[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 4m 58s] – MUTIARA AL-QURAN – Bergaullah Dengan Isteri Mu Dengan Cara Yang Baik
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/OlT5X6rlpW8 ]
“DAN BERGAULLAH KAMU DENGAN MEREKA (ISTERI-ISTERI KAMU ITU) DENGAN CARA YANG BAIK” (SURAH AN-NISAA’, AYAT 19)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Dan bergaullah kamu dengan mereka, yakni, isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik.
- Ini adalah pesanan dari Allah taala untuk kebahagiaan kehidupan berumahtangga.
- Walaupun ayat ini ditujukan kepada lelaki, sebenarnya arahan yang sama juga ditujukan kepada wanita.
- Bergaul dengan baik akan menatijahkan hasil yang baik. Kalau tidak ianya mungkin menyebabkan perceraian, dendam-berdendam, tiada kasih sayang dan kemesraan.
- Pasangan hidup kita, isteri atau suami, sentiasa bersama dengan kita. Semua rahsia dan perangai kita yang sebenar akan terzahir dalam pergaulan suami isteri ini. Oleh itu, adalah perlu kepada peringatan yang khusus seperti ini, iaitu, “Bergaullah kamu dengan mereka dengan cara yang baik”.
- Bila hidup bersama adalah agak sukar untuk mengawal kelakuan dan perangai sebenar kita.
- Nabi bersabda ,”Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan isterinya (atau anak-pinaknya), dan akulah di antara kamu yang terbaik”.
- Kita perlu mencontohi Nabi s.a.w dalam pergaulan dengan isteri dan anak-pinak.
- Seseorang yang boleh bergaul dengan baik dengan anak isterinya, dia sememangnya orang baik.
- Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan bersama dan agak sukar untuk mengawal perkara-perkara kecil yang mungkin menyakitkan hati pasangan kita.
- Oleh itu perlu ada sikap tolak ansur dan berlebih-kurang dalam pergaulan suami isteri dan ianya adalah termasuk dalam tuntutan “bergaul dengan cara yang baik”.
Untuk keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan masyarakat, ikutlah pesanan dari Allah ini; bergaullah dengan baik dengan isteri atau suami dan anak-anak. Sesiapa yang dapat menjaga akhlak ini sememangnya dia seorang yang baik!
Muat Turun Atau Baca Online
