Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 50 – “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang amat betul (agama Islam)” (Surah al-Israa’, Ayat 9)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 8s] – MUTIARA – Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang amat betul (agama Islam)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/dbAyF-O7Mas ]

“SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MEMBERI PETUNJUK KEPADA (JALAN) YANG AMAT BETUL (AGAMA ISLAM)” (SURAH AL-ISRAA’, AYAT 9)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Al-Quran akan sentiasa unggul berbanding dengan kitab-kitab yang lain baik dalam bidang apapun. Contohnya, petunjuk dari al-Quran di segi penyembelihan binatang adalah yang paling tepat baik di segi kesihatan dan juga ihsan kepada haiwan.
  2. Petunjuk dari al-Quran adalah lebih baik berbanding dengan ajaran lain di semua segi. Kita boleh lihat di segi hukum nikah kahwin, makan minum dan sebagainya.
Panduan dari Al-Quran adalah paling unggul untuk kehidupan kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 49 – “Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui” (Surah al-Anbiyaa’, Ayat 7)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 40s] – MUTIARA AL-QURAN – Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/Fi0wgTd8m3w ]

“BERTANYALAH KAMU KEPADA ORANG-ORANG YANG BERILMU, JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI” (SURAH AL-ANBIYAA’, AYAT 7)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Jika tidak tahu tentang sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang yang berilmu tentang perkara tersebut.
  2. Setiap bidang ada ahlinya dan rujuklah kepada orang yang tepat. Jangan segan bertanya.
  3. Tiada manusia tahu semua perkara dan kedudukan kita tidak kurang kerana tidak tahu sesuatu perkara. Contohnya, “bapa” perubatan, Ibnu Sina pun tidak mampu untuk kuasai semua ilmu perubatan dan melakukan semua rutin perubatan.

Ilmu dan kepakaran kita adalah terhad. Sentiasalah merujuk kepada mereka yang ahli dalam sesuatu bidang. Jangan segan bertanya. Ianya akan memudahkan hidup kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 48 – “Tiap-tiap Satu Puak Di Antara Mereka Telah Mengetahui Tempat Minumnya Masing-masing” (Surah al-Baqarah, Ayat 60)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 47s] – MUTIARA AL-QURAN-Tiap-tiap Satu Puak Di Antara Mereka Telah Mengetahui Tempat Minumnya Masing-masing

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/kftTcsxdP9E ]

“TIAP-TIAP SATU PUAK DI ANTARA MEREKA TELAH MENGETAHUI TEMPAT MINUMNYA MASING-MASING” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 60)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ayat al-Quran ini adalah dari kisah Nabi Musa yang memukul batu lalu keluar 12 mata air, untuk 12 kabilah dari kalangan Bani Israil (anak-anak Nabi Yaakub). Setiap kabilah mendapatkan bekalan air dari mata air masing-masing.
  2. Kemudian ayat ini menjadi peribahasa yang bermaksud, “Setiap orang manusia bekerja sesuai dengan tabiat (pembawaan) asal kejadiannya”. Iaitu kecenderungan jiwanya.
  3. Dalam hadith disebutkan, setiap orang dipermudahkan (dengan jalan) kepada tujuan ia dilahirkan.
  4. Kita hendaklah tahu kebolehan dan kelebihan kita dalam bidang apa. Pilihlah kerjaya sesuai dengan kebolehan yang kita miliki. Kita tidak akan berjaya jika memilih jalan yang tidak selari dengan kebolehan kita.
  5. Kita hendaklah tahu potensi dan kebolehan diri kita. Kita hendaklah tahu “tempat minum” kita! Jangan salah memilih kerana kita akan menanggung akibatnya sepanjang hidup.
  6. Pastikan apa kelebihan dan bakat kita dan tumpukan usaha kita di situ. Usaha kita akan dipermudahkan Allah. Contohnya, Imam Shafie, Allah kurniakan kecerdikan yang sesuai dengan bidang ilmu yang diceburinya…dia mungkin tidak sesuai jika menjadi pemerintah!
  7. Jangan paksa anak-anak ikut selera kita tapi hendaklah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan mereka.
  8. Manusia ini akan dimudahkan untuk jadi apa yang dia diciptakan. Kita hendaklah tahu “tempat minum” kita! Contohnya, jika kita berbakat dalam bidang perniagaan, tumpukan usaha kita di bidang itu.
  9. Ingatlah kelebihan manusia ini adalah kerana amal soleh dan keikhlasannya. Seseorang itu boleh menyumbang kepada agama dalam bidang masing-masing.
  10. Amat rugi jika kita tersalah pilih bidang. Imam al-Bukhari tidak sasa tubuhnya kerana di bidang ilmu tidak memerlukan fizikal yang gagah! Untuk berjaya, manusia perlu tahu apa kerjaya yang patut ia pilih, (di mana tempat minumnya!).

Kita tahu apa kelebihan kita; kembangkan potensi kita di situ…peluang untuk beramal soleh sentiasa terbuka di mana saja dan di bidang mana pun kita berada.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 47 – “Dan Sesiapa Yang Beriman Kepada Allah, Allah Akan Memimpin Hatinya (Untuk Menerima Apa Yang Berlaku Itu Dengan Tenang Dan Sabar)” (Surah at-Taghaabun, Ayat 11)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 54s]- MUTIARA AL-QURAN – Orang Yang Beriman Allah Akan Pimpin Hatinya Kepada Kesabaran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/t7fyKAsprNk ]

DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN MEMIMPIN HATINYA (UNTUK MENERIMA APA YANG BERLAKU ITU DENGAN TENANG DAN SABAR)” (SURAH AT-TAGHAABUN, AYAT 11)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang berlaku (musibah) dengan tenang dan sabar.
  2. Ada ayat al-Quran yang menyebut, maksudnya, “Apa-apa yang berlaku kepada kamu berupa musibah itu adalah dengan izin Allah”.
  3. Apa-apa yang berlaku, baik atau buruk, adalah dengan izin Allah. Kalau Allah izinkan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kalau Allah tidak izinkan, tiada siapa yang dapat melakukannya.
  4. Orang yang beriman kepada Allah, walaupun kesulitan menimpanya, Allah akan pimpinnya untuk menghadapinya dengan cara menetapkan hatinya supaya bersabar.
  5. Apa-apa musibah dan kesusahan seperti kerugian, penyakit dan sebagainya Allah akan tunjukkan hatinya kepada yang terbaik untuknya.
  6. Bila bersabar dia akan dapat pahala, jika sakit dia akan diampunkan dosa.
  7. Sekiranya hatinya tidak terpimpin ke arah kebaikan, ianya menunjukkan imannya tidak sempurna.
  8. Iman yang sempurna akan mendorong seseorang ke arah kebaikan dalam menghadapi malapetaka, iaitu dengan bersabar.
  9. Kelebihan iman ialah dapat membimbing seseorang dalam kesusahan atau kesenangan. Dalam kedua-dua keadaan itu, kita akan mendapat pahala.
  10. Hadith ada menyebut, adalah menghairankan keadaan seorang mukmin, kalau dia sedih, dia dapat pahala dan kalau dia gembira pun dia akan dapat pahala, kalau dia sakit, dia dapat pahala, kalau dia sihatpun dia akan dapat pahala. Itulah kelebihan orang mukmin yang patut dikagumi.
  11. Kita patut rasa bertuah dan bangga kerana kita beriman, kerana banyak kelebihan yang akan kita perolehi.
  12. Allah tidak akan biarkan kita sendirian, malah akan sentiasa memimpin kita.

Iman kepada Allah memandu seseorang untuk berhadapan dengan segala ujian sama ada kesusahan dan kesenangan. Apapun ujian yang dihadapi, seorang muslim akan sentiasa mendapat pahala dan keuntungan. Allah tidak akan biarkan kita sendirian, malah akan sentiasa memimpin kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 46 – “Dan Apa Yang Kamu Kerjakan Berupa Kebaikan, Nescaya Allah Mengetahuinya” (Surah al-Baqarah, Ayat 197)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 49s] – MUTIARA AL-QURAN -Apa Saja Kebaikan Yang Kamu Kerjakan, Nescaya Allah Mengetahuinya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/EGnoBVEVYq0 ]

“DAN APA YANG KAMU KERJAKAN BERUPA KEBAIKAN, NESCAYA ALLAH MENGETAHUINYA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 197)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Bila Allah tahu”, ianya bermaksud, sesuatu amalan baik itu tidak akan sia-sia. Apa-apa kebaikan yang kita lakukan, semuanya Allah tahu.
  2. Allah selalu sebut, bila seseorang membuat kebaikan, Dia akan balas dengan kebaikan.
  3. Tidak mengapa jika kebaikan-kebaikan yang kita buat tidak diketahui orang; malah ianya lebih baik tidak diketahui orang jika amalan tersebut adalah amalan sunat (seperti memberi derma, melakukan solat sunat dsb).
  4. Ingatlah, walaupun orang lain tidak tahu, tetapi Allah tetap tahu.
  5. Adakah kita inginkan pujian manusia dari amalan baik kita? Pujian manusia hanyalah sementara, dan hakikatnya, tidak berguna. Sepatutnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dan berguna (iaitu keredhaan Allah). Mengharapkan pujian manusia menyebabkan amalan kita sia-sia.
  6. Setiap kebaikan, kecil atau besar, berharga atau tidak, Allah tahu dan tidak akan sia-sia. Keadaan ini akan menyebabkan kita puas hati dan selesa.
  7. Walaupun begitu ada juga amalan yang baik diketahui orang supaya menjadi contoh dan ikutan. Tetapi jangan sekali-kali mengharapkan pujian atau penghargaan orang terhadap amalan baik kita.
  8. Yang utama ialah mendapat pujian dan penghargaan dari Allah.
  9. Kerana Allah tahu segala-galanya, hendaklah kita benar-benar ikhlas kerana Allah bila melakukan apa-apa amalan.

Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah bila melakukan apa-apa amalan dan jangan sekali-kali mengharapkan pujian manusia kerana Allah tahu setiap kebaikan yang kita buat. Ianya tidak akan sia-sia.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 45 – “Sesungguhnya Perbuatan-perbuatan Yang Baik Itu Menghapuskan (Dosa) Perbuatan-perbuatan Yang Buruk” (Surah Huud, Ayat 114)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 1s]- MUTIARA AL-QURAN – Perbuatan Baik Akan Menghapuskan (Dosa) Perbuatan Yang Buruk

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/PUxHlJnACHc ]

“SESUNGGUHNYA PERBUATAN-PERBUATAN YANG BAIK ITU MENGHAPUSKAN (DOSA) PERBUATAN-PERBUATAN YANG BURUK” (SURAH HUUD, AYAT 114)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan, yakni, dosa perbuatan-perbuatan yang buruk.
  2. Kita boleh baiki diri kita kerana setiap kebaikan yang kita buat boleh menghapuskan kejahatan; oleh itu sentiasalah berbuat baik.
  3. Banyak faedahnya berbuat baik, antaranya disukai orang dan lain-lain faedah dunia, tapi yang lebih penting dosa kita dihapuskan. Jangan kita sangka kebajikan yang kita buat adalah sia-sia. Contohnya memberi makan kepada orang, selain menghilangkan kelaparan seseorang, ianya mencegah orang tersebut dari melakukan kejahatan yang berpunca dari keadaan lapar.
  4. Banyak sebab kenapa kita perlu membuat kebaikan.
  5. Yang utamanya kita perlu yakin bahawa adanya hari akhirat, tentang adanya balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti. Tanpa kepercayaan kepada hari akhirat, kita tidak ada dorongan untuk membuat kebaikan. Walaupun faedahnya kita tidak perolehi di dalam dunia, kepercayaan kepada hari akhirat akan menjadi inspirasi kepada kita untuk berbuat baik.
  6. Dalam hadith ada disebutkan, kita akan dapati kejahatan yang kita lakukan (yang kita amat malu jika diketahui orang) dipadam dari suratan amalan di akhirat nanti kerana perbuatan-perbuatan baik yang lain.
  7. Kebaikan dan kebajikan adalah amat luas maksudnya. Antaranya, mengajar, menasihati orang lain, bersihkan paku di tengah jalan, mengharapkan kebaikan orang lain, kata-kata yang baik, senyum dsb.
  8. Agama Islam memberi peluang seluas-luasnya untuk kita membuat kebaikan dan kabajikan.

Maksimakan amalan baik, elakkan dari kejahatan dan dosa. Jika terlanjur melakukan dosa, jangan putus asa, kerana kebaikan-kebaikan yang kita lakukan akan menghapuskan dosa tersebut. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 44 – “Dan Apa Jua Perintah Yang Dibawa Oleh Rasulullah s.a.w Kepada Kamu Maka Terimalah Serta Amalkan Dan Apa Jua Yang Dilarang Kamu Melakukannya Maka Patuhilah Larangannya” (Surah al-Hasyr, Ayat 7)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 7s]- MUTIARA AL-QURAN – Terimalah Dan Amalkanlah Perintah Rasulullah s.a.w

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/VlUcyJNdNMI ]

“DAN APA JUA PERINTAH YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W KEPADA KAMU MAKA TERIMALAH SERTA AMALKAN DAN APA JUA YANG DILARANG KAMU MELAKUKANNYA MAKA PATUHILAH LARANGANNYA” (SURAH AL-HASYR, AYAT 7)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.
  2. Buatlah apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan dan jangan buat apa yang Rasulullah tidak suruh apatah lagi apa yang dilarangnya.
  3. Jangan meminda dan memandai-mandai mengubah apa yang Rasulullah perintahkan; buatlah apa yang Baginda suruh.
  4. Kita perlu bertanya adakah amalan yang masyarakat amalkan hari ini adalah dari ajaran Nabi, contohnya, khatam al-Quran dan hadiahkan bacaan al-Quran kepada orang mati. Begitu juga kenduri-kendara sempena kematian. Atau jamuan bubur asyura di bulan Muharram? Adakah amalan-amalan ini ada contohnya dari Nabi s.a.w?
  5. Malangnya, semakin dilarang, masyarakat kita semakin galak mengamalkannya!
  6. Kita hendaklah selidiki adakah amalan-amalan tersebut diajar oleh Nabi s.a.w. Nabi amat sayang pada umatnya dan Baginda sentiasa berfikir untuk kebaikan kita. Carilah dalil-dalil dari Nabi terhadap amalan-amalan yang kita lakukan.
  7. Kita dakwa yang kita sayang pada Nabi, tapi tidak mencontohi Nabi, seperti, bila ada kematian kita baca al-Fatihah kirim pahala kepada si mati (padahal Nabi tidak pernah berbuat demikian)
  8. Realitinya dalam masyarakat kita, tauhid bercampur dengan syirik, amalan-amalan ibadat pula bercampur dengan bid’ah; semuanya bercampur aduk, tercemar dan palsu!
  9. Ini adalah kerana tidak suka ikut sunnah Nabi tetapi mengikut amalan nenek-moyang yang sesat!
  10. Selidikilah asal usul dan carilah dalil untuk amalan-amalan kita walaupun ianya kelihatan kecil.
  11. Banyak amalan pada masa ini yang tidak menepati sunnah, contohnya program “Quran Hour”. Sepatutnya kita galakkan bacaan al-Quran sepanjang masa bukan hanya pada suatu masa yang ditetapkan sahaja. Begitu juga menetapkan hari tertentu untuk sambutan khas sesuatu tema seperti hari ibu, hari buruh dsb. Bila kita tidak sambut, bukan bermakna kita tidak cakna terhadap tema-tema tersebut.
  12. Masyarakat barat mempunyai masalah tersendiri dan kita sebenarnya tidak menghadapi masalah tersebut. Contohnya, di barat mereka tidak begitu endahkan anak, maka mereka sambut harijadi, untuk mengingati anak, padahal kita orang Islam, anak adalah sentiasa dalam ingatan dan jagaan kita!
  13. Pendeknya, supaya selamat, tanyalah adakah Nabi buat semua perkara-perkara ini. Malangnya, apa yang Nabi larang dengan jelas dan terang, kita tetap lakukan. Contohnya, Nabi larang bangunkan binaan di atas kubur tetapi ada umat Islam, terutamannya di luar negara yang buat binaan lebih besar dari masjid di atas kubur-kubur!
  14. Bila diajak untuk mengamalkan sunnah mereka membantah dan melawan tanpa mereka sedari yang mereka lawan ialah Allah dan Rasul!
  15. Di antara punca perkara ini berlaku ialah sistem pengajian yang pincang dan berpegang pada konsep “asalkan ianya baik, maka boleh buat”. Konsep ini tidak tepat, kerana baik dan buruk hendaklah berpandukan petunjuk dari Nabi s.a.w dan Allah s.w.t.
Kehidupan masyarakat kita hari ini kusut di segi aqidah yang bercampur dengan syirik dan ibadat yang bercampur dengan bid’ah. Kembalilah meneliti dalil-dalil dari hadith dan al-Quran dan bersihkanlah kehidupan kita dan masyarakat dari sampah sarap ini. Ikut dan patuhi Nabi s.a.w.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 43 – “Dan Sesiapa Yang Menjaga Serta Memelihara Dirinya Daripada Dipengaruhi Oleh Tabiat Bakhilnya, Maka Merekalah Orang-orang Yang Berjaya” (Surah al-Hasyr, Ayat 9)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 6m 6s] – MUTIARA AL-QURAN – Orang Yang Tidak Bakhil Adalah Orang Yang Berjaya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/Bc20k6eJ8NY ]

DAN SESIAPA YANG MENJAGA SERTA MEMELIHARA DIRINYA DARIPADA DIPENGARUHI OLEH TABIAT BAKHILNYA, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA” (SURAH AL-HASYR, AYAT 9)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Barangsiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
  2. Orang yang dapat mengawal dirinya dari sifat bakhil, maka dialah orang yang berjaya.
  3. Elakkan diri dari dikenali sebagai orang yang bakhil kerana Allah tidak suka kepada orang yang bersifat begini. Orang Islam tidak sepatutnya ada sifat bakhil.
  4. Allah menyebut tidak akan berjaya orang yang bakhil.
  5. Berbelanja untuk perkara maksiat tidak menjadikan orang itu sebagai seorang yang pemurah.
  6. Contohilah Nabi dan Sahabat-sahabat dalam berbelanja dan memanfaatkan harta.
  7. Tiada sesiapapun akan suka kepada orang yang bersifat bakhil.
  8. Ibu bapa yang bakhil akan mengsengsarakan anak-anak, menafikan peluang-peluang dalam hidup dan tidak dapat menikmati hidup yang selesa.
  9. Harta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Al-Quran ada menyebut, harta adalah tulang belakang dalam kehidupan kita. Kehidupan manusia tidak tertegak dengan teguh tanpa harta. Oleh sebab itu, kita orang Islam tidak sepatutnya ada sifat bakhil (dalam membelanjakan harta).
  10. Kita sepatutnya peka dengan tawaran ganjaran dari Allah untuk orang yang bersedekah. Contohnya, banyak bersedekah di bulan Ramadhan seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w.
  11. Seseorang itu betul-betul bersifat bakhil sekiranya tidak mahu berbelanja untuk keluarganya dan untuk agamanya. Dia seolah-olah tidak tahu apa fungsi dan tujuan harta.
  12. Harta tidak dibawa ke kubur dan bila mati akan ditinggalkan di dunia ini. Kita sendiri hendaklah buat kebaikan dengan harta tersebut dan jangan berangan-angan orang lain berbuat baik bagi pihak kita (seperti membayar upah orang mengaji al-Quran atas kubur kita!) Amalan-amalan yang tidak bersumberkan dari Nabi ini adalah sia-sia.
  13. Ingatlah, harta itu milik kita hanya semasa hidup, selepas mati ianya akan menjadi milik orang lain.
  14. Kita perlu bersikap sederhana bila menguruskan harta, tidak boros dan tidak bakhil.

Perlu bersederhana dalam menguruskan harta, tidak boros dan tidak bakhil. Sekali-kali jangan bakhil terutamanya untuk keluarga dan agama. Buatlah amal dengan harta yang kita miliki semasa kita hidup bukan dengan mengharapkan orang lain untuk berbuat amal bagi pihak kita selepas kematian kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 42 – “Dan Jagalah Sumpahmu” (Surah al-Maa’idah, Ayat 89)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi -1m 44s] – MUTIARA AL-QURAN -Jagalah Sumpahmu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/-2gCVbtpKj0 ]

“DAN JAGALAH SUMPAHMU” (SURAH AL-MAA’IDAH, AYAT 89)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Jaga sumpah kamu, jangan bermudah-mudah, jagalah seperti kita jaga lafaz talak.
  2. Bersumpah bila hanya perlu dan jangan main-main dengan sumpah.
  3. Amalan “sumpah” ini memang ada dalam Islam, contohnya untuk meyakinkan orang lain dengan apa yang kita dakwa.
  4. Pastikan dakwaan dalam bersumpah adalah benar. Jangan gunakan sumpah untuk mengambil hak orang lain.
  5. Sumpah untuk diri sendiri, iaitu bernazar. Jangan memandang ringan nazar kita; hendaklah ditunaikan bila cukup syaratnya. Jika tidak, ianya akan mengundang kemurkaan Allah.

Berhati-hatilah dan jangan bermudah-mudah untuk bersumpah kerana sumpah yang palsu akan mengundang kemurkaan Allah.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 41 – “Sesungguhnya Allah Menyuruh (Kamu) Berlaku Adil” (Surah an-Nahl, Ayat 90)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 21s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Menyuruh Kamu Berlaku Adil

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/yYvIOixKKvY ]

SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH (KAMU) BERLAKU ADIL“ (SURAH AN-NAHL, AYAT 90)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. [Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat ihsan (kebaikan)]
  2. Dengan “berlaku adil” pun sudah memadai, apatah lagi dengan “ihsan”, yang lebih tinggi dari “adil”.
  3. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil.
  4. Berlaku adil bermaksud meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Lawan “adil” ialah “zalim”; “zalim” bermaksud meletakkan sesuatu tidak sesuai pada tempatnya.
  5. Allah memerintahkan kita berlaku adil kepada diri kita dan kepada yang lain. Prinsip ini luas. Contohnya, berlaku adil terhadap anak-anak dalam bantuan dan saraan hidup hendaklah berdasarkan keperluan anak-anak.
  6. Apa-apa yang ditetapkan oleh hukum Allah kita ikut secara ketat (kerana ianya sememangnya telah adil); dalam hal-hal pilihan, kita kena bersikap adil supaya tiada kesan buruk di dunia dan akhirat.
  7. Hendaklah sentiasa berhati-hati dan berlaku adillah terhadap anak-anak, isteri-isteri, adik-beradik, rakyat jelata dsb.
  8. Kita juga perlu berlaku adil untuk diri kita kerana, mata kita ada hak; isteri kita ada hak, jiran kita ada hak.
  9. Jika kita tidak berlaku adil, kita akan dituntut (sama ada di dunia atau di akhirat).
  10. Kita sekurang-kurangnya hendaklah berlaku adil, jika dapat berlaku “ihsan” ianya adalah lebih baik.
  11. Orang yang tidak diperlakukan secara adil akan menuntut haknya nanti dan kita bertanggungjawab terhadap hak-hak tersebut.
  12. Perhatikan aspek ini dalam kehidupan kita dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecil perkara.
  13. Al-Quran dan hadith telah menggariskan dengan jelas konsep keadilan dan cara perlaksanaannya.

Al-Quran dan hadith telah menggariskan dengan jelas konsep keadilan dan cara perlaksanaannya

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup