[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 16m 7s] – MUTIARA AL-QURAN – Tidak Sama Anak Lelaki Dengan Anak Perempuan
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/SPFU4P9G8u4 ]
MEMANGLAH TIDAK SAMA ANAK LELAKI DENGAN ANAK PEREMPUAN (SURAH AALI ‘IMRAAN, AYAT 36)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- “Memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan”.
- Allah sendiri yang beritahu bahawa anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Kita hendaklah terima hakikat ini, dan jangan sesekali menganggap lelaki dan perempuan adalah sama.
- Adalah keliru sesetengah orang di zaman ini yang berjuang untuk menyamakan lelaki dan perempuan di semua segi.
- Apakah maksud mereka yang mengatakan lelaki dan perempuan adalah sama? Adalah salah perempuan berpakaian dan berperangai seperti lelaki dan sebaliknya. Begitu juga di segi pekerjaan dan lain-lain. Hakikatnya lelaki dan perempuan tidak sama.
- “Sama” dan “adil” adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun lelaki dan perempuan tidak “sama” tetapi Islam mewajibkan berlaku “adil” kepada kedua-duanya.
- Menganggap dan memperlakukan lelaki sama dengan perempuan akan merosakkan masyarakat.
- Dengan menggunakan kaedah “lelaki tidak sama dengan perempuan” ini, jangan kita cuba samakan antara lelaki dan perempuan. Kalau kita samakan lelaki dan perempuan, akan binasa masyarakat dan alam ini.
- Jangan kita paksa anak perempuan kita melakukan aktiviti atau pekerjaan yang hanya sesuai untuk lelaki. Jangan kita samakan di segi sikap dan perangai mereka; contohnya, lelaki sepatutnya berani, tetapi orang perempuan tidak menjadi kesalahan kalau dia bersikap “penakut”. Kita akan menganiayai mereka jika kita hendak mereka menjadi sama.
- Mereka yang inginkan perempuan sama dengan lelaki adalah kerana kononnya inginkan keadilan. Persoalannya, setakat mana perempuan dan lelaki perlu sama? Tidak ada masalah untuk orang perempuan dan lelaki sama-sama mendapat pendidikan tinggi, tetapi orang perempuan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja terlalu lasak.
- Ada kisah di mana seorang atlit lelaki berkahwin dengan atlit wanita; Perkahwinan ini bertahan tidak sampai dua bulan kerana pasangan ini tidak merasa ada yang istimewa pada pasangannya yang sama-sama lasak, melakukan rutin yang sama dan mempunyai perangai yang sama.
- Apakah tujuan lelaki memakai pakaian atau berperangai seperti perempuan? Bolehkah lelaki yang menyerupai perempuan (pondan) dapat beri seperti yang diberi oleh perempuan, contohnya melahirkan anak?
- Apakah tujuan amalan seperti pernikahan sesama jenis yang dilakukan di negara-negara yang dikatakan maju?
- Kecelaruan ini adalah hasil dari tidak mengikut petunjuk dari Allah yang menyatakan “tidak serupa lelaki dengan perempuan”.
- Banyak perkara perlu diubahsuai dan direka gara-gara lari petunjuk Allah ini.
- Tidak sama antara lelaki dan perempuan itu adalah baik, oleh itu, jika kita hendak samakan lelaki dengan perempuan ianya tidak baik dan merosakkan.
- Natijahnya sama jika lelaki ingin menjadi perempuan atau perempuan ingin jadi lelaki.
- Ada perempuan yang protes tidak ingin kahwin dengan lelaki, terlibat dalam hubungan sejenis. Apakah faedah yang diperolehinya? Tercapaikah maksud sebenar perhubungan lelaki dan perempuan seperti mendapat anak?
- Tiada langsung faedah yang diperolehi bagi lelaki yang menyerupai perempuan atau sebaliknya malah ia akan mengakibatkan kecelaruan jiwa kepada mereka.
- Naluri perempuan ialah tidak suka lelaki yang serupa dengannya tetapi inginkan lelaki sejati. Banyak perkara yang dia tidak boleh lakukan, dia berharap ada orang lain yang lakukan untuknya.
- Begitu juga seorang lelaki, dia perlukan seorang perempuan yang lembut yang boleh menenangkannya semasa krisis. Juga seorang yang mampu melakukan kerja-kerja rutin rumahtangga di mana amat rumit untuk lelaki melakukannya.
- Orang perempuan tidak suka lelaki yang sama penakut sepertinya, tetapi dia perlukan lelaki yang dapat melindunginya.
- Itulah sebabnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyeruoai lelaki.
- Kalau dibiarkan orang yang menyerupai lawan jenisnya, contohnya memakai sutera dan cincin emas bagi lelaki, lama kelamaan dia akan bertabiat seperti lawan jenisnya itu. Orang lelaki akan berperangai seperti perempuan dan sebaliknya. Contohnya, orang lelaki tidak sesuai bersolek kerana akan menjurus ke arah sifat keperempuanan (seperti pondan).
- Orang perempuan tidak suka lelaki bersuara lembut dan orang lelaki tidak suka perempuan bersuara kasar.
- Apa yang Allah jadikan tiada cacatnya, tetapi adalah sempurna dengan keadaan masing-masing. Jika masing-masing menjalankan tanggungjawab hakiki masing-masing akan sempurnalah kehidupan ini. Akan bahagia hidup ini sebagaimana yang kita idamkan.
- Selain dari identiti yang berbeza di antara lelaki dan perempuan, kemampuan di antara kedua-dua jantina ini juga berbeza, walaupun untuk tanggungjawab atau tugas yang sama. Contohnya, tukang masak atau pereka fesyen terkenal kebanyakannya adalah lelaki.
- Ibu bapa biasanya tidak begitu rungsing tentang pergerakan dan aktiviti anak lelaki tetapi sebaliknya anak perempuan akan dikawal dengan rapi.
- Persamaan “gender” seperti yang diperjuangkan oleh masyarakat barat akan menyebabkan kerosakan kepada tamaddun manusia. Akibatnya, contohnya, tiada lagi rasa belas kasihan kepada kaum wanita yang lemah.
- Hakikatnya, lelaki dan perempuan tidak sama walaupun mereka mencuba untuk menjadi sama, contohnya di bidang sukan gusti, kegagahan wanita tidak akan sama dengan lelaki walau sekuat mana pun dicuba.
- Usaha untuk menyamakan di antara lelaki dan perempuan adalah kerja sia-sia.
- Yang disarankan oleh Islam ialah berlaku “adil”. Konsep “keadilan” dalam Islam boleh dilihat dalam pembahagian harta pusaka, di mana lelaki mendapat lebih dari perempuan sesuai dengan tanggungjawab lelaki menyara keluarga dan sebagainya.
- Contoh lain, dalam bab diyat (denda yang wajib dibayar kerana jenayahnya menggantikan qisas), yang bertanggujawab membayar ganti rugi ialah orang lelaki bukan perempuan.
- Membahagikan harta pusaka sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan itu yang tidak adil sebenarnya.
- Islam memang adil. Dalam pembahagian harta pusaka tidak akan sama kerana kejadian semula jadi manusia tidak sama.
- Jika kaedah ini ditinggalkan, masyarakat akan rosak. Apa akan jadi jika kita biarkan anak perempuan kita seperti anak lelaki bebas keluar rumah tanpa pengawasan dan kawalan?
- Tidak sama di antara lelaki dan perempuan itu adalah perkara baik sebenarnya.
- Allah berfirman, “Lelaki lebih satu darjat dari perempuan”. Ini sekurang-kurangnya di segi kepimpinan seperti pemimpin dalam keluarga. Di peringkat negara, adalah agak sukar diterima pemimpin tertinggi adalah dari kalangan wanita. Adalah sukar untuk diterima, walaupun oleh orang bukan Islam, wanita menduduki tempat yang sulit dan besar, contohnya menjadi Yang Dipertuan Agung.
- Jangan cuba untuk menyamakan lelaki dan perempuan kerana akan menganiayai semua pihak.
Perjuangan masyarakat barat untuk menyamakan di antara lelaki dan perempuan adalah kerja sia-sia dan akan merosakkan tamaddun manusia. Yang perlu diperjuangkan adalah “keadilan” di mana kedua-dua pihak dilayan sebagaimana sepatutnya berdasarkan tanggungjawab dan kemampuan masing-masing. Kembali kepada al-Quran dan sunnah adalah yang terbaik.
Muat Turun Atau Baca Online