Tafsir Al-Quran Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No – 75 – Al-Qiaamah

VIDEO – [Durasi  10m 59s] -Surah No 75 – Al-Qiaamah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Vo2JssDZoLQ ]

 سورة القيامة

بسم الله الرحمن الرحيم

لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4) بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ (5) يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ (6) فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ (7) وَخَسَفَ الْقَمَرُ (8) وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ (9) يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ (10) كَلَّا لَا وَزَرَ (11) إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ (12) يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (13) بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَى نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ (14) وَلَوْ أَلْقَى مَعَاذِيرَهُ (15) لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ (16) إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ (19) كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ (20) وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ (21) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ (24) تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ (25) كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ (26) وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ (27) وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ (28) وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ (29) إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ (30) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّى (31) وَلَكِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى (32) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَى أَهْلِهِ يَتَمَطَّى (33) أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى (34) ثُمَّ أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى (35) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى (36) أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَى (37) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى (38) فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى (39) أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى (40)

TERJEMAHAN SURAH AL-QIAAMAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

(2) Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

(3) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

(4) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(5) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). (6) Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”

(7) Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

(8) Dan bulan hilang cahayanya,

(9) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

(10) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”

(11) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

(12) Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

(13) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

(14) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

(15) Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

(16) Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

(17) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

(18) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

(19) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

(20) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

(21) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

(22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

(23) Melihat kepada Tuhannya.

(24) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

(25) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

(26) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

(27) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”

(28) Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

(29) Serta kedahsyatan bertindih-tindih;

(30) (Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).

(31) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!

(32) Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!

(33) Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

(34) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

(35) Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

(36) Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

(37) Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

(38) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

(39) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.

(40) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah-surah dari al-Qiamaah hingga al-‘Ala menceritakan tentang dua perkara penting iaitu tauhid dan hari akhirat. Perkara-perkara ini, iaitu tauhid dan akhirat adalah berkaitan dengan keyakinan (kepercayaan).

2. Surah-surah ini sering dibaca oleh nabi dalam solat supaya perkara berkaitan Allah dan akhirat meresap ke dalam hati. Bila manusia mengetahui tentang Allah dan akhirat, maka mudahlah baginya untuk menjunjung perintahNya.

3. “Aku bersumpah dengan Hari kiamat.” Hari kebangkitan yang pasti berlaku.

4. “Aku bersumpah dengan nafsu “Lawwamah”; (nafsu manusia yang sentiasa mencela diri sendiri di atas kesilapan yang mereka lakukan).”

5. “Apakah manusia menyangka Kami tidak mampu mengumpulkan tulang-belulang mereka setelah hancur.”

6. Kenapa tidak? “Bahkan Kami mampu. Kami sangat berkuasa untuk menyusun semula dengan sempurna jari jemari.”

7. “Bahkan manusia sentiasa ingin melakukan dosa demi dosa (sepanjang hayatnya)”, iaitu tiada hasrat untuk bertaubat. Mereka gemar melakukan dosa dan ingin menderhakai Allah taala berterusan sepanjang kehidupannya.

8. “Dan mereka sentiasa bertanya bilakah akan berlaku kiamat?”. Ini adalah kerana mereka tidak percaya akan adanya hari kiamat (dan mereka bertanya dalam keadaan mengejek).

9. “Akan terbeliak mata mereka kerana kehairanan bila berlakunya kiamat”

10. “Dan hilangnya cahaya pada bulan”

11. “Dan dihimpunkan bersama bulan dan matahari untuk dihancurkan”

12. “Dan berkata manusia pada hari itu, ke manakah tempat untuk melarikan diri?”

13. “Tidak mungkin. Tidak ada tempat lagi untuk menyelamatkan diri.”

14. “Kepada Rabb kamulah di hari itu akan dihimpunkan”

15. “Akan diberitahu kepada manusia pada hari itu, apakah amalan yang telah dilakukan? Apakah amalan yang tidak sempat dilakukan?”

16. [Terjemahan kedua] “Akan diberitahu kepada manusia pada hari itu, apakah amalan yang dibuat semasa hidupnya di dunia dan apakah amalan yang menurutinya selepas matinya.”

17. Seseorang yang mengajar dan mencontohkan sesuatu amalan yang baik atau buruk dan ianya diamalkan oleh orang lain, maka pahala atau dosa dari amalan tersebut akan menurutinya selepas matinya.

18. Oleh itu kita hendaklah sentiasa peka, kerana amalan kita sendiri sebenarnya tidak cukup oleh itu berusahalah membuat sesuatu yang pahalanya berterusan bila kita mati nanti. Itulah amalan nabi s.a.w.

19. Contohnya, semasa hidup kita “tablighkan” (menyebarkan) al-Quran, dan dari usaha kita ianya di”tabligh”kan berterusan ke serata dunia, maka kita berterusan mendapat pahala.

20. Pada hari itu manusia diberitahu apa amalan yang dibuatnya di atas dunia dan apa amalan yang menyusulinya selepas mati.

21. “Bahkan manusia pada hari itu benar-benar dapat memahami dam menyaksikan keadaan sebenar yang berlaku di akhirat.”

22. “Sekalipun mereka memberi berbagai alasan dan dalih (untuk membela diri).” Alasan dan dalihan tersebut tidak akan diterima.

23. Seterusnya ayat ini ingin mengingatkan nabi supaya jangan gopoh. Wahyu itu adalah dalam bentuk tulisan, hafalan dan pemahaman. Yang perlu diutamakan ialah pemahaman. Dengar semuanya kemudian tulis, dengar semuanya kemudian ikut, dan hendaklah jangan gopoh.

24. Pada peringkat awal penurunan wahyu, nabi ingin segera ikut apa yang dibaca oleh Jibril sebelum ianya habis dibaca. Baginda bimbang terlupa atau terepas ayat-ayat al-Quran tersebut, maka Allah beri jaminan,

25. “Janganlah kamu segera gerakkan lidah (kerana gopoh ingin menghafalnya).”

26. “Sesungguhnya tanggungjawab Kami (wahai Muhammad) untuk mengumpulkannya dalam dadamu dan untuk membaca semula apabila kamu ingin baca”

27. “Lalu apabila Kami selesai baca al-Quran ini (melalui malaikat Jibril), maka ikutilah bacaannya.”

28. “Kemudiannya, adalah tanggungjawab Kami untuk memberi penjelasan mafhum (maksud) yang ada di dalamnya”

29. “Sesungguhnya, kamu suka kepada dunia yang segera ini.”

30. “Kamu abaikan akhirat.”

31. “Ada beberapa muka (ahli syurga) di akhirat nanti berseri-seri. Kepada Rabbnya mereka memandang.”

32. “Dan ada beberapa muka lain pada hari akhirat nanti muram durja.”

33. “Dia yakin dia akan dihukum dengan azab Allah (“Fakirah” – yang membinasakan)”. Asalnya perkataan “fakirah” adalah bermaksud, “pukulan yang boleh mematahkan tulang belakang.”

34. Mereka yakin akan apa yang akan dibalas kepada mereka di akhirat nanti adalah hukuman daripada Allah.

35. “Sekali-kali jangan kamu lalai”, kerana bila saat kematian tiba maka berakhirlah ikhtiar yang ada pada kamu.

36. “Apabila roh telah sampai ke halkum, ketika itu ditanya, siapa yang akan me”ruqyah” (menjampi) kamu?” (“Ruqyah” ialah satu cara rawatan bila rawatan secara biasa tidak mampu lagi menyembuhkan)

37. Bila tidak ada lagi orang yang boleh menjampinya untuk menyelamatkannya dari mati, “Maka yakinlah dia bahawa dia akan pergi (meninggal dunia)”

38. “Bertaut rapatlah betis kanan dan kiri”

39. “Kepada Rabb kamu pada hari itu dihalau pergi.”

40. “Dia yang mendustakan wahyu dan rasul yang menyampaikan wahyu, dan dia tidak menunaikan sembahyang. Bahkan dia mendustakan wahyu dan berpaling dari taat.”

41. “(Di dunia dahulu) mereka meninggalkan nabi dan kembali kepada keluarganya dalam keadaan sombong.”

42. “Celaka bagi kamu, celaka bagi kamu”

43. “Kemudian, celaka bagi kamu, celaka bagi kamu”. Ini adalah kerana menjauhi nabi yang menyampaikan wahyu.

44. “Dan apakah manusia menyangka, dia dibiarkan begitu sahaja, hidup dan mati sia-sia tanpa pembalasan?”

45. Tidak mungkin. Apabila Allah menciptakan kamu dengan kudratNya, dan memberitahu, dengan kudratNya kamu akan dihidupkan semula, bermakna akan ada balasan.

46. Allah memberikan dalilnya dengan menyatakan kudratnya semasa mencipta manusia.

47. “Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?”

48. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?”

49. “Lalu Allah jadikan kepada manusia yang diciptakan itu pasangan, ada lelaki ada wanita.”

50. Semuanya itu adalah kudrat Allah yang sempurna; jika Allah mampu mencipta manusia, maka Dia mampu untuk menghidupkan kembali. Allah telah beritahu bahawa tujuan dihidupkan kembali adalah untuk membalas (perbuatan-perbuatan mereka semasa di dunia)

51. “Bukankah Dia yang mempunyai kudrat sedemikian, mempunyai keupayaan untuk menghidupkan kembali orang yang telah mati.”

52. Hendaklah kita berkata, “Bahkan (Ya). Dia berkuasa”

53. Kenapa manusia dihidupkan semula? Allah memberitahu bahawa Dia hendak membalas. Dan di situlah sebenarnya tempat pembalasan.

سورة القيامة
بسم الله الرحمن الرحيم
لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4) بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ (5) يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ (6) فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ (7) وَخَسَفَ الْقَمَرُ (8) وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ (9) يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ (10) كَلَّا لَا وَزَرَ (11) إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ (12) يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (13) بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَى نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ (14) وَلَوْ أَلْقَى مَعَاذِيرَهُ (15) لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ (16) إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ (19) كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ (20) وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ (21) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ (24) تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ (25) كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ (26) وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ (27) وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ (28) وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ (29) إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ (30) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّى (31) وَلَكِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى (32) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَى أَهْلِهِ يَتَمَطَّى (33) أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى (34) ثُمَّ أَوْلَى لَكَ فَأَوْلَى (35) أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى (36) أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَى (37) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى (38) فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَى (39) أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى (40)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
(2) Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
(3) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
(4) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(5) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
(6) Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
(7) Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
(8) Dan bulan hilang cahayanya,
(9) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(10) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
(11) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
(12) Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
(13) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
(14) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (
15) Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
(16) Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
(17) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
(18) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
(19) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
(20) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
(21) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
(22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
(23) Melihat kepada Tuhannya.
(24) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
(25) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
(26) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
(27) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”
(28) Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
(29) Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
(30) (Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).
(31) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
(32) Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
(33) Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
(34) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
(35) Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
(36) Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
(37) Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
(38) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
(39) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.
(40) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===================================================
1. Surah-surah dari al-Qiamaah hingga al-‘Ala menceritakan tentang dua perkara penting iaitu tauhid dan hari akhirat. Perkara-perkara ini, iaitu tauhid dan akhirat adalah berkaitan dengan keyakinan (kepercayaan).
2. Surah-surah ini sering dibaca oleh nabi dalam solat supaya perkara berkaitan Allah dan akhirat meresap ke dalam hati. Bila manusia mengetahui tentang Allah dan akhirat, maka mudahlah baginya untuk menjunjung perintahNya.
3. “Aku bersumpah dengan Hari kiamat.” Hari kebangkitan yang pasti berlaku.
4. “Aku bersumpah dengan nafsu “Lawwamah”; (nafsu manusia yang sentiasa mencela diri sendiri di atas kesilapan yang mereka lakukan).”
5. “Apakah manusia menyangka Kami tidak mampu mengumpulkan tulang-belulang mereka setelah hancur.”
6. Kenapa tidak? “Bahkan Kami mampu. Kami sangat berkuasa untuk menyusun semula dengan sempurna jari jemari.”
7. “Bahkan manusia sentiasa ingin melakukan dosa demi dosa (sepanjang hayatnya)”, iaitu tiada hasrat untuk bertaubat. Mereka gemar melakukan dosa dan ingin menderhakai Allah taala berterusan sepanjang kehidupannya.
8. “Dan mereka sentiasa bertanya bilakah akan berlaku kiamat?”. Ini adalah kerana mereka tidak percaya akan adanya hari kiamat (dan mereka bertanya dalam keadaan mengejek).
9. “Akan terbeliak mata mereka kerana kehairanan bila berlakunya kiamat”
10. “Dan hilangnya cahaya pada bulan”
11. “Dan dihimpunkan bersama bulan dan matahari untuk dihancurkan”
12. “Dan berkata manusia pada hari itu, ke manakah tempat untuk melarikan diri?”
13. “Tidak mungkin. Tidak ada tempat lagi untuk menyelamatkan diri.”
14. “Kepada Rabb kamulah di hari itu akan dihimpunkan”
15. “Akan diberitahu kepada manusia pada hari itu, apakah amalan yang telah dilakukan? Apakah amalan yang tidak sempat dilakukan?”
16. [Terjemahan kedua] “Akan diberitahu kepada manusia pada hari itu, apakah amalan yang dibuat semasa hidupnya di dunia dan apakah amalan yang menurutinya selepas matinya.”
17. Seseorang yang mengajar dan mencontohkan sesuatu amalan yang baik atau buruk dan ianya diamalkan oleh orang lain, maka pahala atau dosa dari amalan tersebut akan menurutinya selepas matinya.
18. Oleh itu kita hendaklah sentiasa peka, kerana amalan kita sendiri sebenarnya tidak cukup oleh itu berusahalah membuat sesuatu yang pahalanya berterusan bila kita mati nanti. Itulah amalan nabi s.a.w.
19. Contohnya, semasa hidup kita “tablighkan” (menyebarkan) al-Quran, dan dari usaha kita ianya di”tabligh”kan berterusan ke serata dunia, maka kita berterusan mendapat pahala.
20. Pada hari itu manusia diberitahu apa amalan yang dibuatnya di atas dunia dan apa amalan yang menyusulinya selepas mati.
21. “Bahkan manusia pada hari itu benar-benar dapat memahami dam menyaksikan keadaan sebenar yang berlaku di akhirat.”
22. “Sekalipun mereka memberi berbagai alasan dan dalih (untuk membela diri).” Alasan dan dalihan tersebut tidak akan diterima.
23. Seterusnya ayat ini ingin mengingatkan nabi supaya jangan gopoh. Wahyu itu adalah dalam bentuk tulisan, hafalan dan pemahaman. Yang perlu diutamakan ialah pemahaman. Dengar semuanya kemudian tulis, dengar semuanya kemudian ikut, dan hendaklah jangan gopoh.
24. Pada peringkat awal penurunan wahyu, nabi ingin segera ikut apa yang dibaca oleh Jibril sebelum ianya habis dibaca. Baginda bimbang terlupa atau terepas ayat-ayat al-Quran tersebut, maka Allah beri jaminan,
25. “Janganlah kamu segera gerakkan lidah (kerana gopoh ingin menghafalnya).”
26. “Sesungguhnya tanggungjawab Kami (wahai Muhammad) untuk mengumpulkannya dalam dadamu dan untuk membaca semula apabila kamu ingin baca”
27. “Lalu apabila Kami selesai baca al-Quran ini (melalui malaikat Jibril), maka ikutilah bacaannya.”
28. “Kemudiannya, adalah tanggungjawab Kami untuk memberi penjelasan mafhum (maksud) yang ada di dalamnya”
29. “Sesungguhnya, kamu suka kepada dunia yang segera ini.”
30. “Kamu abaikan akhirat.”
31. “Ada beberapa muka (ahli syurga) di akhirat nanti berseri-seri. Kepada Rabbnya mereka memandang.”
32. “Dan ada beberapa muka lain pada hari akhirat nanti muram durja.”
33. “Dia yakin dia akan dihukum dengan azab Allah (“Fakirah” – yang membinasakan)”. Asalnya perkataan “fakirah” adalah bermaksud, “pukulan yang boleh mematahkan tulang belakang.”
34. Mereka yakin akan apa yang akan dibalas kepada mereka di akhirat nanti adalah hukuman daripada Allah.
35. “Sekali-kali jangan kamu lalai”, kerana bila saat kematian tiba maka berakhirlah ikhtiar yang ada pada kamu.
36. “Apabila roh telah sampai ke halkum, ketika itu ditanya, siapa yang akan me”ruqyah” (menjampi) kamu?” (“Ruqyah” ialah satu cara rawatan bila rawatan secara biasa tidak mampu lagi menyembuhkan)
37. Bila tidak ada lagi orang yang boleh menjampinya untuk menyelamatkannya dari mati, “Maka yakinlah dia bahawa dia akan pergi (meninggal dunia)”
38. “Bertaut rapatlah betis kanan dan kiri”
39. “Kepada Rabb kamu pada hari itu dihalau pergi.”
40. “Dia yang mendustakan wahyu dan rasul yang menyampaikan wahyu, dan dia tidak menunaikan sembahyang. Bahkan dia mendustakan wahyu dan berpaling dari taat.”
41. “(Di dunia dahulu) mereka meninggalkan nabi dan kembali kepada keluarganya dalam keadaan sombong.”
42. “Celaka bagi kamu, celaka bagi kamu”
43. “Kemudian, celaka bagi kamu, celaka bagi kamu”. Ini adalah kerana menjauhi nabi yang menyampaikan wahyu.
44. “Dan apakah manusia menyangka, dia dibiarkan begitu sahaja, hidup dan mati sia-sia tanpa pembalasan?”
45. Tidak mungkin. Apabila Allah menciptakan kamu dengan kudratNya, dan memberitahu, dengan kudratNya kamu akan dihidupkan semula, bermakna akan ada balasan.
46. Allah memberikan dalilnya dengan menyatakan kudratnya semasa mencipta manusia.
47. “Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?”
48. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?”
49. “Lalu Allah jadikan kepada manusia yang diciptakan itu pasangan, ada lelaki ada wanita.”
50. Semuanya itu adalah kudrat Allah yang sempurna; jika Allah mampu mencipta manusia, maka Dia mampu untuk menghidupkan kembali. Allah telah beritahu bahawa tujuan dihidupkan kembali adalah untuk membalas (perbuatan-perbuatan mereka semasa di dunia)
51. “Bukankah Dia yang mempunyai kudrat sedemikian, mempunyai keupayaan untuk menghidupkan kembali orang yang telah mati.”
52. Hendaklah kita berkata, “Bahkan (Ya). Dia berkuasa”
53. Kenapa manusia dihidupkan semula? Allah memberitahu bahawa Dia hendak membalas. Dan di situlah sebenarnya tempat pembalasan.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 74 – Al-Muddaththir

VIDEO – [Durasi  16m 47s] -Surah No 74 -Al-Muddaththir – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xtJwRz8PJrg ]

سورة المدثر
بسم الله الرحمن الرحيم
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10) ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا (11) وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَمْدُودًا (12) وَبَنِينَ شُهُودًا (13) وَمَهَّدْتُ لَهُ تَمْهِيدًا (14) ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ (15) كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا (16) سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا (17) إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ (18) فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ (19) ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ (20) ثُمَّ نَظَرَ (21) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ (22) ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ (23) فَقَالَ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ (24) إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ (25) سَأُصْلِيهِ سَقَرَ (26) وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ (27) لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ (28) لَوَّاحَةٌ لِلْبَشَرِ (29) عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ (30) وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ (31) كَلَّا وَالْقَمَرِ (32) وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ (33) وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ (34) إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ (35) نَذِيرًا لِلْبَشَرِ (36) لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ (37) كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ (38) إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ (39) فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءَلُونَ (40) عَنِ الْمُجْرِمِينَ (41) مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (44) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (45) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (46) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (47) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ (48) فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ (49) كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ (50) فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ (51) بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِنْهُمْ أَنْ يُؤْتَى صُحُفًا مُنَشَّرَةً (52) كَلَّا بَلْ لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ (53) كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ (54) فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ (55) وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ (56)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 73 – al-Muzzammil

VIDEO – [Durasi  14m 51s] -Surah No 73 -al-Muzzammil – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/L1htG2eWW30 ]

 سورة المزمل
بسم الله الرحمن الرحيم
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا (2) نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا (4) إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا (5) إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (6) إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا (7) وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا (8) رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا (9) وَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا (10) وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ أُولِي النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلًا (11) إِنَّ لَدَيْنَا أَنْكَالًا وَجَحِيمًا (12) وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا (13) يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَهِيلًا (14) إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا (15) فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا (16) فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِنْ كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا (17) السَّمَاءُ مُنْفَطِرٌ بِهِ كَانَ وَعْدُهُ مَفْعُولًا (18) إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا (19) إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَى وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (20)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 71 – Nuh

VIDEO – [Durasi  14m 15s] -Surah No 71 -Nuh – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/VUk6-9QxU-0 ]

سورة نوح
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (1) قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (2) أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (3) يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (4) قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا (5) فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا (6) وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا (7) ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا (8) ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا (9) فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12) مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا (13) وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا (14) أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا (15) وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا (16) وَاللَّهُ أَنْبَتَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا (17) ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا (18) وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا (19) لِتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا (20) قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا (21) وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا (22) وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (23) وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا (24) مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْصَارًا (25) وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا (26) إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوا إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا (27) رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا (28)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 72 – Al-Jinn

VIDEO – [Durasi  17m 16s] – Surah No 72 – Al-Jinn- [Dgn Sarikata]- Maulana Abd Hadi – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/L1E-GLsSiyA ]

سورة الجن
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1) يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2) وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا (3) وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا (4) وَأَنَّا ظَنَنَّا أَنْ لَنْ تَقُولَ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا (5) وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا (6) وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا (7) وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (8) وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا (9) وَأَنَّا لَا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَنْ فِي الْأَرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا (10) وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا (11) وَأَنَّا ظَنَنَّا أَنْ لَنْ نُعْجِزَ اللَّهَ فِي الْأَرْضِ وَلَنْ نُعْجِزَهُ هَرَبًا (12) وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَى آمَنَّا بِهِ فَمَنْ يُؤْمِنْ بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا وَلَا رَهَقًا (13) وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا (14) وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا (15) وَأَلَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُمْ مَاءً غَدَقًا (16) لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَمَنْ يُعْرِضْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا (17) وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا (18) وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا (19) قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (20) قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا (21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (22) إِلَّا بَلَاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا (23) حَتَّى إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا (24) قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا (25) عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27) لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (28)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 70 – al-Ma’aarij

VIDEO – [Durasi  15m 04s] -Surah No 70 -al-Ma’ariij – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/k1pV7CoKmXc ]

سورة المعارج

بسم الله الرحمن الرحيم

سَأَلَ سَائِلٌ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ (1) لِلْكَافِرِينَ لَيْسَ لَهُ دَافِعٌ (2) مِنَ اللَّهِ ذِي الْمَعَارِجِ (3) تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ (4) فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا (5) إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا (6) وَنَرَاهُ قَرِيبًا (7) يَوْمَ تَكُونُ السَّمَاءُ كَالْمُهْلِ (8) وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ (9) وَلَا يَسْأَلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا (10) يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ (11) وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ (12) وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ (13) وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنْجِيهِ (14) كَلَّا إِنَّهَا لَظَى (15) نَزَّاعَةً لِلشَّوَى (16) تَدْعُو مَنْ أَدْبَرَ وَتَوَلَّى (17) وَجَمَعَ فَأَوْعَى (18) إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23) وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25) وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (26) وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (27) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (28) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (29) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (30) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (31) وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (32) وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ (33) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (34) أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُونَ (35) فَمَالِ الَّذِينَ كَفَرُوا قِبَلَكَ مُهْطِعِينَ (36) عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ عِزِينَ (37) أَيَطْمَعُ كُلُّ امْرِئٍ مِنْهُمْ أَنْ يُدْخَلَ جَنَّةَ نَعِيمٍ (38) كَلَّا إِنَّا خَلَقْنَاهُمْ مِمَّا يَعْلَمُونَ (39) فَلَا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ إِنَّا لَقَادِرُونَ (40) عَلَى أَنْ نُبَدِّلَ خَيْرًا مِنْهُمْ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ (41) فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ (42) يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمْ إِلَى نُصُبٍ يُوفِضُونَ (43) خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ (44)

TERJEMAHAN SURAH AL-MA’AARIJ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

(2) Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya –

(3) Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik

(4) Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

(5) Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

(6) Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

(7) Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),

(8) (Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,

(9) Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan)

(10) Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),

(11) Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,

(12) Dan isteri serta saudaranya,

(13) Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,

(14) Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi – kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

(15) Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,

(16) (Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,

(17) Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),

(18) Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

(19) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);

(20) Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

(21) Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

(22) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang 

23) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

(24) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum

(25) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

(26) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);

(27) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya,

(28) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;

(29) Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

(30) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

(31) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

(32) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

(33) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);

(34) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

(35) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

(36) Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu

(37) (Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.

(38) Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?

(39) Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.

(40) Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, – sesungguhnya Kami berkuasa –

(41) (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.

(42) Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!

(43) Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

(44) Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah al-Ma’aarij adalah berkenaan hukuman yang akan berlaku di akhirat kerana “syirik barokah” iaitu kepercayaan adanya “berkat” selain daripada Allah

2. Mereka yang rosak akidah kerana “syirik barokah” akan dihukum di dunia dan juga di akhirat.

3. “Ada seseorang meminta supaya ditimpakan kepadanya azab, yang (dijanjikan) akan berlaku”

4. (Anehnya) Ada juga orang yang meminta azab ditimpakan kepadanya. Azab ini sememangnya akan ditimpakan kepadanya. Mereka ialah golongan yang ingkar.

5. “Azab yang akan menimpa orang yang ingkar (kafir), yang tidak mungkin untuk ditolak (kedatangannya)”

6. Azab itu datangnya, “Dari Allah yang mempunyai tempat perjalanan matahari”

7. “Naik para malaikat dan jibril kepada Allah taala pada kadar (dalam masa) satu hari”. Satu hari pada hari kiamat nanti sama dengan lima puluh ribu tahun. “Lima puluh ribu tahun” adalah bermaksud satu tempoh yang amat panjang. Kita boleh bayangkan betapa lamanya diazab selama lima puluh ribu tahun sedangkan di dunia ini kita hanya hidup sekitar enam puluh tahun. Di akhirat nanti tiada penghujungnya, dan lima puluh ribu tahun sebenarnya menggambarkan satu tempoh yang amat lama. Amat bodoh manusia yang berpada dengan kehidupan dunia yang tidak seberapa ini tetapi akhirnya menderita buat selama-lamanya di akhirat.

8. Mereka hanya tahu perkara-perkara zahir yang ada di dunia ini sahaja, tetapi mereka tidak tahu langsung tentang akhirat. Semoga Allah lindungi kita.

9. Jika mereka masih menentang perkara yang jelas dan sahih ini, “Maka sabarlah (wahai Muhammad) dengan kesabaran yang sebaik-baiknya”, sabar yang sebenar, yang tidak diiringi dengan apa-apa rungutan.

10. “Mereka melihat azab ini jauh (pada fikiran mereka)”, seolah-olah ianya mustahil berlaku.

11. “Sedangkan Kami melihat azab ini amat dekat”, iaitu ianya akan berlaku pada bila-bila masa.

12. “Ketika langit menjadi seperti tembaga cair”

13. “Dan gunung-ganang akan menjadi seperti bulu berterbangan”

14. “Di waktu itu, seseorang tidak akan bertanya khabar dengan sahabat karibnya”, pada masa itu tiada masa untuk bertanya khabar dan masing-masing berfikir tentang diri sendiri.

15. “Mereka saling memandang di antara satu sama lain”, tetapi tidak ada masa untuk bertanya khabar.

16. Dalam kehidupan dunia, adalah biasa jika kita tidak bertanya khabar jika telah bertahun putus hubungan, tetapi agak janggal jika kita bertemu setiap hari tetapi tidak bertegur sapa.

17. Mereka tidak bertanya khabar kerana masing-masing menanggung azab yang dahsyat.

18. Orang-orang yang bersalah pada masa itu amat berharap,”Kalau boleh ia jadikan anak-anaknya sebagai tebusan, jadikan isterinya sebagai tebusan”.

19. “Dan kabilah-kabilah yang memberi perlindungan kepadanya juga sebagai tebusan”

20. “Dan kalau dapat seluruh penduduk dunia diganti dengan azab yang ditanggungnya dan dia selamat”

21. “Tidak sekali-kali! (dia mendapat apa yang diingininya). Sesungguhnya api neraka ialah yang membakar, gejolaknya menyala-nyala”

22. “Yang akan meluruhkan semua anggota terutamanya kulit kepala (ubun-ubun)”

23. “Dan api neraka memanggil orang-orang yang membelakangi kebenaran dan berpaling dari ketaatan”

24. “Adbara” adalah membelakangi i’tiqad (tauhid) dan “tawalla” membelakangi (tidak melakukan) amalan syariat.

25. Dia tidak beri’tikad dengan akidah tauhid dan tidak mengamalkan syariat tetapi dia sibuk mengumpulkan dan menyimpan harta (tanpa mengeluarkan zakat). Semoga Allah lindungi kita.

26. “Sesungguhnya manusia ini diciptakan dalam keadaan banyak mengeluh”, terlalu banyak mengeluh.

27. “Apabila ditimpa kesusahan, dia cepat resah gelisah”

28. “Apabila dikurniakan harta benda, dia sangat bakhil”

29. Apabila seseorang itu tidak disirami dengan iman, dia hanyalah seorang manusia (yang hina).

30. “Kecuali orang yang menunaikan sembahyang”, iaitu manusia yang mempunyai sifat “kemanusiaan” yang sebenar yang fitrahnya semasa lahir kekal dan dijaga sehingga dia layak masuk syurga.

31. Di antara orang yang mempunyai fitrah yang benar ialah mereka yang menunaikan sembahyang

32. “Orang yang benar-benar menjaga sembahyangnya”, orang yang sentiasa menjaga sembahyangnya

33. Ini adalah kerana sembahyang adalah merupakan hubungan seseorang dengan Allah.

34. Hubungan dengan orang yang dia sangat cintai. Dia akan jaga hubungannya dengan Allah, sebagaimana eratnya hatinya kepada Allah.

35. Dari pengalaman kita di dunia ini, orang yang paling banyak berhubung dengan kita adalah orang yang paling rapat dengan kita.

36. “Daa’imuun” – bermaksud sentiasa berada dalam fikirannya, saat bila dia akan berjumpa Allah dalam sembahyangnya.

37. “Dan orang-orang yang menentukan bahagian pada harta untuk dibahagi-bahagikan kepada yang termaklum”, samada dalam bentuk zakat atau lain-lain.

38. “Untuk orang yang terdesak yang terpaksa meminta dan juga orang yang memerlukan tetapi tidak meminta-minta”

39. “Dan orang yang percaya (yakin) dengan sungguh-sungguh hari balasan”

40. “Dan mereka yang sangat-sangat takut dengan azab dari tuhan mereka”

41. “Dan sesiapa pun tidak boleh merasa tenteram (selamat) dari azab Allah ini”

42. “Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka”

43. “Kecuali pada isteri atau hamba-hamba yang dimilikinya. Sesungguhnya mereka itu tidak tercela”

44. “Maka sesiapa yang mencari selain daripada itu, mereka adalah orang yang melampaui batas”

45. Apabila melampaui batasan syariat, manusia hanya tahu undang-undnag dunia. Undang-undang dunia yang direkanya, yang digunakan untuk menghukum orang yang salah tdetapi dia tidak sedar, bahawa jika dia menderhaka (tidak mengikuti syariat Allah) dia juga akan dihukum.

46. “Dan orang yang memelihara amanah dan janji”, iaitu orang yang benar-benar menjaganya

47. “Dan orang yang bertanggungjawab dengan persaksiannya”

48. “Dan orang yang menjaga sembahyang mereka”. Menjaga cara-cara menunaikan sembahyang.

49. Di antara maksud “menjaga sembahyang” yang paling jelas ialah menjaga sembahyang secara berjemaah. Itulah cara nabi s.a.w.

50. “Orang yang bersifat seperti tadi, di dalam kebun-kebun syurga, dimuliakan”

51. “Mengapa orang ingkar ini berlari-lari ke arah kamu?”

52. “Dari sebelah kanan dan sebelah kiri, berduyun-duyun”, mereka datang untuk menentang nabi.

53. “Patutkah di kalangan mereka itu berharap masuk ke dalam syurga Naim?”, sedangkan mereka menentang nabi.

54. “Tak mungkin. Dan kami telah ciptakan mereka dari apa yang mereka sudah ketahui (air mani)”. Air mani adalah hina dan perlu di”proses” sehingga layak untuk masuk syurga.

55. Kami telah menciptakan mereka dari air mani yang hina, sedangkan mereka ingin masuk syurga. Memang mereka tidak layak masuk syurga kerana berasal dari air mani yang jijik!

56. “Kejijikan” ini boleh dibersihkan dengan “syariat”; fitrah yang suci. Jika seseorang mempunyai fitrah yang suci dia layak masuk syurga.

57. “Maka aku bersumpah kepada Rabb yang mempunyai bahagian-bahagian timur dan barat, tempat naik dan jatuhnya matahari. Dan bahawa Kami (Allah) memang berkuasa”

58. “Untuk gantikan mereka dengan makhluk lain yang lebih baik dari mereka. Dan Kami (Allah) sekali-kali tidak boleh dilemahkan”

69. Tiap-tiap hari nabi baca (dan menyebarkan) wahyu, sesuatu yang paling benar dan paling suci, yang ada jaminan daripada Allah untuk kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini dan kehidupan hakiki.

60. Sebaliknya mereka (orang-orang kafir) bercakap perkara-perkara yang kotor.

61. Jika seseorang bercakap sesuatu yang bercanggah dengan wahyu, Allah berfirman di dalam al-Quran, “Biarkan mereka itu bercakap perkara-perkara yang bercanggah dengan wahyu”

62. “Dan dunia ini sekadar untuk bermain-main”, iaitu, mereka berada dalam dunia ini hanya sekadar untuk bermain-main. “Sehingga mereka bertemu suatu hari yang dijanjikan kepada mereka untuk dihukum”

63. “Hari bila mereka keluar dari kubur-kubur mereka dengan amat cepat, seperti mereka berlari-lari ke tempat pemujaan mereka (semasa di dunia dahulu)”.

64. Pada hari itu, “Hina pandangan mereka. Mereka dilitupi kehinaan”. Dan dikatakan kepada mereka, “Inilah hari yang dijanjikan kepada mereka”

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 69 – al-Haqqah

VIDEO – [Durasi  35m 12s] -Surah No 69 -al-Haqqah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9W0eJYL53Ic ]

سورة الحاقة

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَاقَّةُ (1) مَا الْحَاقَّةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحَاقَّةُ (3) كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ (4) فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ (5) وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ (6) سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ (7) فَهَلْ تَرَى لَهُمْ مِنْ بَاقِيَةٍ (8) وَجَاءَ فِرْعَوْنُ وَمَنْ قَبْلَهُ وَالْمُؤْتَفِكَاتُ بِالْخَاطِئَةِ (9) فَعَصَوْا رَسُولَ رَبِّهِمْ فَأَخَذَهُمْ أَخْذَةً رَابِيَةً (10) إِنَّا لَمَّا طَغَى الْمَاءُ حَمَلْنَاكُمْ فِي الْجَارِيَةِ (11) لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَا أُذُنٌ وَاعِيَةٌ (12) فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ (13) وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً (14) فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (15) وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ (16) وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ (17) يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ (18) فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ (19) إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ (20) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (21) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (22) قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ (23) كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ (24) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ (25) وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ (26) يَا لَيْتَهَا كَانَتِ الْقَاضِيَةَ (27) مَا أَغْنَى عَنِّي مَالِيَهْ (28) هَلَكَ عَنِّي سُلْطَانِيَهْ (29) خُذُوهُ فَغُلُّوهُ (30) ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ (31) ثُمَّ فِي سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَاسْلُكُوهُ (32) إِنَّهُ كَانَ لَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ (33) وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (34) فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ (35) وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍ (36) لَا يَأْكُلُهُ إِلَّا الْخَاطِئُونَ (37) فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ (38) وَمَا لَا تُبْصِرُونَ (39) إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (40) وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ قَلِيلًا مَا تُؤْمِنُونَ (41) وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (42) تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (43) وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ (44) لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ (45) ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ (46) فَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ (47) وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِلْمُتَّقِينَ (48) وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنْكُمْ مُكَذِّبِينَ (49) وَإِنَّهُ لَحَسْرَةٌ عَلَى الْكَافِرِينَ (50) وَإِنَّهُ لَحَقُّ الْيَقِينِ (51) فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ (52)

TERJEMAHAN SURAH AL-HAQQAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Saat yang tetap berlaku itu

(2) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?

(3) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).

(4) Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.

(5) Maka (masing-masing menerima azab dunianya) – adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.

(6) Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya,

(7) Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

(8) Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?

(9) Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan – dengan melakukan perkara-perkara yang salah.

(10) Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah

(11) Sesungguhnya Kami, – ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), – telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).

(12) (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.

(13) Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup,

(14) Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, –

(15) Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,

(16) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),

(17) Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

(18) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

(19) Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

(20) “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”

(21) Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan,

(22) Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya),

(23) Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

(24) (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!”

(25) Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku,

(26) “Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

(27) “Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi);

(28) “Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun;

(29) Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku”.

(30) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,

(31) “Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim;

(32) “Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

(33) “Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

(34) “Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

(35) “Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya),

(36) “Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,

(37) “Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah”.

(38) Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya,

(39) Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya,

(40) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

(41) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

(42) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

(43) (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

(44) Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan,

(45) Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami,

(46) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

(47) Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

(48) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

(49) Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).

(50) Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).

(51) Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

(52) Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah ini dan beberapa surah seterusnya adalah tentang penafian “syirik barokah”, iaitu kepercayaan adanya “berkat” selain daripada Allah. Kepercayaan ini boleh meruntuhkan akidah dan merosakkan iman kita. Berkat hanya daripada Allah. Ayat 1 Surah al-Mulk – “Maha berkat Allah taala yang dalam gengamanNya segala kerajaan”

2. Seseorang yang beramal (beribadat) adalah berada dalam keberkatan. Memikirkan tentang akhirat, seperti mengingati mati, juga mengandungi keberkatan. Mengingati bahawa suatu hari dia akan ditinggalkan dan putus hubungan dengan semua manusia, mengenang bahawa jika tidak kerana belas kasihan Allah, dia akan merana selama-lamanya. Berfikir perkara-perkara begini juga mengandungi berkat, memberi cahaya kepada hati, walaupun tidak melakukan apa-apa amalan. Kerana berfikir tentang akhirat ini adalah dari syariat Allah.

3. Sebaliknya, jika berfikir tentang “dunia” (semata-mata), ianya akan merosakkan kita. Berfikir dan bimbang tentang “dunia” akan menjadikan hati kita keras; pudar dan hilangnya keberkatan.

4. Untuk mendapatkan berkat, belajarlah ilmu wahyu, beramal dengan syariat dari Allah, kerana keberkatan adalah anugerah dari Allah.

5. Ayat-ayat al-Quran yang akan kita baca nanti adalah untuk kita fahami bahawa keberkatan adalah dari Allah. Dalam surah al-Haqqah, Allah menyatakan hukuman yang akan diterima oleh mereka yang rosak akidahnya di segi “syirik barokah”.

6. Di antara syirik yang berlaku kepada seseorang ialah “syirik barokah” dan dalam surah ini dinyatakan apakah hukuman-hukuman yang berlaku di dunia ini lagi.

7. Surah selepas ini, Surah al-Ma’aarij adalah berkenaan hukuman yang akan berlaku di akhirat kerana “syirik barokah”.

8. Mereka yang rosak akidah kerana “syirik barokah” akan dihukum di dunia dan juga di akhirat.

9. Surah al-Haqqah, adalah mengenai hukuman di dunia kerana “syirik barokah” manakala Surah al-Ma’aarij memberitahu tentang hukuman di akhirat.

10. Surah Nuh pula ialah dalil naqli dari cerita nabi Nuh tentang seruan mentauhidkan Allah termasuk tauhid di segi barokah. Allah tidak berkongsi “berkat” dengan yang lain. Surah Nuh mengandungi dalil naqli tentang “berkat” dari cerita Nabi Nuh dan bahawa Allah sahaja yang memiliki “berkat”.

11. Seterusnya, surah Jinn adalah dalil naqli dari golongan jin tentang “berkat”. Golongan jin terdiri dari ahli tauhid (taat) dan ahli syirik (derhaka)

12. Golongan jin, sebagaimana manusia, sekiranya tidak mengikut wahyu dari al-Quran, mereka pun akan sesat. Mereka mempunyai berbagai kumpulan yang sesat, terdapat banyak salah faham tentang agama Allah dan banyak melakukan kesyirikan kepada Allah taala. Golongan sesat dari kalangan manusia bekerjasama dengan golongan sesat dari kalangan jin untuk meyesatkan orang lain. Dalam surah Jin, Allah beritahu bahawa golongan jin juga mempunyai golongan-golongan tauhid, termasuk tauhid dalaman.

13. Surah Muzammil pula menyarankan supaya wahyu ini dibaca pada malam hari. Al-Quran dibaca dengan “tawajjuh” dan “tadabbur” kerana pada malam harilah masa yang paling sesuai untuk membaca al-Quran, sunyi dari segala gangguan, tenang, bebas dari kesibukan. Lebih-lebih lagi bila ianya dihafal dan dibaca dalam sembahyang.

14. Membaca al-Quran dalam sembahyang ialah sehebat-hebat “tawajjuh” terhadap al-Quran. Kita perlu berusaha untuk mencapai tahap sepeti nabi dalam “tawajjuh” kepada al-Quran. Dan juga membaca al-Quran untuk tadabbur sebagaimana amalan nabi dan para sahabat baginda. Sekiranya tidak mampu baca dalam sembahyang maka hendaklah kita baca di luar sembahyang dan ianya pada darjat kedua.

15. Sekarang, amalan ini tidak (banyak) diamalkan dalam kehidupan umat ini, dan kita perlu berjuang untuk menghidupkan amalan ini. Kurangnya ber”tadabbur” terhadap al-Quran menyebabkan manusia cuai, menghabiskan malamnya hanya untuk tidur sedangkan masa itulah masa yang paling baik untuk berdamping dengan Allah. Oleh sebab itu, hubungannya dengan Allah taala adalah lemah, menjadikan seseorang itu amat susah untuk berjuang untuk agama. Dan inilah puncanya umat Islam lemah. Mereka tidak faham bahasa al-Quran dan tiada masa untuk men”tadabbur” al-Quran. Surah Muzammil mengajar kita supaya men”tadabbur” al-Quran dalam sembahyang pada waktu malam. Dari sinilah Allah memberi kekuatan kepada seseorang untuk mentablighkan wahyu. Surah-surah ini diturunkan pada peringkat permulaan wahyu diturunkan untuk melatih umat Islam supaya membacanya dalam sembahyang.

16. Sahabat-sahabat nabi menghafal al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang perlu sentiasa ada hubungan rapat dengan kita. Surah-surah inilah yang kita sentiasa baca dalam sembahyang.

17. Seterusnya surah Muddaththir – setelah al-Quran ditadabbur pada malam hari, maka tablighkanlah (sampaikanlah) kepada manusia pada siang harinya. Di malam hari taddaburkan al-Quran dalam solat dan di siang hari tablighkannya kepada orang lain. Turunnya surah-surah ini di awal kenabian nabi s.a.w adalah untuk menyuruh kita mentadabbur dan seterusnya mentablighkan al-Quran. Dengan sentiasa mentadabbur dan mentablighkan al-Quran umat Islam akan mendapat kekuatan yang segera.

18. Sedangkan dalam masyarakat kita hari ini, ramai hanya mampu bersolat tahajjud sahaja tetapi meninggalkan tabligh dan dakwah, sedangkan al-Quran turun untuk di”tadabbur” dalam solat (pada malam hari) dan ditablighkan (kepada manusia) pada siang hari. Amalan ini, iaitu al-Quran hanya dibaca dalam ibadat-ibadat sahaja, tidak mencapai maksud sepenuhnya al-Quran diturunkan.

19. Harapnya, kita dapat fahami mafhum (maksud sebenar) dari ayat-ayat yang kita baca ini.

20. “Al-Haqqah”, suatu nama hari kiamat yang maksudnya, “Suatu bahaya yang pasti akan berlaku”

21. “Tahukah kamu apa itu al-Haqqah?”

22. “Tahukah kamu apakah bahaya yang pasti akan berlaku itu?” Ianya ialah salah satu nama untuk hari kiamat; hari kiamat ialah suatu bahaya yang pasti akan berlaku. (Orang Arab) akan merasakan kehebatannya bila dengar kalimat ini.

23. “Kaum Tsamud dan ‘Aad dahulu telah mendustakan hari kiamat”

24. Di antara nama hari kiamat ialah “Qaari’ah”, yang bermaksud, “Mengetuk hati manusia”, keadaan pada masa itu (hari kiamat) seperti terpukulnya hati manusia.

25. Bila mendustakan kiamat, di dunia ini, “Adapun Kaum Tsamud dibinasakan oleh Allah taala dengan suatu suara yang amat kuat”, berserta gegaran yang amat dahsyat.

26. Hancur lebur, hilang segala apa yang dikejar dalam sekelip masa!

27. “Adapun kaum ‘Aad pula, (disebabkan mereka mendustakan kiamat), mereka telah dihancurkan dengan angin yang sangat kencang lagi sejuk (taufan yang sangat sejuk), yang begitu ganas dan tidak terkawal”, yang akan menimpa sesiapa sahaja.

28. “Allah timpakan angin tersebut kepada kaum ‘Aad selama tujuh malam, lapan hari terus menerus”

29. Kaum ‘Aad adalah salah suatu kaum yang berkata, “Siapakah yang lebih hebat dari kami?”

30. Lalu Allah hantar kepada mereka angin kencang yang sejuk selama tujuh malam, lapan hari yang ganas dan mematikan.

31. “Kamu dapat tengok kaum ‘Aad pada masa itu mati bergelimpangan”

32. “Tubuh badan mereka seperti tunggul-tunggul kurma yang lompang”

33. “Maka adakah kamu dapat lihat lagi saki baki dari mereka yang masih hidup?”, semuanya dihapuskan, tidak ada lagi yang hidup.

34. “Fir’aun dan kaum-kaum sebelumnya, golongan yang diterbalikkan telah melakukan dosa yang sangat besar”, telah melakukan kecuaian yang dahsyat iaitu tidak mengenal Allah lalu mensyirikkan Allah.

35. “Mereka telah derhaka kepada Rasul yang diutuskan Allah kepada mereka. Lalu Allah siksa mereka (bersama Fir’aun) dengan siksa yang amat keras”

36. Berkenaan nabi Nuh, “Apabila air telah melampaui hadnya (menenggelamkan) semua makhluk maka, Kami telah membawa kamu ke dalam kapal yang berlayar”

37. “Supaya Kami dapat jadikan kisah ini sebagai peringatan kepada kamu semua”

38. “Kami selamatkan sebahagian dari manusia manakala yang selebihnya mati lemas.”

39. “Dan boleh mendengar telinga-telinga yang boleh mengingati (mengambil pengajaran)”; cerita ini dipanjangkan dari satu generasi ke satu generasi.

40. “Maka apabila ditiup sangkakala pertama, bumi dan gunung diangkat lalu dilaga-lagakan lalu sekaligus hancur berkecai ”

41. “Maka pada hari itulah berlaku kiamat”

42. “Dan terbelah langit”

43. “Di masa terbelahnya langit, ianya (langit) sangat lemah lagi rapuh”

44. “Para malaikat berada pada seluruh penjuru langit”

45. “Dan memikul arasy Rabb kamu di atas kepala mereka pada hari kiamat itu, oleh lapan malaikat”

46. “Pada hari itulah kamu akan dihadapkan untuk dihisab”

47. “Tidak tersembunyi sesuatu apa pun dari diri kamu dari pengetahuan Allah”, tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan Allah di padang Mahsyar.

48. “Maka orang yang diberi buku amalan dengan tangan kanan, (menandakan dia adalah orang baik), lalu berkatalah dia dengan gembira, “Nah sila ambil dan baca kitab amalan saya”, saya memperolehi keputusan yang cemerlang! “Tangan kanan” adalah petunjuk bahawa mereka adalah ahli syurga. Perjuangan saya dari akil baligh hingga meninggal dunia telah berjaya. Kita boleh bayangkan perasaan ini dalam kehidupan di dunia ini, kita akan gembira bila ada orang tahu dan tengok kejayaan kita. Dipuji dan diucap tahniah. Segala usaha dan penat lelahnya telah berhasil mendapat apa yang diharapkan.

49. Orang beriman yang akil baligh ada satu perjuangan yang sukar dan di akhirat balasannya adalah hasil dari perjuangan tersebut.

50. Dia berkata kepada orang di sekelilingnya, “Ambil dan bacalah kitab aku ini.” Dia yakin yang dia akan berjaya.

51. “Sesungguhnya aku telah yakin akan bertemu dengan hisab amalanku”

52. Keyakinan inilah yang menyebabkan, semasa di dunia ini, dia hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan berwaspada.

53. Orang yang mahir dalam sesuatu bidang, misalnya dalam kerja-kerja elektrik, dia lebih tahu tentang risiko renjatan elektrik berbanding orang lain. Dan dia akan amat berhati-hati dalam kerjanya kerana dia tahu akibatnya jika berlaku kesilapan. Contoh lain, pakar pemusnah bom, akan amat berhati-hati kerana dia tahu risiko kesilapan semasa menjalankan tugasnya.

54. Keyakinan (terhadap balasan di akhirat) menyebabkan seseorang itu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya (semasa di dunia ini). Sebaliknya tindakan orang yang tidak yakin tentang akhirat tidak begitu mempedulikan tindak-tanduknya.

55. Tindakan seseorang samada berhati-hati atau sebaliknya adalah gambaran dari keyakinannya samada akan adanya balasan atau tidak. “Keyakinan” itulah yang membuahkan hasil mendapat buku amalan dengan tangan kanan.

56. Allah beritahu kepada kita, orang yang gembira ialah orang yang menerima buku amalan dengan tangan kanan.

57. “Sesungguhnya aku telah yakin akan bertemu dengan hisab amalanku” (Nota – Kaedah dalam al-Quran yang perlu difahami, bila ungkapan “zhann” ditujukan kepada orang beriman, ianya bermaksud “yakin” dan jika ungkapan “zhann” dinisbahkan kepada orang kafir ianya bermaksud “syak” atau “ragu”, agak-agak atau andaian semata-mata).

58. “Sesungguhnya aku telah yakin akan bertemu dengan hisab amalanku”

59. Disebabkan sifat yakin itu, aku berhati-hati dalam setiap tindak tanduk aku, samada dalam tutur kata atau apa saja.

60. “Orang seperti ini berada dalam kehidupan yang amat memuaskan, dalam kebun syurga yang tinggi. Buah-buah dipetik dengan mudah dan dikatakan kepada mereka, “Sila makan dan minum dengan penuh nikmat dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu lakukan pada masa dahulu (semasa di dunia)” Semoga Allah taala pilih kita.

61. “Dan adapun orang yang diberi buku amalan dengan tangan kiri, dia berkata dengan penuh penyesalan, “Alangkah baiknya jika tidak diberi kitab ini kepada aku”. Aku tidak perlukan keputusan ini kerana ianya keputusan yang buruk.

62. “Dan alangkah baiknya jika aku tidak tahu apa hisab amalanku”, biarkanlah ianya begitu saja. Tetapi tidak, hisab amalannya akan diketahui dengan terperinci di akhirat nanti.

63. “Dan alangkah bertuahnya, jika kematian yang berlaku semasa di dunia dahulu sebagai penamat kepada segala-galanya.”

64. Tapi kematian itu bukan penamat malah sebagai permulaan kepada segala-galanya.

65. Inilah lafaz-lafaz penyesalan, alangkah bertuahnya jika kematian itu adalah penamat kepada segala-galanya. Tetapi tidak mungkin kerana ianya adalah permulaan kepada pembalasan. Mati adalah sebagai pembukaan, tetapi manusia menyangka ianya adalah penutup (kesudahan). Manusia yang menganggap mati adalah penutup atau kesudahan kepada semua perkara akan bertindak sesuka hati di atas dunia ini. Tetapi kepada orang beriman, kematian adalah sampainya ke destinasi yang dituju. Untuk orang tidak beriman, kematian adalah penutup tetapi kepada orang beriman kematian adalah sampainya ke tempat yang dituju. Inilah perbezaan di antara orang yang yakin adanya akhirat dan orang yang hanya yakin hanya dunia ini saja yang wujud.

66. “Tidak boleh menolongku hartaku. Hilang dariku segala kekuasaan yang pernah aku miliki.” Tiada lagi bantuan dan pertolongan yang boleh menyelamatkanku!

67. Allah arahkan malaikat, “Tangkaplah dia dan belenggukannya”, dengan tangannya diikat pada leher.

68. “Kemudian sumbatkanlah ia ke dalam neraka”.

69. “Kemudian dia dirantai yang panjangnya tujuh puluh hasta, dibelit, ditambat dan dihumbankan ke dalam neraka”

70. “Sesungguhnya dia ini semasa di dunia dulu tidak beriman kepada Allah yang agung”. Dia tidak menerima tentang tauhid (ketuhanan) Allah yang maha agung sebaliknya merosakkan tauhidnya. Dia memutuskan hubungannya dengan Allah taala dan juga hubungannya dengan manusia.

71. “Dan dia tidak mempunyai keinginan untuk mendorong memberi makan kepada orang miskin”, dia langsung tidak peduli kepada orang miskin.

72. Orang yang berharta, infakkan hartanya kepada orang miskin dan orang yang tidak berharta mempunyai keinginan dan mendorong orang lain untuk membantu orang miskin. Dia tidak pernah berfikir dan berusaha supaya orang miskin diberi bantuan. Dia tidak mempunyai sifat kasihan belas kepada orang lain. Hubungannya dengan makhluk Allah (manusia lain) begitu rosak.

73. “Tidak ada lagi di hari ini, teman-teman rapat”

74. “Dan tidak ada makanan kecuali darah dan nanah dari ahli neraka”

75. “Yang tidak memakannya kecuali orang-orang yang bersalah”, orang-orang musyrik.

76. “Maka aku bersumpah dengan makhluk yang dapat kamu lihat, dan makhluk yang tidak dapat kamu lihat, sesungguhnya al-Quran ini wahyu yang diutuskan melalui rasul yang sangat mulia”; rasul yang sangat mulia iaitu malaikat.

77. “Dan tidak sekali-kali wahyu ini perkataan penyair. Tetapi sedikit dari kamu yang beriman”

78. “Dan tidak sekali-kali ianya perkataaan dari tukang tenung”, (Pada zaman dahulu tukang tenung ialah satu golongan yang dipuja, dan mereka sentiasa berbohong). “Tetapi amat sedikit yang ambil pengajaran”

79. “Bahkan al-Quran ini diturunkan dari Allah tuhan sekelian alam” Al-Quran ini tidak boleh diubah. Kecualilah jika seseorang itu mengaku menjadi nabi tetapi dia sebenarnya bukan seorang nabi, (Allah mungkin tidak mengapa-apakannya). Kalau dia benar-benar seorang nabi, Allah akan terus mematikannya jika dia melakukan perubahan ke atas wahyu. Nabi tidak dibenarkan mengatakan apa-apa yang tidak benar dari Allah.

80. “Sekiranya nabi mengatakan daripada Kami setengah-tengah perkataan yang bukan dari Kami nescaya Kami akan menyentapnya, kemudian Kami akan putuskan urat jantungnya sehingga mati”. Maksudnya, sekiranya seorang nabi cuba mengada-ngadakan sesuatu yang bukan dari Allah, nescaya Allah akan matikan dia. Sekiranya nabi ini dibiarkan hidup dan ada mukjizat dan lain-lain petanda sebagai nabi, nescaya dia adalah nabi yang benar.

81. “Dan tiada seorangpun daripada kamu yang dapat menghalang kematian nabi itu”

82. “Sesungguhnya al-Quran ini adalah benar-benar nasihat yang memberi keinsafan”, yang menyebabkan seseorang itu insaf dan sedar. “Bagi hamba-hamba yang ada sifat taqwa.”

83. “Dan sesungguhnya Kami pun tahu bahawa ada di kalangan kamu golongan manusia yang mendustakan wahyu”.

84. Cukup hanya dengan mendustakan satu wahyu, seseorang itu sudah dikira sebagai mendustakan wahyu. Tidak ada maknanya kamu menerima lebih enam ribu ayat al-Quran sekiranya kamu menoiak satu sahaja ayat al-Quran. Ianya tetap dikira sebagai mendustakan wahyu. Orang seperti ini dihalang dari mendapat kejayaan yang sebenar.

85. Kedudukan seseorang itu adalah sama di sisi Allah samada dia mendustakan sedikit atau mendustakan semua wahyu-wahyu dari Allah.

86. Tidak hairanlah jika masyarakat tidak dapat mengamalkan wahyu ini keseluruhannya, kerana ada di kalangan mereka yang bukan muslim!

87. Muslim yang menerima sembilan puluh peratus wahyu tetapi menolak sepuluh peratus wahyu adalah sebenarnya orang munafik. “Mukazzibiin” bermaksud mendustakan wahyu walaupun hanya satu wahyu. Menerima semua wahyu adalah syarat untuk diterima sebagai seorang Islam dan jika ada walaupun hanya satu wahyu yang tidak dapat diterima, dia tetap dikira munafik, tetap dikira sebagai “mukazzibiin”.

88. Masyarakat kita masih keliru dengan menganggap seseorang itu masih Islam dengan mengatakan dia baik, sedangkan dia telah rosak akidahnya (dengan menolak sebahagian dari wahyu), walaupun dia tidak pernah mengaku murtad, dan inilah yang dikatakan sebagai ‘munafik’. Di zaman nabi, nabi tidak asingkan mereka yang munafik ini kerana rosaknya aqidah adalah perkara dalaman, yang tidak dapat diketahui oleh orang lain.

89. Kadang-kadang tuan badan sendiripun tidak tahu bahawa dia adalah munafik sehinggalah al-Quran menyatakan sifat-sifat orang munafik. Bagaimanakah agaknya nasib di akhirat nanti seseorang yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya adalah munafik? Inilah akibat dari jahil terhadap kitab-kitab Allah. Semoga Allah lindungi kita.

90. Orang-orang yang jahil tentang wahyu ini (tiada maklumat) dari al-Quran ini, Allah beritahu, “Kami memang tahu bahawa ada di kalangan kamu yang mendustakan wahyu”

91. “Dan sesungguhnya wahyu al-Quran ini, adalah suatu penyesalan besar di akhirat nanti kepada golongan yang ingkar”, walaupun dia hanya mendustkan satu ayat al-Quran.

92. Kita boleh rujuk, contohnya dalam kitab “Mustika Hadith”, bahawa dengan mengingkari hanya separuh dari satu ayat al-Quran sahaja sudah dikira murtad, tidak beriman.

93. Cuma barangkali seseorang itu tidak tahu tentang hakikat ini, kerana tidak sampai maklumat kepadanya. Dia sangka dia bebas melakukan apa saja dan tidak perlu bergantung kepada wahyu.

94. “Al-Quran akan menyebabkan penyesalan yang besar kepada orang yang ingkar”

95. Apakah tahap keingkaran itu? Ianya adalah sebanyak wahyu yang wajib ia terima.

96. “Sesungguhnya al-Quran ini adalah kebenaran yang betul-betul meyakinkan”

97. Kebenaran yang betul-betul meyakinkan bahawa ianya dari Allah sebagai neraca untuk menilai seseorang manusia samada benar atau salah.

98. Topik perbincangan yang penting dalam al-Quran ialah berkenaan tauhid.

99. “Hendaklah kamu sucikan dengan berkat nama Rabb kamu yang agung”

100. Kesimpulannya, al-Quran mengajar kita mentauhidkan Allah dengan menyucikan, dengan menyebut “subhanallah”, Allah taala yang maha suci dari kelemahan dan kecacatan.Show less

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 68 – al-Qalam

VIDEO – [Durasi  17m 45s] -Surah No 68 -al-Qalam – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/F1-89Foeynw ]

سورة القلم
بسم الله الرحمن الرحيم
 
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ (1) مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ (2) وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ (3) وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ (4) فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ (5) بِأَيِّكُمُ الْمَفْتُونُ (6) إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (7) فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ (8) وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ (9) وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11) مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) عُتُلٍّ بَعْدَ ذَلِكَ زَنِيمٍ (13) أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ (14) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ (15) سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ (16) إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (17) وَلَا يَسْتَثْنُونَ (18) فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ (19) فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (20) فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ (21) أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَارِمِينَ (22) فَانْطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ (23) أَنْ لَا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُمْ مِسْكِينٌ (24) وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ (25) فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ (26) بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ (27) قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ (28) قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (29) فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ (30) قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ (31) عَسَى رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ (32) كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (33) إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ (34) أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ (35) مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ (36) أَمْ لَكُمْ كِتَابٌ فِيهِ تَدْرُسُونَ (37) إِنَّ لَكُمْ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ (38) أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا بَالِغَةٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ (39) سَلْهُمْ أَيُّهُمْ بِذَلِكَ زَعِيمٌ (40) أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ فَلْيَأْتُوا بِشُرَكَائِهِمْ إِنْ كَانُوا صَادِقِينَ (41) يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ (42) خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ (43) فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَذَا الْحَدِيثِ سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ (44) وَأُمْلِي لَهُمْ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ (45) أَمْ تَسْأَلُهُمْ أَجْرًا فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ (46) أَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ (47) فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ (48) لَوْلَا أَنْ تَدَارَكَهُ نِعْمَةٌ مِنْ رَبِّهِ لَنُبِذَ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ مَذْمُومٌ (49) فَاجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصَّالِحِينَ (50) وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ (51) وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ (52)
 
 
TERJEMAHAN SURAH AL-QALAM
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
(1) Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, 
 
(2) Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
 
(3) Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
 
(4) Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
 
(5) Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, 
 
(6) Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
 
(7) Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
 
(8) Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
 
(9) Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
 
(10) Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),
 
(11) Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
 
(12) Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa, 
 
(13) Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
 
(14) Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)?
 
(15) Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
 
(16) (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
 
(17) Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi;
 
 
(18) Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
 
(19) Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
 
(20) Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
 
(21) Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain 
 
(22) (Setengahnya berkata): “Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya”.
 
(23) Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
 
(24) “Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu”.
 
(25) Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
 
(26) Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: “Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)”.
 
(27) (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: “Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)”.
 
(28) Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?”
 
(29) Mereka berkata (dengan sesalnya): “Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”
 
(30) Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela. (31) Mereka berkata: “Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
 
(32) “Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap”.
 
(33) Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
 
(34) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
 
(35) Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
 
(36) Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
 
(37) Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? (38) Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
 
(39) Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
 
(40) Bertanyalah kepada mereka: “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?”
 
(41) Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.
 
(42) (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, 
 
(43) Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
 
(44) Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
 
(45) Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
 
(46) Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
 
(47) Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
 
(48) Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
 
(49) Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
 
(50) Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
 
(51) Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.
 
(52) Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
 
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
 
===============================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================
 
1. Tajuk penting dalam surah al-Qalam ialah penafian adanya “berkat” dari makhluk dan “berkat” itu hanyalah dari Allah.
 
2. Perkara paling penting yang disentuh dalam surah ini ialah jangan sekali-kali bertolak ansur atau bermudah-mudah tentang akidah. Allah larang dari bersikap bermudah-mudah dan bertolak ansur tentang akidah sebagaimana ayat 9 dalam surah ini.
 
3. “Nuun. Demi Kalam (Pena) dan apa yang ditulis”
 
4. “Tidaklah kamu (wahai Muhammad) dengan nikmat (yang diberi oleh) tuhan kamu (iaitu wahyu) seorang yang gila”
 
5. Maksudnya, orang gila tidak akan diberi wahyu. Walaupun kamu dituduh sebagai gila, kamu sebenarnya tidak gila; sebagai buktinya kamu diberi wahyu.
 
6. “Bahawasanya kamu akan dapat pahala yang tidak putus-putus”, selagi mana wahyu ini diikuti oleh umatmu (Nabi Muhammad) maka pahalanya tidak akan putus-putus. Seramai mana umat mu mengikuti wahyu ini, sebanyak itu pahala akan diberi.
 
7. Kamu akan diberi pahala yang tidak akan diungkit oleh Allah taala. Diberi pahala dengan penuh mulia.
 
8. “Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) mempunyai budi pekerti yang mulia”
 
9. Dengan diberinya wahyu kepada kamu menunjukkan bahawa kamu adalah seorang yang baik.
 
10. Kelak kamu akan diperlihatkan balasan dan mereka juga akan diperlihatkan balasan (terhadap amalan masing-masing).
 
11. “Siapa yang sebenarnya gila? Sesungguhnya Rabb kamu, Dialah yang maha mengetahui siapa yang sesat dari jalan yang benar”
 
12. “Dia juga maha mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”
 
13. Orang kafir tidak suka (amat benci kepada Nabi Muhammad) apabila wahyu diturunkan.
 
14 . “Janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan wahyu”
 
15. “Golongan ini sangat ingin jika kamu berlembut (dalam hal akidah), supaya mereka juga akan berlembut”
 
16. “Oleh itu janganlah berlembut”, jangan kamu patuhi terutamanya ketua-ketua pihak kafir (yang kebiasaannya mereka ini golongan yang ingkar dan banyak melakukan maksiat dan dosa).
 
17. “Mereka yang sangat suka bersumpah, lagi hina (tidak dihargai oleh kaumnya)”
 
18. “Suka mencela, suka mencaci dan berjalan untuk menabur fitnah (menghasut dan melaga-lagakan)”.
 
19. “Sangat kedekut untuk membuat kebaikan, melampaui batas, sangat banyak melakukan dosa”
 
20. ” ‘Utulin”, terjemahan pertama bermaksud, “Orang yang sangat buruk akhlaknya”, kedua, “Seorang yang sangat kotor lidahnya dalam percakapan”.
 
21. “Selain dari itu mereka juga anak zina”
 
22. Di atas adalah sifat-sifat musuh nabi, yang mempunyai pengaruh besar, yang menghalang orang lain dari mengikut nabi. Dia juga mengatakan nabi gila. Mengatakan nabi tidak layak menjadi nabi kerana tidak diberikan harta.
 
23. Sekiranya kamu (Muhammad) dihina oleh seseorang, kemungkinan besar orang itu adalah berperangai seperti ini.
 
24. “Dia menghina nabi kerana dia memiliki harta yang lebih dan kerana dia memiliki anak pinak yang ramai”
 
25. “Apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Kami, lalu dijawab, “Ini adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu”.
 
26. “Kami pasti akan memberi tanda pada hidungnya. (Allah akan jadikan hidungnya seperti hidung khinzir)
 
27. “Kami akan uji mereka (dengan nikmat yang diberi kepada mereka) sepertimana Kami pernah uji pemilik kebun”, pemilik kebun yang dihancurkan oleh Allah taala kerana kufur dan syirik kepada Allah.
 
28. “Ketika mereka bersumpah untuk memetik hasil tanaman mereka di waktu pagi dan mereka tidak mengasingkan hasil tanaman kepada fakir miskin (atau terjemahan kedua, oleh al-Qurtubi, kerana mereka tidak mentauhidkan Allah taala)
 
29. “Lalu kebun mereka ditimpa bencana daripada Rabb kamu ketika mereka tidur nyenyak.”
 
30. “Lalu jadilah kebun mereka seperti tanaman yang telah dituai”, mereka tidak tahu dan mereka tidak sedar.
 
31. “Di pagi hari mereka saling panggil memanggil (di antara adik-beradik mereka), kata mereka, “Pergilah ke ladang-ladang kamu sekiranya kamu benar-benar ingin memetik hasilnya”
 
32. “Di pagi hari, mereka (adik-beradik) pergi, sambil mereka berbisik-bisik (supaya percakapan mereka tidak didengar oleh fakir miskin), supaya orang miskin tidak masuk ke dalam kebun ini.”
 
33. “Dan mereka pergi ke kebun pada pagi itu dengan harapan untuk menghalang orang miskin dari masuk (ke kebun) dan dapat mengambil hasil (sepenuhnya) dari kebun itu”.
 
34. “Apabila mereka melihat kebun mereka, mereka berkata, “Sebenarnya kita sesat jalan (Ini bukan kebun kita)”
 
35. Tetapi apabila diperhati semula dengan teliti, mereka dapati itulah kebun mereka.
 
36. Allah telah bakar kebun mereka. Mereka berkata, “Kita sebenarnya yang telah hampa dan rugi”
 
37. Berkata adik-beradik mereka yang lebih baik, “Tidakkah aku nasihatkan kamu semua supaya kamu asingkan hasil-hasil tadi untuk diagihkan kepada orang-orang miskin (manakala terjemahan kedua, “Kenapa kamu tidak mentauhidkan Allah?”).
 
38. “Mereka berkata, “Maha suci Rabb kami, bahawa kami telah menzalimi diri kami”
 
39. “Maka mereka saling kata-mengata dan menyalahkan antara satu sama lain. Lalu mereka berkata, alangkah celakanya kami dan kami betul-betul melampaui batas. Mudah-mudahan Rabb kami gantikan kepada kami kebun-kebun yang lebih baik dari yang dihancurkan”
 
40. “Bahawa kepada Rabb kami ingin kembali”
 
41. “Demikianlah azab dunia”, Allah taala sediakan azab bencana supaya manusia sedar dan insaf.
 
42. “Manakala azab akhirat (di neraka nanti) adalah lebih besar (berbanding dengan azab dunia)”
 
43. Sekiranya mereka tahu azab di akhirat lebih besar nescaya mereka tidak menzalimi orang miskin dan tidak syirik kepada Allah.
 
44. “Sesungguhnya kepada mereka yang betul-betul bertakwa di sisi mereka nanti kebun-kebun syurga, jannatil naim”
 
45. “Apakah Kami akan jadikan orang Islam sama seperti orang yang bersalah?”. Adakah orang yang betul-betul menyerahkan diri kepada agama sama dengan orang yang bersalah di segi agama?
 
46. “Mengapa kamu berfahaman demikian. Bagaimana akal kamu buat keputusan?”
 
47. “Adakah kamu ada kitab (dari langit) yang kamu baca dan pelajari?”. Kitab yang mengajar kamu supaya syirik kepadaNya?
 
48. “Yakni, kitab yang turun dari langit yang memberitahu bahawa kamu boleh memperolehi apa saja yang kamu pilih (di akhirat nanti)”
 
49. “Apakah kamu sudah ada janji yang kuat dari Kami dan janji ini sampai ke akhirat” yang mana isi janji itu ialah, “Kamu akan dapat apa yang kamu putuskan”
 
50. Tanyalah kepada mereka: “Siapa di antara mereka yang bertanggungjawab atas perkara yang sedemikian?”
 
51. “Adakah mereka ada wakil-wakil (yang mereka seru) untuk memberi dan menyokong mereka?”
 
52. “Datangkanlah wakil-wakil mereka sekiranya mereka itu benar”
 
53. “Hari di mana disingkap betis (untuk menggambarkan dahsyatnya padang mahsyar) dan mereka diseru supaya sujud, padahal mereka itu tidak mungkin (sujud), tunduk hina pandangan mereka. Mereka dilitupi oleh kehinaan”
 
54. “Sesungguhnya mereka semasa di dunia dulu diseru supaya sujud kepada Allah dalam keadaan mereka sihat sejahtera”
 
55. “Maka (wahai Muhammad), biarkan Aku uruskan sendiri sesiapa yang mendustakan wahyu ini”
 
56. “Aku akan tarik mereka senyap-senyap ke neraka Jahannam”
 
57. “Dengan cara yang mereka tidak tahu (bahawa itu adalah “istidraj”).
 
58. “Istidraj” bermaksud diberi kepada mereka kehendak dunia tetapi ditarik senyap-senyap ke neraka.
 
59. “Memang Aku tangguhkan mereka azab di dunia”
 
60. “Sesungguhnya rancangan Ku amat kukuh”, iaitu apabila mati sahaja, mereka semua akan terperangkap.
 
61. “Apakah kamu (Muhammad) minta dari mereka upah? Maka dengan sebab menanggung bayaran itu mereka terbeban?”.
 
62. “Apakah mereka mempunyai ilmu ghaib?”, ilmu ghaib yang membenarkan amalan-amalan mereka.
 
63. “Maka mereka menulis ilmu ghaib itu untuk dijadikan sebagai bukti (untuk menentang ajaran dan peringatanmu)”. Semuanya tidak!
 
64. Mereka menolak ajaran kamu adalah kerana degil.
 
65. “Sabarlah (wahai Muhammad) menunggu keputusan dari tuhan kamu”
 
66. “Janganlah kamu bersikap seperti (nabi Yunus) yang ditelan oleh ikan, (ingatlah) ketika dia menyeru dan berdoa (di dalam perut ikan) dalam keadaan dia memarahi dirinya sendiri”
 
67. “Kalaulah dia tidak diselamatkan kerana ihsan dari Rabbnya nescaya dia akan tercampak di tanah yang tandus dalam keadaan yang kecundang”
 
68. “Selepas itu Tuhannya memilihnya semula untuk terus menjadi nabi”
 
69. “Lalu Allah jadikannya dari hamba-hamba yang soleh dengan darjat kenabian”
 
70. “Hampir-hampir golongan ingkar (menggelicirkan dan menjatuhkan kamu) dengan pandangan mata yang menakutkan kamu, apabila mereka mendengar al-Quran, mereka berkata, “Sesungguhnya dia (Muhammad) ini orang gila”
 
71. “Sedangkan al-Quran ini adalah peringatan kepada sekelian alam”
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 67 – al-Mulk

VIDEO – [Durasi  19m 27s] -Surah No 67 -al-Mulk – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/NCCJBnOBYHw ]

سورة الملك
بسم الله الرحمن الرحيم
 
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (2) الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا مَا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِنْ تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِنْ فُطُورٍ (3) ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنْقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ (4) وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ (5) وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ (6) إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ (7) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ كُلَّمَا أُلْقِيَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ (8) قَالُوا بَلَى قَدْ جَاءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ كَبِيرٍ (9) وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ (10) فَاعْتَرَفُوا بِذَنْبِهِمْ فَسُحْقًا لِأَصْحَابِ السَّعِيرِ (11) إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ (12) وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (13) أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (14) هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ (15) أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ (16) أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ (17) وَلَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ (18) أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ (19) أَمَّنْ هَذَا الَّذِي هُوَ جُنْدٌ لَكُمْ يَنْصُرُكُمْ مِنْ دُونِ الرَّحْمَنِ إِنِ الْكَافِرُونَ إِلَّا فِي غُرُورٍ (20) أَمَّنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ بَلْ لَجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ (21) أَفَمَنْ يَمْشِي مُكِبًّا عَلَى وَجْهِهِ أَهْدَى أَمَّنْ يَمْشِي سَوِيًّا عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (22) قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ (23) قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (24) وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (25) قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ (26) فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةً سِيئَتْ وُجُوهُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَقِيلَ هَذَا الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تَدَّعُونَ (27) قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللَّهُ وَمَنْ مَعِيَ أَوْ رَحِمَنَا فَمَنْ يُجِيرُ الْكَافِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (28) قُلْ هُوَ الرَّحْمَنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (29) قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ (30)
 
 
TERJEMAHAN SURAH AL-MULK
 
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
(1) Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
 
(2) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
 
(3) Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
 
(4) Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
 
(5) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
 
(6) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
 
(7) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
 
(8) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
 
(9) Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “
 
(10) Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
 
(11) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
 
(12) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
 
(13) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
 
(14) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
 
(15) Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
 
(16) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
 
(17) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
 
(18) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
 
(19) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
 
(20) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
 
(21) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
 
(22) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
 
(23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
 
(24) Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
 
(25) Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
 
(26) Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
 
(27) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”
 
(28) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
 
(29) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
 
(30) Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.
 
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
 
 
 
===============================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================
 
1. Tajuk penting dalam surah al-Mulk ialah penafian “Syirik berkat”. “Berkat” ialah suatu perkara yang disukai manusia, kerana mendapat kelebihan yang luarbiasa dari sesuatu perkara.
 
2. Konsep “berkat” hanya ada dalam Islam tetapi tidak ada dalam agama lain. Hanya orang beragama yang memahami tentang berkat. Iaitu sesuatu yang baik dan luarbiasa. Di antaranya, berkat ada pada harta, masa, amal, kerja dsb. Dengan masa yang pendek, dapat melakukan banyak kerja yang mendapat pahala. Dengan harta yang sedikit dapat membuat banyak perkara. Selain dari tidak membazir,  dari harta yang sedikit dapat memperolehi dan melakukan banyak perkara.
 
3. Oleh kerana ianya berkaitan dengan perkara luarbiasa yang diperlukan oleh manusia, syaitan mengambil kesempatan untuk membawa manusia  kepada syirik. Sepatutnya berkat itu hanya daripada Allah tetapi anehnya manusia menyimpang (tersasar) dengan meminta berkat selain daripada Allah. Oleh kerana terlalu ingin kepada berkat, dia akan berusaha mendapatkannya walaupun dari mana atau dari siapa yang  menyebabkan berlakunya syirik.
 
4. Sekiranya seseorang itu  tidak mantap di segi akidah dan tauhid, kemungkinan besar dia  akan terpesong dan terjerumus dalam akidah syirik yang bahaya. Semoga Allah lindungi kita.
 
5. Dari surah  al- Mulk hingga surah Jinn perbincangan penting ialah untuk menafikan syirik berkat.
 
6. Berkat hanya ada pada apa yang Allah taala janjikan. Di mana Allah beritahu ada berkat, di situlah akan ada berkat. Di mana tidak ada bukti adanya berkat, maka di situ tiada berkat.
 
7. Berkat ialah dalam amalan-amalan hamba yang disyariatkan oleh Allah.
 
8. Dalam amalan sembahyang ada berkat, bercakap benar ada berkat, baca al-Quran ada berkat, dalam berzikir ada berkat; infaq, memberi bantuan dan pertolongan secara ikhlas juga ada berkat.
 
9. Di dalam amalan-amalan manusia ada keberkatan. Dalam zat manusia, seperti nabi-nabi  a.s ada berkat, tapi golongan ini (nabi-nabi) telah berlalu zamannya, jadi tiada lagi berkat pada zat atau batang tubuh manusia.
 
10. Tiada maklumat yang sahih dari Allah taala bahawa kita mempunyai berkat. Yang ada berkat hanyalah dalam amalan-amalan yang disyariatkan.

11. Kita tidak boleh samakan bila Allah kata nabi diberi keberkatan, maka kita pun diberi keberkatan juga. Kita perlu ada bukti dan tidak boleh mendakwa sesuatu tanpa bukti. Kita boleh dakwa sesuatu hanya bila ada bukti dan kita berbohong jika tidak dapat mengemukakan bukti. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan agama, ianya adalah pembohongan  yang besar.

12. Kerana ianya penting, perkara berkaitan berkat ini diulang berkali-kali dari surah al-Mulk hingga surah Jinn.

13. “Maha berkat Allah dalam gengamanNya kerajaan.”

14. “Dan Dia berkuasa penuh di atas segala sesuatu”

15. “Dia menciptakan mati dan Dia juga menciptakan hidup. Untuk menguji kamu”

16. Hidup dan mati adalah suatu ujian. Yang berjaya ialah, “Siapa di antara kamu yang paling elok amalannya”. Untuk diberi balasan syurga (iaitu, lulus ujian).

17. “Dialah yang maha perkasa dan maha pengampun”

18. “Perkasa” bermaksud boleh menghukum sesiapa yang gagal dalam “ujian”, dan “Ghafur” pula bermaksud dapat mengampuni mereka yang berjaya.

19. “Dia yang menciptakan langit yang berlapis-lapis”

20. “Kamu tidak dapat melihat  dalam  ciptaan Allah itu sebarang perselisihan (semuanya seimbang).”

21. “Ulangilah melihat benda-benda tersebut (jika kamu ragu). Adakah kamu dapat lihat apa-apa kecacatan pada cipataan Allah?”

22. “Kemudian kamu ulang lihat berkali-kali, nescaya akhirnya pandangan mata kamu akan kecewa (kerana tidak dapat melihat apa-apa kelemahan pada ciptaan Allah)”. Penat matanya kerana tidak dapat melihat apa-apa kecacatan pada makhluk ciptaan Allah.

23. “Dan sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami jadikan juga lampu-lampu ini bahan bakaran untuk dilontarkan kepada syaitan-syaitan (yang bergayut untuk mengetahui berita-berita dari perbualan malaikat)”

24. “Dan  kami telah sediakan bagi mereka itu azab neraka yang menyala-nyala”

25. “Dan bagi golongan yang mengingkari terhadap Rabb tuhan mereka, untuk mereka azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”

26. Dahsyatnya neraka, “Apabila mereka dicampak ke dalam api neraka, mereka dapat mendengar dari jauh suara keras yang menggerunkan dari api neraka.”

27. “Keadaan neraka itu mendidih”, mendidih seperti air panas.

28. “Hampir neraka itu pecah kerana marahnya (kepada ahli neraka bila dihumbankan ke dalamnya)”

29. Setiap kali ahli neraka dihumbankan ke dalam api neraka, malaikat penjaga neraka bertanya kepada mereka kerana mencela mereka. Bertanya ada dua maksud, iaitu bertanya untuk tahu amalan baik atau bertanya untuk mendera seseorang.

30. “Maka bertanyalah penjaga-penjaga neraka (untuk mencela mereka)”

31. “Tidak datangkah kepadamu nabi-nabi yang memberi peringatan”. Allah sebut “naziir”, untuk memberitahu tentang sifat nabi, tidak semestinya hanya nabi,

32. Umat akhir zaman, di mana sudah tidak ada nabi, sifat “naziir” akan ada kepada sesiapa saja yang menyambung tugas kenabian.

33. “Tidak datangkah kepada kamu naziir?”, seseorang  yang memberi peringatan tentang tauhid, akhirat dan syariat.

34. “Bahkan ada. Memang telah datang kepada kami naziir (yang memberi peringatan), tetapi kami mendustakannya, (di segi perkataan dan perbuatan)”.

35. “Allah taala tidak menurunkan apa-apa pun”, oleh itu kami tidak perlu peduli.

36. “Tidaklah kamu (orang yang diberi peringatan) kecuali dalam kesesatan yang amat besar”

37. Ayat ini ingin memberitahu bahawa ahli neraka masuk neraka di atas kesilapan yang kecil, iaitu melanggar wahyu.

38. “Mereka berkata (dengan penuh penyesalan). “Kalaulah dahulu (semasa di dunia) kami dengar dan  kami berfikir”. Orang yang tidak boleh mendengar masih boleh berfikir (dan dia masih layak untuk jadi ahli syurga). “Nescaya kami tidak menjadi ahli neraka Sya’iir”.

39. Kesilapan mereka ialah tidak (mahu) mendengar wahyu.

40. “Mereka mengaku tentang dosa-dosa yang mereka buat”, kerana perbuatan mereka bercanggah dengan wahyu.

41. “Maka jauhlah dari rahmat Allah bagi  penghuni neraka Sya’iir”. “Sya’iir” bermaksud menyala-nyala. Semoga Allah lindungi kita.

42. “Sesungguhnya mereka yang  takut serta gerun kepada Rabb semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Allah, bagi mereka itu keampunan  dan pahala yang besar”

43. Allah beritahu kepada kita tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah.

44. “Samada kamu rahsiakan perkataan kamu atau kamu zahirkan perkataan kamu, adalah Allah adalah amat mengetahui”

45. “Sesungguhnya Allah taala maha mengetahui apa yang dirahsiakan oleh hati-hati manusia”

46. “Allah mengetahui apa-apa yang  telah diciptaNya”.

47. “Dan Dia maha halus dalam urusan pentadbiranNya dan maha mengetahui perkara besar dan kecil”

48. “Dialah Allah yang menjadikan untuk kamu  bumi yang mudah  untuk digunakan”. Makna “zaluul” ialah “tunduk segala-galanya kepada manusia yang ingin menggunakannya”

49. “Maka berjalanlah di atas permukaannya, dan makan dari rezekinya. Ingat bahawa kamu akan dihidupkan kembali”.

50. “Apakah kamu rasa aman Zat yang di langit, Dia yang membenamkan kamu ke dalam bumi dengan kudratNya”

51. “Tiba-tiba bumi bergoncang”

52. “Apakah kamu rasa aman dan selamat dari Zat yang di langit, menimpakan ke atas kamu hujan batu”

53. “Maka kamu pasti akan mengetahui dahsyatnya ancaman itu”. “Dan sesungguhnya telah  mendustakan rasul, orang-orang sebelum ini. (Perhatikanlah) bagaimana besarnya azab dan hukuman ku”

54. “Tidakkah mereka lihat pada burung di atas kepala mereka, yang membuka sayapnya”

55. “Kadang-kadang dia menutup sayapnya”

56. Tidakkah mereka dapat melihat burung di atas kepala mereka yang  membuka sayapnya dan kadang-kadang menutupnya.

57. “Tidak ada yang dapat menahannya dari jatuh kecuali Allah ar-Rahman”.

58. “Sesungguhnya Allah taala mempunyai kekuasaan di atas segala sesuatu”

59. “Apakah roh-roh yang kamu seru ini, tentera kamu yang akan membantu kamu? Bukannya tuhan ar-Rahman? Tidaklah golongan ingkar kepada tauhid ini kecuali dalam keadaan amat terpedaya”, sangat-sangat terperdaya.

60. “Apakah roh-roh yang kamu seru itu akan memberi rezeki kepada kamu?”

61. “Siapakah yang dapat memberinya rezeki, sekiranya Allah menahan  rezekiNya?  Tetapi mereka terus menerus dalam kederhakaan”,  mereka lari dari kebenaran.

62. “Apakah mereka yang berjalan dalam keadaan tersungkur  mukanya lebih terpimpin berbanding seorang yang berjalan tegak betul, dan berjalan atas jalan yang lurus”.

63. “Dan katakanlah, Dialah Allah yang menciptakan kamu dari tidak ada kepada ada”.

64. “Dan Dia telah menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan akal fikiran”; ketiga-tiga perkara ini diciptakan untuk menjadi neraca untuk mencari kebenaran.

65. “Tetapi sedikit daripada kamu yang betul-betul bersyukur”

66. “Katakanlah: Dialah (Allah) yang telah membiakkan kamu di muka bumi”, menjadikan manusia semakin hari semakin ramai. “dan kamu semua akan dikumpulkan kembali”

67. “Mereka berkata, “Bilakah kiamat yang dijanjikan? Sekiranya kamu benar (dalam dakwaan kamu adanya kiamat atau azab). Katakanlah, “Sesungguhnya ilmu tentang  bilakah akan berlakunya kiamat hanya ada pada Allah”

68. “Sesungguhnya aku hanya pemberi peringatan  yang jelas dan nyata”

69. “Apabila ahli neraka melihat azab neraka sudah hampir, menjadi keruh muka-muka orang yang ingkar (kerana tidak bersedia untuk menghadapi neraka)”

70. “Serta dikatakan kepada mereka, “Inilah azab yang kamu minta dipercepatkan semasa di dunia dahulu” Ayat-ayat seterusnya adalah cara berdalil menggunakan akal. 7

1. “Beritahulah kepada kami, “Apa kamu fikir, jika Allah mematikan aku (Muhammad) mengikut kehendak kamu?

72. “Atau orang yang bersama aku ini mati, mengikut kehendak kamu, atau sekiranya Allah taala mengasihani kami (dengan cara memberi bantuan kepada kami)”

73. Jika sekiranya kamu ingkar, aku (Muhammad) boleh jadi mati atau tidak mati (hidup). Yang menjadi persoalannya ialah sifat ingkar; kalau seseorang itu mempunyai sifat ingkar, nabi mati ataupun hidup tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

74. “Siapa yang  boleh melindungi golongan ingkar daripada azab yang sangat pedih” 7

5. “Katakanlah kepada mereka, “Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah. Yang kami beriman kepadaNya, Dan kepadaNya lah kami semua bertawakkal. Kamu pasti akan mengetahuinya kelak sesiapa yang  berada di dalam kesesatan yang jelas nyata (semasa di dunia ini)”

76. “Beritahu kepada mereka apa pandangan kamu sekiranya air yang ada pada kamu ini surut ke bawah (hilang lenyap di telan bumi)”

77. “Siapakah lagi yang berkuasa mengadakan mata air untuk kamu?”

Tafsir Al-Quran - Ringkas- Maulana Abdul Hadi

Tafsir Al-Quran – Ringkas- Maulana Abdul Hadi2 years ago (edited)(SAMBUNGAN TERJEMAHAN DAN EKSTRAKS TAFSIR – 1 DARI 2) (6) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (7) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (8) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?” (9) Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ” (10) Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. (11) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. (12) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (13) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (14) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (15) Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (16) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (17) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (18) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (19) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (20) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (21) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (22) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. (24) Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. (25) Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?” (26) Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”. (27) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”. (28) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. (29) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”. (30) Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”. [ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ] EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) =============================================== 1. Tajuk penting dalam surah al-Mulk ialah penafian “Syirik berkat”. “Berkat” ialah suatu perkara yang disukai manusia, kerana mendapat kelebihan yang luarbiasa dari sesuatu perkara. 2. Konsep “berkat” hanya ada dalam Islam tetapi tidak ada dalam agama lain. Hanya orang beragama yang memahami tentang berkat. Iaitu sesuatu yang baik dan luarbiasa. Di antaranya, berkat ada pada harta, masa, amal, kerja dsb. Dengan masa yang pendek, dapat melakukan banyak kerja yang mendapat pahala. Dengan harta yang sedikit dapat membuat banyak perkara. Selain dari tidak membazir,  dari harta yang sedikit dapat memperolehi dan melakukan banyak perkara. 3. Oleh kerana ianya berkaitan dengan perkara luarbiasa yang diperlukan oleh manusia, syaitan mengambil kesempatan untuk membawa manusia  kepada syirik. Sepatutnya berkat itu hanya daripada Allah tetapi anehnya manusia menyimpang (tersasar) dengan meminta berkat selain daripada Allah. Oleh kerana terlalu ingin kepada berkat, dia akan berusaha mendapatkannya walaupun dari mana atau dari siapa yang  menyebabkan berlakunya syirik. 4. Sekiranya seseorang itu  tidak mantap di segi akidah dan tauhid, kemungkinan besar dia  akan terpesong dan terjerumus dalam akidah syirik yang bahaya. Semoga Allah lindungi kita. 5. Dari surah  al- Mulk hingga surah Jinn perbincangan penting ialah untuk menafikan syirik berkat. 6. Berkat hanya ada pada apa yang Allah taala janjikan. Di mana Allah beritahu ada berkat, di situlah akan ada berkat. Di mana tidak ada bukti adanya berkat, maka di situ tiada berkat. 7. Berkat ialah dalam amalan-amalan hamba yang disyariatkan oleh Allah. 8. Dalam amalan sembahyang ada berkat, bercakap benar ada berkat, baca al-Quran ada berkat, dalam berzikir ada berkat; infaq, memberi bantuan dan pertolongan secara ikhlas juga ada berkat. 9. Di dalam amalan-amalan manusia ada keberkatan. Dalam zat manusia, seperti nabi-nabi  a.s ada berkat, tapi golongan ini (nabi-nabi) telah berlalu zamannya, jadi tiada lagi berkat pada zat atau batang tubuh manusia. 10. Tiada maklumat yang sahih dari Allah taala bahawa kita mempunyai berkat. Yang ada berkat hanyalah dalam amalan-amalan yang disyariatkan. (SAMBUNGAN EKTRAKS TERJEMAHAN DALAM RUANGAN KOMEN SETERUSNYA)REPLY

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 66 – at-Tahriim

VIDEO – [Durasi  17m 18s] -Surah No 66 -at-Tahriim – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ah15pL0Hurs ]

سورة التحريم

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (1) قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (2) وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ (3) إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (4) عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا (5) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (6) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (7) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (8) يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ (9) ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (10) وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (11) وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ (12)

TERJEMAHAN SURAH AT-TAHRIIM

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(2) Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda – kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(3) Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? ” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) “.

(4) Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya.

(5) Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, – yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, – (meliputi) yang janda dan yang anak dara.

(6) Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

(7) Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan”.

(8) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

(9) Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

(10) Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.

(11) Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”;

(12) Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. Surah at-Tahriim ada persamaan dengan Surah Al-Hadiid iaitu kedua-dua surah ada menyebut tentang “jihad” dan “taubat”. “Jihad” disebut dalam ayat 9 dan “Taubat” dalam ayat 8 surah ini.

2. Ayat pertama ditujukan kepada nabi kerana baginda telah bersumpah untuk tidak minum madu di rumah isterinya Zainab kerana ingin menjaga hati isterinya yang lain.

3. Di antara minuman yang nabi paling suka ialah madu. Zainab menyediakan madu untuk menggembirakan nabi kerana dia tahu nabi suka minum madu. Nabi biasanya akan pergi ke rumah Zainab untuk meminum madu. Perkara ini diketahui oleh Aisyah r.ha. 3. Isteri-isteri nabi ada dua kelompok iaitu yang rapat dengan Zainab dan yang rapat dengan Aisyah. Masing-masing suka sekiranya nabi rapat dengan mereka.

4. Nabi sering ke rumah Zainab kerana ingin minum madu di rumahnya.

5. Aisyah berpakat dengan Hafshah, jika nabi masuk ke salah satu rumah mereka selepas meminum madu di rumah Zainab, mereka akan katakan mulut nabi berbau busuk disebabkan makanannya atau minumannya.

6. Nabi memang tidak suka kepada bau busuk. Pakatan antara dua isteri nabi ini berjalan sebagaimana dirancang; bila nabi masuk ke rumah Hafshah, Hafshah beritahu bahawa mulut nabi berbau busuk seperti getah kayu. Nabi beritahu bahawa sebenarnya dia telah minum madu di rumah Zainab tetapi (kerana dikatakan berbau busuk) nabi berkata tidak akan minum lagi madu tersebut di rumah Zainab. Nabi berpesan supaya jangan diberitahu kepada sesiapa tentang perkara tersebut.

7. Setelah didapati nabi s.aw. tidak lagi pergi ke rumah Zainab, Hafshah memberitahu Aisyah bahawa rancangan mereka telah berjaya.

8. Maka turunlah ayat ini, “Wahai Nabi! Mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan kepada kamu?” Maksud “mengharamkan” ialah nabi tidak ingin minum madu lagi di rumah Zainab, bukannya nabi mengharamkan benda yang halal.

9. Nabi melakukan demikian untuk, “Memuaskan hati isteri-isterinya”, kerana dikatakan bau busuk maka baginda “mengharamkan” (tidak ingin) minum madu di rumah Zainab.

10. “Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”

11. “Sesungguhnya Allah memfardhukan ke atas kamu untuk membatalkan sumpah-sumpah kamu”

12. “Dan Allah lah pelindung kamu yang sebenar”

13. “Dan Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana”

14. “Ketika nabi memberi tahu secara rahsia kepada isterinya (Hafshah), (iaitu aku tidak akan pergi ke rumah Zainab untuk minum madu dan dia minta isterinya itu merahsiakan hal ini), isterinya tersebut menceritakan hal tersebut (kepada madunya)”

15. Apabila Hafshah menceritakan rahsia ini, “Allah taala memberitahu (melalui wahyu) kepada nabi bahawa rahsia itu telah dibocorkan”

16. “Engkau (nabi) telah memberitahu (kepada Hafshah) sebahagiannya dan tidak memberitahu sebahagian lagi”.

17. Nabi hanya menyebut sebahagian sahaja (iaitu “rahsia kita telah terbuka” dan tidak berkata “engkau telah beritahu rahsia ini kepada Aisyah”) supaya Hafshah tidak rasa malu.

18. “Dia memberitahu sebahagiannya (dari rahsia yang telah dibocorkan)”

19. “Dan kamu menyembunyikan sebahagian lagi (tidak mengatakan dengan terus terang” seperti, “Kamu sebenarnya telah memberitahu perkara tersebut kepada Aisyah. Aku telah diberitahu oleh Allah melalui wahyu”).

20. Tetapi baginda sembunyikan (sebahagiannya) kerana ingin menjaga hati isterinya.

21. Apabila nabi menceritakan kepada Hafshah bahawa rahsia tersebut telah bocor, Hafshah terkejut lalu berkata, “Siapa yang membuka rahsia ini?”

22. Nabi menjawab, “Aku diberitahu oleh Allah yang maha mengetahui perkara zahir dan batin”

23. Sayugialah kamu berdua bertaubat kepada Allah, “Sesungguhnya hati kamu cenderung (kepada perkara yang) menyusahkan nabi”

24. “Sekiranya kamu saling tolong menolong (kepada perkara yang) menyusahkan nabi, sesungguhnya Allah itu adalah penolong nabi”. Sesungguhnya Allah taala itu amat rapat dengan nabi.

25. “Dan Jibril amat rapat dengan nabi. Dan orang-orang mukmin yang soleh adalah amat rapat dengan nabi (menjadi penolong kepada nabi)”

26. “Dan malaikat-malaikat akan menjadi golongan yang membantu nabi”

27. “Mungkin Tuhannya (Allah), apabila dia (nabi) menceraikan kamu, Allah boleh tukarkan dengan isteri-isteri lain yang lebih baik daripada kamu”. Yang mempunyai sifat-sifat baik; benar-benar “muslim” (menyerahkan diri pada syariat Allah), “mukmin” (yakin pada janji Allah), taat setia terhadap hukum Allah, bertaubat kepada Allah, benar-benar beribadat kepada Allah dan sentiasa berpuasa kerana Allah. Dari kalangan janda-janda dan gadis-gadis perawan”.

28. Sekiranya kamu (isteri-isteri nabi) cuba (melakukan perkara yang akan) menyusahkan nabi, Allah boleh ganti kamu dengan orang lain. Nabi ada Allah, orang-orang mukmin dan malaikat yang boleh menolongnya.

29. “Wahai orang-orang yang beriman”, dalam kehidupan dunia ini, “Hendaklah kamu jaga diri kamu”. “Jaga diri kamu” (ditafsirkan) adalah dengan mengajar agama. Bermaksud orang yang tidak mengajar agama adalah orang yang tidak jaga agama. “Dan jaga ahli keluarga kamu (dengan mengajarkan agama kepada mereka)”

30. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jaga diri kamu”.

31. Jagalah diri kamu dengan belajar agama, dan “jaga ahli keluargamu”, dengan mengajarkan agama kepada mereka.

32. Jaga mereka (ahli keluarga mu) dan diri kamu, “dari api neraka”. Api neraka yang, “Bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala)”

33. “Neraka dijaga malaikat-malaikat yang diarahkan supaya menjaga, yang sangat keras dan sangat buruk layanannya. Mereka tidak sedikit pun menderhakai Allah”

34. Mereka melakukan apa yang diarahkan kepada mereka oleh Allah dan mereka melakukan apa yang diarahkan sahaja.

35. Mereka akan berkata di akhirat nanti, “Wahai orang yang ingkar, janganlah kamu mengemukakan apa-apa alasan di akhirat ini, sesungguhnya kamu dibalas ke atas apa yang kamu lakukan dahulu”

36. “Wahai orang-orang yang beriman, sentiasalah kamu bertaubat dengan Taubat Nasuha”. Taubat Nasuha ialah taubat yang ikhlas.

37. “Mudah-mudahan dengan taubat yang ikhlas itu Rabb kamu akan menutup dosa-dosa kamu. Akan memasukkan kamu ke dalam kebun-kebun syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”

38. “Pada hari akhirat, di padang Mahsyar, Allah tidak akan menghina nabi dan orang-orang yang beriman bersama nabi. Zahir cahaya kepada mereka ketika mereka melintas titian sirat, di kanan dan di depan mereka”

39. Di depan mereka ialah cahaya iman dan di kanan mereka ialah cahaya dari amalan baik mereka.

40. “Ketika itu mereka berdoa, “Wahai tuhan kami. Sempurnakanlah pemberian cahaya untuk kami. Dan ampunkanlah dosa kami. Sesungguhnya engkau berkuasa penuh atas segala sesuatu” Ayat berikut adalah berkenaan jihad.

41. “Wahai nabi. Hendaklah engkau berjihad menentang orang kafir (dengan pedang) dan berjihad menentang orang munafik (dengan lidah). Berkeraslah dengan mereka (iaitu, tegaslah dengan mereka, tidak boleh berlembut sebagaimana sikap kamu dengan orang-orang mukmin). Dan tempat tinggal mereka ialah neraka Jahannam, seburuk-buruk tempat kembali”

42. “Allah adakan satu bandingan tentang orang-orang kafir (yang tidak mendapat manfaat dari orang mukmin yang soleh selagi tidak beriman). Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth; sedangkan kedua-duanya di bawah jagaan dua hamba Kami yang soleh. Tapi kedua-duanya telah mengkhianati mereka berdua (nabi Nuh dan nabi Luth)”

43. Kedua-dua isteri nabi ini telah mengkhianati suami mereka kerana adanya sifat nifaq (dalam hati mereka).

44. “Khianat” di sini ialah di segi agama (nifaq), bukan khianat di segi maruah.

45. “Kedua-dua nabi (suami mereka) tidak dapat menyelamatkan mereka dari hukuman Allah walaupun sedikit”

46. “Dikatakan kepada mereka, “Masuklah kamu berdua ke dalam api neraka bersama ahli neraka yang masuk (ke situ)”

47. “Dan Allah ceritakan satu lagi contoh tentang orang-orang yang beriman, iaitu isteri Fir’aun (Asiah) (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), ketika dia berkata, “Wahai tuhanku, binalah untuk ku di syurga nanti satu mahligai. Dan lindungilah aku dari kejahatan Fir’aun dan perbuatan-perbuatan Fir’aun.” Di antara kejahatan Fir’aun ialah kekufuran dan menyeru kepada selain dari Allah. Maksudnya, lindungilah aku dari kejahatan dari Fir’aun sendiri dan dari usaha-usaha dan perbuatan Fir’aun.

48. “Dan lindungilah aku dari kaum yang zalim”

49. Contoh kedua, wanita ahli syurga ialah Maryam. Tidak ada nama wanita solehah yang disebut di dalam al-Quran kecuali Maryam; untuk mensabitkannya sebagai hamba (perempuan) yang beribadat kepada Allah.

50. Namanya disebut di sini adalah sebagai hamba, bukan illah, kerana Maryam bermaksud, hamba Allah atau yang “Yang beribadat, menyembah Allah”

51. “Maryam, anak perempuan Imran, yang dapat menjaga maruah dan kemaluannya (kehormatannya)”, secara halal atau haram.

52. “Ditiupkan kepadanya roh (ciptaan) Kami, ke dalam kandungannya”

53. “Dan Maryam membenarkan kalimah (segala pemberitahuan Allah kepadanya, dia akan mendapat anak dan anaknya akan menjadi nabi), janji-janji Allah dan hukum-hukum Allah.

54. Dia (membenarkan) pemberitahuan dari Allah, membenarkan janji-janji Allah dan membenarkan hukum-hukum Allah dan kitab-kitabNya yang lain.

55. “Dan Maryam ini adalah dari kalangan hamba yang benar-benar taat”