehidupannya di dunia. Al-Qur’an juga diberikan sebagai mu’jizat kepada rasulullah s.a.w. Ia dijamin terpelihara daripada segala bentuk penyelewengan dan tokok tambah.
(12) Mengingatkan manusia kepada sekian banyak ni’mat yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Manusia sepatutnya bersyukur atas ni’mat kurniaan Allah kepadanya itu. Manusia sepatutnya membandingkan ni’mat-ni’mat yang diperolehinya dengan ni’mat¬ni‘mat yang diperolehi makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Jika makhluk-makhluk lain tidak henti-henti bertasbih memuji Tuhan, ta’at kepada segala perintah tuannya, padahal mereka tidak mendapat walaupun hanya 1 /1000 ni’mat yang di kurniakan kepada manusia, maka sewajamyalah manusia bersyukur kepada Allah dan hidup dengan penuh keta’atan kepadaNya. Maksud ini dapat dilihat umpamanya pada sumpah Allah di dalam Surah al¬’Aadiyaat.
2- 00:03:49 : Menarik Perhatian Manusia Dan Jin Kepada Alam Semesta, Kejadian Tuhan Yang Penuh Dengan Rahsia Dan Keajaiban
3- 00:37:48 : Membuktikan Kebenaran Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Orang-Orang Arab Percaya Sumpah Dusta Boleh Membuatkan Seseorang Yang Bersumpah Binasa Atau Musnah Kehidupannya
4- 00:42:52 : Mengumpamakan, Membandingkan Dan Memisalkan Perkara-perkara Ghaib Dan Abstrak Dengan Perkara Yang Dapat Disaksikan Dengan Mata Kepala. Tujuannya Ialah Supaya Perkara-perkara Ghaib Dan Abstrak Itu Dapat Difahami Oleh Akal Dengan Mudah
5- 00:49:19 : Untuk Menolak Kepercayaan-Kepercayaan Karut Dan Memperbetulkan Aqidah-Aqidah Yang Terpesong
6- 00:54:34 : Selalu Juga Allah Bersumpah Untuk Menguat Dan Meneguhkan Muqsam Alaih Khususnya Apabila Ia Berkaitan Dengan Perkara-perkara Ghaib Seperti Hari Kebangkitan, Perhitungan Dan Pembalasan
7- 00:55:54 : Menarik Perhatian Kepada Perkara-perkara Penting Dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah Yang Berlaku Pada Sesuatu Termpat
8- 01:05:28 : Menghibur Dan Menenangkan Hati Nabi s.a.w Yang Sentiasa Dicemuh Dan Dituduh Oleh Orang-Orang Kafir Di Zaman Baginda; Di Samping Menyatakan Baginda Adalah Kekasih Allah Dan Manusia Pilihan-Nya
9- 01:07:57 : Menyatakan Muqsam Bihi Mempunyai Kesinambungan Dan Perkaitan Yang Rapat Dengan Muqsam Alaih. Ia Merupakan Wadah Bagi Muqsam Alaih Untuk Sama Ada Meraih Keuntungan Atau Mendapat Kerugian Semasa Hidupnya Di Dunia Ini
10- 01:13:52 : Menunjukkan Kehebatan Dan Keistimewaan Muqsam Bihi Di Sisi Allah, Musqam Bihi Juga Bersifat Dengan Sifat-sifat Mulia, Bertanggungjawab, Sentiasa Melaksanakan Perintah-perintah Allah Yang Diberikan Kepada Mereka Dengan Penuh Taat Setia
NOTA RINGKAS
Tujuan Sumpah (غرض القسم) Di Dalam Al-Qur’an
Jika dilihat kepada keluasan ilmu Allah dan kecetekan ilmu manusia, tentulah sukar utk menguasai dan mempastikan setiap maksud sumpahNya di dlm al-Qur’an. Bagaimanapun setelah diteliti, dapatlah juga dikatakan bahawa maksud sumpah Allah di sini – berpandukan beberapa petunjuk yg ada – ialah utk membuktikan kebenaran al-Qur’an misalnya. Di hawah ini dikemukakan sehahagian daripada maksud dan tujuan sumpah yang terpenting sahaja:
(1) Menarik perhatian manusia dan jin kepada alam semesta kejadian Tuhan yg penuh dgn rahsia dan keajaiban, di samping menyatakan keteguhan dan kehebatannya.Dalam menjaga dan mentadbimya, silat ruhuhiyyah Allah jua yg akan kelihatan di mana-mana pun. Keadaan itu membuatkan setiap yg berfikir dan insaf pasti menerima sifat uluhiyyahNya.
(2) Membuktikan kebenaran RasulNya Muhammad s.a.w. Orang-orang ‘Arab percaya sumpah dusta boleh membuatkan seseorang yg bersumpah binasa atau musnah kehidupannya. Rasulullah s.a.w. pula dgn perintah Allah seringkali bersumpah, namun sumpah beliau langsung tidak memudharatkannya. Kehidupan beliau sebaliknya terbukti menjadi semakin baik dan sempurna. Nama beliau menjadi semakin masyhur. Segala usaha beliau pula semakin dihargai. lni semua menunjukkan restu Allah ada bersamanya dan kebenaran berada di pihaknya.
(3) Mengumpamakan, membandingkan dan memisalkan perkara-perkara ghaib dan abstrak dgn perkara-perkara yg dapat disaksikan dengan mata kepala. Tujuannya ialah supaya perkara-perkara ghaib dan abstrak itu dapat difahami oleh akal dengan mudah dan dapat diterima oleh jiwa dengan senang.Rahsia itulah yg terdapat di sebalik sumpah Allah dengan waktu subuh, siang, waktu dhuha, matahari, malam dsb. Dengan mengamati sumpah-sumpah Allah yg sebegitu, terserlahlah cahaya petunjuk dan keimanan di dalam jiwa. Selain itu akan timbul juga perasaan gerun terhadap Allah dan harap kepadaNya.
(4) Utk menolak kepercayaan-kepercayaan karut dan memperbetulkan aqidah-aqidah yg terpesong Allah bersumpah dgn bintang apabila ia menjunam dsb. la mengetuk fikiran penyembah bintang-bintang atau planet-planet tertentu yg dipercayai turut mempunyai kuasa terhadap alam bawah. Maksud yg sama juga terdapat di dalam satu hadits rasulullah s.a.w., meskipun ia tidak menggunakan Bahasa sumpah
Lihat hadits berkenaan di bawah ini:
Maksudnya: Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan, kata beliau, gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim (anakanda Rasulullah s.a.w.). Maka ada yg berkata, ia gerhana kerana kematian Ibrahim. Mendengar kata-kata itu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dri sekian banyak tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan sesiapa pun. Apahila berlaku gerhana, berdoalah kamu kepada Allah dan bersembahyanglah sehingga ia hilang. (Hadits riwayat al-Bukhari).
(5) Selalu juga Allah bersumpah utk menguat dan meneguhkan muqsam ‘alaih, khususnya apabila ia berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti hari kebangkitan. perhitungan dan pembalasan.
(6) Menarik perhatian kepada perkara-perkara penting dan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di sesuatu tempat. Apabila Allah bersumpah dengan at-Thur misalnya, maka ia bererti menarik perhatian manusia kepada tanda-tanda kebesaran Allah berupa mu’jizat yang dikurniaiNya kepada Nabi Musa a.s.di tempat (bukit) tersebut.Allah bersumpah dengan al-Baladil Amin Pula untuk menarik perhatian kita kepada kemunculan Islam di Mekah, selain menvatakan keistimewaannva kerana di situlah terletak al-Ka’batul Mukarramah dan lain-lain benda yang penuh bersejarah dan keberkatan .
(7) Menghibur dan menenangkan hati Nabi s.a.w.yang sentiasa dicemuh dan dituduh oleh orang-orang kafir di zaman baginda.Di samping menyatakan baginda adalah kekasih Allah dan manusia pilihanNya.Sumpah tertentu juga bermaksud menolak cemuhan dan tuduhan mereka itu. Inilah yang nyata daripada sumpah Allah di permulaan Surah ad¬Dhuha.
(8) Menyatakan muqsam bihi mempunyai kesinambungan dan perkaitan yang rapat dengan muqsam ‘alaih. la merupakan wadah bagi muqsam alaih untuk sama ada meraih keuntungan atau mendapat kerugian semasa hidupnya di dunia yang fana ini.
(9) Menunjukkan kehebatan dan keistimewaan kedudukan muqsam bihi di sisi Allah. Muqsam bihi juga bersifat dengan sifat-sifat mulia, bertanggungjawab, sentiasa melaksanakan perintah-perintah Allah yang diberikan kepada mereka dengan penuh ta’at setia.
(10) Membuktikan kepentingan, khasiat atau keistimewaan muqsam bihi. Muqsam bihi merupakan sesuatu yang perlu sekali direnungi untuk mendapat sebanyak mungkin faedah daripadanya. la juga merupakan penanda aras tamaddun kemanusiaan.
01- 00:00:27 : Mengetahui Kesinambungan Di Antara “Dalil” Dan “Madlul” Dalam Sumpah-sumpah
02- 00:01:30 : Perbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih
03- 00:06:45 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Tidak Diperlukan, Sumpah Allah Di Tempat Itu Adalah Semata-mata Untuk Menarik Perhatian Manusia Kepada Muqsam Bihi Yang Dengan Jelas Menunjukkan Kekuasaan Dan Keajaiban-Nya. Muqsam Bihi Sendiri Sebenarnya Sudah Menunjukkan Kepada Muqsam Alaih, Dalam Keadaan Ini Membuang Muqsam Alaih Lebih Meringkaskan Ayat Dan Lebih Memberi Makna Yang Mendalam.
04- 00:15:33 : Apabila Ada Dalil Yang Menunjukkan Muqsam Alaih, Maka Muqsam Alaih Tidak Perlu Disebutkan Lagi (Iaitu Dibuang)
05- 00:30:44 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Diandaikan, Ianya Sepatutnya Dimulai Dengan Haraf Faa’
06- 00:36:57 : Di Mana Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Kelihatan Dimulakan Dengan “Hal” ( هل )
07- 00:40:37 : Di Mana Kelihatan Semacam “Lam” Qasam Dibuang Daripada Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Sementara Bahagian-bahagian Jawab Qasam Yang Lain Masih Ada Padahal Jawab Qasam Semua Sekali Dibuang
08- 00:45:33 : Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Biasanya Disebutkan Tetapi Kadang-kadang Ianya Dibuang
09- 00:49:22 : Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam Alaih
10- 00:51:20 : Perkataan “Inna” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih
11- 00:54:58 : Perkataan “Ma Nafi” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih
12- 00:57:17 : Perkataan “Lam Berbaris Di Atas” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih
13- 00:58:57 : “In Al-Khafifah” Atau “In Al-Mukhaffafah Minas Sakilah”, “In” Yang Ada selepasnya Fiil Nakis
(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
{Sambungan} USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran
Perbedaan Pendapat Ulama Tentang Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih
Menurut segolongan ulama. muqsam ‘alaih atau jawab qasam di dalam al-Qur’an ada yang dibuang. Kedudukannya sama seperti muqsam bihi daripada segi adakalanya disebutkan dan adakalanya dibuang. Bagaimanapun mereka hanya menerima pembuangan muqsam ‘alaih pada 7 tempat sahaja. Menurut segolongan yang lain pula, muqsam ‘alaih tidak ada yang dibuang sama sekali di dalam al-Qur”an. cuma ia mungkin tidak ketara dan perlu direnung sedikit.
Pada pandangan golongan ulama yang mengatakan muqsam ‘alaih ada dibuang di dalam al-Qur’an, mereka mengatakan pembuangannya berlaku pada beberapa tempat berikut:
(1) Apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam tidak diperlukan, sumpah Allah di tempat itu semata-mata untuk menarik perhatian manusia kepada muqsam bihi yang dengan jelas menunjukkan kekuasaan dan keajaibanNya. Muqsam bihi sendiri sebenarnya sudah menunjukkan kepada muqsam ‘alaih. Dalam keadaan ini membuang muqsam ‘alaih lebih meringkaskan ayat dan lebih memberi ma’na yang mendalam. Contohnya ialah firman Allah di bawah ini:
Bermaksud: Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (Shaad: 1 )
Muqsam bihi dengan sifatnya di dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada muqsam ‘alaihnya. Oleh kerana itu muqsam alaih atau jawab qasamnya tidak perlu lagi disebutkan. Sememangnya al-Qur’an itu mulia dan mengandungi peringatan. Maka tidak diperlukan lagi kepada muqsam ‘alaih. Tidak perlu lagi dikatakan misalnya انه لذكر لهم ونصح(Sesungguhnya ia merupakan peringatan dan pengajaran kepada mereka), atau شهد القرآن انه لذكر لهم ونصح sebagai muqsam alaihnya.
(2) Apabila ada dalil yang menunjukkannya. Keadaan seperti itu boleh berlaku apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan لن(haraf nafi). Lihat contohnya pada firman Allah berikut:
Bermaksud: Mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mujizat) yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja. (Thaaha:72).
Sesetengah ahli Nahu mengandaikan firman Allahوَالَّذِي فَطَرَنَا sebagai qasam. Muqsam alaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah لَن نُّؤْثِرَكَ yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialah لَن نُّؤْثِرَكَ وَالَّذِي فَطَرَنَا (Demi Tuhan yang telah menciptakan kami, kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu).
(3) Apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan haraf (ف). Lihat contohnya pada firman Allah berikut
Bermaksud: Allah berfirman: “Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak (akan) dapat mengapa-apakanmu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mu’jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang.- (al-Qashash:35).
Sesetengah ahli Nahu mengandaikan haraf (ب) pada بِآيَاتِنَا di dalam firman Allah di atas sebagai haraf qasam.Muqsam ‘alaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialahبآياتنا لا يصلون اليكما (Demi mu’jizat Kami, mereka tidak (akan) dapat mengapa-apakanmu).
(4) Di mana muqsam ‘alaih atau jawab qasam kelihatan dimulakan dengan perkataan هل. Contohnya firman Allah herikut:
Bermaksud: Demi fajar (1). Demi malam yang sepuluh (2). Demi yang genap dan yang ganjil (3). Demi malam bila ia berlalu (4).Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. (5). (al-Fajr: 1-5).
Menurut az-Zamakhsyari, jawab qasam bagi jumlah qasam ini mahzuf. Taqdimya لتعذبن (kamu pasti akan dihukum).
(5) Di mana kelihatan semacam (ل) qasam dibuang daripada muqsam ‘alaih atau jawab qasam. Sementara bahagian-bahagian jawab qasam yang lain masih ada, padahal iawab qasam semua sekali dibuang (محذوف) Keadaan seperti ini dikatakan terdapat pada firman Allah di bawah ini:
Bermaksud: Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; ( 1 ) Demi hari (pembalasan) yang dijanjikan; (2). Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan;(3). Celakalah kaum yang menggali parit, (4) (al-Buruj: 1-4).
Jawab qasam sebenar bagi tiga jumlah qasam, daripada ayat 1-3 ialah لتبعثن(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) yang- dibuang محذوف Firman Allah kelihatan seperti menjadi jawab qasam kepada tiga jumlah qasam yang tersebut sebelumnya. Dan haraf (ل)yang sepatutnya terletak di permulaannya dibuang. Padahal semuanya bukan jawab qasam.
(6) Muqsam ‘alaih atau jawab qasam biasanya disebutkan, tetapi kadang-kadang ia dibuangkan juga. Antara contoh yang dapat dikemukakan ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: Demi fajar (1). Demi malam yang sepuluh (2). Demi yang genap dan yang ganjil (3). Demi malam bila ia berlalu (4). Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang, dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. (5). (al-Fajr:1-5).
Menurut sesetengah ulama, jawab qasam yang dibuang di sini ialahلتعذبن يا كفار مكة (Kamu pasti akan dihukum wahai orang-orang kafir Mekah).
Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam ‘Alaih Muqsam alaih atau jawab qasam menurut Imam al-Baghawi (al-Husain bin Mas’ud al, Baghawi)semestinya dimulakan dengan beberapa perkataan. Kesemuanya merupakan haraf-haraf.Kalau pada zahirnva ia tidak tersebut, maka salah satu daripadanya mestilah ditaqdirkan mengikut kesesuaian keadaan dan kedudukan ayat.
Di bawah ini dikemukakan haraf-haraf berkenaan bersama contoh-contohnya:
(1) ان. Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut: Bermaksud:Demi Fajar (1)dan ma’am yang sepuluh (2)dan yang genap dan yang ganjil (3)dan malam bila ia berlalu (4)Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima)oleh orang-orang yang berakal (5)Apakah kamu tidak memperhatikan hagaimanaTuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad (6) (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi (7)yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain (8)dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah(9) dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak) (10) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (11) lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu (12) kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab(13) sesungguhnya Tuhanmu benar-henar mengawasi (14). (1-14).
(2 ),ما للنفي. (ما yang memberi erti tidak atau bukan). Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut: Bermaksud:Demi waktu matahari sepenggalahan naik (1) Demi malam apabila ia telah sunyi sepi (2) Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak (pula) benci kepadamu (3) (adDhuha:1-3 ).
(3) اللام المفتوحة (ل berbaris di atas). Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud:Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua (92) tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu (93) (al-Hijr:92-93).
(4) انّ الخفيفة.Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud: Demi Allah,sesungguhnya kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata (as-Syu’ara:97).
(5) لا. Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud:Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati. (Itu tidak benar), bahkan _janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati)tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(an-Nah1:38).
(6) قد.Antara contohnva ialah firman Allah berikut: Demi matahari dan cahayanya di pagi hari (1) dan bulan apabila ia mengiringinya (2)dan siang apabila ia menampakkannya (dengan jelas nyata); (3)dan malam apabila ia menutupinya(dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Demi bumi dan Yang menghamparkannya(untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (berupa kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);(7) maka Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketakwaannya(8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) (as-Syams:1-9).
(7)بل.Antara contohnya ialah pada firman Allah ikut: Bermaksud: Qaaf. Demi Al Quran yang sangat mulia (1) (Mereka tidak menerimanya ) bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir: “ini adalah suatu yang amat ajaib” (2) (Qaaf:1-2).
Menurut ar-Raazi, Qasam (sumpah) dalam semua surah yan Allah bersumpah di permulaannya dengan menggunakan perkataan-perkataan bukan haraf,bertujuan membuktikan kebenaran tiga prinsip keimanan, iaitu Tauhid (keesaan Tuhan), Risalah (kerasulan) dan Hari kemudian (kehidupan sesudah kematian).
08- 00:40:07 : Kadang-kadang Hari Akhirat Yang Dijanjikan Sebagai Hari Pembalasan Manusia Sama Ada Baik Atau Buruk Menjadi “Muqsam Alaih”
09- 00:51:56 : Kadang-kadang Usaha Pekerjaan Dan Perihal Manusia Dijadikan “Muqsam Alaih”
10- 00:57:21 : Sumpah Diangkat Untuk Menguatkan Dan Memperteguh “Muqsam Alaih”, Tentang Aqidah
11- 01:00:58 : Allah s.w.t Bersumpah Untuk Membukti Keesaan-Nya, Kebenaran Al-Quran, Rasul-Nya, Hari Pembalasan Dan Perihal Sifat-sifat Khusus Manusia
12- 01:05:20 : Perkaitan Antara “Muqsam Bihi” Dan “Muqsam Alaih”
13- 01:05:47 : Allah s.w.t Ada Bersumpah Dengan Cara Yang Terang Dan Tidak Terang Tentang Ketuhanan, Kerasulan, Al-Quran Dan Permulaan Serta Kesudahan Kehidupan Manusia
14- 01:06:46 : Perbezaan-pebezaan Antara Sumpah Allah s.w.t Di Dalam Al-Quran Dengan Sumpah-sumpah Yang Digunakan Oleh Orang-orang Arab Di Zaman Jahiliah Yang Dapat Dikesan Melalui Sastera Arab
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
{Sambungan} USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran
(c) kebenaran al-Qur’an dan bahawa ia memang Kitab yang diturunkan oeh Allah, kadang-kadang menjadi muqsam ‘alaih.
Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: Maka Aku bersumpah dengan tempat-tempat beradanya bintang-bintang (75) Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui (76) Bahawasanya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Qur’an yang sangat mulia, (77) (ia) tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara (al-Lauhul Mahfuzh), (78) yang tidak dapat disentuh kecuali oleh orang-orang yang disucikan; (79) (ia) diturunkan dari (Allah) Tuhan sekalian alam. (80), (al-Waaqi’ah:75-80).
Ayat ke 77 hingga 80 dalam petikan di atas merupakan muqsam ‘alaih. Ia menyatakan kebenaran al-Qur’an dan keterpeliharaannya. Ia juga merupakan sebuah Kitab yang benar-benar diturunkan oleh Allah, Tuhan sekalian alam.
(d) Hari akhirat yang dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada manusia, samada baik atau buruk juga kadang-kadang menjadi muqsam ‘alaih. Ia antara lainnya dapat dilihat pada firman Allah berikut:
Bermaksud: Demi angin yang menerbangkan dan menaburkan (debu, biji-bijian, benih dan lain-lainnya) dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1) dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2) dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang telah diberikan kepadanya; (3) dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang telah ditugaskan mereka membahagikannya; (4) (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi. (6). (adz-Dzariyaat:1-6).
Ayat 5 dan 6 dalam petikan di atas merupakan muqsam ‘alaih. Ia membuktikan hari akhirat yang dijanjikan sebagai hari pembalasan kepada amalan manusia itu memang benar.
(e) Kadang-kadang usaha, pekerjaan dan perihal manusia dijadikan muqsam ‘alaih. Lihat firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:
Bermaksud: Demi malam apabila ia menutupi (cahaya siang). (1) Demi siang apabila ia terang benderang (2) Demi Yang Menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (3) Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. (4) (al-Lail: 1-4).
Ayat 4 dalam petikan di atas adalah musqsam ‘alaih. Ia menunjukkan amal usaha manusia itu berbeda-beda dan tidak sama. Kerana itu wajar sekali kalau balasannya juga berbeda-beda dan tidak sama.
(2) Menurut Ibnu al-Qaiyyim lagi, sumpah diangkat untuk menguatkan dan memperteguh muqsam ‘alaih. Kerana itu, muqsam ‘alaih seharusnya termasuk dalam perkara-perkara yang elok dan munasabah kalau diangkat sumpah kerananya. Misalnya perkara-perkara ghaib atau perkara-perkara yang di luar jangkauan ‘aqal manusia. Benda-benda zahir seperti matahari, bulan, malam, siang, langit, bumi dan sebagainya memanglah elok dan sesuai dijadikan muqsam bihi, tetapi ia tidak elok dan tidak sesuai dijadikan muqsam ‘alaih.
(3) Di dalam al-Qur’an Allah telah bersumpah untuk membuktikan keesaanNya pada satu tempat, Untuk membuktikan kebenaran al-Qur’an pada lima tempat. Untuk membuktikan kebenaran RasulNya pada lima tempat juga. Untuk membuktikan kebenaran hari kiamat pada dua belas tempat. Dan untuk menyatakan perihal dan sifat-sifa khusus manusia pula pada lima tempat. Perkaitan antara muqsam bihi dan muqsam ‘alaih pada sumpah-sumpah yang tersebut itu pula ada yang terang dan ada pula yang sangat tersembunyi dan seni.
(4) Allah ada bersumpah dengan cara yang terang dan tidak terang dengan ketuhanan, kerasulan, al-Qur’an dan permulaan serta kesudahan kehidupan manusia. Tetapi tentang hari kiamat dan fenomenanya, semua sumpah dibuat dengan cara yang terang. Ini kerana orang-orang musyrikin Mekah terlalu kuat menolaknya. Tentang beberapa sifat Ahli Kitab dan sikap Ahli Kitab terhadap seruan Nabi Muhammad s.a.w pula kebanyakan sumpah diangkat dengan cara yang tidak terang.
(5) Antara perkara yang membezakan sumpah Allah di dalam al-Qur’an dengan sumpah-sumpah yang digunakan oleh orang-orang arab di zaman jahiliyyah yang dapat dikesan melaui sastera ‘Arab ialah skop muqsam ‘alaih al-Qur’an jauh lebih luas berbanding skop muqsam ‘alaih mereka.
01- 00:01:15 : “Muqsam Bihi”, Iaitu Perkataan Yang Digunakan Buat Bersumpah Di Dalam Al-Quran
02- 00:01:30 : Kenapa Allah Bersumpah Dengan Fenomena Alam Dan Makhluk-makhluk Ciptaan-Nya?
03- 00:06:08 : Sumpah Allah Dengan Fenomena Alam Atau Makhluk-makhluk-Nya Hanya Pada Zahirnya Saja Kelihatan Sebagai “Muqsam Bihi”
04- 00:24:56 : Oleh Kerana Al-Quran Diturunkan Dalam Bahasa Arab, Maka Kaedah Penggunaan Bahasa Arab Oleh Orang-orang Arab Juga Diambil Kira Ketika Allah Hendak Menyampaikan Maksud-maksud Tertentu
05- 00:33:22 : Apabila Allah Bersumpah Dengan Fenomena Alam Dan Makhluk-makhluk Ciptaan-Nya, Maka Dia Menunjukkan Kelebihan, Kepentingan, Kegunaan Dan Khasiat-khasiat Yang Ada Padanya. Oleh Itu Manasia Tidak Seharusnya Mengabaikan Atau Tidak Mempedulikannya Jika Ia Mahu Berjaya Dalam Kehidupan Di Dunia Ini.
06- 00:40:42 : Apabila Allah Bersumpah Dengan Fenomena Alam Dan Makhluk-makhluk Ciptaan-Nya, Maka Ianya Mengisyaratkan Kepada Zat Tuhan Yang Maha Berkuasa Dan Sifat Tuhan Yang Ada Kaitan Dengan Kejadian Dan Penciptaannya. Ianya Juga Merupakan Dalil, Bukti Dan Saksi Bagi Adanya Tuhan Yang Mempunyai Sifat-sifat Yang Sempurna. Pada Hakikatnya Ia Sama Seperti Bersumpah Dengan Zat-Nya Sendiri
07- 00:45:57 : Makhluk-makhluk Ciptaan Allah Yang Dijadikan Sebagai “Muqsam Bihi” Itu Sebenarnya Adalah Dalil-dalil Dan Bukti-bukti Yang Menunjukkan Kebenaran “Muqsam Alaihi” Yang Dikemukakan Selepasnya. Oleh Itu Manasia Tidak Seharusnya Bersikap Sambil Lewa Dan Bermudah-mudah Terhadap “Muqsam Alaih”nya
08- 00:54:17 : “Muqsam Alaih” Di Dalam Al-Quran Ialah Perkara Yang Diangkat Sumpah Kerananya
09- 00:55:57 : “Muqsam Alaih” Yang Berkaitan Dengan Aqidah
10- 01:09:23 : “Muqsam Alaih” Yang Berkaitan Dengan Kebenaran Nabi Muhammad s.a.w
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
{Sambungan} USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran
NOTA KULIAH:
Kenapa Allah Bersumpah Dengan Fenomena Alam Dan Makhluk-Makhluk Ciptaannya?
Sesetengah ahli tafsir dan ahli ilmu al-Kalam menimbulkan persoalan bahawa kenapa Allah dengan segala keagungan dan kebesaran yang ada padaNya perlu bersumpah apabila hendak menyatakan perkara-perkara tertentu? Dan kenapa pula pada sekian banyak tempat di dalam al-Qur’an Allah tidak bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaannya? Padahal bukankah nabi s.a.w telah melarang umatnya daripada bersumpah dengan sesuatu selain Allah?
Beberapa jawapan telah diberikan kepada tiga persoalan yang ditimbulkan itu. Antara lainnya adalah seperti berikut:
(1) Sumpah Allah dengan fenomena alam atau makhluk-makhluknya hanya pada zahir sahaja kelihatan sebagai muqsam bihi. Sedangkan muqsam bihi sebenarnya adalah sesuatu yang mahzuf (dibuang). Sesuatu yang mahzuf itu adalah رب yang juga merupakan nama sifat Allah. Pada والتين والزيتون (Demi Tuhan Tiin dan Zaitun) misalnya, haruslah ditakdirkan ورب التين والزيتون. Pada والشمس وضحاها pula misalnya, haruslah ditaqdirkan ورب الشمس وضحاها (Demi matahari dan waktu dhuhanya) dan begitulah seterusnya. Ibnu Abi Haatim meriwayatkan bahawa Hasan al-Bashri berkata, Allah s.w.t boleh bersumpah dengan sesiapa sahaja atau apa saja dari makhluk-makhlukNya sedangkan tiada siapa pun dari makhlukNya boleh berbuat begitu. Mereka hanya dibenarkan bersumpah dengan nama Allah sahaja.
Apabila Allah bersumpah dengan kataNya: لعمرك (demi hidupmu) kepada Nabi s.a.w maka itu bererti Dia hendak menyatakan kebesaran dan kedudukan yang tinggi Muhammad s.a.w di sisiNya kepada makhluk-makhlukNya yang lain. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbaas, katanya, Allah tidak menjadikan sesuatu apapun yang lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya di sisiNya daripada Muhammad. Kerana Allah tidak pernah bersumpah dengan kehidupan sesiapapun dari kalangan makhlukNya selain Beliau s.a.w.
(2) Oleh kerana al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa ‘Arab, maka qaedah penggunaan bahasa oleh orang-orang ‘Arab juga diambil kira ketika Allah hendak menyampaikan maksud-maksud tertentu. Orang-orang ‘Arab apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenaranya selalu menggunakan sumpah, maka begitulah juga Allah, apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenarannya akan menggunakan gaya bahasa sumpah. Hakikatnya anda baru akan dapat membuatkan sesorang manusia percaya kepada apa yang anda sampaikan kepadanya dan menenangkan serta memuaskan hatinya apabila ia disokong dengan salah satu daripada dua perkara, iaitu dengan mengemukakan saksi atau bersumpah. Kedua-dua cara itu telah digunakan oleh Allah di dalam al-Qur’an. Itulah sebabnya Allah bersaksi atau bersumpah apabila hendak menyatakan sesuatu perkara yang penting atau sangat-sangat mustahak kepada manusia dalam menjalani kehidupannya di dunia.
(3) Apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia menunjukkan kelebihan, kepentingan, kegunaan dan khasiat-khasiat yang ada padanya. Oleh itu manusia tidak seharusnya mengabaikan dan tidak mempedulikannya, jika ia mahu berjaya dalam kehidupan di dunia ini.
(4) Kata Ibnu al-Qayyim, apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia mengisyaratkan kepada Zat Tuhan yang Maha Berkuasa dan sifat-sifat Tuhan yang ada kaitan dengn kejadian dan penciptaannya. Ia juga merupakan dalil, bukti dan saksi bagi adanya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Pada hakikatnya ia sama seperti bersumpah dengan ZatNya sendiri.
(5) Makhluk-makhluk ciptaan Allah yang dijadikan sebagai muqsam bihi itu sebenarnya adalah dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan kebenaran muqsam ‘alaih yang dikemukan selepasnya. Oleh itu manusia tidak seharus bersikap sambil lewa dan bermudah-mudah terhadap muqsam ‘alaihnya. مقسم عليه (Muqsam Alaih)
Di Dalam al-Qur’an مقسم عليه atau perkara yang diangkat sumpah kerananya juga ada banyak. Secara kasar ia dapat dibahagikan kepada bebrapa perkara berikut:
(1) Menurut Ibnu al-Qaiyyim di dalam at-Tibyaan, Allah pada beberapa tempat bersumpah atas asas-asas iman yang wajib diketahui dan dipercayai manusia. Dengan kata lain, perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip-prinsip imanlah yang dijadikan Allah sebgai muqsam ‘alaih dalam sumpahNya. Hakikat ini dapat anda lihat pada contoh-contoh yang akan diberikan di bawah nanti.
(a) Muqsam ‘alaih berkaitan dengan aqidah ketauhidan (keesaan) Allah. Lihat misalnya di dalam firman Allah berikut:
Bermaksud: Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret. (1) (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (2) (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci; (3) (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu, (4) (as-Shaffaat:1-4).
Ayat keempat dalam petikan di atas merupakan muqsam ‘alaih. Dan ia berkaitan dengan keimanan kepada ketauhidan Allah.
(b) Muqsam ‘alaih ialah kebenaran kerasulan Muhammad s.a.w. Lihat misalnya di dalam firman Allah berikut:
Bermaksud: Yaa Siin. (1) Demi al-Qur’an yang penuh hikmat. (2) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (3) yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) (Yaasiin:1-4).
Ayat ketiga dan keempat dalam petikan di atas merupakan muqsam ‘alaih. Ia membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
9- 00:51:56 : Perkataan “Allah” Digunakan Sebagai Muksam Bihi Bersama-sama Huruf Ta Sebagai Adat Qasamnya
10- 00:55:47 : Sifat Uluhiyah, Rububiyyah, Asma’ Wassifat
11- 01:00:53 : Allah s.w.t Bersumpah Dengan Makhluk-makhluk Kejadiannya Di Alam Semesta
NOTA RINGKAS
{Sambungan} USUL 14 –
TEMPAT-TEMPAT DI MANA ALLAH MENJADIKAN ZATNYA (DIRINYA SENDIRI) SEBAGAI MUQSAM BIHI
Pada semua tempat yg Allah jadikan zat (diriNya sendiri) sebagai muqsam bihi, digunakan prkataan رب (Tuhan). Ia terletak pada 8 tempat. Pada tiga tempat daripadanya, Allah memerintahkan NabiNya supaya bersumpah menggunakan perkataan tersebut.
Tempat-2 berkenaan adalah seperti berikut:
(1) Surah Saba’, Allah berfirman:
Bermaksud:”Dan orang-orang yg kafir berkata: “Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami”. Katakanlah: “Pasti datang, demi Tuhanku Yg Maha Mengetahui segala perkara ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tiada tersembunyi daripadaNya sebesar zarrah pun yg ada di langit dan yg ada di bumi dan tiada (pula) yg lebih kecil dari itu dan yg lebih besar, melainkan tersebut dlm kitab yg nyata (Lauh Mahfuzh)”.(Ayat 3).
(2) surah at-Taghaabun. Allah berfirman:
Bermaksud: “Orang-orang yg kafir mengatakan bahawa mereka sesekali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: “Memang, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitahu kepadamu apa yg telah kamu kerjakan”. Yg demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Ayat 7).
(3) surah Yunus, Allah berfirman:
Bermaksud: “Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah (kedatangan azab yg dijanjikan) itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya. (Ayat 53).
Pada tiga tempat ini ayat sumpah digunakan sebagai penguat untuk menyatakan kedasyatan hari kiamat dan kepastian akan berlakunya. Yg bersumpah dengan nama Tuhan (رب) pula ialah Nabi s.a.w. ia juga dikemukakan sebagai dalil, meskipun muqsam bihinya adalah Allah s.w.t sendiri.
(4) surah az-Zaariyaat, Allah berfirman:
Bermaksud: “Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yg dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti yg disebut-sebutkan olehmu.” (Ayat 23).
(5) surah al-Ma’arij Alah berfirman:
Bermaksud: “Maka Aku bersumpah dgn (kebesaranku) Tuhan yg menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya. Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa (40) (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dgn makhluk-makhluk yg lebih baik dari mereka dan Kami tidak sekali-kali dpt dikalahkan.” (41). (Ayat 40-41).
(6)Surah Maryam, Allah berfirman:
Bermaksud: “Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka (yg kafir) itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian kami akan bawa mereka duduk berlutut di sekeliling Neraka Jahannam. “ ( Ayat 68).
(7) Surah a-Hijr. Allah berfirman:
Bermaksud: “Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yg kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak) (92) mengenai apa yg mereka telah lakukan dahulu. (93)” ( Ayat 92-93).
07- 00:42:05 : Tafsir Bahrul Muhit Pengarang Abu Haiyan Andalusi
08- 00:45:44 : Para Ulama’ Terbuka Untuk Menerima Zamakhsyari Dalam Bab Nahu
09- 00:48:18 : Contoh Beberapa Perkataan Fi’il Yang Bertindak Seperti Fi’il Qasam
10- 01:11:53 : Muqsam Bihi Iaitu Sesuatu Yang Digunakan Untuk Bersumpah
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
{Sambungan} USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran
NOTA KULIAH:
BAHAGIAN-BAHAGIAN AYAT QASAM
Perkataan sumpah sebenarnya adalah أقسم atau أحلف yang muta’addi dengan ب kepada perkataan مقسم به. Selepasnyalah baru dibawakan مقسم عليه yang juga dipanggil jawab sumpah atau جواب القسم . Semua yang tersebut ini dapat anda lihat pad firman Allah berikut, yang bermaksud: “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati..” (An-Nahl:38).
Jadi secara kasarnya dapatlah dikatakan bahawa ayat qasam itu terbahagi kepada tiga:
(1) Perkataan fi’il yang muta’addi dengan ب kepaa ‘muqsam bihi’ untuk menunjukkan erti qasam.
(2) Perkataan yang dijadikan ‘muqsam bihi’.
(3) ‘Muqsam ‘alaih’ atau jawab qasam. Ia merupakan sesuatu yang dilakukan sumpah kerananya.
Di dalam ayat di atas sebagai contohnya, perkataan أقسموا yang muta’addi dengan ب kepada perkataan Allah itu adalah fi’il qasam. ب adalah haraf qasam. Perkataan Allah pula merupakan ‘muqsam bihi’ dan ayat لا يبعث الله من يموت adalah ‘Muqsam ‘alaih’ atau jawab qasam. Firman Allah ini mengumpulkan dengan jelas semua bahagian ayat qasam.
Oleh kerana qasam (sumpah) selalu digunakan oleh orang-orang ‘Arab dalam bahasa percakapan mereka, diringkaskanlah ayatnya dengan membuangkan perkataan fi’il dan dikekalkan ب sahaja sebagai gantinya. Jika ‘muqsam bihi’nya isim zahir, ditukarlah ب dengan و sebagai haraf qasam. Keadaan ini dapat dilihat umpamanya pada firman Allah berikut, yang bermaksud: “Demi bintang semasa ia menjunam”. (An-Najm:1).
Dari segi disebut fi’il qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada dua bahagian. (1) Qasam zahir (2) Qasam mudhmar.
Qasam zahir ialah ayat qasam yang disebut dengan terang di dalamnya fi’il qasam dan muqsam bihi. Kadang-kadang fi’il qasam dibuang, tetapi haraf jar و,ب atau ت yang merupakan haraf qasam bersama-sama ‘muqsam bihi’nya tetap disebutkan.
Qasam mudhmar pula ialah ayat qasam yang tidak disebut dengan terang di dalamnya fi’il qasam dan muqsam bihi. Bagaimanapun jawab qasamnya dimulai dengan ل مؤكدة (Laam yang merupakan kata penguat) yang menunjukkan ada sesuatu fi’il qasam dengan ‘muqsam bihi’nya yang dibuang. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Demi seseungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diutamakan.” (Aali ‘Imraan:186).
Fi’il qasam bersama haraf qasam dan muqsam bihinya atau haraf qasam sahaja dengan muqsam bihi, iaitu والله seharusnya ditaqdirkan (diandaikan ada) di sini.
ANTARA QASAM DAN SYARAT
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada sesuatu tempat. Kedua-duanya memerlukan jawab. Dalam keadaan ini apa yang patut dilihat ialah mana satu daripada dua perkara itu disebutkan dahulu. Kalau qasam disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab qasam. Jawab syarat tidak diperlukan lagi. Kalau syarat pula yang disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab syarat. Jawab qasam tidak diperlukan lagi. Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua-duanya. Pada umumnya qasamlah yang disebutkan lebih dahulu daripada syarat. Contohnya:
Bermaksud: “Dia (bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku), niscaya engkau akan ku rejam dan (ingatlah! Lebih baik) engkau tinggalkanlah daku buat selama-lamanya.” (Maryam:46).
Oleh kerana di dalam ayat ini qasam disebutkan dahulu daripada syarat, maka لأرجمنك menjadi jawab qasam, bukan jawab atau jaza’ bagi syarat. Taqdir ibaratnya ialah: والله إن لم تنته لأرجمنك . Laam yang masuk pada haraf syarat إن itu tidak sama dengan Laam yang masuk pada أرجمنك. Ia masuk pada haraf syarat إن untuk memberitahu bahawa jawab yang akan datang selepasnya adalah jawab qasam, bukan jawab atau jaza’ bagi syarat. Kerana itu ia dipanggil اللام الموطنة للقسم المحذوف atau Laam yang meratakan jalan untuk qasam yang dibuang. Laam ini biasanya memasuki إن شرطية . Kadang-kadang ia juga memasuki haraf-haraf syarat yang lain selain إن, seperti ما dan من. Sesetengah ahli ilmu Nahu menamakan Laam ini dengan nama Laam syarat. Kerana ia memasuki haraf syarat. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa اللام الموطنةini tidak semestinya tersebut sebelum haraf syarat. Kadang-kadang dalam keadaan qasam muqaddar atau qasam mudhmar pun, ia tidak disebutkan. Contohnya dapat anda lihat pada firman Allah berikut:
Bermaksud: ”Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir dari antara mereka ditimpa seksaan yang pedih. (al-Maa’idah:73). Lihat khususnya bahagian yang bergaris dibawahnya. Taqdir ibaratnya ialah والله إن لم ينتهوا hingga ke akhir ayat.
Kebanyakan ulama Nahu dan ahli tafsir menerima qasam muqadaar (sumpah yang ditaqdirkan) pada sekian banyak ayat al-Qur’an, apabila ada padanya tanda-tanda sumpah. Tanda-tanda sumpah itu antara lainnya ialah:
(1) Adanya Laam sebelum إن yang dianggap mereka sebagai اللام الموطنة للقسم المحذوف. Namun satu perkara perlu sekali diingati bahawa setiap kali dijumpai لءن , tidak semestinya ditaqdirkan qasam (sumpah) yang dibuang. Adakalanya Lam itu semata-semata memberi makna ta’qid tanpa mengandungi makna qasam pun. Ta’kid itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu gaya bahasa arab yang tersendiri.
(2) Ada Laam ta’kid pada fi’il jawab.
(3) Apabila ada Laam qasam.
BEBERAPA PERKATAAN FI’IL YANG BERTINDAK SEPERTI FI’IL QASAM
Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa prkataan fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam. Ia juga menghendaki jawab seperti fi’il qasam. Di bawah ini dikemukakan fi’il-fi’il yang dimaksudkan itu: (1)تأذن.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu, bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada mereka (kaum Yahudi) itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan kepada mereka azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran ereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-A’raaf:167).
Di dalam al-Kasysyaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa تأذن adalah satu fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam. Kerana itulah jawabnya ليبعثن datang seperti jawab qasam. (2) عاهد .
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Padahal sesungguhnya mereka telah pun mengikat janji (bersumpah) dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan mundur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). (al-Ahzaab:15).
Di dalam at-Tibyaan Fi I’raab al-Qur’an tersebut,لا يولون adalah jawab qasam. Kerana perkataan عاهدوا dipakai dengan erti أقسموا (mereka bersumpah).
(3) تمّت.
Contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”. (Huud:119).
Di dalam Tafsir al-Bahru al-Muhith tersebut, bahawa jumlah تمتitu mengandungi ma’na qasam (sumpah). Maka sesuailah Laam pada لأملأن selepasnya sebagai Laam jawab qasam.
(4) قضينا .
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” (al-Israa’:4).
Di dalam Tafsir al-Kasysyaaf az-Zamakhsyari menyebutkan, bahawa harus juga dikatakan قضينا sebagai fi’il yang bertindak seperti fi’il qasam. Dan لتفسدن adalah jawabnya. Seolah-olah dkatakan, وأقسمنا لتفسدن (Kami telah bersumpah, bahawa sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan).
(5) وعد.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud:“Allah menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, …(an-Nuur:55).
Az-Zamakhsyari di dalam ak-Kasysyaaf berkata, fi’il qasam di dalam ayat ini dibuang. Taqdirnya وعدهم الله وأقسم ليستخلفنهم. Kata beliau, harus juga dikatakan, وعدالله iaitu janji Allah itu oleh kerana satu yang pasti akan berlaku seperti qasam juga halnya. Maka ia disambut seperti disambut ayat qasam. Seolah-olah dikata begini:أقسم الله ليستخلفنهم.
(6) كتب.
Contohnya di dalam al-Qur’an firman Allah berikut:
Bermaksud: Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (al-Mujadilah:21).
(7) يعلم .
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepada kamu”. (Yaasin:16).
Kata az-Zamakhsyari, ربنايعلم dalam kekuatannya sama sepeti ayat qasam.
(8) يشهد .
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Apabila datang orang-orang munafik kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah rasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (al-Munafiqun:1).
Di dalam al-Kasysyaaf Zamakhsyari berkata, perkataan تشهد dan يشهد di dalam firman Allah ini sama seperti sumpah. Kerana di tempat yang boleh digunakan sumpah sebagai penguat, disitu syahadah (penyaksian) bertindak sebagai sumpah.
(9) أخذ الميثاق .
contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut: Bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah dibrikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarkannya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (kalamullah dan janjiNya) itu. (Aalii ‘Imraan: 187)
Abu al-Baqaa’ al-‘Ukhburi (m.616H) di dalam at-Tibyaan Fi Fraabi al-Qur’an menulis, “Oleh kerana أخذالميثاق menepati makna sumpah, fi’il jawabnya disertai Laam dan Nun ta’kid (Laamdan Nun yang digunakan sebagai kata penguat).
(10) أم لكمأيمان.
Contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: “Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?” (al-Qalam:39).
Az-Zamakhsyari dan Abu Hayyaan al-Andalusi mengatakan, أم لكم أيمان علينا itu bererti أم أقسمنا لكم (adakah Kami telah bersumpah untuk kamu). Jumlah إن لكم لما تحكمون adalah jawab qasam. مقسم به (Muqsam Bihi)
Di Dalam Al-Qur’an مقسم به atau perkataan yang digunakan buat bersumpah di dalam al-Qur’an itu ada banyak. Tetapi secara kasar ia dapat dibahagkan kepada beberapa perkara berikut:
(1) Pada 8 tempat Allah telah menjadikan perkataan رب sebagai muqsam bihi. maksudNya ialah menarik perhatian manusia kepada sifat rububiyyahNya.
(2) pada 17 tempat, ilmuNya dijadikan sebagai muqsam bihi.
(3) KemuliaanNya dijadikan sebagai muqsam bihi pada 1 tempat.
(4) Kitab suci al-Qur’an dengan lafaz al-Qur’an sendiri dijadikan sebagai muqsam bihi pada 3 tempat.
(5) pada 3 temat yang lain pula al-Qur’an dengan lafaz al-Kitab dijadikan sebagai muqsam bihi.
(6) Diri Rasulullah s.a.w dijadikan sebagai muqsam bihi pada 2tempat.
(7) pena atau القلم pada 1 tempat.
(8) Para malaikat pada tempat.
(9) Pada 13 tempat, kejadian-kejadianNya yang hebat di alam semesta dijadikan sebagai muqsam bihi.
(10) Hari kiamat dijadikan sebagai muqsam bihi pada beberapa tempat.
1- 00:00:30 : Kesinambungan “Dalil” Dan “Madlul” Pada Sumpah Allah Dalam Quran
2- 00:06:59 : Enam Perkara Yang Perlu Diketahui Dalam Bab Sumpah
3- 00:10:26 : Hakikat Sumpah Adalah Bukti Atau Dalil Kepada Apa Yang Disumpah Kerananya
4- 00:21:17 : Sesuatu Cerita Itu Ada Tiga Peringkat (Ibtida’i) Penerimanya
5- 00:26:27 : Sumpah Adalah Merupakan Salah Satu Bentuk Kata Penguat Bagai Sesuatu Cerita Yang Disampaikan
6- 00:33:42 : Perkara Yang Perlu Diketahui Dalam Bab Sumpah
7- 00:36:03 : Perkataan Yang Digunakan Khusus Untuk Menunjukkan Arti Sumpah
8- 00:43:29 : Huruf “Jar” Dan Tempat Takluknya (Bergantung)
09- 00:45:10 : Pembahagian Sumpah Dilihat Kepada Bentuk Jawab Sumpahnya
10- 01:14:17 : Walaupun “waw” Merupakan Huruf Qasam Yang Paling Banyak Digunakan Untuk Qasam Tetapi Ulama’ Nahu Tidak Menganggapnya Sebagai Huruf Qasam Yang Asal
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran
(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran
——————————————————————————————-
Usul keempat belas ialah berusaha memahami maksud segala sumpah Allah di dalam al-Qur’an. Ia mustahak sekali difahami dengan sebaik-baiknya. Apa yang sangat perlu dipastikan ialah memahami perkaitan di antara dalil dan madlulnya atau dengan kata lain, perkaitan di antara “muqsam bihi” dan “muqsam ‘alaih”nya. Sumpah-sumpah Allah di dalam al-Qur’an itu sebenarnya adalah dalil-dalil yang tersendiri.
Antara tokoh ulama yang telah menulis secara khusus tentang topik sumpah Allah ialah al-Imam Ibnu al-Qaiyyim, Hameeduddin @ ‘Abdul Hameed al-Faraahi dan Ahmad Kamal al-Mahdi. Buku Ibnu al-Qaiyyim bernama “at-Tibyaan Fi Aqsaami al-Qur’an”. Buku al-Faraahi bernama “al-Im’aan Fi Aqsaami al-Qur’an” dan buku Ahmad Kamal al-Mahdi pula bernama “Aayaat al-Qasam Min al-Qur’an al-Karim”.
Di dalam al-Qur’an terdapat sebanyak 200 lebih sumpah. Hampir seratus daripadanya dengan jelas menggunakan perkataan sumpah. Termasuklah di dalamnya sumpah Allah, sumpah para nabi dan rasul, juga sumpah-sumpah orang-orang lain selain Allah dan rasul-rasulNya.
Bahasa ‘Arab terkenal dengan keseniaan ibaratnya. Gaya bahasa yang berbeda diguna untuk menyatakan maksud dan tujuan berbeda. Gaya bahasa yang berbeda juga diguna ketika berbicara dengan orang-orang yang latar belakangnya berbeda. Kerana itulah sesuatu cerita (khabar) menurut ilmu Ma’ani (salah satu cabang seni bahasa ‘Arab), semestinya disampaikan sesuai dengan tiga tahap sikap manusia yang akan menerimanya. “Al-Ibtida’i” (الإبتداعى) digunakan untuk orang yang kosong fikirannya daripada sebarang keputusan tentang sesuatu cerita yang disampaikan. Cerita yang disampaikan kepada orang-orang pada tahap ini tidak perlu diperkuatkan dengan apa-apa kata penguat. “At-Thalabi” (الطالبى) digunakan untuk orang yang ragu-ragu dan sangsi tentang sesuatu cerita yang disampaikan kepadanya. Dalam keadaan ini eloklah cerita yang hendak disampaikan itu diperkuatkan dengan sedikit kata penguat, supaya keraguan yang berlegar-legar di dalam hatinya bertukar kepada keyakinan. “Al-Inkaari” (الإنكارى) pula digunakan untuk orang yang menolak cerita yang disampaikan dan langsung tidak percaya kepadanya. Dalam keadaan ini cerita yang hendak disampaikan itu mestilah diperkuatkan dengan kata penguat tertentu. Kata penguat yang digunakan mungkin hanya satu atau dua perkataan sahaja. Mungkin jauh lebih daripada itu, dalam beberapa bentuk, sesuai dengan keadaan kuat atau lemahnya penolakan oleh pihak yang dihadap cakap.
Sumpah sebenarnya merupakan salah satu bentuk kata penguat bagi sesuatu cerita yang disampaikan. Oleh kerana al-Qur’an itu diturunkan sebagai hidayah dan untuk membimbing semua lapisan dan tahap masyarakat manusia dan jin, sedangkan ada antara mereka yang meraguinya dan ada pula yang langsung tidak mempercayainya, malah mendustakannya, maka semestinya sesuatu yang hendak disampaikan kepada mereka diperkuat dengan kata-kata penguat tertentu. Antara kata penguat yang sering digunakan oleh Allah di dalam al-Qur’an ialah sumpah (أسلوب القسم).
Antara tujuannya ialah menghilangkan keraguan orang yang ragu dan menghapuskan terus kekeliruan yang membuatkan mereka menolak dan tidak mempercayainya, dengan mengemukakan satu bentuk kata penguat yang pada hakikatnya merupakan bukti, dalil dan hujah bagi pihak Allah kepada ‘aqal dan hati nurani manusia.
Enam Perkara Yang Mesti Diketahui Dalam Bab Sumpah:
(1)أداة القسم iaitu perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah.
(2) مقسم به iaitu perkataan yang digunakan buat bersumpah.
(3) مقسم عليه iaitu perkara yang diangkat sumpah kerananya.
(4) غرض القسم iaitu tujuan sumpah.
(5) kesinambungan dan kesesuaian di antara perkataan yang digunakan buat bersumpah dan perkara yang diangkat sumpah kerananya (المناسبة بين القسم به والمقسم عليه).
(6) keadaan-keadaan orang yang dikhitab (dihadap cakap) dengan ayat sumpah (أحوال المخاطبين بجماة القسم).
PERKATAAN YANG DIGUNAKAN KHUSUS UNTUK MENUNJUKKAN ERTI SUMPAH
Pada umumnya empat huruf berikut diguna untuk menunjukkan erti sumpah.
(a) Baa’ (ب)
(b) Taa’ (ت)
(c) Wau (و) dan
(d)Laam (ل).
Semuanya memberi erti yang sama iaitu “demi”.
Huruf sumpah dengan majrurnya bergantung (berta’alluq) kepada fi’il qasam yang ditaqdirkan seperti أحلف , اقسم dan sebagainya. Daripada gabungan fi’il qasam dan fa’ilnya serta jaar dan majrurnyalah terbentuk ayat sumpah (جملة القسم). Kadang-kadang perkataan جير (sungguh) dan لا جرم (sudah tentu, mesti, tidak dapat tidak) juga digunakan untuk menunjukkan erti sumpah.
PEMBAHAGIAN SUMPAH DILIHAT KEPADA BENTUK JAWAB SUMPAHNYA
Setiap ayat sumpah mesti diiringi ayat jawab sumpah. Syarat jawab ayat sumpah ialah ia mesti digunakan dalam bentuk خبرية (ayat cerita), bukan dalam bentuk تعجبية (ayat yang menyatakan kekaguman atau kekagetan). Contohnya, أقسم بالله لا أنقاد لرأى يجافى العدالة (Aku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan menurut pendapat yang mengenepikan keadilan). أقسمبالله di dalam contoh ini adalah ayat sumpah. Dan لا أنقادلرأى يجافى العدالة adalah ayat jawab sumpah. Ayat jawab sumpah seperti ini dipanggil قسم خبرى atau قسم غير استعطافى . ayat jawab sumpah dari jenis ini tiada kedudukannya dalam I’raab (لا محللها من الإعراب) .
Jika ayat jawab sumpah dikemukakan dalam bentuk jumlah insya’iyyah dengan tujuan menginsafkan, menyedarkan atau memprovokasi seseorang, maka ayat sumpah seperti itu dipanggil قسماستعطافي . dalam ayat sumpah seperti ini, jawab sumpahnya mestilah digunakan dalam bentuk jumlah insya’iyyah. Contohnya, بربك هل رحمت التكلى (Demi Tuhanmu, kenapa tidak engkau mengasihani perempuan yang kematian anaknya itu?!) Ayat sumpah dari jenis ini juga tiada kedudukannya dalam I’raab.
Pada ayat jawab قسم استعطافي tidak diperlukan apa-apa tambahan lagi. Sementara pada ayat jawab قسم خبري atau قسم غير استعطافي masih diperlukan kepada tambahan perkataan-perkataan tertentu, seperti ل dan قد, ل sahaja, haraf nafi, ل dan نونتأكيد atau إن danل تأكيد dan sebagainya.
Sebenarnya sumpah atau qasam dikemukakan untuk menguatkan مقسم عليه. Untuk lebih menguatkannya lagi, kadang-kadang ditambahkan perkataan-perkataan tertentu di dalam ayat sumpah. Misalnya ditambahkan perkataan إي(ya), haraf ijab sebelum perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah.
Penggunaan seperti ini ada di dalam firman Allah berikut:
ويستنبئونكأحق هو قل إى وربى إنه لحق وما أنتم بمعجزين (53)
Bermaksud: “Dan mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikn itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya”. (Yunus:53)
Untuk meringkaskan ayat dan kerana perbuatan sumpah yang jelas, kadang-kadang perkataan sumpah dengan haraf jarnya dibuangkan terus. Yang tersebut hanyalah jawab sumpahnya sahaja. Misalnya firman Allah berikut:
لقد كان لكمفى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا (21)
Bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzaab:21).
Apa yang seharusya ditaqdirkan sebelum لقدكان لكم di dalam ayat di atas ialah والله (Demi Allah). Di situ أداة القسم dan مقسم به, kedua-duasekali dibuang untuk meringkaskan ayat. Yang ditinggalkan hanyalah مقسمعليه atau jawab sumpah sahaja.
Kadang-kadang pula dibuangkan jawab sumpah untuk meringkaskan ayat, kerana ia dikira sebagai sesuatu yang ma’lum. Yang ada hanyalah perkataan sumpah. Menurut sesetengah ulama, qaedah inilah yang berlaku pada firman Allah berikut:
ص والقرانذى الذكر (1)
Bermaksud: “Shaad; demi al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran”. (Shaad:1).
Di dalam ayat ini أداة القسم dan مقسمبه disebutkan, tetapi jawab qasamnya tidak. Taqdirnya ialah لأعذبنهم على كفرهم (pasti akan Ku azab mereka kerana kekufuran mereka).
Kadang=kadang pula ayat jawab sumpah tidak dibuang sepenuhnya. Yang dibuang daripadanya hanyalah perkataan-perkataan ل dan قد. Contohnya dapat dilihat pada jawab sumpah bagi sumpah-sumpah yang diangkat Allah di permulaan Surah al-Buruj. Setelah mengemukakan tiga ayat sumpah, Allah mengemukakan ayat 4 sebagai jawab sumpahnya begini:
قتل أصحبالأخدود
Bermaksud: Celakalah kaum yang menggali parit. (al-Buruj:4).
Meskipun و merupakan haraf qasam (perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah) yang paling banyak digunakan, termasuk di dalam al-Qur’an sendiri, namun para ulama nahu bahasa ‘Arab tidak menganggapnya sebagai haraf qasam yang asal. Ini kerana ia tidak memasuki dhamir (kata ganti nama) dan tidak juga digunakan dalam قسماستعطافى, sebelum ayat pertanyaan misalnya. Haraf qasam yang asal bagi mereka ialah ب. Ini kerana ب mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Antaranya:
(1) Fi’ii qasam harus (boleh) disebutkan bersama-samanya. Contohnya ialah firman Allah berikut:
فكيف إذا أصبتهم مصيبة بما قدمت أيديهم ثم جاءؤك يحلفون بالله إن أردنا إلا إحسنا وتوفيقا(62)
Bermaksud: Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah).” (an-Nisaa’).
(2) ب harus (boleh) memasuki dhamir (kata ganti nama). Kerana itu anda harus berkata begini:
بكلأفعلن كذا وكذا
(Demi engkau, aku pasti melakukan sekian-sekian).
(3) Dalam قسم استعطافي hanya ب sahaja yang digunakan. Contohnya:
بالله هل قام زيد؟
(Demi Allah, adakah Zaid telah berdiri?).
Haraf تpula hanya digunakan sebelum perkataan Allah dan Rab sahaja. Anda tidak boleh berkata, تاالرحمن dan تالرحيم.Bagaimanapun, kata as-Suhaili, sesetengah orang ‘Arab tetap menggunanya sebelum perkataan الرحمن atau perkataan حياتكsebagai haraf qasam.
Menurut az-Zamakhsyari, perbezaan antara ت dan ب qasam ialah ب merupakan haraf qasam yang asal. Sedangkan ت hanya merupakan ganti kepada haraf ب. Sebabnya ب dianggap sebagai haraf qasam yang asal ialah kerana penggunaannya paling luas berbanding haraf-haraf qasam yang lain. Tetapi ت mempunyai kelebihan yang lain, kerana ia kadang-kadang mengandungi ma’na ta’ajjub (kagum).