Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 40 – “Dan Apa Saja Musibah Yang Menimpa Kamu Maka Adalah Disebabkan Oleh Perbuatan Tanganmu Sendiri, Dan Allah Memaafkan Sebahagian Besar (Daripada Kesalahan-kesalahanmu)” (Surah asy-Syura, Ayat 30)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 46s] – MUTIARA AL-QURAN – Musibah Adalah Disebabkan Perbuatan Tanganmu Sendiri

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/CWyzdCwRXwQ ]

“DAN APA SAJA MUSIBAH YANG MENIMPA KAMU MAKA ADALAH DISEBABKAN OLEH PERBUATAN TANGANMU SENDIRI, DAN ALLAH MEMAAFKAN SEBAHAGIAN BESAR (DARIPADA KESALAHAN-KESALAHANMU)” (SURAH ASY-SYURA, AYAT 30)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ayat al-Quran ini mengingatkan kita supaya tidak menuding kepada orang lain di atas kesalahan yang kita lakukan.
  2. Musibah di luar kawalan dan ikhtiar kita, seperti ditimpa ribut dan banjir, ianya merupakan ujian dari Allah.
  3. Ayat ini adalah berkenaan perkara-perkara yang dalam batas ikhtiar dan usaha kita. Sekiranya berlaku musibah kerana kegagalan kita untuk merancang dan bertindak sepatutnya, janganlah kita menyalahkan takdir. Contohnya, pelajar yang tidak berjaya, janganlah menyalahkan ibu bapa tetapi salahkan diri sendiri yang tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal-hal lain, kita perlu ikut prosidur yang betul untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
  4. Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan kita; musibah yang menimpa kita adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri.
  5. Banyak perkara di dunia ini berkait dengan sebab musabab; jangan gopoh untuk meletakkan kesalahan kepada tuhan. Allah sudah tunjukkan jalan, dan kitalah yang memilih jalan yang kita kehendaki, sekiranya ianya menyebabkan akibat buruk, janganlah kita menyalahkan Allah.
  6. Penting untuk kita sedar, banyak daripada kesalahan-kesalahan yang kita lakukan Allah boleh ampunkan, kerana kita adalah manusia yang lemah. Tetapi ada kalanya Allah tidak mengampuni kesalahan-kesalahan tersebut, contohnya, dalam keadaan kita terus menerus melakukan kesalahan (dan dosa).
  7. Kita perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dan tidak boleh menyalahkan keadaan atau takdir bila kita melakukan sesuatu yang tidak bertepatan dengan kehendak sebenar.
  8. Saidina Umar menasihati kita memilih yang baik antara dua pilihan dan menegaskan bahawa pilihan kita itulah yang merupakan takdir.
  9. Malapetaka yang menimpa kita banyak disebabkan oleh kita sendiri tetapi kita tidak mahu mengaku bahawa itu adalah kesalahan kita.
  10. Kesilapan dan kecuaian perlu dipertanggungjawabkan. Hal-hal dalam batas ikhtiar manusia, orang yang melakukan kesalahan akan dipersalahkan.
  11. Di dalam al-Quran ada menyebut tentang beberapa malapetaka adalah dari Allah, di luar kawalan dan ikhtiar kita, maka kita tidak dipertanggungjawabkan dan terimalah itu sebagai takdir Allah. Tetapi, contohnya, jika kita sakit kerana kita tidak menjaga kesihatan, itu adalah kesalahan kita.
  12. Begitu juga malapetaka di akhirat nanti, seseorang dihukum kerana dia mempunyai ikhtiar dan pilihan semasa berada di dunia ini.
  13. Pisau yang ada di tangan kita, adalah pilihan kita sama ada untuk memanfaatkannya atau untuk membahayakan diri kita sendiri. Itu adalah pilihan kita dan jangan salahkan Allah. Seseorang bertanggungkawab di atas pilihan-pilihan yang diambil dalam hidupnya. Kalau tidak, nescaya kita akan mengatakan Allah zalim bila memasukkan seseorang ke dalam neraka.
  14. Jangan salahkan orang lain! Jangan salahkan Allah! Salahkan diri sendiri.

Berwaspadalah dengan setiap tindak tanduk kita dan berusahalah melakukan sesuatu perkara sebaik mungkin. Terimalah kesilapan dengan dada terbuka dan berusahalah untuk membetulkannya. Jangan salahkan orang lain!

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 39 – “Maka Apabila Kamu Telah Selesai (Dari Sesuatu Urusan), Kerjakanlah Dengan Sungguh-sungguh (Urusan) Yang Lain. Dan Hanya Kepada Tuhanmulah Hendaknya Kamu Berharap” (Surah al-Insyiraah, Ayat 7 & 8)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 6s] – MUTIARA AL-QURAN – Maksimakan Usaha Dan Bersungguh-sungguh Dalam Berusaha

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/IHI7KxTb2vE ]

“MAKA APABILA KAMU TELAH SELESAI (DARI SESUATU URUSAN), KERJAKANLAH DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH (URUSAN) YANG LAIN. DAN HANYA KEPADA TUHANMULAH HENDAKNYA KAMU BERHARAP” (SURAH AL-INSYIRAAH, AYAT 7 & 8)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ayat al-Quran ini amat besar pengajarannya. Orang Islam perlu berusaha keras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam hidupnya. Hidup ini perlu ada tujuan dan hendaklah tidak dibazirkan begitu sahaja.
  2. Janganlah setelah datang ke dunia ini, kita kemudiannya mati tanpa meninggalkan apa-apa jasa. Elakkan dari hidup dan mati yang sia-sia, yang tidak meninggalkan tanda dan tidak menyumbang apa-apa.
  3. Perlu ada sesuatu yang bermakna yang kita buat yang boleh disebut selepas kematian kita. Contohnya, Nabi Ibrahim berjasa besar membina Kaabah yang menjadi pusat perpaduan dan kiblat sehingga ke hari ini.
  4. Sesuatu kerja besar akan berjaya jika mempunyai keikhlasan yang tinggi kepada Allah taala.
  5. Kita perlu fikir untuk lakukan sesuatu yang bermanfaat; contohnya sebagai pelajar agama, jangan belajar sambil lewa dan kita sepatutnya bercita-cita untuk melakukan sesuatu yang besar dan bermanfaat, seperti menulis tafsir al-Quran, mensyarahkan hadith dsb.
  6. “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”.
  7. Setelah kita siapkan sesuatu kerja dengan sempurna dan cemerlang, kita teruskan dengan kerja yang lain pula dengan penuh semangat. Tidak mudah berpada dengan hanya satu dua usaha sahaja.
  8. Di dalam surah at-Taghaabun, disebut bahawa semua manusaia di akhirat nanti akan merasa rugi dan menyesal kerana semasa di dunia dulu tidak beramal dan jika berbuat baik pun tidak sehingga tahap maksimal..
  9. Bila telah selesaikan sesuatu kerja atau usaha, jangan berhenti malah teruskan dengan kerja dan usaha yang seterusnya. Dengan sikap sebegini, seseorang akan sentiasa maju dan akan lebih dari orang lain.
  10. Semua usaha yang kita lakukan hendaklah kerana Allah, “Kepada tuhanmu hendaknya kamu berharap”.
  11. Berharap dan berdoalah kepada Allah dan sentiasa ingat yang amalan ini adalah kerana Allah. Kita hanya berusaha dalam perkara yang baik kerana tidak mungkin kita melakukan perkara yang tidak baik kerana Allah dan mengharapkan balasan yang baik dari Allah.
  12. Berusahalah dengan bersemangat sebagaimana kata-kata (yang dinisbahkan kepada) Saidina Ali, “Jadilah kamu manusia yang kakinya berpijak di bumi dan puncak semangatnya berada di bintang Suraya (Venus)”.
  13. Kehidupan ini adalah amat berharga, berusaha dan bekerjalah supaya kita meninggalkan bekas dalam sejarah.
  14. Fikirkanlah, apakah sumbangan kita (kepada umat manusia dan dunia seluruhnya)?
  15. Selingan – kelebihan orang kita ialah minat dan kepakaran dalam masakan dan kuih muih tapi setakat mana ianya menyumbang kepada tamaddun manusia? Fikir-fikirkanlah!
  16. Fikirkanlah suatu yang besar manfaatnya, contohnya apa yang berkait dengan agama dan masyarakat. Buatlah sesuatu nescaya kita pun akan dapat manfaatnya.
  17. InsyaAllah, hasil usaha kita besar manfaatnya kepada ramai orang dan berpanjangan manfaaatnya.

Gunakanlah kesempatan yang ada semasa hidup ini untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin. Jangan tinggalkan dunia ini tanpa apa-apa bekas dan jasa.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 38 – “Maka Sesiapa Yang Mengerjakan Kebaikan Seberat Zarrah, Niscaya Dia Akan Melihat (Balasan)nya. Dan Sesiapa Yang Mengerjakan Kejahatan Sebesar Zarrah, Nescaya Dia Akan Melihat (Balasan)nya Pula” (Surah az-Zalzalah, Ayat 7 & 8)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m] – MUTIARA AL-QURAN – Setiap Kebaikan Dan Kejahatan Walaupun Seberat Zarrah Akan Dibalas

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/OYfGHvDrHTs ]

“MAKA SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEBAIKAN SEBERAT ZARRAH, NESCAYA DIA AKAN MELIHAT (BALASAN)NYA. DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN SEBESAR ZARRAH, NESCAYA DIA AKAN MELIHAT (BALASAN)NYA PULA” (SURAH AZ-ZALZALAH, AYAT 7 & 8)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberah zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula.
  2. Tiada kebaikan yang tidak akan dibalas oleh Allah. Ianya tidak akan sia-sia.
  3. Ayat al-Quran bermaksud, “Tuhan tidak akan sia-siakan walaupun sedikit amalan (baik) kamu”, dengan syarat amalan tersebut menepati syarat yang ditetapkan oleh agama.
  4. Begitu juga setiap kejahatan (jika tidak bertaubat dan diampunkan oleh Allah), akan tetap dibalas oleh Allah walaupun seberat zarrah.
  5. Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada semasa hidup ini untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin.
  6. Balasan baik dan buruk pasti akan ada dan ini adalah jaminan dari Allah.
  7. Di atas dunia ini pun, memang kita akan mendapat balasan dari perkara baik yang kita lakukan, cuma balasannya tidaklah sempurna. Perkara baik akan disukai semua orang, dan mereka suka untuk membalas kebaikan tersebut. Begitu juga sebaliknya tentang perkara-perkara jahat dan tidak baik.
  8. Kita tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat balasan di dunia di atas kebaikan kita. Di akhirat kita pasti akan dapat balasannya, walau sekecil manapun kebaikan kita itu.
  9. Jangan sekali-sekali melakukan kejahatan, kerana walau sekecil zarahpun ianya akan dibalas. Ada berbagai perkara buruk yang kadang-kadang perkara kecil dan remeh tetapi bakal memufliskan seseorang di akhirat nanti.
  10. Ingatlah, tiada jalan keluar jika muflis di akhirat nanti; tidak sama jika muflis di dunia ini bila kita berpeluang untuk bangkit semula. Pahala yang banyak akan habis digunakan untuk menebus dosa dan kesalahan-kesalahan terhadap orang lain. Inilah muflis yang sebenar.
  11. Oleh itu buatlah kebaikan semaksima mungkin dan jangan sekali-kali berbuat kejahatan.
  12. Jika tidak dibalas di dunia ini, kita akan dapat balasannya di akhirat nanti.

Gunakanlah kesempatan yang ada semasa hidup di dunia ini untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin dan jangan sekali-sekali melakan kejahatan.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 37 – “Maka Hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) Sentiasa Tetap Teguh Di Atas Jalan Betul Sebagaimana Yang Diperintahkan Kepadamu” (Surah Huud, Ayat 112)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 15s]- MUTIARA AL-QURAN -Hendaklah Sentiasa Tetap Teguh Di Atas Jalan Betul (Istiqamah)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/n0bziiBv0z0 ]

MAKA HENDAKLAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) SENTIASA TETAP TEGUH DI ATAS JALAN BETUL SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN KEPADAMU” (SURAH HUUD, AYAT 112)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Walaupun ayat al-Quran ini pada asalnya ditujukan kepada Nabi, mengikut kaedah tafsir, apa yang ditujukan kepada Nabi, ditujukan juga kepada umatnya.
  2. Umat Islam dikehendaki supaya beristiqamah. Istiqamah bermaksud, “tetap pendirian” atau “teguh di atas jalan yang benar”.
  3. Jika kita buat apa yang Allah suruh (atas jalan yang betul) nescaya ada balasan yang baik dan ianya tidak sia-sia.
  4. Sesiapa yang ada sifat istiqamah nescaya akan berjaya.
  5. Ulama’ ada menyebut, “Istiqamah itu lebih baik dari seribu keramat”. Ini adalah kerana dengan istiqamahlah, insyaAllah, seseorang itu akan berjaya dalam bidang apa pun.
  6. Istiqamah adalah perlu untuk semua aktiviti. Contohnya, istiqamah dalam perniagaan kedai makan, rasa sedap yang tetap sama; istiqamah dalam belajar, sentiasa menghadiri kelas; istiqamah sebagai guru, sentiasa datang mengajar.
  7. Mereka yang tiada sifat istiqamah tidak akan berjaya.
  8. Dalam belajar, istiqamah lebih penting dari kemampuan otak (bijak) terutamanya pelajar dalam bidang agama kerana banyak perkara yang perlu dijaga seperti akhlak, adab dll.
  9. Tiada istiqamah akan menyebabkan seseorang mudah mengalah dan mengundur diri.
  10. “Kamu hendaklah istiqamah sebagaimana diperintah (oleh Allah)”.
  11. Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah sudah pasti ianya perkara yang baik.
  12. Sifat istiqamah amat penting untuk kejayaan dalam hidup kita, di dunia dan di akhirat.

Istiqamah adalah antara kriteria paling penting untuk kejayaan seseorang sama ada di dunia atau di akhirat.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 36 – “Maka Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Menurut Kesanggupanmu” (Surah at-Taghaabun, Ayat 16)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 56s] – MUTIARA AL-QURAN -Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Menurut Kesanggupanmu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/OopvnYISYt0 ]

“MAKA BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH MENURUT KESANGGUPANMU” (SURAH AT-TAGHAABUN, AYAT 16)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.
  2. Allah suruh kita bertaqwa kepada-Nya setakat yang kita mampu, Allah tidak tuntut sesuatu di luar dari kemampuan kita.
  3. Dalam al-Quran ada menyebut, ayat yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.(Surah Ali Imran, ayat 102). Manakala ayat 16 surah at-Taghaabun pula menyatakan, “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu”.
  4. Ayat al-Quran ini adalah berkenaan “taqwa” dalam perkara furu’ iaitu dalam hal-hal berkaitan syariat. Manakala Ayat 102 Surah ali-Imraan tadi adalah berkenaan “taqwa” yang berkaitan dengan aqidah.
  5. Dalam hal berkaitan aqidah, tiada tolak ansur, kita hendaklah “haqqatuqaatih” (benar-benar bertaqwa)”. Contohnya, tentang sifat Allah, kita wajib terima kesemuanya, tidak boleh tolak walaupun satu sifat. Begitu juga dengan sifat Rasul tidak memadai jika kita hanya terima sifat “benar”nya sahaja tetapi menolak sifat-sifat lain. Oleh itu kita perlu tahu secara lengkap dan sempurna apa yang wajib kita tahu tentang Allah dan Rasul.
  6. Antara perkara aqidah ialah tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala; wajib kita terima tentang kewujudan dan perkara-perkara asas tentangnya tetapi kita dimaafkan jika tidak mengetahuinya secara terperinci.
  7. Kita tidak boleh berbeza dalam “usul” (asas-asas) aqidah, tetapi dalam furu’ (cabang) aqidah, kita boleh berbeza pendapat.
  8. Dalam hal-hal syariat, tuntutannya adalah lebih ringan. Kita tidak diminta untuk menyeksa diri demi untuk melaksanakan syariat Allah, contohnya, dalam solat tahajjud, disebabkan terlalu mengantuk mungkin kita tersalah menyebut doa dan sebagainya. Oleh itu tidak digalakkan solat tahajjud dalam keadaan terlalu penat atau mengantuk sehingga kita tidak dapat mengawal ucapan atau doa kita. Atau, dalam puasa sunat, kita tidak boleh dalam melakukannya dalam keadaan terlalu lapar atau penat sehingga meninggalkan atau cuai dalam tugas lain yang lebih penting.
  9. Kita perlu bezakan tugas dan tanggungjawab yang wajib berbanding ibadat yang sunat, contohnya, tidak boleh mengantuk kerana solat tahajjud terlalu lama atau berpuasa sedangkan tugas kita memerlukan badan yang sentiasa sihat dan segar seperti memandu bas atau teksi.
  10. Allah tidak tuntut sesuatu yang tidak mampu kita laksanakan malah tidak berkurang pahalanya jika kita tidak melakukannya. Contohnya solat sambil duduk kerana sakit, tidak kurang pahalanya berbanding solat sambil berdiri. Lainlah kalau kita mampu berdiri tetapi kita sembahyang sambil duduk (untuk solat sunat), pahalanya memang kurang.
  11. Kalau kita buat sesuatu ibadat setakat kemampuan kita, Allah akan tutup apa-apa kekurangan (dan akan sempurnakan) yang kita tidak lakukan. Oleh itu janganlah kita lakukan lebih daripada kemampuan kita. Contohnya, memberi derma dan bersedekahlah setakat kemampuan, kerana yang dinilai Allah bukan di segi kuantitinya, tetapi kualitinya.
  12. Usahakan beramal secara maksima setakat kemampuan kita.
  13. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Adalah wajib untuk kita mencegah kemungkaran dan kita tidak boleh redha dengan kemungkaran. Kewajipan mencegah kemungkaran adalah setakat mana kemampuan kita. Yang penting, kita tetap jalankan tugas mencegah kemungkaran ini.
  14. Kita perlu bijak menimbang sesuatu perkara dan keadaan dan kita berusaha semaksima mungkin dalam lingkungan kemampuan kita.
  15. Allah tidak menuntut lebih dari kemampuan kita. Tetapi dalam bab aqidah (usul aqidah), tidak boleh kurang walaupun sedikit. Kerana kekurangan satu aspek dalam aqidah akan merosakkan keseluruhan aqidah . Contohnya, walaupun seseorang percaya semua perkara tentang aqidah tetapi menolak satu sahaja ayat al-Quran, ianya akan menyebabkan dia terkeluar dari Islam.
  16. Dalam hal syariat, kita dituntut melaksanakannya hanya setakat yang kita mampu walaupun ianya ibadat fardhu, contohnya tidak puasa Ramadhan kerana sakit.
  17. Oleh itu, amat penting kita mengetahui dan membezakan antara perkara-perkara aqidah dan syariat.
  18. Ayat al-Quran ini menjelaskan perbezaan di antara tuntutan aqidah dan tuntuan syariat.

Adalah amat penting mengetahui dan membezakan di antara perkara-perkara aqidah dan syariat. Aqidah (usul aqidah) hendaklah diyakini sepenuhnya dan tidak boleh kurang walaupun sedikit tetapi hal-hal syariat perlu dilaksanakan hanya setakat kemampuan kita. Islam adalah mudah dan tidak membebankan. Islam juga jelas dan tegas di segi pegangangnya.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 34 – “Orang-orang Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Senang Kepada Kamu Sehingga Kamu Mengikuti Agama Mereka” (Surah al-Baqarah, Ayat 120)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 31s] – MUTIARA AL-QURAN – Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Senang Sehingga Kamu Ikut Agama Mereka

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/xjaYj5COXKA ]

“ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SENANG KEPADA KAMU SEHINGGA KAMU MENGIKUTI AGAMA MEREKA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 120)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Panduan ini amat penting terutamanya kepada kita yang hidup di zaman ini (yang mana pengaruh Yahudi dan Nasrani [Kristian] amat kuat).
  2. Kita hendaklah kenal pasti dari mana asalnya gaya hidup, adab resam dan budaya yang kita amalkan. Siapakah yang bersetuju dan gembira dengan gaya hidup yang kita amalkan ini dan siapa pula yang membencinya?
  3. Hakikatnya, di zaman ini, pengaruh Yahudi dan Nasara adalah amat besar.
  4. Walaupun negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Yahudi (Negara Israil), yang menunjukkan tiada hubungan fizikal dengan mereka, tetapi cara berfikir (fikrah), semangat, minat dan hobi kita banyak dipengaruhi oleh golongan Yahudi
  5. Serangan pemikiran melalui media massa dan internet menyebabkan pengaruh Yahudi dan Nasrani telah meliputi masyarakat kita. Mereka yang mengikuti perkembangan pertarungan pemikiran ini amat takut dengan kejayaan dan pengaruh pemikiran Yahudi yang seolah meresap di setiap aliran darah tubuh kita.
  6. Pengaruh asing ini datang atas nama dan rupa yang berbagai-bagai tetapi hakikatnya ianya adalah dari Yahudi dan Nasrani.
  7. Salah satu contoh ialah larian obor sukan Olimpik. Ianya adalah jarum Yahudi (iluminati, Zionis) supaya kita menurut mereka sebagaimana syaitan yang suka disembah di sebalik berhala.
  8. Yahudi dan Nasrani amat suka jika kita mengikut mereka sehingga ke tahap menukar agama. Kalau gagal menukar agama pun, adalah suatu kejayaan kepada mereka jika pengaruh dan lambang-lambang agama mereka meresap dan dipandang elok dalam pemikiran kita.
  9. Banyak amalan dan perbuatan kita terpengaruh dengan budaya mereka tanpa kita sedari seperti penggunaan kalendar Masehi dan cuti pada hari Ahad.
  10. Di samping itu, dalam masyarakat Melayu, terdapat juga pengaruh Hindu seperti pulut kuning, lenggang perut, bersanding, cara “sembah” kepada Raja dsb. Tetapi di segi ancaman kepada ummat Islam, pengaruh Yahudi dan Nasrani adalah lebih bahaya.
  11. Sesuatu adat atau amalan yang sudah meresap ke dalam sesuatu bangsa amat sukar untuk dipisahkan; ianya akan sentiasa dianggap elok dan sesuai tidak kira sama ada ianya sebenarnya baik atau tidak.
  12. Kita rasa bangga dengan apa yang ada pada mereka seperti makanan, pakaian dan gaya hidup. Betapa kerdilnya jiwa kita yang mengaku sebagai penganut Islam!
  13. Cara hidup dan budaya Yahudi dan Nasrani telah meliputi hampir semua bangsa dan diikuti seluruh dunia.
  14. Negara-negara Eropah mengagungkan salib sebagaimana kita mengingati simbol bulan bintang. Mereka melnganggap agama Kristian atau Yahudi sebagai punca dan lambang kejayaan, walaupun mereka sendiri tidak mengamalkannya.
  15. Bangsa yang dijajah pemikirannya akan terikut-ikut dengan budaya Eropah ini.
  16. Contoh budaya lain yang menjadi ikutan kita ialah sambutan harijadi dan potong kek. Terdapat versi Islam hasil dari budaya ini iaitu sambutan maulidur Rasul yang sebenarnya tiada asalnya dalam Islam.
  17. Sesungguhnya umat kita adalah umat yang celaru kerana terpengaruh dengan budaya yang dicetuskan oleh Yahudi dan Nasrani.
  18. Walaupun mereka sudah berasa gembira apabila kita menurut budaya mereka tetapi mereka tidak akan berpuas hati sehingga kita menukar kepada agama mereka.
  19. Untuk melawan golongan kafir Yahudi dan Nasara ini Allah ajarkan doa berikut, “Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah, Ayat 286)
  20. Tanpa pertolongan Allah, nescaya kita akan tewas. Untuk mengembalikan jati diri umat Islam adalah suatu tugas yang amat berat.
  21. Amat sukar untuk kita melepaskan diri dari penjajahan pemikiran ini.
  22. Pemikiran kita masih terjajah walaupun kita telah merdeka di segi zahirnya.

Kita telah merdeka secara fizikal tetapi fikiran kita terjajah dan terjerat dengan budaya Yahudi dan Nasrani. Berusaha dan berdoalah meminta pertolongan dari Allah supaya melepaskan kita dari belenggu yang amat bahaya ini

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 33 – “Dan Carilah Pada Apa Yang Telah Dianugerahkan Allah Kepadamu (Kebahagiaan) Negeri Akhirat, Dan Janganlah Kamu Melupakan Bahagianmu Dari (Kenikmatan) Dunia” (Surah al-Qashash, Ayat 77)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 17s] – MUTIARA AL-QURAN – Carilah Akhirat Tetapi Jangan Lupakan Bahagianmu Di Dunia

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/t2rvozEbss4 ]

“DAN CARILAH PADA APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU (KEBAHAGIAAN) NEGERI AKHIRAT, DAN JANGANLAH KAMU MELUPAKAN BAHAGIANMU DARI (KENIKMATAN) DUNIA” (SURAH AL-QASHASH, AYAT 77)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu lupa bahagianmu dari kenikmatan dunia.
  2. Apa yang Allah beri kepada kita di dunia ini adalah untuk memberi peluang kepada kita untuk mendapat kebaikan di akhirat.
  3. Jika Allah beri kepada kita harta, ini bermakna Allah ingin beri peluang kepada kita untuk mendapat kebahagiaan di akhirat melalui harta tersebut.
  4. Begitu juga, ilmu yang diberi adalah jalan kepada kita untuk mendapat kebahagiaan di akhirat.
  5. Apa saja yang dikurniakan Allah kepada kita di di dunia ini, gunakanlahnya untuk mendapat kebahagiaan di akhirat.
  6. Ingatlah bahawa dunia ini ada penghujungnya, tetapi akhirat tiada akhirnya.
  7. Orang yang bijak (ulul albab) ialah mereka menggunakan yang “tidak kekal (dunia)” untuk mendapatkan yang “kekal (akhirat)”.
  8. Apa saja pemberian atau kelebihan yang Allah beri, contohnya dijadikan kita sebagai pemerintah atau dikurniakan anak, kita gunakanlah untuk mendapat kebahagiaan di akhirat.
  9. Gunakan dan kaitkan pemberian yang kecil atau besar di dunia ini untuk mendapat ganjaran di akhirat.
  10. Jika dikurniakan anak, usahakan supaya anak menjadi sebab untuk kita dapat masuk syurga seperti mengajarkan atau memberi ilmu yang bermanfaat, berdoa untuk kita dan sentiasa melakukan amalan baik.
  11. Allah ingatkan supaya kita mencari kebahagiaan di akhirat dari setiap perkara yang dianugerahkan kepada kita di dunia ini.
  12. Tetapi Allah ingatkan juga, di samping menggalakkan kita menggunakan pemberian di dunia untuk kebahagiaan akhirat, kita jangan lupa untuk mengecapi nikmat dari pemberian tersebut di dunia ini.
  13. Setiap pemberian dari Allah yang kita nikmati ini hendaklah sentiasa dikaitkan dengan akhirat. Contohnya, bila kita makan makanan yang sedap niatkan supaya dari makanan itu kita boleh melakukan kerja-kerja agama. Atau dengan harta dan kesenangan yang kita dapat, kita berazam supaya dapat mengelakkan diri dari terpedaya dengan dunia yang menggoda.
  14. Kita akan dapat pahala untuk semua perkara jika kita berniat baik, insyaAllah.
  15. Nabi melarang Sahabat Baginda yang tidak mahu bernikah dan tidur malam kerana ingin beribadat semata-mata.
  16. Baginda s.a.w adalah yang paling takut kepada Allah, namun Baginda pun makan, tidur dan berkahwin.
  17. Oleh itu jangan lupa bahagian kita di dunia selagi ianya halal dan dibenarkan Allah, walaupun ianya nampak mewah dan lazat.
  18. Hidup beragama tidak bermakna hidup hanya untuk akhirat semata-mata dan kita abaikan dunia. Kita juga hendaklah merasai nikmat dunia dan inilah ajaran Islam yang sebenar.

Imbangkanlah hidup kita, kecapi lah nikmat yang Allah kurniakan di dunia ini dan gunakan pemberian-pemberian tersebut untuk mendapat kebahagiaan di akhirat.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 32 – “Allah Sekali-kali Tidak Akan Menyalahi Janji-Nya” (Surah al-Hajj, Ayat 47)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 18s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Sekali-kali Tidak Akan Menyalahi Janji-Nya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/lk8WhQiFSNg ]

“ALLAH SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENYALAHI JANJI-NYA” (SURAH AL-HAJJ, AYAT 47)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Allah, jika berjanji, tidak akan memungkiri janji-Nya. Janji Allah adalah benar.
  2. Kita akan rasa tenang hati bila Allah sendiri yang menjanjikan sesuatu, lainlah jika janji dari manusia kerana ianya mungkin boleh ditunaikan dan mungkin tidak dapat ditunaikan. Kita hendaklah percaya dan yakin dengan semua janji dari Allah kerana pasti ianya akan ditunaikan sepenuhnya.
  3. Janji Allah (di dalam al-Quran) tidak mungkin dimansuhkan. Bila Allah berjanji, kita hendaklah pegang dengan teguh, kerana ayat al-Quran menyebut, “…Allah tidak memungkiri janji”.
  4. Jika Allah berjanji, contohnya dengan melakukan sesuatu amalan kamu akan dapat syurga, maka yakinlah dengan janji Allah itu.
  5. Kita manusia bila berjanji, mungkin dapat menunaikannya dan mungkin tidak dapat menunaikannya kerana kita lemah.
  6. Tercatat dalam al-Quran bahawa Allah berjanji orang Islam akan menang, apa yang terjadi ialah tentera Islam memang benar-benar menang.
  7. Allah memberitahu Nabi (di dalam al-Quran) bahawa Baginda akan masuk ke Mekah dengan aman dan ianya menjadi kenyatan kemudiannya. Walaupun ayat al-Quran ada menyebut “insyaAllah”, jika ianya dari Allah, ianya pasti akan berlaku.
  8. Apa yang berlaku di zaman Nabi dan di zaman kita selepas disebut oleh Nabi akan berlaku, membuktikan bahawa apa yang dijanjikan Allah adalah benar. Contohnya, hadith Nabi (yang juga merupakan wahyu dari Allah) yang menyebut manusia akan berlumba-lumba mendirikan bangunan pencakar langit dan fenomena riba yang akan terkena semua orang sama ada secara langsung atau tidak, memang jelas berlaku di zaman ini. Juga, tentang orang Islam akan menguasai Konstantinapol. Memang apa yang disebut dalam al-Quran dan wahyu Nabi, telah dan akan berlaku semuanya.
  9. Perhatikan ayat al-Quran yang bermkasud, “Bila unta tidak digunakan (sebagai kenderaan)…”, ianya benar-benar berlaku pada hari ini bila unta hanya dimanfaatkan dagingnya sahaja dan tidak lagi digunakan sebagai kenderaan.
  10. Ada perkara yang diketahui dengan jelas hanya selepas zaman Nabi contohnya semua perkara ada pasangannya.
  11. Ada juga perkara yang sampai hari ini belum berlaku, tetapi disebut Allah akan berlaku suatu hari nanti seperti “Matahari berhenti….”. Kita wajib percaya perkara tersebut akan berlaku.
  12. Cerita-cerita dari Allah tentang akan berlakunya sesuatu perkara merupakan janji dari Allah.
  13. Walaupun sama ada seseorang akan mati dalam Islam atau sebagai orang kafir adalah di atas ketentuan Allah semuanya, tetapi Allah sudah berjanji jika seseorang hamba melakukan amalan-amalan yang ditetapkan akan diberi syurga (iaitu mati dalam Islam).
  14. Kita hendaklah tenang hati dan yakin dengan janji Allah. Cuma Allah ingin kita sentiasa berwaspada dan elakkan dari rasa yakin dan percaya bahawa kita pasti selamat.
  15. Bila kita sudah amalkan segala perintah Allah, kita hendaklah jangan bimbang dengan janji Allah. Jangan gelisah terutamanya bila tiba saat kematian.
  16. Yakinlah sekiranya jalan yang kita ikuti adalah jalan yang benar sebagaimana petunjuk dari Allah dan Rasulullah, InsyaAllah, Allah akan jaga kita.
  17. Bagi (mereka) yang bertaqwa, dan membenarkan al-Husna (Islam), Kami akan mudahkannya kepada jalan yang senang (syurga)”.
  18. Sekiranya kita pilih jalan yang benar, Allah akan permudahkan kita jalan ke syurga.

Pelajari dan amalkan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan larangan-Nya, bulatkan tekad kita, Allah akan tunaikan janji-Nya untuk memberi balasan syurga.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 31 – “Dan Bergaullah Kamu Dengan Mereka (Isteri-isteri Kamu Itu) Dengan Cara Yang Baik” (Surah an-Nisaa’, Ayat 19)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 58s] – MUTIARA AL-QURAN – Bergaullah Dengan Isteri Mu Dengan Cara Yang Baik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/OlT5X6rlpW8 ]

“DAN BERGAULLAH KAMU DENGAN MEREKA (ISTERI-ISTERI KAMU ITU) DENGAN CARA YANG BAIK” (SURAH AN-NISAA’, AYAT 19)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Dan bergaullah kamu dengan mereka, yakni, isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik.
  2. Ini adalah pesanan dari Allah taala untuk kebahagiaan kehidupan berumahtangga.
  3. Walaupun ayat ini ditujukan kepada lelaki, sebenarnya arahan yang sama juga ditujukan kepada wanita.
  4. Bergaul dengan baik akan menatijahkan hasil yang baik. Kalau tidak ianya mungkin menyebabkan perceraian, dendam-berdendam, tiada kasih sayang dan kemesraan.
  5. Pasangan hidup kita, isteri atau suami, sentiasa bersama dengan kita. Semua rahsia dan perangai kita yang sebenar akan terzahir dalam pergaulan suami isteri ini. Oleh itu, adalah perlu kepada peringatan yang khusus seperti ini, iaitu, “Bergaullah kamu dengan mereka dengan cara yang baik”.
  6. Bila hidup bersama adalah agak sukar untuk mengawal kelakuan dan perangai sebenar kita.
  7. Nabi bersabda ,”Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan isterinya (atau anak-pinaknya), dan akulah di antara kamu yang terbaik”.
  8. Kita perlu mencontohi Nabi s.a.w dalam pergaulan dengan isteri dan anak-pinak.
  9. Seseorang yang boleh bergaul dengan baik dengan anak isterinya, dia sememangnya orang baik.
  10. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan bersama dan agak sukar untuk mengawal perkara-perkara kecil yang mungkin menyakitkan hati pasangan kita.
  11. Oleh itu perlu ada sikap tolak ansur dan berlebih-kurang dalam pergaulan suami isteri dan ianya adalah termasuk dalam tuntutan “bergaul dengan cara yang baik”.

Untuk keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan masyarakat, ikutlah pesanan dari Allah ini; bergaullah dengan baik dengan isteri atau suami dan anak-anak. Sesiapa yang dapat menjaga akhlak ini sememangnya dia seorang yang baik!

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 30 – “Dan Sesiapa Yang Bertawakkal (Berserah Diri Bulat-bulat) Kepada Allah Nescaya Allah Akan Mencukupkan (Keperluan) Nya” – (Surah at-Thalaq, Ayat 3)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 42s] – MUTIARA AL-QURAN – Sesiapa Yang Bertawakkal Kepada Allah Nescaya Allah Akan Mencukupkannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/QeENjI3xmsA ]

“DAN SESIAPA YANG BERTAWAKKAL (BERSERAH DIRI BULAT-BULAT) KEPADA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN (KEPERLUAN) NYA” (SURAH AT-THALAQ, AYAT 3)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya.
  2. Jika kita bertawakkal, nescaya Allah taala akan mencukupkan keperluan kita. Contohnya, bagaimana kita mampu menghadapi godaan syaitan tanpa berserah kepada Allah?
  3. Bertawakkal bukan bermaksud tiada usaha, tetapi perlu berusaha terlebih dahulu, kemudiannya barulah berserah kepada Allah.
  4. Nabi menyuruh Sahabatnya mengikat dahulu unta (supaya jangan terlepas) kemudian barulah bertawakkal kepada Allah.
  5. Hendaklah berusaha dengan sebab-sebab zahir sebelum menyerahkan sesuatu urusan kepada Allah, contohnya bermesyuarat dahulu untuk membuat keputusan terbaik, kemudiannya bertawakkal kepada Allah.
  6. Dengan mengikut panduan yang ditunjukkan oleh Nabi, barulah Allah taala jaga kita.
  7. Contoh lain, untuk mengelakkan kecurian, kita kunci rumah kita sebelum kita bertawakkal (serahkan kepada Allah).
  8. Dalam keadaan di luar kawalan kita dan kita tidak mampu untuk berusaha, maka berdoalah, “Aku serahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat terhadap hamba-Nya”. Mudah-mudahan Allah selamatkan kita.
  9. Dengan berikhtiar terlebih dahulu, kemudian serahkan kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan, bela dan lindungi kita.

Allah akan membela, melindungi dan mencukupkan kita bila kita berusaha dan kemudiannya menyerahkannya (bertawakkal) kepada Allah. Dalam keadaan kita tidak mampu (berusaha) berdoalah agar Allah menjaga kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup