Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 54 – Usul No 16 – Mengetahui Tentang Sebab Turun Ayat dan Apa-apa yang Bersesuaian Dengannya

VIDEO – [Durasi 1j 15m 31s] – Sesi 54 – Usul No16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RiqkyLvNKEY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:08 : Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa Yang Bersesuaian Dengannya

02- 00:02:08 : Pengajaran Dan Iktibar Tidak Hanya Diperlukan Oleh Individu Tertentu Sahaja, Tidak Juga Ia Khusus Dan Terikat Dengan Zaman Dan Masyarakat Tertentu Sahaja

03- 00:04:08 : Hakikat Mengetahui Sebab Nuzul

04- 00:10:00 : Maklumat Tentang Sebab Turun Sesuatu Ayat Adakalanya Diperlukan Untuk Mengetahui Apakah Latar belakang Yang Menyebabkan Ayat Berkenaan Diturunkan, Tanpa Mengetahuinya Tidak Mungkin Ayat Itu Dapat Difahami Dengan Betul

05- 00:10:39 : Pada Kebanyakan Tempat Kisah-kisah Lama Yang Merupakan Sebab Turun Bagi Ayat Tidak Disebutkan, Ia Sengaja Tidak Disebut Kerana Sememangnya Tidak Diperlukan Untuk Mendapat Pengajaran Dan Pedoman Daripadanya

06- 00:15:37 : Bukanlah Yang Dimaksudkan “Nazalat Fi Kaza” , Sesuatu Ayat Diturunkan Dengan Sekian-Sekian Itu Adalah Bermaksud Untuk Orang Tertentu Atau Peristiwa Tertentu Semata-mata

07- 00:21:26 : Pujian Dan Celaan Yang Terletak Di Celah-celah Cerita Dan Kisah Tentang Seseorang Atau Sesuatu Golongan Manusia Tidak Seharusnya Difahami Khusus Dengan Mereka Semata-mata, Ia Juga Merangkumi Semua Orang Yang Mempunyai Sifat-sifat Yang Sama Dengan Orang-orang Yang Dipuji Atau Dikeji Allah Di Dalam Firmannya

08- 00:23:02 : Apabila Sesuatu Ayat Atau Sesuatu Surah Dikatakan Turun Dua Kali Atau Beberapa kali Maka Ia Bererti Ayat Atau Surah Itu Sesuai Diterapkan Pada Beberapa Peristiwa Yang Berbeza Dan Ada Kaitan Dengan Kesemuanya

09- 00:25:33 : Makna Sebab Nuzul

10- 00:27:13 : Sebab Nuzul Yang Umum

11- 00:46:00 : Sebab Nuzul Yang Khusus

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 16 – MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN DENGANNYA

Maksud usul ini ialah pemahaman yang betul tentang sebab turun ayat. Perbincangan yang menarik dan mendalam berhubung dengan persoalan ini telah dikemukakan oleh Syah Waliyullah di dalam kitab Usul Tafsirnya, al-Fauzul Kabir. Hakikatnya al-Qur’an itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman buat manusia hingga ke hari kiamat. Oleh itu, apabila anda membaca al-Qur’an, anda perlulah memahami beberapa perkara berikut:

(a) Pengajaran dan i’tibar tidak hanya diperlukan oleh individu tertentu sahaja. Tidak juga ia khusus dan terikat dengan zaman dan masyarakat tertentu sahaja.

(b) Hakikat mengetahui sebab nuzul ialah mengetahui keadaan-keadaan yang bersesuaian dengannya. Ia boleh jadi berupa peristiwa yang berlaku di zaman nabi s.a.w, sebelum baginda, selepas baginda, juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman moden ini dan seterusnya hingga ke hari kiamat. Mempelajari sebab nuzul bererti berusaha mengetahui apakah lagi perkara atau peristiwa yang boleh termasuk di bawahnya? Siapakah lagi orang yang tepat dengannya dan apakah pula akibat dan hukumnya menurut al-Qur’an?

(c) Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat adakalanya diperlukan untuk mengetahui latar belakang yang menyebabkan ayat berkenaan diturunkan? Tanpa mengetahuinya tidak mungkin ayat itu dapat difahami dengan betul. Contohnya firman Allah: (فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا) di dalam ayat 158 Surah al-Baqarah.

(d) Pada kebanyakan tempat, kisah-kisah lama yang merupakan sebab turun bagi ayat tidak disebutkan. Ia sengaja tidak disebut kerana sememangnya tidak diperlukan untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya.

(e) Bukanlah yang dimaksudkan dengan نزلت في كذا (ayat ini telah turun berkenaan dengan sekian-sekian) itu orang tertentu atau peristiwa tertentu semata-mata. Malah umum lafaznya yang diambil kira.

(f) Pujian dan celaan yang terletak di celah-celah cerita dan kisah tentang seseorang atau sesuatu golongan manusia tidak seharusnya difahami khusus dengan mereka semata=mata. Ia juga mrangkumi semua orang yang mempunyai sifat-sifat yang sama dengan orang-orang yang dipuji atau dikeji Allah di dalam firmanNya yang diturunkan.

(g) Apabila sesuatu ayat atau sesuatu surah dikatakan turun dua kali atau beberapa kali, maka ia bererti ayat atau surah itu sesuai diterapkan pada beberapa peristiwa yang berbeda dan ada kaitan dengan kesemuanya.

Ayat-ayat jihad dan perang tidak  akan diturunkan sekiranya tidak ada kezaliman dan kekejaman di dunia ini. Jihad dan perang menurut Islam bukan dilancarkan untuk menumpah darah dan menjajah, malah maksud sebenarnya ialah untuk membebaskan manusia daripada cengkaman kezaliman, penindasan dan pemusnahan yang bermaharajalela di mana-mana.

Adanya penyelewengan dan eksploitasi ekonomi dalam masyarakat merupakan sebab bagi turunnya ayat-ayat berhubung dengan perekonomian dan tatacara kewangan. Wujudnya kehidupan tidak bermoral, kebiadaban dan pelbagai kerosakan dalam masyarakat merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang akhlak yang mulia, sivik dan adab-adab pergaulan yang luhur. Adanya kerajaan yang zalim dan pemerintahan kuku besi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat hukum dan ayat-ayat tentang keadilan.

Jika tidak ada kegelapan, cahaya tentu tidak diperlukan. Rawatan dan ubat-ubatan tentu sekali tidak diperlukan jika tidak ada penyakit dan pesakit. Pembersihan dan penyucian baru diperlukan apabila ada kekotoran dan kecemaran. Memasang lampu di waktu siang yang terang benderang, menghulur ubat untuk dimakan atau diminum oleh orang yang sihat dan mengalirkan air di tempat yang memang sudah bersih adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Seorang manusia biasa yang cerdik pun tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti itu. Apatah lagi Tuhan yang Maha Bijaksana, Tuhan yang telah mencipta manusia dan alam semesta dengan teguh ini, jauh sekali untuk diterima ada melakukan sesuatu dengan sia-sia, tanpa sebab dan tanpa sebarang tujuan!

SEBAB TURUN YANG KHUSUS

Peristiwa khusus yang menyebabkan turun sesuatu ayat itu mungkin berupa:

(1) Perbalahan atau perselisihan yang berlaku di kalangan orang ramai. Sebagai contohnya pernah berlaku perselisihan dan ketegangan di antara dua kumpulan orang-orang Anshaar iaitu Aus dan Khazraj, akibat hasutan orang-orang Yahudi. Maka Allah menurunkan ayat-ayat berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ (100) وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَى عَلَيْكُمْ آَيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (101) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)                                                                                      

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikn Kitab itu niscaya mereka akan mengembalikanmu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (100) Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al-Qur’an) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (101). Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu padu  dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepadamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk. (103) (Aali ‘Imraan:100-103).

Tujuan ayat-ayat itu diturunkan ialah untuk mengingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap hasutan dan fitnah yang ditimbulkan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nashara). Ia juga bertujuan mengancam mereka daripada perselisihan dan perpecahan, selain menggalakkan mereka supaya bersatu padu dan bersaudara.

(2) Kesilapan teruk yang berlaku dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan seseorang. Lalu Allah menurunkan firmanNya untuk membetulkan kesilapan itu dengan menyatakan hukumnya. Keadaan seperti itu pernah berlaku kepada salah seorang sahabat yang tersasul dalam bacaan Surah al-Kaafirun ketika sedang bersembahyang kerana mabuk. Maka turunlah ayat berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (43)                                                            

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) ketika kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan jangan juga ketika kamu dalam keadaan berjunub (berhadas besar) hingga kamu mandi bersuci, kecuali ketika kamu bermusafir. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh-sentuhan dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi aau berwudhu’), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah (debu) yang suci; sapukanlah ke mukamu dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (an-Nisaa’:43)

3) Kehendak dan harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini pernah menjadi beberapa kali kepada Saiyyidina ‘Umar. Kehendak dan harapan beliaulah yang menjadi latar belakang kepada penurunan beberapa firman Allah di dalam al-Qur’an. Beliau sendiri diriwayatkan telah berkata, “Kehendakku telah menepati kehendak Tuhanku pada tiga perkara. Pernah aku berkata: “Wahai Rasulullah! Alangkah baiknya kalau kita menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat.” Maka turunlah ayat al-Baqarah:125.

Bermaksud: … Dan jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat …(al-Baqarah:125)

Aku pernah berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya isteri-isterimu didatangi orang baik dan jahat. Alangkah baiknya kalau engkau suruh mereka berhijab. Maka turunlah ayat hijab.  Kerana didorong perasaaan cemburu, para isteri Rasulullah s.a.w pernah berkumpul di hadapan Baginda s.a.w. Maka aku katakan kepada mereka:عسى ربه ان طلقكن ان يبدله أزواجا خيرا منكن  lalu firman Allah turun seperti yang aku telah katakan itu.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan lain-lain).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 54 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 16 (Nota 10) 

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 53 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 23m 05s] – Sesi 53 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:46 : Siapakah “Ar-Rasikhun Fi Ilmi” (Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

2- 00:05:26 : Mengelak Diri Daripada Mentakwilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat

3- 00:07:00 : Sikap Pentafsir Yang Bijaksana Terhadap Ayat-ayat Mutasyabihat

4- 00:09:16 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” (Siapakah Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

5- 00:20:00 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” Mengikut Pengarang Kasyful Asghar Syarah Usul Bazdhawi?

6- 00:30:41 : Perbezaan Tafsir Al-Quran Dalam Bahasa Melayu

7- 01:01:50 : Ahli Bait Dalam Al-Quranr=”file/d/1H8CJvugqpJnGgMP6VtfQveEvKCwhjZWg/preview” query=”” width=”640″ height=”480″ /]

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 53 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 9)

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

SIAPA AR-RASIKHUN FIL ‘ILMI?

At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu ad-Dardaa’, Abu Umamah, Waatsilah bin al-Asqa’ dan Anas bin Malik bahawa mereka berkata, pernah Rasulullah s.a.w ditanya, “Siapakah orang-orang yang mantap ilmu agamanya”? Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah orang yang sumpahnya diterima Allah dan benar lidahnya. Di samping itu ia memelihara perut dan farajnya daripada yang tidak halal dan tidak baik. Itulah orang yang mantap.”

Naafi’ bin Yazid berkata, “Orang yang mantap ilmunya ialah orang yang merendah diri kepada Allah dan tawadhu’ dalam mencari keredhaan Allah. Dia tidak menyombong terhadap orang-orang yang lebih daripadanya dan tidak juga menghina orang-orang yang kurang daripadanya.”

Pengarang Kasyful Asrar Syarah Usul al-Bazdawi telah menukilkan tiga pendapat berhubung dengan siapakah orang mantap ilmu agamanya.

(i) Orang yang tetap dan istiqamah di atas ilmunya sehingga tidak mungkin (pada ‘adat) ia tergelincir dan ragu pada ilmunya. (ii) Orang yang memperluaskan furu’ menerusi ijtihad yang dilakukan sehingga ilmunya melekat di dalam hatinya. (iii) Orang yang sampai kepada hakikat sesuatu ilmu melalui ketiga-tiga salurannya, iaitu makrifat, ucapan dan amalan.

Kata al-Fakhru ar-Raazi, “Ketahuilah, orang yang mantap ilmunya ialah orang mengenali zat Allah dan sifat-sifatNya melalui dalil-dalil yang menyakinkan dan Qath’i. Dia juga percaya al-Qur’an adalah kalam Allah berdasarkan dalil-dalil yang meyakinkan. Apabila ia melihat sesuatu (nas) yang mutasyabih, sedangkan dalil qath’i menunjukkan apa yang zahir daripada nas yang mutasyabih itu bukan dimaksudkan oleh Allah, pada ketika itu yakinlah dia bahawa maksud Allah adalah sesuatu yang lain selain makna zahirnya. Dan apa yang dimaksudkan Allah itu adalah benar. Dengan menolak makna zahirnya pula tidaklah timbul sebarang keraguan di dalam hatinya terhadap kebenaran al-Qur’an.”

Shah Waliyyullah pula berkata, “Tidak ada yang mengetahui hakikat beradanya Tuhan di atas dan istiwaa’Nya melainkan Dia sendiri dan orang-orang yang mantap ilmunya dari kalangan orang-orang yang dikurniakan Allah ilmu dari sisiNya.”

MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENTAKWILKAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAAT

Salah satu usul yang perlu sentiasa diletakkan di hadapan untuk selamat dalam mentafsirkan al-Qur’an ialah mengelakkan diri daripada mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihaat yang benar-benar disepakati sebagai mutasyabihaat. Kerana pengetahuan sebenar tentangnya hanya ada pada Allah s.w.t.

Mempercayainya secara kasar dan umum (إيمان جمالي) sudah pun memadai. Anda tidak dituntut membicarakannya secara terperinci. Apa yang perlu dijadikan panduan dan pedoman ialah ayat-ayat yang terang dan muhkamaat. Ialah yang semestinya dijadikan asas dalam segala perkara.

Sikap Pentafsir Yang Bijaksana Terhadap Ayat-Ayat Mutasyabihaat ialah:

(a) Menyerahkan maksud sebenar huruf Muqattha’ah kepada Allah s.w.t. dan sedapat mungkin mengelak diri daripada berkata sesuatu secara putus tentangnya.

(b) Mengelak diri daripada mentafshil (membincangkan secara terperinci), dan mentakyifkan (menyatakan kaifiat) perkataan-perkataan كرسي , عرش , استوى , يد , وجه dan menentukan secara pasti dan qath’i makna-maknanya.

(c) Firman Allah di dalam ayat 6, Surah Aali ‘Imraan: وما يعلم تأويله ألا الله (Dan tiadalah mengetahui maksud sebenarnya kecuali Allah), perlulah sentiasa diingati apabila berhadapan dengan ayat-ayat Mutasyabihaat.

(d) sentiasa sedar bahawa sebab dan punca bagi kesesatan dan penyelewengan golongan-golongan yang sesat ialah takwilan mereka yang salah terhadap ayat-ayat Mutasyabihaat.

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 52 – (Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 18m 14s] – Sesi 52- Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/raiu6omujvo ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:41 : (Pembetulan Kesilapan Dalam Nota)

02- 00:04:20 : Maksud Dan Rahsia Huruf-huruf Muqattha’ah

03- 00:04:58 : Aliran Yang Pertama – Ulama’ Yang Berpendapat Huruf-huruf Muqattha’ah Tidak Dapat Diketahui Manusia

04- 00:06:46 : Aliran Yang Kedua – Ulama’ Yang Berpendapat Makna, Maksud Dan Hikmat Huruf-huruf Muqattha’ah Itu Dapat Diketahui Oleh Manusia

05- 00:08:48 : Setiap Huruf Daripada Rangkaian Huruf-Huruf Muqattha’ah Merupakan Ringkasan Atau Huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Perkataan-Perkataan Tertentu

06- 00:14:13 : Huruf-huruf Muqattha’ah Merupakan Huruf-huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Nama-nama Sifat Allah s.w.t Yang Tertentu

07- 00:15:51 : Huruf-huruf Muqattha’ah Merupakan Hyruf-huruf Pendek Yang Mengisyaratkan Kepada Rasulullah s.a.w Yang Di Hadap Cakap

08- 00:19:32 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Surah-surah Tertentu Itu Mengisyaratkan Bahawa Al-Quran Yang Diturunkan Kepada Muhammad s.a.w Ini Menggunakan Huruf-huruf Dan Perkataan-perkataan Yang Kamu Sentiasa Guna Siang Dan Malam Tetapi Kenapa Kamu Tidak Mampu Membuat Buku Seumpamanya Yang Dapat Menandingi Dan Menyainginya

09- 00:35:18 : Orang-orang Kafir Di Zaman Rusulullah s.a.w Selalu Membuat Bising Apabila Mendengar Ayat-ayat Al-Quran Dibacakan Di Hadapan Mereka. Tindakan Mereka Itu Digambarkan Oleh Allah Melalui Firman-Nya: وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآَنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

10- 00:39:56 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Sesuatu Surah Mengisyaratkan Secara Halus Kepada Kisah-kisah, Hukum-hakam Dan Hikmat & Pengajaran Yang Terdapat Di Dalamnya. Isyarat-isyarat Itu Hanya Difahami Oleh Nabi s.a.w Dan Segolongan Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya

11- 00:50:51 : Huruf-huruf Muqattha’ah Di Permulaan Sesetengah Surah Merupakan Nama Surah-surah Berkenaan

12- 01:16:44 : Siapakah “Ar-Rasikhun Bil Ilmi” (Orang Yang Mantap Ilmu Agamanya)?

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

MA’ANA, MAKNA, HIKMAT DAN RAHSIA DI SEBALIK HURUF-HURUF MUQATTHA’AH

Di sana terdapat dua aliran pemikiran ‘ulama’ dalam menanggapi makna, maksud, hkmat dan rahsia di sebalik huruf-huruf muqattha’ah.

(1) Aliran pertama mewakili golongan ulama’ yang berpendapat huruf-huruf muqattha’ah itu tidak dapat diketahui manusia. Ia termasuk dalam bahagian ayat-ayat Mutasyabihaat yang tidak diberikan pengetahuan tentangnya kepada manusia kerana mashlahat-mashlahat tertentu yang dirahsiakan Allah.

Saidina Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Abdulah bin Mas’ud dan kebanyakan sahabat terkemuka terbilang sebagai tokoh-tokoh dari aliran ini. Asy-Sya’bi, Sufyan ats-Tsauri, Rabii’ bin Khutsaim, Abu Haatim, jumhur mufassirin dan muhadditsin dari kalangan Tabi’in juga merupakan pendokong aliran ini.

(2) Aliran kedua mewakili golongan ulama’ yang berpendapat makna, maksud dan hikmat huruf-huruf muqattha’ah itu dapat diketahui oleh manusia. Antara tokoh-tokoh yang terbilang sebagai pendokong aliran ini ialah Ibnu ‘Abbas, kebanyakan Ahlil Kalam, Khalil, Sibawaih, al-Farraa’, Ibnu Qutaibah, Ibnu Abi al-Ishba’ al-Mishri dan lain-lain.

Bagaimanapun golongan ini berbeza antara satu sama lain dalam menentukan maksud-maksudnya. Ahli-ahli tafsir menyebutkan lebih daripada dua puluh pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh dari aliran ini berhubung dengan makna dan maksud huruf-huruf muqattha’ah itu. Penulis memilih tujuh sahaja daripadanya untuk dikemukakan sebagai contohnya. Selebihnya bolehlah dilihat di dalam buku-buku lain yang lebih terperinci.

(i) Setiap huruf daripada rangkaian huruf-huruf muqattha’ah merupakan ringkasan atau kependekan yang mengisyaratkan kepada perkataan-perkataan tertentu. Sebagai contohnya الم menurut salah satu tafsiran dalam aliran kedua ini merupakan kependekan dan singkatan bagi أنا الله أعلم (Akulah Allah yang paling mengetahui). ا atau أ adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أنا . ل adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada Allah (الله) dan م pula adalah kependekan yang mengisyaratkan kepada أعلم.

(ii) Huruf-huruf muqattha’ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada nama-nama sifat Allah s.w.t. yang tertentu. Sebagai contohnya huruf ا dan أ mungkin mengisyaratkan kepada أحد, أول, ا dan sebagainya. Huruf ل mungkin mengisyaratkan kepada لطيف dan sebagainya. Huruf م pula mungkin mengisyaratkan kepada مجيب, معز atau مجيد dan sebagainya.

(iii) huruf-huruf muqattha’ah merupakan kependekan yang mengisyaratkan kepada Rasulullah s.a.w. yang dihadap cakap. Ia mengandungi kata seru bersama mana-mana sifat Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya الم ditakwilkan dengan يا أيها المرسل (Wahai orang yang diutuskan menjadi rasul). ا (Hamzah) merupakan kependekkan أيها , ل dan م pula merupakan kependekan المرسل. Sementara huruf-huruf muqattha’ah tertentu pula dianggap mengisyaratkan kepada sifat-sifat Rasulullah s.a.w. tanpa ada kata seru. Kata serunya dianggap mahzuf (dibuang). Sebagai contohnya طه dianggap kependekan يا طاهر (Wahai orang yang bersih suci), حم dianggap kependekan يا أحمد (Wahai Ahmad), dan حم عسق dianggap kependekan yang mengisyaratkan kepada يا أحمد عذاب الله سيأتي قريبا (Wahai Ahmad, azab Allah tidak lama lagi akan datang) dan sebagainya.

(iv) Huruf-huruf muqattha’ah di permulaan surah-surah tertentu itu mengisyaratkan kepada al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad ini menggunakan huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang kamu sentiasa guna siang dan malam, tetapi kenapa kamu tidak mampu membuat buku seumpamanya yang dapat menandingi dan menyainginya? Ketidakmampuanmu mengadakan satu surah sahaja seumpamanya membuktikan al-Qur’an itu bukan buku karangan manusia. Itulah mukjizat al-Qur’an yang merupakan kalam Allah s.w.t. Inilah takwilan pilihan az-Zamakhsyari, al-Baidhawi dan al-Mubarrid, ia juga merupakan pendapat pilihan Abul ‘Abbaas Ibnu Taimiyyah, Abul Hajjaaj al-Mizzi.

(v) orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w. selalu membuat bising apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibacakan di hadapan mereka. Tindakan mereka itu digambarkan oleh Allah melalui firmanNya:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآَنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu dapat mengalahkan mereka. (Fusshilat:26). Dengan menggunakan gaya bahasa yang baharu, di mana beberapa surah dimulakan bacaannya dengan huruf-huruf muqattha’ah telah menarik perhatian sebahagian besar daripada mereka. Pembaharuan dalam penggunaan gaya bahasa seperti itu dan keunikannya membuatkan mereka terdiam dan terpegun mendengarnya. Inilah pandangan ahli Nahu bahasa arab terkemuka yang dikenali dengan Quthrub ( Nama sebenarnya ialah Muhammad bin ak-Mustaniir bin Ahmad, Abu Ali . Beliau ialah salah seorang murid Sibawaih m,206H), al-Farraa’ (Yahya bin Zaid bin Abdillah bin Mandzur ad-Dailami m,207H) dan lain-lain.

(vi) Huruf-huruf Muqattha’ah di permualaan sesuatu surah mengisyaratkan secara halus dan seni kepada kisah-kisah, hukum-hukum dan hikmat pengajaran yang terdapat di dalamnya. Isyarat-isyarat itu hanya difahami oleh Nabi s.a.w dan segolongan orang-orang yang mantap ilmu agamanya (ar-Raasikhun Fil Ilm) dari kalangan umat ini. Shah Waliyullah adalah antara tokoh yang cenderung berpendapat demikian. Kecenderungan beliau itu dapat dilihat di akhir Kitabnya yang bernama al-Fauzu al-Kabiir.

(vii) Huruf-huruf muqattha’ah di permulaan sesetengah surah itu merupakan nama surah-surah berkenaan. Inilah pendapat kebanyakan ahli Tafsir dan ahli Nahu bahasa arab. Ibnu Jarir at-Thabari menyebut nama Zaid bin Aslam, Qataadah dan mujahid sebagai tokoh-tokoh tafsir yang berpendapat demikian. Kata ibnu Katsir, hadis Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dijadikan dalil oleh kumpulan ini, hadits itu menyebutkan Rasulullah s.a.w. selalu membaca di dalam sembahyang Subuh pada hari Juma’at الم السجدة dan هل أتى على الإنسان . الم disebut di dalam hadits itu sebagai sebahagian daripada nama surah as-Sajdah. Sesetengah surah yang dimulai dengan huruf-huruf muqattha’ah tertentu sememangnya terkenal dengan nama huruf berkenaan, seperti surah Shad, surah Qaaf, surah Yaasiin dan tujuh surah yang dimulakan dengan حم. Imam Sibawaih (m.180H) di dalam Al-Kitab (sebuah karangan beliau yang tersohor) telah mengadakan satu bab khusus bertajuk: باب أسماء السور. Di bawahnya beliau menyebutkan ص, طسم, المر, كهيعص, ياسين, طاسين, حاميم dan lain-lain sebagai nama bagi surah-surah tertentu. Abu Ubaidah Ma’mar bin al-Mutsanna (seorang ahli nahu bahasa arab yang terkenal m. 210H) juga berpendapat demikian. Kata beliau: الم شعار للسورة (Alif, Laam, Miim adalah alamat/nama surah). Az-Zamakhsyari (m. 538H) berkata: وعليه إطباق الأكثر (inilah pendapat yang disepakati oleh majoriti ‘ulama’ ). Syeikh Muhammad Abduh berkata: هو وأمثاله أسماء للسور المبتدأة به (Ia dan seumpamanya adalah nma-nama surah yang dimulakan dengannya). Imam Fakhruddin ar-Raazi setelah membincangkan tajuk ini dengan panjang lebar akhirnya berkata: والمختار عند أكثر المحققين من هذه الأقوال أنها أسماء السور ( yang terpilih daripada pendapat-pendapat ini menurut kebanyakan ulama’ muhaqqiqin ialah huruf-huruf muqattha’ah itu merupakan nama-nama surah).

Pendapat ini meskipun dipilih oleh kebanyakan ulama’, namun ia tidak terlepas daripada kritikan. Antara lainnya ia dikritik kerana dua alasan berikut:

(a) sebagaiman telah anda ketahui bahawa ada tujuh surah dimulakan dengan الم. Lima surah dimulakan dengan الر . tujuh surah dimulakan dengan حم dan dua surah dimulakan dengan طسم. Bukankah nama sesuatu diletak untuk membezakannya daripada yang lain? Kalau sama namanya, tentulah ia tidak akan satu daripadanya yang lain, malah ia akan jadi semakin mengelirukan.

(b) di dalam bahasa arab tidak terdapat nama yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Paling banyak pun ia hanya tergabung dari dua nama sahaja. Sedangkan kalau huruf-huruf muqattha’ah itu dikatakan nama surah, maka ada antaranya yang terbentuk daripada lima nama, seperti كهيعص dan حم عسق, ada pula yang terbentuk daripada tiga nama, sebagai contohnya طسم. Kalau begitu bagaimana huruf-huruf muqattha’ah itu akan dikatakan sebagai nama surah?

Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan (a) ialah bukankah surah-surah berkenaan ada nama lainnya? Apabila anda menggabungkan huruf-huruf muqattha’at itu dengan mudah yang mana satu daripadanya dimaksudkan. Misalnya dikatakan begini:الم البقرة , الم ال عمران, الم القصص, الم العنكبوت,الم الروم , الم لقمان dan الم السجدة. Demikian juga dikatakan tujuh surah yang dimulakan dengan حم. Ia akan jadi terpisah dan dapat dipastikan apabila anda berkata:حم الجاثية ,حم الدخان ,حم الزخرف ,حم الشورى ,حم السجدة ,حم مؤمن dan حم الأحقاف.

Jawapan kepada kritikan dan kemusykilan (b) pula ialah yang tidak ada ialah apabila lebih daripada dua nama digabungkan dalam lingkungan ‘Tarkib Mazji’ sahaja. Nama dengan tarkib mazji seperti itulah yang dikatakan tidak ada yang terbentuk daripada gabungan tiga nama ke atas. Contoh tarkib mazji ialah perkataan بعلبك dan perkataan حضر الموت misalnya. Adapun kalau beberapa nama tergabung bukan dalam tarkib mazji, maka itu dibolehkan dan ada banyak contohnya dalam bahasa Arab. Apabila anda ditanya begini misalnya: ما قرأت ؟ (apa yang telah kau baca?), lalu anda menjawab: قرأت الحمد لله وبراءة من الله ورسوله (saya telah membaca الحمد لله dan وبراءة من الله ورسوله maksud anda kata begitu ialah untuk menyatakan anda telah membaca surah-surah yang dimulakan dengan perkataan-perkataan tersebut. Jawapan seperti itu tidak salah. Sibawaih berpendapat sebagaimana harus sesuatu syair atau sesuatu rangkap syair digunakan sebagai nama bagi sesuatu qasidah atau nazam, maka begitulah juga harus digunakan nama-nama huruf ejaan bahasa arab yang tertentu sebagai nama-nama surah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 52 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 9)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 50 -(Sambungan) Usul No 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

VIDEO – [Durasi 1j 0m 15s] – Sesi 50 – Usul No 15 – Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4g7iXkmk2qY ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:05 : Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

2- 00:03:47 : Pendapat Dua Golongan Yang Berbeza Tentang Ayat-ayat Mutasyabihaat

3- 00:06:12 : Alasan Bagi Golongan Yang Berpendapat Tidak Ada Orang Yang Mengetahui Tentang Makna Ayat-ayat Mutasyabihat Kecuali Allah

4- 00:43:55 : Alasan Bagi Golongan Yang Berpendapat Selain Allah Ada Juga Orang-orang Tertentu Yang Dapat Mengetahui Makna Ayat-ayat Mutasyabihat

NOTA RINGKAS

USUL KE 15- Antara Ayat-ayat Muhkamaat Dan Ayat-ayat Mutasyabihaat

ALASAN DAN PUNCA ORANG-ORANG YANG MELARANG DAN MEMBENARKAN PERBINCANGAN TENTANG AYAT-AYAT MUTASYABIHAAT

Alasan dan punca perbedaan pendapat ulama’ berhubung dengan boleh atau tidak bolehnya berbincang tentang ayat-ayat mutasyabihaat dan adakah manusia tertentu dapat mengetahuinya selain Allah ialah firman Allah s.w.t. juga. Ia terdapat di dalam Surah Aali ‘Imraan ayat 7. Dibawah ini dikemukakan ayat berkenaan:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ (7)

Bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Kitab (al-Qur’an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecondongan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. (Aali ‘Imraan:7).

Para ulama’ dalam memahami ayat ini, khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya itu terbahagi kepada dua kumpulan besar.

(1) kumpulan pertama berpendapat, tidak ada orang yang mengetahui tentang ma’na (sebenar) ayat-ayat mutasyabihaat kecuali Allah.

(2) Kumpulan kedua pula berpendapat, selain Allah ada juga orang-orang tertentu yang (dapat) mengetahui ma’na ayat-ayat mutasyabihaat itu, meskipun tidak secara tafshili (terperinci) dan tidak juga secara qath’ie (pasti).

Secara asasnya kumpulan pertama berpendapat firman Allah: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِه

Waqafnya (berhenti dalam bacaan) adalah pada perkataan Allah. Perkataan selepasnya dimulakan dengan و isti’naaf dan ia menjadi mubtada’. Perkataan يقولون pula adalah khabarnya.

Maka kesimpulannya ialah hanya Allah jua yang mengetahui makna ayat-ayat mutasyabihaat dan takwilannya itu. Orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, meskipun dalam keadaan tidak mengetahui makna-makna dan takwilnya: “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Mereka juga menerima kebenarannya dan percaya kepadanya secara ijmal. Tafsiran dan takwilannya bagi meeka merupakan antara rahsia-rahsia Allah. Saidina Abu Bakar, ‘Ali, ‘Aaishah, Ubaiy bin Ka’ab, Ibnu Mas’ud, kebanyakan sahabat dan juga kebanyakan Tabi’in adalah antara orang-orang yang termasuk dalam kumpulan pertama ini. Itulah pendapat Ibnu ‘Abbas berdasarkan riwayat yang paling sahih daripada beliau. Inilah juga pegangan Salaf dari kalangan Ahli as-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Antara alasan kumpulan pertama lagi ialah:

(a) Ibnu Jarir menukilkan qira’at (tafsiriyyah) Ibnu Mas’ud begini:

إن تأويله إلا عند الله، والرسخون فى العلم يقولون امنا به

Bermaksud: Ta’wilannya hanya ada pada Allah. Orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, kami beriman dengannya.

(b) sebagaimana Allah mencela orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat dengan maksud menimbulkan fitnah, begitulah Allah mencela orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat dengan maksud mencari-cari ta’wilnya itulah yang dimaksudkan oleh ayat 7 Surah Aali ‘Imraan.

(c) ‘Aaishah meriwayatkan setelah Rasulullah s.a.w membaca ayat 7 surah Aali ‘Imraan, baginda bersabda: فإذا رأيت الذين يتبعون ما تشابه منه فأولئك الذين سمى الله فاحذروهم bermaksud: “Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihaat, maka itulah orang-orang yang dimaksudkan oleh Allah. Berwaspadalah kamu dengan mereka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain).

(d) adakalanya Allah menyebutkan sesuatu yang tidak dapat dijangkaukan oleh fikiran manusia di dalam al-Qur’an semata-mata untuk menguji keimanan mereka. Orang-orang yang beriman dan mendalam ilmunya akan menerimanya dengan senang hati dan menyerahkan saja hakikatnya kepada Allah. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah melalui ayat 7 surah Aali Imran.

Kumpulan kedua berpendapat, waqafnya adalah pada perkataan العلم dan وsebelum perkataan الراسخون adalah و ‘athaf. Ma’thuf ‘alaihnya ialah perkataan الله yang tersebut sebelumnya. Perkataan يقولون pula menurut mereka menjadi Haal. Hasil daripadanya ialah selain Allah, orang-orang yang mendalam ilmunya juga mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat mutasyaabihaat itu. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan yang kedua ini ialah Mujahid, Rabi’ bin Anas, al-Qasim bin Muhammad, Ibnu Juraij dan lain-lain. Ibnu ‘Abbas adalah antara sahabat yang dinukilkan berpendapat demikian. Golongan Mutakallimin khususnya dari kalangan khalaf dan majoriti Mu’tazilah juga termasuk dalam kumpulan ini.

Antara alasan kumpulan kedua lagi ialah:

(a) Ahli-ahli Tafsir di sepanjang zaman menta’wil dan mentafsirkan semua ayat-ayat al-Qur’an. Tidak pernah pula ada antara mereka tidak mahu mentafsirkan mana-mana ayat al-Qur’an atas alasan ia adalah ayat mutasyabihaat yang hanya diketahui Allah ma’na dan takwilannya. Dengan sebab itu tiada siapa pun boleh membincangkannya. Ibnu ‘Abbass malah dinukilkan berkata: الراسخون فى العلم يعلمون تاويل المتشابه وأنا ممن يعلم تأويله Bermaksud: “Orang-orang yang mendalam ilmu mengetahui ta’wilan mutasyabih. Aku adalah antara orang yang mengetahui ta’wilannya.” Selain itu perbincangan dan tafsiran tentang huruf muqhattha’at adalah suatu yang masyhur di kalangan ahli tafsir dan ia dinukilkan juga daripada beberapa orang sahabat.

(b) Mujahid dan Ibnu Juraij dinukilkan berkata: وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِه Bermaksud: “Orang-orang yang mendalami ilmunya mengetahui ta’wilannya dan mereka berkata, kami beriman dengannya.”

(c) Kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat yang dikatakan mutasyabihaat itu, maka apa gunanya Allah memasukkannya ke dalam al-Qur’an? Bukankah itu bererti Allah berbicara kepada manusia dengan sesuatu yang langsung tidak dimengertinya?

(d) kalau tidak ada siapa pun mengetahui ta’wilan dan ma’na ayat-ayat mutasyabihaat, maka tidak ada beza lagi antara orang alim dan orang jahil dan tidak ada lagi tingkatan-tingkatan ilmu yang membezakan seseorang alim daripada seseorang alim yang lain? Dan ini adalah suatu yang bercanggah dengan kenyataan.

Inilah sebenarnya asas bagi perbedaan pendapat dua kumpulan ‘ulama’ di atas.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 50 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 15 (Nota 8)

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 29 – USUL No 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

VIDEO – [Durasi 1j 17m 55s] – Sesi 29 – Usul No 12 -Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/v1QV8-8uuv8 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:19 : “Iltifak”

2- 00:02:04 : Pertukaran Daripada “Ghaibah” Iaitu Orang Yang Ketiga Atau Orang Yang Dibicarakan Tentangnya Kepada “Khithab”, Contoh Tentang Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, Asma’ Wassifat

3- 00:22:43 : Pertukaran Daripada “Ghaibah” Kepada “Khitab”, Membuktikan Bahawa Adanya Hari Kemudian

4- 00:31:11 : Azab Neraka

5- 00:36:30 : Nabi s.a.w Bermasam Muka Kepada Orang Buta

6- 00:46:12 : Pertukaran Daripada “Ghaibah” Yakni Orang Ketiga Atau Yang Dibicarakan Tentangnya Kepada “Takallum” Iaitu Orang Yang Bercakap

7- 00:50:45 : Contoh “Iltifak” Daripada “Ghaibah” Kepada “Takallum”

8- 00:56:36 : Contoh “Iltifak” Tentang Israk Dan Keagongan Allah s.w.t

9- 01:02:03 : Istilah “Tasriful Aayaat”

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga/ yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah:

Bermaksud: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Iyyaahu” (Dia sahaja), bukan “Iyyaaka” (Engkau sahaja).

vi) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya) kepada “takallum” (orang yang bercakap), Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah;

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin …. “. (al-Maa’idah: 12)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki (Dia telah angkat) dalam bentuk ghaibah juga.

h) Istilah “tashrif al-Aayaat” ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah di dalam al-Quran. Antara lainnya ialah firman Allah berikut:

Bermaksud: Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur. (Al-A’raaf: 58)

Di dalam ayat di atas `tashrif al-Aayaat’ bererti menerangkan tanda-tanda kekuasaan, kemurahan dan sebagainya dengan berbagai cara.

Tashrif’ pada asalnya mempunyai beberapa erti. Antaranya memalingkan, pemalingan, memusing-musingkan, pemusingan, memutar-mutarkan, menukar, penukaran, mengubah, pengubahan, mengedarkan, mengisarkan dan lain-lain.

Tashrif al-Aayaat yang dimaksudkan di sini ialah Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dengan berbagai-bagai cara. Kisah nabi Musa a.s. tersebut beberapa kali di dalam al-Quran. Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama. Apa yang diceritakan juga tidak seratus peratus sama. Tentu ada yang berbeza. Demikian juga dengn kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis. Ia bukan sekali tersebut di dalam al-Quran. Namun ada saja perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan. Perbezaan dalam pengisahan sesuatu cerita dan lain-lain itulah yang dikatakan`tashrif al-Aayaat . Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan saja. Padahal sebenarnya bukan. Alangkah banyaknya tersirat rahsia dan hikmat di sebalik `tashrif’ al-Aayaat’ dalam firman=firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran al-Karim. Apa yang perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al-Quran ialah mesti ada sudut-sudut tertentu yang hendak ditekankan oleh Allah setiap kali kisah Adam dan Iblis misalnya diceritakan.

Kisah Adam adakalanya  diceritakan sebagai `ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya, bahawa manusia yang bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya, biar bagaimana besar sekalipun kesalahannya, tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yang terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yang telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai Allah.  Allah sebaliknya telah mengajar Adam bagaimana cara bertaubat kepadaNya.  Manusia yang berdosa, tetapi benar-benar bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dengan berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran di sisiNya.

Adakalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.  Asal kejadian manusia meskipun hanya daripada tanah, namun Allah telah mengurniakan kepadanya darjat yang tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaqnya.  Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam,  Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dengan para malaikat.  Akan disebut juga tentang bagaimana Adam dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat.  Ketika Allah hendak menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia, Dia akan menyebutkan juga manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kisah Adam dan Iblis atau di sesetengah tempat disebutkan Syaitan, adakalanya diceritakan di dalam al-Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun-temurunnya.  Betapa jahat dan liciknya  Syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yang telah membuatkan Adam dan Hawwa’ terkeluar dari syurga.  Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya Syaitan didedahkan sepenuhnya.  Dengan merenung sedikit sahaja, anda akan sedar bahawa tidak ada pengulangan yang sia-sia didalam al-Quran. Apa yang ada hanyalah `Tashrif al-Aayaat’ yang mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yang cukup bermakna kepada manusia. 

Kisah yang dikemukakan, meskipun sama pada pandangan kasar, namun maksud dan tujuannya berbeza.  Demikianlah Allah menerangkan dengan berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan panduan daripadanya.

Sebagaimana al-Quran menyatakan bagaimana Allah memutar-mutar dan memusing-musingkan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia, ia juga menyatakan bahawa Allah memutar-mutar, mengisar, memalingkan dan memusing-musingkan angin.

Bermaksud: Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal (al-Jaatsiyah:5).

Apa pula hikmatnya Allah mengisar dan memutar-mutar angin?  Bukankah angin itu sama jua pada zahirnya??  Ya, pada zahirnya memang sama, tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.  Kadang-kadang ia membawa datang awan.  Kadang-kadang pula membawanya pergi.  Kadang-kadang ada bersamnya guruh dan kilat.  Kadang-kadang ia hanya membawa hujan.  Kadang-kadang pula ia tidak berhujan, berguruh dan berkilat.  Ia hanya meneduhkan sahaja.  Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di bumi sememangnya memerlukan sinar matahari.  Anginlah yang membawa awan pergi sehingga semuanya dapat menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing-masing daripadanya.  Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.  Sinar matahari yang berlebihan mungkin memudharatkan. Anginlah juga yang menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.

Tashrif al-Aayaat sama dengan tashrif ar-Riyaah.  Banyak maksud dan tujuannya. Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama!.

Peringatan:

Tashrif al-Aayaat paling banyak terdapat dalam penyampaian kisah-kisah.  Dalam penyampaian ayat-ayat hukum tidaklah begitu banyak.  Ia paling sedikit digunakan dalam bab `aqidah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 29 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 28 – USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

VIDEO – [Durasi 1j 18m 09s] – Sesi 28 – Usul No. 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fNjJltZ_Z0c ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:26 : Kaedah-Kaedah Mengesan Struktur Mikro Ayat-Ayat Al-Quran

02- 00:01:00 : “Husnul Matlab” Atau “Husnul Talab”

03- 00:07:15 : Ayat Tentang Cerita Nabi Yunus a.s Meninggalkan Kaumnya Dan Allah s.w.t Membalasnya Dan Nabi Zakaria a.s Minta Anak Kepada Allah

04- 00:23:22 : Ayat Tentang Ibadah Haji, Perbuatan Merendah Diri Dengan Allah s.w.t

05- 00:33:16 : Kaedah ‘Iltifa’ ‘ Dan ‘Tajrir’

06- 00:37:12 : Penukaran Daripada “Takallum” Iaitu Kepada Orang Yang Bercakap Kepada “Khitab” Iaitu Orang Yang Dihadap Cakap

07- 00:39:56 : Ayat Tentang Cara Dakwah Untuk Mengetuk Fikiran Orang

08- 00:48:09 : Ayat Tentang “Iltifak” Dari “Takallum” Kepada “Khithab”, Jibrail Adalah Utusan Allah s.w.t

09- 00:54:42 : Pertukaran Daripada “Takallum” Iaitu Orang Yang Bercakap Kepada “Ghaibah” Yakni Orang Yang Ketiga Iaitu Orang Yang Dibicarakan Tentangnya

10- 01:01:28 : Ayat Tentang Rububiyah

11- 01:08:50 : Pertukaran Daripada Khithab Yakni Orang Yang Dihadap Cakap Kepada Takallum Yakni Orang Yang Bercakap

12- 01:13:30 : Pertukaran Daripada Khithab Kepada Ghaibah Orang Yang Ketiga Yang Dibicarakan Tentangnya

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

f) “Husnul mathlab” ialah menyatakan maksud dan hajat dengan dengan penuh adab dan sopan. Antara contohnya ialah nukilan permintaan hamba oleh Allah di dalam Surah al-Fatihah (Engkau jua kami sembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan).

Maksud hajat dan permintaan hamba baru dikemukakan setelah hamba dengan penuh sopan dan beradab memuji-muji Allah dan mengagungkanNya sebelum itu.

g) “Iltifaat” ialah pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama dalam sesuatu ayat. Sama ada dalam bentuk percakapan atau penulisan. Antara tujuannya ialah:

(i) Menarik perhatian pendengar

(ii) Mendorongnya berfikir tentang sebab pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama.

(iii) Menghilangkan rasa jemu dan bosan.

(iv) Menyedarkan pendengar

(v) Menganggap (sesuatu atau seseorang) yang jauh sebagai hampir dan menganggap yang hampir sebagai jauh

(vi) Menyatakan kemuliaan atau kehinaan seseorang.

(vii) Menjaga hati dan perasaan seseorang.

(viii) dan lain-lain.

Iltifaat mempunyai enam bentuk seperti berikut:

i) Pertukaran daripada “takallum” (orang yang becakap) kepada “khithaab” (orang yang dihadap cakap) Antara contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah di dalam Surah Yaasiin ini:ermaksud: “Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakan daku dan yang kepadaNyalah kamu (semua) akan dikembalikan? (Yaasin: 22) Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “dan yang kepadaNyalah aku akan dikembalikan?”, bukan [rujuk video]

ii) Pertukaran daripada “takallum” (orang yang bercakap) kepada “ghaibah” (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Quran ialah firman Allah di bawah ini:Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan ma’shiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha mengasihani” (az-Zumar: 53).

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “dari rahmat-Ku”

iii) Pertukaran daripada “khithaab” (orang yang dihadap cakap) kepada “takallum’ (orang yangbercakap). Antara contohnya di dalam al-Quran ialah:

Bermaksud: “Dan mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.” (Huud: 90). Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Tuhanmu’, bukan ‘Tuhanku”

iv) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kepada ghaibah (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Quran ialah:Bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Aali `Imraan: 9), Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Sesungguhnya Engkau”, bukan “Sesungguhnya Allah”

v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab(orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah, dalam surah al-fatihah:

Bermaksud: “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (5)Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Dia sahaja”, bukan “Engkau sahaja’.

vi) Pertukaran daripada “ghaibah’ (orang ketiga/yang dibicarakan tentangnya) kepada “takallum” (orang yang bercakap), Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah;

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin “ . (al-Maa’idah: 12)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Dia telah angkat” dalam bentuk ghaibah juga.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 28 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 27 – USUL No 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

VIDEO – [Durasi 1j 19m 11s] – Sesi 27 -Usul No 12 -Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/gD3kyRuwA3A ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:14 : “Husnu at-Takhallush” Ialah Berpindah Daripada Satu Topik Yang Dimulakan Sesuatu Perbincangan Kepada Satu Topik Lain Yang Sememangnya Dimaksudkan Tanpa Memotong Percakapan

2- 00:03:00 : Nabi s.a.w Memberi Ancaman Tentang Akhirat

3- 00:39:57 : Tentang Azab Allah

4- 00:49:47 : Sesetengah Ulama’ Berpendapat “istithraad” Dan “Husnu at-Takhallush” Adalah Benda Yang Sama

5- 01:02:20 : Adakalanya Ada “Husnu at-Takhallush” Dan Ada Juga “Husnul Matlak” ( Cerita Nabi Ibrahim Berdailog Dengan Kaumnya )

6- 01:11:46 : “Al-Intiqaal” – “Al-Intiqaal” Lebih Kurang Sama Dengan “Husnu at-Takhallush” Daripada Segi Berpindah Daripada Satu Topik Yang Dimulakan Sesuatu Perbincangan Kepada Satu Topik Yang Lain Yang Sememangnya Dimaksudkan Cuma Dipisahkan Oleh Perkataan “Haza”

 

NOTA RINGKAS

USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(d) “Husnu at-Takhallush” ialah berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan tanpa memotong percakapan, tetapi secara halus dan seni, sehingga tidak disedari pendengar, lantaran sangat sesuai dan secocok di antara kedua-duanya. Sesetengah ulama berpendapat “istithraad” dan “husnu at-takhallush” adalah benda yang sama. Sesetengah yang lain pula berpendapat kedua-duanya berbeza. “Isthithraad” bermaksud mencelah sesuatu perbincangan buat seketika. Kemudian kembali semula kepada perbincangan asal. “Husnu at-takhallush” pula tidak semestinya begitu. Mungkin setelah mencelah dengan sesuatu yang lain, perkara yang tersebut sebelumnya disambung kembali, mungkin juga tidak. Contoh terbaik untuk “husnu at-takhallush” ialah firman Allah di dalam Surah al-Muddattsir berikut:

Bermaksud: Apabila ditiup sangkakala, (8) maka waktu itu adalah waktu (datangnya) dari yang sukar – (9) kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10).

Ayat-ayat ini merupakan “husnu at-takhallush” daripada ayat-ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengiringinya pula merupakan ‘husnu at-takhallush’ daripadanya. Lihat ayat-ayat seterusnya:

Bermaksud: Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11) Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12) Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13) Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14) Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15). Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16) Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17) Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka bebagai tuduhan (terhadap Al-Quran) – (18) Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20) Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal): (21) Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22) Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, (23) Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24) Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25).

Sekarang lihatlah ayat-ayat berkenaan bermula dari awal Surahnya:

Bermaksud: Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya. (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (5) Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. (6) Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh). (7) Apabila ditiup sangkakala. (8) maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar – (9) kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10). Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11) Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12) Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13) Dan Aku muahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14) Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku Tambahi lagi; (15). Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16) Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17) Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) – (18) Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi; Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20) Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21) Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22) Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh (23) Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

(a) “Al-Intiqaal”

– ianya lebih kurang sama dengan “husnu at-takhallush” daripada segi berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan. Cuma kedua-duanya dipisahkan oleh perkataan “haazaa”.  Tujuannya ialah supaya pendengar tidak berasa jemu kerana dihidangkan dengan perkara yang sama saja. Antara contohnya ialah firman Allah di dalam Surah Shaad. Setelah selesai menyebutkan tentang para nabi a.s. Allah berfirman:

Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak), – (49)

Ayat ini merupakan ‘intiqaal’ (perpindahan atau pertukaran topik). Al-Quran juga satu sebutan yang baik. Setelah disebutkan tentang para nabi a.s. Allah hendak menyebutkan pula di dalam al-Qur’an ini tentang orang-orang yang betaqwa (selain nabi-nabi) dan tempat kesudahan mereka, iaitu syurga. Setelah menyebutkan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi mereka di dalam syurga, Allah berfirman pula: Bermaksud: Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang derhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, – (55) Bermula daripada ayat ini sekali lagi berlaku ‘intiqaal’ daripada ayat-ayat sebelumnya. Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan secara lengkap:

Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak), – (49) Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (50). Sambil berbaring di dalam Syurga itu (di atas pelamin) mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata). Lagi yang sebaya umurnya. (52) Inilah dia balasan yang dijanjikan kepadamu setelah selesai hitungan amal. (53) Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepadamu, pemberian yang tidak akan habis-habis:- (54)  Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang derhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, – (55) Iaitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam; (56) Inilah (azab neraka),biarlah mereka merasakannya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (57) Dan azab seksa yang lain; yang berupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 27 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12 

Usul Tafsir al-Quran – Sesi 26 – USUL No 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

VIDEO – [Durasi 1j 14m 08s] – Sesi 26 -Usul No 12 -Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wVvjFDM50J0 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:11 : Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

02- 00:00:55 : “Al-Mudhaddah” Iaitu Mengemukakan Sesuatu Bersama Lawannya

03- 00:10:08 : Malam Dan Siang, Diam Dan Bergerak

04- 00:15:38 : Suka Dan Duka, Lelaki Dan Perempuan

05- 00:18:37 : Beberapa Ayat Dengan Beberapa Ayat Yang Lain

06- 00:30:19 : Meninggalkan Sejenak Apa Yang Sedang Dibicarakan Lalu Mencelahnya Dan Memotongnya Dengan Sesuatu Yang Lain Sekilas Pandang

07- 00:32:24 : Pakaian Untuk Tutup Aurat Dan Sedikit Cerita Nabi Adam a.s

08- 00:50:41 : Nabi Isa a.s Tidak Terlibat Dalam Mengajarkan Dirinya Sebagai Salah Satu Tuhan

09- 00:58:04 : Cerita Tentang Hikmah Yang Allah Bagi Kepada Luqman

10- 01:04:47 : Allah s.w.t Bersumpah

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(b) Al-Mudhaaddah ialah mengemukakan sesuatu bersama-sama lawannya atau setelah dikemukakan sesuatu, dikemukakan pula lawannya. Antara contohnya ialah firman Allah berikut, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.” (Al-Baqarah : 6) dan seterusnya…

Permulaan Surah al-Baqarah membicarakan tentang al-Quran, bagaimana ia menjadi petunjuk dan pedoman kepada orang-orang mu’min. Setelah Allah menyebutkan tentang sifat-sifat orang-orang mu’min, disebut pula selepasnya tentang orang-orang kafir dan sifat-sifat mereka. Kerana di antara kedua-dua golongan itu ada semacam perkaitan atau nisbah dipanggil “perkaitan perlawanan”.

(c) Isthithraad ialah meninggalkan sejenak apa yang sedang dibicarakan lalu mencelahnya dan memotongnya dengan sesuatu yang lain sekilas pandang. Kemudian kembali semula kepada perbincangan yang asal. Seolah-olahnya sesuatu yang dicelahi itu langsung tidak dimaksudkan. Padahal memang ada maksudnya yang tersendiri. Antara contohnya ialah firma Allah berikut, bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan pakaian (yang berupa) taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (al-A’raaf: 26).

Az-Zamkhsyari berkata, ayat ini datang sebagai “isthithraad” setelah sebelumnya disebutkan tentang terdedahnya aurat Adam dan Hawwa’ dan setelah mereka mulai menutup aurat masing-masing dengan daun-daun Syurga. Tujuannya ialah menyatakan nikmat yang sangat besar daripada Allah pada pakaian yang diciptaNya buat manusia. Keadaan bertelanjang dan aurat yang terdedah juga merupakan suatu yang memalukan dan menghinakan manusia. Firman Allah ini juga menyatakan penutupan aurat itu adalah salah satu daripada lambang-lambang ketaqwaan yang sangat besar.

Untuk melihat kedudukan ayat 26 Surah al-A’raaf ini sebagai isthithraad, perlulah dilihat juga beberapa ayat sebelumnya dan ayat 27 selepasnya.

Di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan supaya lebih jelas, bermaksud:

“ (Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan jangnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19) Setelah itu, maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamnya di dalam Syurga). (20) Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata); Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua (21) Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu , terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka; Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakana kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (22) Mereka berdua merayu; wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. (23) Allah berfirman; “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan” (24) Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)” (25) Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (26) Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka; Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 26 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 35 – “Dan Apabila Hamba-hamba Ku Bertanya Tentang Aku, Maka (Jawablah), Bahawasanya Aku Adalah Dekat” (Surah al-Baqarah, Ayat 186)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 2s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Adalah Dekat Dengan Hamba-Nya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/u7smhox7LaE ]

“DAN APABILA HAMBA-HAMBA KU BERTANYA TENTANG AKU, MAKA (JAWABLAH), BAHAWASANYA AKU ADALAH DEKAT” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 186)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ayat ini adalah intipati dari ajaran tauhid yang murni dan tulin. Ianya mengajar kita supaya meminta sesuatu terus kepada Allah, bukannya melalui perantaraan.
  2. Kurangnya pendedahan kepada ajaran Islam yang sebenar menyebabkan ada orang Islam yang menolak “”ajaran tauhid tiga”” (iaitu, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma’ wa sifat)
  3. Ada orang Islam menolak “Tauhid Uluhiyyah” (iaitu tauhid yang menetapkan hanya Allah sahaja yang kita sembah dan tempat kita memohon pertolongan) kerana “Tauhid Uluhiyyah” ini menafikan amalan “tawassul”.

4. Adalah amat malang, oleh kerana ingin mempertahankan amalan tawassul ada umat Islam yang sanggup menafikan tauhid Uluhiyyah!

  1. Persoalannya adakah tawassul itu wajib hukumnya, sehinggakan sanggup menolak Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah yang banyak dijelaskan di dalam al-Quran? Dengan andaian amalan tawassul ini harus, dan dalam keadaan tiada pun galakan untuk mengamalkannya, adalah tidak patut untuk menolak sekian banyak sifat tuhan yang disebut dalam al-Quran.
  2. Allah telah mengatakan Dia adalah dekat dengan kita, maka apa perlunya kita bertawassul (iaitu memohon pertolongan kepada Allah dengan perantaraan orang tengah).
  3. Amalan bertawassul seperti menjadikan tok-tok guru (yang telah mati) yang dianggap alim sebagai perantaraan, adalah kerana kita menganggap bahawa kita tidak layak, banyak dosa dan jauh dari Allah.
  4. Ini adalah langkah pertama ke arah syirik kepada Allah. Oleh itu orang yang memperjuangkan aqidah tauhid, bertindak menyekat fenomena ini dari peringkat permulaannya lagi.
  5. Kita tidak perlu bertawassul! Adakah dengan tidak bertawassul doa kita tidak sah (dan tidak diterima)?
  6. Mengapa perlu ada orang tengah untuk berdoa kepada Allah? Apakah perlu dirasuah orang tengah ini? Hakikatnya begitulah! Orang tengah ini diupah dengan duit untuk berdoa, baca al-Quran dan kirim pahala. Seolah-olah begitu susah untuk “berbicara” dengan Allah padahal Dia berfirman, “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku”
  7. Allah mengatakan – “Hendaklah minta kepada Ku kerana Aku adalah dekat dengan hamba-hamba Ku”. Allah lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri.
  8. Di dalam al-Quran, Allah tidak pernah ajar manusia supaya bertawassul, tetapi diajar supaya melafazkan, “Kepadamu Ya Allah kami menyembah, dan kepada Mu kami memohon pertolongan” (Surah al-Fatihah, Ayat 5).
  9. Malangnya ada sebahagian dari kita menolak Tauhid Rubbubiyyah kerana ajaran tauhid ini menghalangnya dari bertawassul
  10. Terlalu dangkal pegangan tauhid masyarakat kita sehinggakan perkara syirik pun tidak tahu! Kalaulah begini keadaannya, bagaimana Allah akan beri kemenangan kepada kita umat Islam? “Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (Surah Muhammad, Ayat 7).
  11. Mengapa pertolongan Allah tidak sampai? Ini adalah kerana amalan kita tidak tepat seperti yang dikehendaki Allah.
  12. Malah, malangnya ada golongan (kononnya) ulama’ yang mengamalkan dan mengajar orang lain supaya bertawassul bila berdoa dan bila ingin bertawassul pergi ke kubur! Amat malang bila mereka yang bertugas menyebarkan dan menjaga agama (ulama’-ulama’) pun tidak faham hakikat ini.
  13. Betapa mesranya dan lunaknya Allah kepada kita, tetapi kita tidak peduli dan mengingkarinya.
  14. Bila kita melakukan dosa, Allah berjanji akan ampunkan kita bila bertaubat dan perintahkan kita membuat permohonan terus kepada Allah tanpa perantaraan.
  15. Sesungguhnya, kita tidak tahu kedudukan dan hakikat sebenar (di sisi Allah) seseorang yang kita anggap sebagai wali.
  16. Panduan ini penting sebagai pegangan kita. Dengan memahami tuntutan ayat ini, sepatutnya tidak ada perkara-perkara seperti tawassul, memuja kubur dan sebagainya dalam kamus kehidupan seorang muslim.

Fahami betul-betul tuntutan aqidah yang murni dan jangan campur-adukkan dengan amalan yang ada potensi untuk mengotorinya. Salah satu darinya ialah amalan bertawassul dengan roh (kononnya) wali-wali. Kita tidak perlukan perantaraan bila berbicara dengan Allah kerana Dia adalah dekat dengan kita.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 31 – “Dan Bergaullah Kamu Dengan Mereka (Isteri-isteri Kamu Itu) Dengan Cara Yang Baik” (Surah an-Nisaa’, Ayat 19)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 58s] – MUTIARA AL-QURAN – Bergaullah Dengan Isteri Mu Dengan Cara Yang Baik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/OlT5X6rlpW8 ]

“DAN BERGAULLAH KAMU DENGAN MEREKA (ISTERI-ISTERI KAMU ITU) DENGAN CARA YANG BAIK” (SURAH AN-NISAA’, AYAT 19)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Dan bergaullah kamu dengan mereka, yakni, isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik.
  2. Ini adalah pesanan dari Allah taala untuk kebahagiaan kehidupan berumahtangga.
  3. Walaupun ayat ini ditujukan kepada lelaki, sebenarnya arahan yang sama juga ditujukan kepada wanita.
  4. Bergaul dengan baik akan menatijahkan hasil yang baik. Kalau tidak ianya mungkin menyebabkan perceraian, dendam-berdendam, tiada kasih sayang dan kemesraan.
  5. Pasangan hidup kita, isteri atau suami, sentiasa bersama dengan kita. Semua rahsia dan perangai kita yang sebenar akan terzahir dalam pergaulan suami isteri ini. Oleh itu, adalah perlu kepada peringatan yang khusus seperti ini, iaitu, “Bergaullah kamu dengan mereka dengan cara yang baik”.
  6. Bila hidup bersama adalah agak sukar untuk mengawal kelakuan dan perangai sebenar kita.
  7. Nabi bersabda ,”Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan isterinya (atau anak-pinaknya), dan akulah di antara kamu yang terbaik”.
  8. Kita perlu mencontohi Nabi s.a.w dalam pergaulan dengan isteri dan anak-pinak.
  9. Seseorang yang boleh bergaul dengan baik dengan anak isterinya, dia sememangnya orang baik.
  10. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan bersama dan agak sukar untuk mengawal perkara-perkara kecil yang mungkin menyakitkan hati pasangan kita.
  11. Oleh itu perlu ada sikap tolak ansur dan berlebih-kurang dalam pergaulan suami isteri dan ianya adalah termasuk dalam tuntutan “bergaul dengan cara yang baik”.

Untuk keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan masyarakat, ikutlah pesanan dari Allah ini; bergaullah dengan baik dengan isteri atau suami dan anak-anak. Sesiapa yang dapat menjaga akhlak ini sememangnya dia seorang yang baik!

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup