Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 16 – Surah al-Baqarah (Ayat 46 – 52)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 32m 40s] -Sesi 16 – Surah al-Baqarah (Ayat 46 – 52) – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/ZPx4Hq7N11E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:50 : Surah al-Baqarah Ayat 46-52

2- 01:27 – Ayat 47 – Bermaksud: “Wahai Bani Israil, kenangilah nikmat-Ku yang telah Aku kurniakan kepadamu”

3- 00:05:58 : Nikmat yang Allah kurniakan kepada Bani Israil

4- 00:09:25 : “Kerajaan” sebagai satu nikmat bagi Bani Israil

5- 19:45 – Ayat 48 – “Dan peliharalah dirimu dan (azab sengsara) hari (akhirat), yang seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), tidak diterima syafaat daripadanya”.

6- 00:19:40 : Ancaman, peliharalah diri kamu dari azab sengsara neraka

7- 00:27:10 : Tidak ada syafaat bagi orang-orang kafir

8- 00:57:50 : Nikmat bagi Bani Israil ialah diselamatkan dari kezaliman Fira’un

9- 01:02:11 : Untuk apa Allah s.w.t. menguji Bani Israil?

10 – 01:08:42 – Ayat 50 – “Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu”

11- 01:16:41 – Ayat 50 – “Dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu)”

12- 01:08:00 : Nikmat bagi Bani Israil iaitu dapat melihat laut terbelah

13- 01:25:40 : Bani Israil (yang sesat) menyembah anak lembu

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ٤٦

46. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ٤٧

47. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ٤٨

48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.

وَإِذْ نَجَّيْنَـٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْ ۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌۭ ٤٩

49. Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَـٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٠

50. Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

وَإِذْ وَٰعَدْنَا مُوسَىٰٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۭ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ ٥١

51. Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٢

52. Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 18 – Surah al-Baqarah (ayat 57 hingga 59)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 14m 27s] -Sesi 18 – Surah al-Baqarah (Ayat 57 – 59) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/xITgcsTKUgU ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:35 : Surah al-Baqarah Ayat 57-59

2- 05:00 : Antara nikmat yang diberikan oleh Bani Israil ialah “Manna” dan “Salwa”

3- 22:10 : Bani Israil mengkufuri nikmat

4- 40:54 : Bani Israil mengkufuri nikmat itu dan bersikap biadab terhadap Allah dan Rasul-Nya Nabi Musa a.s. apabila mereka berkata, “Pohonlah kepada Tuhanmu untuk kami…”

5- 48:19 : Ayat 58 – “Dan berdoalah (dengan) berkata: “Ya Allah ampunilah kesalahan kami!”, nescaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan tambah pula (kurnia Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik”.

6- 59:10 : Nabi Musa a.s. kecewa terhadap kaumnya

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ٥٧

57. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

وَإِذْ قُلْنَا ٱدْخُلُوا۟ هَـٰذِهِ ٱلْقَرْيَةَ فَكُلُوا۟ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًۭا وَٱدْخُلُوا۟ ٱلْبَابَ سُجَّدًۭا وَقُولُوا۟ حِطَّةٌۭ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَـٰيَـٰكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ ٱلْمُحْسِنِينَ ٥٨

58. Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًۭا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ ٥٩

59. Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 53-64) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 17 – Surah al-Baqarah (ayat 53 hingga 56)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 26m 58s] -Sesi 17 – Surah al-Baqarah (Ayat 53 – 56) – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/GOanCuL7VDo ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:15 : Surah al-Baqarah Ayat 53-56

2- 00:02:40 : Kitab yang diberi kepada Nabi Musa a.s. dan tujuannya

3- 26:30 – Ayat 54 – “Dan (kenangilah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana perbuatanmu menyembah patung anak lembu itu”

4- 00:35:25 : Daripada apa patung lembu dibuat?

5- 00:48:58 : Cara bertaubat orang-orang Bani Israil (Bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu)

6- 54:45 (*Sambungan Ayat 54) – ….Tindakan itu lebih baik kepadamu di sisi Allah Pencipta kamu. Lalu Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

7- 1:00:50 – Ayat 55

8- 01:04:55 : Ahli Kitab suka mancabar nabi-nabi mereka

9- 1:11:31 – Ayat 56

10- 01:21:00 : Beberapa peristiwa orang yang mati hidup semula selepas mati

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ٥٣

53. Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَـٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ٥٤

54. Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةًۭ فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٥

55. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

ثُمَّ بَعَثْنَـٰكُم مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٦

56. Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 53-64) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 19 – Surah al-Baqarah (ayat 60 dan 61)

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi -1j 19m 32s] -Sesi 19 – Surah al-Baqarah (Ayat 60 & 61) – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:33 : Surah al-Baqarah Ayat 60-64

2- 00:07:30 : Kaum Nabi Musa a.s. menyuruh Nabinya meminta air dari Allah s.w.t.

3- 00:19:00 : Kelebihan atau mukjizat tongkat Nabi Musa a.s

4- 00:46:25 : Sikap Bani Israil terhadap Nabi Musa a.s.

5- 01:01:00 : Apa yang dimaksudkan dengan “Manaa” dan “Salwa”

6- 01:07:20 : “Pergilah ke mana-mana negeri, kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu” (Ayar 61)

7- 01:15:00 : Pada satu masa Bani Israil memandang diri mereka hina

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

۞ وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَ ۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًۭا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍۢ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ ٦٠

60. Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نَّصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍۢ وَٰحِدٍۢ فَٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ مِنۢ بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ ٱلَّذِى هُوَ أَدْنَىٰ بِٱلَّذِى هُوَ خَيْرٌ ۚ ٱهْبِطُوا۟ مِصْرًۭا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلْمَسْكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَيَقْتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ ٦١

61. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 53-64) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 15 – Surah al-Baqarah (ayat 42 hingga 46)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 21m 24s] -Sesi 15 – Surah al-Baqarah (Ayat 42 – 46) – Maulana Asrii – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran ]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/-tS6Ae7p6Fw ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 02:08 : Surah al-Baqarah Ayat 42-46

2- 19:17 : Orang-orang Yahudi terlibat dalam penyelewengan dan pemesongan Kitab Taurat

3- 33:51 : Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat serta ruku’lah bersama-sama orang-orang yang ruku’

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَـٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ٤٢

42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ ٤٣

43. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

۞ أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَـٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ٤٤

44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَـٰشِعِينَ ٤٥

45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ٤٦

46. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 14 – Surah al-Baqarah (ayat 40 hingga 42)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 15m 16s] – Sesi 14 – Surah al-Baqarah (Ayat 40 – 42) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/d5HXxb5XzFI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:15 : Surah al-Baqarah Ayat 40-42

2- 03:53 : “Israil” adalah nama gelaran bagi Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Ertinya sama dengan ‘Abdullah (hamba Allah)

3- 19:09 : Nikmat-Nikmat yang Allah berikan kepada Bani Israil

4- 39:00 : Perjanjian Bani Israil dengan Allah s.w.t.

NOTA – RALAT dari minit 45:12 – Sila terus ke minit 49:26

5- 57:45 : Antara peranan al-Quran ialah memperbetulkan kitab-kitab terdahulu

6- 01:05:08 – Ayat 41 – “Dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah”

7- 01:07:45 – Nota 93 – Maksudnya ialah janganlah kamu mengambil sesuatu daripada harta benda dunia dengan menyembunyikan ajaran-ajaran yang benar, biar bagaimana banyak sekalipun harta benda dunia itu, ia hanya sedikit di sisi Allah

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّـٰىَ فَٱرْهَبُونِ ٤٠

40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًۭا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ ٤١

41. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَـٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ٤٢

42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 13 – Surah al-Baqarah (ayat 37 hingga 40)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi –  1j 37m 21s] – Sesi 13 – Surah al-Baqarah (Ayat 37-40) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/uMFc0PVd-0w ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:35 : Surah al-Baqarah Ayat 37-40

2- 00:03:30 : Apa yang dimaksudkan dengan “Kalimatullah”?; Allah s.w.t. maha menerima taubat

3- 00:40:30 : “Turunlah kamu semua dari syurga”

4- 00:56:56 : Ayat 39 – Bermaksud: “Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula), mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”.

5- 00:57:00 : Mereka yang tidak mengikut petunjuk merekalah penghuni neraka

6- 01:07:20 : Ayat 40 – “Wahai Bani Israil, kenangilah ni’mat-Ku yang telah Aku kumiakan kepadamu, penuhilah janjimu kepadaKu, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku sahaja”

7- 01:10:36 : “Israil” adalah nama gelaran bagi Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s.

8- 01:25:26 : Ayat 40 – “Kenangilah ni’mat-Ku yang telah Aku kurniakan kepadamu”.

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَـٰتٍۢ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ٣٧

37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًۭا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًۭى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٣٨

38. Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٣٩

39. Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّـٰىَ فَٱرْهَبُونِ ٤٠

40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 12 – Surah al-Baqarah (ayat 34 hingga 36)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 53m 58s] – Sesi 12 – Surah al-Baqarah (Ayat 34-36) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/s9Gl7YN_-Gs ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:14 : Surah al-Baqarah Ayat 33 – Allah pun berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepadamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”

02- 00:03:30 : Antara Sebab Kelayakan Manusia Sebagai Khalifah di Muka Bumi

03- 00:10:29 : Surah al-Baqarah Ayat 34, Maksud Tunduk (Sujud) dan Beri Hormatlah Kamu kepada Adam a.s.

04- 00:28:35 : Iblis di Antara Yang Allah Perintahkan Supaya Sujud Kepada Adam a.s

05- 00:31:20 : Iblis bukan termasuk dalam kalangan Malaikat

06- 00:43:00 : Alasan Iblis Tidak Sujud kepada Adam a.s.

07- 00:54:00 : Surah al-Baqarah Ayat 35-36

08- 00:56:40 : Dimanakah Syurga Tempat Tinggal Adam dan Hawwa’?

09- 01:29:25 : Syaitan Menggelincirkan Adam a.s. dan Isterinya ( Hawwa’ ) dari Syurga

10- 01:16:32 – Perkataan اهبطوا (turunlah kamu) dan اهبطا (turunlah kamu berdua)

11- 01:24:37 – Semua perkataan syurga yang merupakan tempat tinggal Adam dan Hawwa’ dahulu disebut Allah dengan lafaz “Ma’rifah” (الجنة)

12- 01:39:30 : Permusuhan Antara Anak Cucu Adam a.s.

13- 01:50:56 : Allah sentiasa mengingatkan Adam dan anak cucunya supaya berhati-hati dengan syaitan-syaitan.

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٣٤

34. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

وَقُلْنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٣٥

35. Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَـٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۭ ۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّۭ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍۢ ٣٦

36. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 23-34) 

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 11 – Surah al-Baqarah (ayat 30 hingga 33)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 47m 28s] -Sesi 11 – Surah al-Baqarah (Ayat 30-33) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/-ypHvU2OzxY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


1- 00:00:10 : Surah al-Baqarah Ayat 30-33

2- 00:02:50 : Siapakah yang dimaksudkan “Khalifah di Bumi” ? [ Ayat 30 – “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”

3- 01:01:47 – “Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah) padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mentaqdiskan-Mu?”

4- 01:18:03 – Ayat 31 – “Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada (Nabi) Adam segala nama (benda-benda dan gunanya), kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: “Ceritakanlah kepada-Ku nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar”

5- 01:27:19 – Ayat 33 – Allah berfirman: “‘Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka.” Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepadamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”

6- 01:30:00 : Maksud, “Apa yang Kamu Sembunyikan”

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌۭ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۭ ۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ٣٠

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٣١

31. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

قَالُوا۟ سُبْحَـٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ ٣٢

32. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ ٣٣

33. Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 23-34) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 10 – Surah al-Baqarah (ayat 27 hingga 29)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 26m 33s] -Sesi 10 – Surah al-Baqarah (Ayat 27-29) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/ecFqKcdnu4g ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:38 : Surah al-Baqarah Ayat 26-27

02- 00:03:12 : Maksud perjanjian Allah dengan hamba-Nya

03- 00:10:09 : Mereka yang merombak atau melanggar perjanjian dengan Allah s.w.t.

04- 00:15:43 : Siapakah Golongan Yang Fasik?

05- 00:17:55 : Siapakah yang Allah s.w.t. suruh sambungkan silaturrahim?

06- 00:21:38 : Golongan yang Allah s.w.t. perintahkan supaya memutuskan siraturrahim

07- 00:36:35 : Surah al-Baqarah ayat 28 – Bagaimana kamu tergamak kufur terhadap Allah, padahal kamu dahulunya mati (belum lahir).

08- 00:38:40 : Sejarah kejadian manusia

09- 00:44:35 : Untuk apakah manusia dikembalikan kepada Allah?

10- 00:56:47 : Surah Al-Baqarah ayat 29-30

11- 01:00:07 : Semua kejadian yang Allah s.w.t. ciptakan hanya untuk manusia

12- 01:17:40 : Allah s.w.t. menciptakan langit

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثَـٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ ٢٧

27. (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِٱللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَٰتًۭا فَأَحْيَـٰكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ٢٨

28. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَـٰوَٰتٍۢ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ٢٩

29. Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 23-34)