[HADITH PALSU] – Hadith kelebihan bahasa Arab kerana Nabi berbangsa Arab dan bahasa ahli syurga juga bahasa Arab, Nabi memerintahkan supaya menyayangi bangsa Arab tanpa sebarang “qaid” (sebab/kaitan), tiada yang sahih.

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 26s] – [HADIS PALSU] – Rasulullah bersabda,”Aku Arab, Qur’an Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9vuv1nWMunU;  ]

[HADIS PALSU] – HADITH KELEBIHAN BAHASA ARAB KERANA NABI BERBANGSA ARAB DAN BAHASA AHLI SYURGA BAHASA ARAB, NABI MEMERINTAHKAN SUPAYA MENYAYANGI BANGSA ARAB TANPA SEBARANG “QAID” (SEBAB/KAITAN), TIADA YANG SAHIH.

1. [ 00:01:02 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda, “Aku (berbangsa) Arab, Qur’an (berbahasa) Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”. [Di samping terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang mengumpulkan hadith palsu, hadith ini juga terdapat di dalam kitab-kitab hadith. Oleh itu kita perlu berhati-hati.]

00:02:02 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani. ii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih.

2. [ 00:03:01 ] – HADITH PALSU KEDUA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda: “Jagalah aku pada bangsa Arab kerana tiga perkara,

(i) Kerana aku (berbangsa) Arab,

(ii) Al-Quran (berbahasa) Arab, dan

(iii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”.

00:03:39 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Seorang perawi hadith ini, Muhammad bin al-Fadhl adalah seorang pendusta besar, menyebabkan hadith ini dianggap maudhu’.

ii. Tidak ada hadith sahih tentang apakah bahasa yang digunakan di syurga nanti. Ada yang berpendapat di syurga nanti semua bahasa digunakan sebagaimana adanya berbagai bahasa di atas dunia ini.

3. [ 00:05:32 ] – HADITH PALSU KETIGA

Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara,

i) kerana aku berbangsa Arab,

ii) al-Quran berbahasa Arab dan,

ii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab.

00:05:56 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Az-Zahabi mengatakan bahawa dia yakin hadith ini maudhu’. Tokoh hadith lain yang mengatakan ianya maudhu’ ialah Abu Hatim, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani.

ii. Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian di beberapa peringkat, menunjukkan ianya bermasalah.

00:07:35 ] – TINJAUAN DARI SUDUT DIRAYAT TENTANG KEPALSUAN HADITH-HADITH KELEBIHAN BANGSA ATAU BAHASA ARAB

i. Berbangga kerana keturunan dan bangsa tidak sesuai dengan ajaran Islam.

ii. Surah Hujurat, Ayat 13, menyatakan, “…Sesungguhnya orang yang lebih mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya…”

iii. Hadith sahih bermaksud, “Wahai manusia! Ketahuilah, tiada kelebihan orang Arab daripada orang ‘ajam (bukan Arab) dan tiada kelebihan orang ‘ajam daripada orang Arab, tiada juga kelebihan orang berkulit merah daripada orang yang berkulit hitam, dan tiada juga kelebihan orang yang berkulit hitam dari orang yang berkulit merah, melainkan dengan taqwa”.

iv. Hadith sahih, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menghilangkan daripada kamu kesombongan jahiliah dan kebanggaan dengan nenek moyang. Manusia sama ada mukmin yang bertaqwa atau seorang jahat yang celaka. Manusia (semuanya) anak Adam, dan Adam pula dari tanah. Sama ada orang-orang yang berbangga dengan keturunannya berhenti berbangga-bangga dengannya atau (kalau tidak) mereka akan menjadi lebih hina lagi di sisi Allah daripada kumbang yang menolak (menggolek) kotoran dengan hidungnya”.

iv. Tidak dinafikan bahawa bangsa Arab ada kelebihannya kerana Nabi adalah dari bangsa Arab dan bahasa al-Quran adalah bahasa Arab. Apa yang ingin ditekankan ialah Nabi s.a.w. tidak pernah bersabda tentang kelebihan bangsa Arab atau Bahasa Arab.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 85-Kelebihan bahasaArab sebab Na…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[HADITH PALSU] – Hadith semua wahyu diturunkan Allah dalam bahasa Arab kepada sekelian nabi, kemudian Jibril menterjemahkannya ke bahasa lain, tiada satupun yang sahih.

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 14s] – [HADIS PALSU] – Allah bila marah, turunkan wahyu dgn bahasa Arab, bila redha turunkan dgn bahasa Farsi

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6pBiRGJh5RE;  ]

[HADITH PALSU] – HADITH SEMUA WAHYU DITURUNKAN ALLAH DALAM BAHASA ARAB KEPADA SEKELIAN NABI, KEMUDIAN JIBRIL MENTERJEMAHKANNYA KE BAHASA LAIN, TIADA SATUPUN YANG SAHIH.

1. [ 00:01:08 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Demi tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya, tidak pernah sama sekali Allah menurunkan wahyu kepada seorang nabi pun secara langsung daripada-Nya melainkan dalam bahasa Arab. Kemudian nabi itu sendirilah yang menyampaikan wahyu tersebut kepada kaumnya dalam bahasa mereka.”

00:02:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi yang bermasalah di dalam hadith ini ialah Sulaiman bin Arqam dan al-Abbas bin al-Fadhl.

ii. Sulaiman bin Arqam dikatakan meriwayatkan hadith-hadith maudhu’.

2. [ 00:03:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Diberi wahyu kepada Jibril a.s. dalam bahasa Arab, dia pula membawanya turun kepada setiap orang nabi dalam bahasa kaumnya”

00:04:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith palsu ini bercanggah dengan al-Quran (Surah Ibrahim, Ayat 4) yang menyatakan Allah mengutuskan seorang rasul dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.

ii. Hadith palsu ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang menyatakan Allah tidak mengutuskan seorang nabi melainkan dengan bahasa kaumnya.

3. [ 00:06:16 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Allah apabila marah, menurunkan wahyu dengan bahasa Arab, apabila redha pula Dia menurunkan wahyu dengan bahasa Farsi”

00:06:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini dikatakan palsu oleh Ibnu al-Jauzi.

ii. Salah seorang perawinya, Umar bin Musa adalah seorang pendusta dan pereka hadith.

iii. Semua ayat al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran, ayat 2, Surah Yusuf yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Qur’an (yang dibaca) dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 84 – Hadith Wahyu Dalam Bahasa A…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

[Hadith Palsu] Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Ajaran al-Quran Yang Terang Dan Muhkam, Contohnya, “Tarikh Tepat Kiamat” & “Adam a.s. Tawassul Dengan Nabi Muhammad” & “Nabi Isra’ Dari Rumah Ummu Hani’ “

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 52s] – [HADIS PALSU]Tarikh Tepat Kiamat & Adam a.sTawassul Dgn Nabi Muhd & Nabi Isra’ Dari Rumah Ummu Hani’

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-Q0rw8NrJ18 ]

[Hadith Palsu] Riwayat-Riwayat Yang Bercanggah Dengan Ajaran al-Quran Yang Terang Dan Muhkam, Contohnya, “Tarikh Tepat Kiamat” & “Adam a.s. Tawassul Dengan Nabi Muhammad” & “Nabi Isra’ Dari Rumah Ummu Hani’ “

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU


1. [ 00:00:23 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Umur dunia adalah selama tujuh hari-hari akhirat. Allah telah berfirman, “Sesungguhnya satu hari (dari hari-hari azab akhirat itu) di sisi tuhan mu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung”.

[ 00:02:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini direka oleh al-Ala’ Bin Zaidal.

ii. al-Quran ayat 187, Surah al-A’raaf dengan jelas menyatakan hanya Allah sahaja yang tahu bila akan berlakunya hari kiamat.

2. [ 00:05:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

Nabi s.a.w. dikatakan diisra’kan ke Masjidil Aqsa dari rumah Ummu Hani’

[ 00:07:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Al-Quran Surah al-Israa’, Ayat 1, yang bermaksud, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa” dengan jelas menyatakan Nabi diisraa’kan dari Masjidil Haram di Mekah.

ii. Orang yang berkeras ingin menerima hadith ini mentakwilkan bahawa rumah Ummu Hani’ berada di dalam Masjidil Haram dan ada juga yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “Masjdil Haram” ialah tanah haram iaitu seluruh kawasan Mekah.

3. [ 00:08:58 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Bila Adam telah melakukan kesalahan, dia berkata, “Oh Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan bertawassulkan kedudukan Muhammad, maka Engkau mengampunkan daku”. Maka Allah bertanya, “Wahai Adam, bagaimana engkau tahu Muhammad padahal Aku belum menjadikannya?”. Jawab Adam, “Oh Tuhanku, kerana setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ke dalam tubuhku roh-Mu, aku angkat kepalaku lalu aku melihat di kaki Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulullah’. Maka yakinlah aku bahawa Engkau tidak akan meletakkan di samping nama-Mu kecuali makhluk yang paling dicintai-Mu”. Maka berkatalah Allah, “Benar katamu wahai Adam. Sesungguhnya dialah makhluk yang paling dicintai. Berdoalah kepada-Ku dalam keadaan bertawassul kepadanya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan mu. Jika tidak kerana Muhammad nescaya tidak Aku ciptakan engkau”.

[ 00:09:29 ] – NOTA

Hadith palsu ini dijadikan dalil oleh beberapa golongan untuk mewajarkan amalan bertawassul dengan kedudukan Nabi Muhammad dalam berdoa.

[ 00:13:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Doa yang menyebabkan taubat Nabi Adam diterima Allah adalah daripada Allah sendiri (Doa tersebut dinyatakan dalam ayat. 23, Surah al-A’raaf) dan bukannya kerana tawassul dengan kedudukan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadith palsu ini

3. [ 00:08:58 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Bila Adam telah melakukan kesalahan, dia berkata, “Oh Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan bertawassulkan kedudukan Muhammad, maka Engkau mengampunkan daku”. Maka Allah bertanya, “Wahai Adam, bagaimana engkau tahu Muhammad padahal Aku belum menjadikannya?”. Jawab Adam, “Oh Tuhanku, kerana setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan Engkau tiupkan ke dalam tubuhku roh-Mu, aku angkat kepalaku lalu aku melihat di kaki Arasy tertulis, ‘Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Rasulullah’. Maka yakinlah aku bahawa Engkau tidak akan meletakkan di samping nama-Mu kecuali makhluk yang paling dicintai-Mu”. Maka berkatalah Allah, “Benar katamu wahai Adam. Sesungguhnya dialah makhluk yang paling dicintai. Berdoalah kepada-Ku dalam keadaan bertawassul kepadanya. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan mu. Jika tidak kerana Muhammad nescaya tidak Aku ciptakan engkau”.

[ 00:09:29 ] – NOTA

Hadith palsu ini dijadikan dalil oleh beberapa golongan untuk mewajarkan amalan bertawassul dengan kedudukan Nabi Muhammad dalam berdoa.

[ 00:13:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Doa yang menyebabkan taubat Nabi Adam diterima Allah adalah daripada Allah sendiri (Doa tersebut dinyatakan dalam ayat. 23, Surah al-A’raaf) dan bukannya kerana tawassul dengan kedudukan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadith palsu ini

ii. Al-Hakim dalam Mustadraknya telah melakukan kesilapan dengan menyatakan hadith ini sebagai sahih dan ini telah membuka peluang kepada golongan yang mempromosikan amalan tawassul kepada Nabi s.a.w. (Nota: Kitab Mustadrak hendaklah dibaca bersama kitab Talkhis al-Mustadrak yang menilai hadith-hadith dalam kitab ini)

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/taWZDKGuwQw


[Hadith Palsu] Beberapa Hadith Palsu Tentang Fadilat Membaca Surah-Surah Tertentu Di Dalam al-Quran, Antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Yaasin Jantung Quran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 47s] – [HADIS PALSU] Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zlrNPzSo7Tg ]

[Hadith Palsu] Beberapa Hadith Palsu Tentang Fadilat Membaca Surah-Surah Tertentu Di Dalam al-Quran, Antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Yaasin Jantung Quran

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

A. KELEBIHAN SURAH WAQIAH – MENJAMIN TIDAK JADI PAPA

[ 00:01:57 ] – HADITH PALSU – “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

[ 00:03:04 ] – KOMENTAR

1. Disepakati oleh ramai ahli hadith bahawa hadith ini bertaraf sama ada maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan.

2. Hadith dhaif jiddan,

a) tidak boleh dianggap sebagai hadith dari Nabi s.a.w.,

b) tidak boleh mengharapkan ganjaran dan faedah darinya jika diamalkan, dan

c) hadith ini tidak boleh diamalkan.

3. Sesuatu hadith yang palsu tetapi tidak diketahui kepalsuannya, jika diamalkan dan didapati tidak membuahkan hasil seperti yang didakwa, dikhuatiri orang yang mengamalkannya akan mempertikaikan hadith Nabi s.a.w.

4. Berusahalah untuk mencelikkan masyarakat tentang kewujudan hadith-hadith palsu ini.

B. YAASIN QALBU AL-QURAN

[ 00:05:31 ] – HADITH PALSU

“Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”

[ 00:06:00] – KOMENTAR

1. Hadith ini direka oleh Muqati’ Bin Sulaiman, seorang pendusta besar.

2. Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan Surah Yaasin.

C. GANJARAN MEMBACA SURAH AL-QADR SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM QADAR

[ 00:06:58 ] – HADITH PALSU

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

[ 00:07:42 ] – KOMENTAR

1. Hadith ini tidak mungkin sahih kerana ganjaran yang dijanjikan ketika mengerjakan amalan sunat sama atau lebih besar dari ganjaran bila melakukan amalan fardhu.

2. Jika diterima hadith-hadith palsu sebegini, orang ramai akan meninggalkan amalan sebenar yang diperintahkan Allah dan menggantikannya dengan amalan-amalan palsu yang dijanjikan ganjaran yang melangit.

———————————————————————————————————————————————

[ 00:08:40 ] – ANTARA HADITH-HADITH SAHIH BERKENAAN FADHILAT SURAT-SURAT DI DALAM AL-QURAN

———————————————————————————————————————————————

1. “Fatihatul Kitab” (Surah al-Fatihah), Tidak Diturunkan Seumpamanya Baik Di Dalam Taurat Atau Injil Atau Zabur

2. Al-Baqarah Dan Ali-Imraan Adalah Dua Surah Yang Gilang Gemilang

3. Ayatul Kursy Adalah Penghulu Ayat-Ayat al-Quran

4. Dua Ayat Di Akhir Surah al-Baqarah Memadai Untuk Keselamatan Pembacanya Pada Sesuatu Malam

5. Syaitan Tidak Akan Menghampiri Rumah Yang Dibaca Padanya Surah al-Baqarah .

6. Orang Yang Membaca Sepuluh Ayat Di Permulaan Surah al-Kahfi Akan Terpelihara Daripada Fitnah Dajjal

7. “Qulhuallahuahad” (Surah al-Ikhlas) Menyamai Sepertiga al-Quran

8. “Al-Mu’awwizatain” (Surah al-Falaq Dan an-Nas) Adalah Pelindung Terbaik Untuk Orang Yang Mahukan Perlindungan

9. “Izazulzilat” (Surah az-Zalzalah) Menyamai Separuh al-Quran

10. “Qulyaayyuhalkaafiruun” (Surah al-Kaafiruun) Menyamai Seperempat al-Quran 11. “Tabaarakallazi biyadihilmulk” (Surah al-Mulk) Ialah Penyelamat Dari Azab Kubur

VIDEO PENUH ASAL

https://youtu.be/D16rc-3mFHA

https://youtu.be/Ty-jToIa0pA

[Hadith Palsu] Hadith Yang Mengandungi Unsur “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan, Contohnya, “Hadis Kisa’ ” Yang Direka Syiah Untuk Menipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 40s] – [HADIS PALSU] Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/KDcc2mITeeY ]

[Hadith Palsu] Hadith Yang Mengandungi Unsur “Takrif Maknawi” (Penyelewengan Makna) al-Quran Mestilah Diketepikan, Contohnya, “Hadis Kisa’ ” Yang Direka Syiah Untuk Menipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”

HADITH PALSU – HADITH KISA’

[ 00:01:20 ] – “Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w menyelimuti anaknya Fatimah r.ha,, menantunya Ali dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’. Golongan Syiah yang mereka hadith ini mengatakan hadith ini adalah sebab turunnya ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Dengan mengatakan hadith Kisa’ sebagai sebab turunnya ayat tersebut, golongan Syiah telah memalingkan makna ayat al-Quran (takrif maknawi) kerana yang dimaksudkan ungkapan “Ahlul bait” dalam ayat tersebut sebenarnya ialah isteri-isteri Rasulullah dan bukannya Fatimah r.ha, Ali, Hassan dan Husain r.hum.

 

[ 00:01:40 ] – Hadith Kisa’ Yang Terdapat Dalam Sahih Muslim Berbunyi: …Pada Suatu Pagi Nabi Keluar Berselimutkan Sehelai Selimut Daripada Bulu Hitam Yang Bercorak Sekedup. Tiba-Tiba Datang Hassan, Nabi s.a.w. Memasukkannya Ke Dalam Selimut Tersebut. Kemudian Datang Pula Hussain, Dia Juga Masuk Ke Dalamnya. Kemudian Datang Fatimah. Baginda Memasukkannya Juga. Kemudian Datang Pula Ali. Beliau Juga Dimasukkan Ke Dalam Selimut Yang Sama. Kemudian Nabi s.a.w. Membaca Firman Allah [Ayat 33 Surah al-Ahzab] Yang Mafhumnya.”“Sesungguhnya Allah Bermaksud Untuk Menghilangkan Dosa Dari Diri Kamu Wahai Ahlul Bait Dan Membersihkan Kamu Sebersih-Bersihnya”.

[ 00:02:47 ] – KOMENTAR

1. Hadith Kisa’ Ini Amat Penting Bagi Golongan Syiah Kerana Jika Diterima Sebagai Sahih Ianya Membuktikan Kebenaran Pihak Syiah Yang Mendakwa Ahli Bait Hanya Saidina Ali, Fatimah, Hassan Dan Hussain rhum. Dan Tidak Termasuk Isteri-Isteri Nabi.

2. Hadith Ini Sebenarnya Palsu Kerana Perkara Tidak Masuk Akal Seperti Saidina Hassan Yang Dikatakan Masuk Ke Dalam Selimut Sebenarnya Belum Lahir Pada Masa Peristiwa Itu Berlaku.

3. Hadith Ini Berlaku Paling Lewat Pada Tahun Keenam Hijrah, Kerana Surah al-Ahzab Habis Diturunkan Paling Lewat Pada Tahun Keenam (Nota: Hadith Ini Dikatakan Sebab Turunnya Ayat 33 Surah al-Ahzab).

4. Syiah Mengatakan Hassan Lahir Pada Tahun Ketiga, Tetapi Ini Tidak Benar Kerana Ibu Dan Bapanya (Saidina Ali Dan Fatimah) Berkahwin Hanya Pada Tahun Keempat.

5. Syiah Mengatakan Hassan Adalah Anak Sulung, Tetapi Yang Sebenarnya Ummu Khulthum Adalah Anak Sulung.

6. Saidina Hassan Sebenarnya Lahir Pada Tahun Ketujuh Hijrah, Setahun Selepas Keseluruhan Surah al-Ahzab Diturunkan Dan Setahun Selepas Hadith Ini Dikatakan Berlaku.

7. Malangnya Ramai Juga Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Termakan Racun Syiah Ini.

[ 00:11:52 ] – Sebenarnya Saidina Hassan Dilahirkan Pada Tahun Ketujuh Hijrah. Orang Yang Menyambut Kelahiran Hassan Ialah Asma’ Binti Umais Isteri Kepada Jaafar Bin Abi Talib. Beliau Berhijrah Ke Madinah Hanya Pada Tahun Ketujuh Kerana Sebelum Itu Berada Di Habshah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/q6J7ab12JCQ


[Hadith Palsu] Hadith-Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” al-Quran, Contohnya Hadith, “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 37s] – [HADIS PALSU] “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/JRbRv0QHn5I ]

 [Hadith Palsu] Hadith-Hadith Yang Menggugat “Kemutawatiran” al-Quran, Contohnya Hadith, “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) – “Ayat al-Quran” Yang Diinspirasi Oleh Syaitan!

[ 00:03:08 ] – HADITH PALSU – Hadith “Gharaniq” Yang Dikatakan Menjadi Sebab Turunnya Ayat 52 Hingga 54, Surah al-Hajj

Nabi s.a.w. Telah Membaca Di Mekah Surah an-Najm. Apabila Rasulullah s.a.w. Selesai Membaca …[Ayat al-Quran, Surah an-Najm]…Syaitan Mencampakkan Ke Atas Lidah Rasulullah s.a.w…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Pada Ketika Itu Berkatalah Orang-Orang Musyrikun, “Sebelum Hari Ini Tidak Pernah Ia (Muhammad) Menyebut Tuhan-Tuhan Kita Dengan Elok”. Maka Bersujudlah Mereka Bersama-Sama Sujudnya Rasulullah s.a.w. Kemudian Jibril Datang Kepada Rasulullah Selepas Itu. Kata Jibril (Kepada Nabi s.a.w.), “Bacalah Di Hadapanku Apa Yang Telah Aku Sampaikan Kepada Mu”. Setelah Nabi s.a.w. Selesai Membaca…[Ayat Tambahan Yang Ada Dalam Hadith Gharaniq Ini]…Jibril Menegur Nabi s.a.w Dengan Katanya, “Aku Tidak Bawakan Yang Ini. Yang Ini Dari Syaitan”. Lalu Allah Menurunkan Ayat 52 Hingga 54 Surah al-Hajj. [NOTA – Ayat-Ayat al-Quran Yang Didakwa Dibisikkan Oleh Syaitan Kepada Nabi Muhammad Dikenali Sebagai “Ayat-Ayat Syaitan” (Satanic Verses) Oleh Orientalis]

KOMENTAR

1. [ 00:08:41 ] – “Ittirab” (Cerita Yang Tidak Tetap Dan Banyak Versi) Yang Terdapat Dalam Sesuatu Riwayat Adalah Antara Faktor Yang Paling Dominan Dalam Menimbulkan Keraguan Terhadap Riwayat Tersebut.

2. [ 00:09:36 ] – Bagaimana Mungkin Sesuatu Yang Bukan Dari al-Quran Disusupkan Masuk Ke Dalamnya (al-Quran) Dan Telah Berada Di Dalamnya Buat Sekian Lama Padahal Allah Telah Menjamin Untuk Memeliharanya Dari Segala Bentuk Kebatilan Dan Tokok Tambah. Perkara Ini Jelas Bercanggah Dengan al-Quran.

3. [ 00:10:45 ] – Kalau Keadaan Seperti Ini Telah Benar-Benar Berlaku Tentu Rasulullah Telah Mati Dihukum Allah Kerana Mengatakan Atas Nama Allah Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan. Ini Adalah Sebagaimana Ancaman Allah Taala Di Dalam al-Quran, Bermaksud, “al-Quran Itu Diturunkan Dari Allah, Tuhan Sekelian Alam. Kalaulah Nabi Muhammad Yang Menyampaikan al-Quran Mengatakan Atas Nama Kami Secara Dusta Sebarang Kata-Kata Rekaan Sudah Tentu Kami Akan Menyentapnya Dengan Kekuasaan Kami. Kemudian Sudah Tentu Kami Akan Memutuskan Tali Jantungnya Supaya Dia Mati Dengan Serta Merta…”

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/yu0uC3Ajk0s