Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 9 -Surah al-Baqarah (ayat 23 hingga 26)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 30m 37s] – Sesi 9 – Surah al-Baqarah (Ayat 23-26) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RUVIIqYphg8 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


1- 00:00:40 : Surah al-Baqarah ayat 23-27

2- 05:41 Ayat 23 – “Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Qur’an yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami”

3- 00:05:40 : “Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Quran yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami”

4- 19:09 Ayat 23 – “Maka bawalah satu surah yang sebanding”

5- 00:23:00 : Antara hikmah Al-Quran, mukjizat Al-Quran

6- 25:12 Ayat 23 – “Dan panggillah saksi-saksi kamu selain dari Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar”

7- 00:30:00 : Antara ayat “Tahaddi” ( iaitu ayat Allah s.w.t. mencabar manusia )

8- 40:25 Ayat 24 – “Jika kamu tidak dapat membuat(nya) – dan tentu kamu tidak akan dapat membuat(nya) – maka peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu;”

9- 00:43:50 : Apakah bahan bakar api neraka?

10- 00:55:20 : Berita gembira bagi orang mukmin iaitu gambaran syurga – (Ayat 25 – “Bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya”) – 01:02:47 Ayat 25 – Mereka diberi buah-buahan yang serupa (pada zahirnya dengan buah-buahan di dunia)

11- 01:15:25 : Allah s.w.t. buat perbandingan-perbandingan dengan apa sahaja supaya manusia berfikir (Ayat 26 – Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perbandingan dengan apa sahaia, dengan nyamuk atau dengan (serangga dan lain-lain) yang lebih kecil darinya. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa perbandingan itu adalah benar dari Tuhan mereka)

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٢٣

23. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَـٰفِرِينَ ٢٤

24. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍۢ رِّزْقًۭا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٥

25. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

۞ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًۭا مَّا بَعُوضَةًۭ فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًۭا ۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًۭا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًۭا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَـٰسِقِينَ ٢٦

26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 23-34) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 8 – Surah al-Baqarah (ayat 17 hingga 22)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 33m 23s] -Sesi 8 – Surah al-Baqarah (Ayat 17-22) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/ikOpiQnWkUg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:49 : Surah al-Baqarah ayat 17-22

02- 00:07:30 : Perumpamaan keadaan golongan Munafiq yang tidak peduli peringatan Allah s.w.t.

03- 00:18:21 : Punca golongan Munafik menjadi pekak dan tidak dapat mendengar kebenaran, bisu dan tidak dapat berkata benar dan buta tidak nampak kebenaran

04- 00:28:00 : Maksud langit yang ada kaitan dengan hujan

05- 37:04 – Sya`ir Arab

كالبحر يمطره السحاب وماله فضل عليه، لأنه من مائه 06- 00:39:20 :-

Maksud, “Allah meliputi orang-orang Kafir ”

07- 00:47:40 : Contoh “kebingungan” orang-orang Munafik

08- 00:55:57 : Surah al-Baqarah ayat 21, tentang golongan Musyrik

09- 00:58:58 : Apa hikmah kubur Nabi s.a.w berada di dalam masjid ?

10- 01:01:45 : Wahai sekalian manusia sembahlah tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu, supaya kamu bertaqwa

11- 01:09:29 : Antara sifat-sifat golongan Musyrikin

12- 01:10:20 : Antara ayat-ayat yang membuktikan adanya Hari Kebangkitan

13- 01:14:33 Ayat 22 – padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)

14- 01:20:03 – Bukti pertama ialah kejadian dan penciptaan manusia

15- 01:27:20 – Bukti kedua ialah kejadian langit dan bumi

16- 01:30:08 – Bukti ketiga ialah menghidupkan bumi setelah matinya

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًۭا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَـٰتٍۢ لَّا يُبْصِرُونَ ١٧

17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌۭ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ ١٨

18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

أَوْ كَصَيِّبٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَـٰتٌۭ وَرَعْدٌۭ وَبَرْقٌۭ يَجْعَلُونَ أَصَـٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِ ۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَـٰفِرِينَ ١٩

19. Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

يَكَادُ ٱلْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَـٰرَهُمْ ۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا۟ فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا۟ ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَـٰرِهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ٢٠

20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ٢١

21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًۭا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءًۭ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًۭا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًۭا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ٢٢

22. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 6-22) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 7 -Surah al-Baqarah (ayat 7 hingga 16)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 30m 58s] –  Sesi 7 – Surah al-Baqarah (Ayat 7 -16) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/q26s2qbEuY0 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:40 : Surah al-Baqarah ayat 7-12

02- 00:02:00 : I’rab ayat 7 Surah al-Baqarah ini

03- 05:56 – Cara Pertama

04- 07:36 – Cara Kedua

05- 11:22 – Cara Ketiga

06- 00:28:10 : Sifat golongan Munafik

07- 00:38:00 : Maksud, “Orang Munafik hendak menipu Allah”

08- 00:47:24 : Di dalam hati mereka ada penyakit (Kufur Nifaq)

09- 00:57:03 : Antara sifat orang Munafik ialah melakukan kerosakan di muka bumi

10- 01:02:10 : Juga, antara sifat orang Munafik ialah menuduh orang beriman adalah orang-orang bodoh

11- 01:08:50 : Syaitan dari kalangan manusia iaitu mengelirukan orang-orang beriman

12- 01:16:00 : Akibat (Balasan) bagi orang-orang Munafik di akhirat

13- 01:22:50 : Maksud orang-orang yang menukar “kesesatan” dengan “hidayah”

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَـٰرِهِمْ غِشَـٰوَةٌۭ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌۭ ٧

7. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ٨

8. Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ٩

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ ١٠

10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ١١

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.

أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ١٢

12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا۟ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ ۗ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ ١٣

13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

وَإِذَا لَقُوا۟ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمْ قَالُوٓا۟ إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُونَ ١٤

14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

ٱللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِى طُغْيَـٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ ١٥

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ ١٦

16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 6-22) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 6 -Surah al-Baqarah (ayat ke 3 hingga 7)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 28m 21s] – Sesi 6 – Surah al-Baqarah (Ayat 3-7)- Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/v6Hd9pmoqnU ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN



01- 00:00:33 : Surah al-Baqarah ayat 3-5

02- 00:03:45 : Maksud, “Orang-Orang Yang Beriman Dengan Perkara Ghaib”

03- 00:08:09 : Maksud, “Mendirikan Solat”

04- 00:23:18 : Maksud, “Mereka Membelanjakan Sebahagian daripada Rezeki yang Allah Kurniakan”

05- 00:34:03 : Maksud. “Orang-Orang Yang Beriman Dengan Apa Yang Diturunkan Kepadamu”

06- 00:41:20 : Maksud, “Dan Apa Yang Diturunkan Sebelummu”

07- 00:51:55 : Sifat-Sifat Orang Yang Bertaqwa

08- 00:58:00 : Orang-Orang Yang Mendapat Petunjuk Dan Orang-Orang Yang Berjaya

09- 01:06:33 : Surah Al-Baqarah ayat 6-9

10- 01:11:55 : Sesungguhnya Ada Orang Kafir, Sama Sahaja Kepada Mereka, Engkau Beri Peringatan Kepadanya Atau Tidak Engkau Beri Peringatan, Mereka Tetap Tidak Akan Beriman

11- 01:18:50 : Allah telah Mengunci Mati Hati Dan Pendengaran Mereka, Dan Pada Penglihatan Mereka Ada Selaput (Penutup). Dan Untuk Mereka (Pula Disediakan) Azab Seksa Yang Amat Besar

12 – 01:25:57 Nifaq dan irtidad

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ ٣

3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْـَٔاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ٤

4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

أُو۟لَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًۭى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ٥

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ٦

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَـٰرِهِمْ غِشَـٰوَةٌۭ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌۭ ٧

7. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Fatihah – Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 6-22) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 5 – Tafsir Surah al- Fatihah (Ayat 5 -7) & Permulaan Surah Al-Baqarah

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 35m 1s] – Sesi 5 – (Sambungan) al-Fatihah – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/fuLtLk84R90 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:13 : Surah Al-Fatihah ayat 5 , “Hanya Engkau Kami Memohon Pertolongan”

02- 00:05:00 : Meminta Sesuatu Di Luar Kemampuan Manusia

03- 00:22:30 : Bertawakkal Hanya Kepada Yang Layak Disembah

04- 00:32:00 : “Pimpinlah Kami Ke Jalan yang Lurus”

05- 00:43:28 : “Jalan Orang Yang Telah Engkau Kurniakan Ni’mat Kepada Mereka”

06- 00:47:07 : “Bukan Jalan yang Dimurkai”

07- 00:54:30 : “Dan Bukan Jalan Yang Sesat”

08- 01:07:34 : Surah Al-Baqarah ayat 1-5

09- 01:10:55 : “Kitab (Al-Quran) ini Tidak ada Sebarang Keraguan Padanya”

10- 01:18:00 : Al-Quran adalah Petunjuk Bagi Mereka yang Bertaqwa

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

Surah Al-Fatihah

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah Al-Baqarah

الٓمٓ ١

  1. Alif, Laam, Miim.

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ٢

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Fatihah – Surah al-Baqarah (Ayat 1-5) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 4 – Tafsir Surah al-Fatihah (Ayat 1 – 5)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 23m 30s] – Sesi 4 – Surah Al-Fatihah (Ayat 1 -5) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/rE3QoSNA-3k ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:03:35 : Surah Al-Fatihah

02- 08:17 : “Dengan nama Allah”

03- 00:14:00 : Sebut Nama Allah Ketika Melakukan Sesuatu dalam Semua Perkara yang Baik

04- 00:20:00 : Tuhan Ar-Rahman dan Dia Juga Ar-Rahim

05- 00:26:58 : Maksud Segala Puji Bagi Allah

06- 00:35:10 : Maksud Tuhan Semesta Alam

07- 00:42:00 : Tuhan Ar-Rahman juga Ar-Rahim

08- 00:56:35 : Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan

09- 01:03:35 : Engkau Jua yang Kami Sembah dan Kami Puja

10- 01:09:03 – Bahagian permulaan ayat ke 5 – “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Fatihah – Surah al-Baqarah (Ayat 1-5) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 3 – (Sambungan) Kaedah-kaedah Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 34m 18s] – Sesi 3 – Kaedah Tafsir al-Quran – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/oaeqVO_PQlQ ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:15 : Kaedah tafsir al-Quran dengan al-Quran

02- 00:03:23 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Menggunakan makna yang biasa digunakan di dalam al-Quran, seperti perkataan “Ghalaba”, “Ahatha” dan “Zholama”

03- 00:15:50 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Menerangkan apa yang Allah s.w.t. sifatkan diri-Nya di dalam al-Quran. Sifat-sifat seperti Istiwa, Yadun, Wajhun dan sebagainya dari sifat-sifat-Nya, merupakan Allah Menyifatkan diri-Nya secara hakikat 

04- 00:25:21 : Maksud “Quru’ “, Berapa kali suci atau berapa kali haidh

05- 00:30:20 : Maksud “Naib Fa’il”

06- 00:51:23 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Kadang-kadang ada beberapa tafsiran tentang sesuatu perkara dan semuanya adalah betul

07- 00:57:21 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Tafsir satu lafaz dengan lafaz yang lebih masyhur daripada yang diguna pakai dan lebih jelas

08- 01:00:07 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Tafsir satu lafaz yang mengandungi dua penggunaan

09- 01:05:05 : Allah s.w.t. menciptakan sesuatu yang mempunyai banyak hikmatnya

10- 01:08:00 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Ada disebutkan sesuatu perintah atau larangan kemudian di suatu tempat lain disebutkan adakah perintah itu telah dilaksanakan atau tidak oleh orang yang diperintah

11- 01:13:40 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Suatu perkara akan berlaku kemudian disebutkan betul-betul berlaku

12- 01:15:14 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:-Allah s.w.t. sebutkan sesuatu bahawa Dia sebut dalam ayat lain

13- 01:26:05 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:-Sifat sesuatu kemudian disebut lawan bagi sifat itu

14- 01:27:13 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Allah s.w.t. isyaratkan sesuatu tanpa menyebutkan dengan jelas buktinya

15- 01:32:11 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Disebutkan dengan lafaz umum kemudian dijelaskan pada beberapa tempat bahawa yang ini pun termasuk dalam yang umum

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

E-BOOK – Kaedah Tafsir al-Quran (Bahasa Arab) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 2 – Kaedah – Kaedah Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi -1j 25m 19s] – Sesi 2 – Kaedah Tafsir al-Quran – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/qo95giyggh4 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN


01- 00:00:12 : Kaedah tafsir al-Quran dengan al-Quran – Khilaf di kalangan ulama’ tentang maksud sebenar sesuatu ayat al-Quran.

02- 00:03:09 : Contoh – Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang Islam tidak boleh dibunuh dengan sebab membunuh kafir zimmi

03- 00:22:00 : Contoh – Hasan Basri berpendapat bahawa dua orang anak Adam dalam peristiwa pembunuhan pertama (Habil dan Qabil) berlaku di kalangan Bani Israil.

04- 00:27:50 : Contoh – Mujahid berpendapat orang yang berada dalam ihram tidak boleh membunuh

05- 00:34:30 : Contoh kesilapan dalam mentafsirkan sesuatu perkara dan kesilapan mentafsirkan (mengikut pengarang kitab) – Ayat Hijab ditujukan hanya untuk isteri-isteri Nabi sahaja bukan untuk semua wanita

06- 00:39:10 : Contoh kesilapan – Sesetengah ahli ilmu berpendapat bahawa isteri-Isteri Nabi s.a.w tidak termasuk dalam Ahlil Bait.

07- 00:46:48 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN:- Disebut dalam al-Quran sesuatu peristiwa kemudian di tempat lain disebut kaifiat bagaimana berlakunya peristiwa itu, contohnya seperti dalam cerita Nabi Musa a.s.

08- 00:52:05 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN:- Disebut berlakunya sesuatu perkara tanpa disebutkan sama ada ianya pasti berlaku atau dengan “ta’liq” (iaitu dengan gantungkan dengan sesuatu perkara)

09- 00:55:25 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN:- Di satu tempat dalam al-Quran ada tuntutan supaya melakukan sesuatu perkara manakala di tempat yang lain disebutkan apa tujuan perkara itu disuruh

10- 00:58:59 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN:- “Anwa’ulbayan” iaitu keterangan Al-Quran, disebutkan sesuatu perkara di suatu tempat dan disebutkan pada tempat yang lain yang berkaitan dengan perkara itu, contohnya, “Hati menjadi keras”.

11- 01:08:58 : KAEDAH TAFSIR AL-QURAN:- Adakalanya “maf’ul” sepatutnya ada dua tetapi salah satu “maf’ul” telah dibuang

12- 01:15:20 : Contoh sebutan Zharaf Makkan

13- 01:22:32 : Contoh sebutan Muta’allat

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

E-BOOK – Kaedah Tafsir al-Quran (Bahasa Arab) 

Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 1 – Muqaddimah & Kaedah-kaedah Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi -1j 21m 54s] – Sesi 1 – Kaedah Tafsir al-Quran – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/u7CXeDXaIxY ]

[googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1VtGlXJcB_feZl8qH-JMc7YabgKIQrvYk/preview” query=”” width=”560″ height=”50″ /

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:35 : Kaedah tafsir al-Quran dengan al-Quran

02- 00:08:10 : BENTUK TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Menerangkan Ijmal yang terdapat dalam Al-Quran dengan sebab Isytirak (Menerangkan makna sesuatu perkataan di suatu tempat lain di dalam al-Quran)

03- 00:10:45 : Contoh – Perkataan “Quru’ ” dan “Al-Atik”

04- 00:18:00 : Contoh – Ijmal secara umum pada kata kerja (As-as)

05- 00:23:07 : Contoh – Berkongsi makna pada perbuatan (Adala)

06- 00:25:40 : Contoh – Ijmal secara borong pada haraf (sendi kata)

07- 00:44:15 : Contoh – Isim jenis mufrad

08- 00:50:37 : Contoh – Ijmal dengan sebab Ibham pada Isim Jamak

09- 00:54:20 : Contoh – Tentang Balqis

10- 00:57:52 : Contoh – Ijmal dengan sebab Ibham pada silah Mausul

11- 01:04:53 : Contoh – Ibham pada makna Haraf

12- 01:10:09 : BENTUK TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Disebutkan sesuatu pada satu tempat dan di tempat lain pula dikemukakan dalam bentuk soalan dan jawapan

13- 01:12:10 : Contoh – Tuhan yang memiliki hari Ad-Din

14- 01:13:46 : BENTUK TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN:- Maksud zahir tidak dikehendaki, contohnya, dinyatakan talak itu dua kali

15- 01:16:25 : Contoh – Jaga harta anak yatim

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

E-BOOK – Kaedah Tafsir al-Quran (Bahasa Arab)