[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 7m 2s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Adalah Dekat Dengan Hamba-Nya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/u7smhox7LaE ]
“DAN APABILA HAMBA-HAMBA KU BERTANYA TENTANG AKU, MAKA (JAWABLAH), BAHAWASANYA AKU ADALAH DEKAT” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 186)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Ayat ini adalah intipati dari ajaran tauhid yang murni dan tulin. Ianya mengajar kita supaya meminta sesuatu terus kepada Allah, bukannya melalui perantaraan.
- Kurangnya pendedahan kepada ajaran Islam yang sebenar menyebabkan ada orang Islam yang menolak “”ajaran tauhid tiga”” (iaitu, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma’ wa sifat)
- Ada orang Islam menolak “Tauhid Uluhiyyah” (iaitu tauhid yang menetapkan hanya Allah sahaja yang kita sembah dan tempat kita memohon pertolongan) kerana “Tauhid Uluhiyyah” ini menafikan amalan “tawassul”.
4. Adalah amat malang, oleh kerana ingin mempertahankan amalan tawassul ada umat Islam yang sanggup menafikan tauhid Uluhiyyah!
- Persoalannya adakah tawassul itu wajib hukumnya, sehinggakan sanggup menolak Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah yang banyak dijelaskan di dalam al-Quran? Dengan andaian amalan tawassul ini harus, dan dalam keadaan tiada pun galakan untuk mengamalkannya, adalah tidak patut untuk menolak sekian banyak sifat tuhan yang disebut dalam al-Quran.
- Allah telah mengatakan Dia adalah dekat dengan kita, maka apa perlunya kita bertawassul (iaitu memohon pertolongan kepada Allah dengan perantaraan orang tengah).
- Amalan bertawassul seperti menjadikan tok-tok guru (yang telah mati) yang dianggap alim sebagai perantaraan, adalah kerana kita menganggap bahawa kita tidak layak, banyak dosa dan jauh dari Allah.
- Ini adalah langkah pertama ke arah syirik kepada Allah. Oleh itu orang yang memperjuangkan aqidah tauhid, bertindak menyekat fenomena ini dari peringkat permulaannya lagi.
- Kita tidak perlu bertawassul! Adakah dengan tidak bertawassul doa kita tidak sah (dan tidak diterima)?
- Mengapa perlu ada orang tengah untuk berdoa kepada Allah? Apakah perlu dirasuah orang tengah ini? Hakikatnya begitulah! Orang tengah ini diupah dengan duit untuk berdoa, baca al-Quran dan kirim pahala. Seolah-olah begitu susah untuk “berbicara” dengan Allah padahal Dia berfirman, “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku”
- Allah mengatakan – “Hendaklah minta kepada Ku kerana Aku adalah dekat dengan hamba-hamba Ku”. Allah lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri.
- Di dalam al-Quran, Allah tidak pernah ajar manusia supaya bertawassul, tetapi diajar supaya melafazkan, “Kepadamu Ya Allah kami menyembah, dan kepada Mu kami memohon pertolongan” (Surah al-Fatihah, Ayat 5).
- Malangnya ada sebahagian dari kita menolak Tauhid Rubbubiyyah kerana ajaran tauhid ini menghalangnya dari bertawassul
- Terlalu dangkal pegangan tauhid masyarakat kita sehinggakan perkara syirik pun tidak tahu! Kalaulah begini keadaannya, bagaimana Allah akan beri kemenangan kepada kita umat Islam? “Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (Surah Muhammad, Ayat 7).
- Mengapa pertolongan Allah tidak sampai? Ini adalah kerana amalan kita tidak tepat seperti yang dikehendaki Allah.
- Malah, malangnya ada golongan (kononnya) ulama’ yang mengamalkan dan mengajar orang lain supaya bertawassul bila berdoa dan bila ingin bertawassul pergi ke kubur! Amat malang bila mereka yang bertugas menyebarkan dan menjaga agama (ulama’-ulama’) pun tidak faham hakikat ini.
- Betapa mesranya dan lunaknya Allah kepada kita, tetapi kita tidak peduli dan mengingkarinya.
- Bila kita melakukan dosa, Allah berjanji akan ampunkan kita bila bertaubat dan perintahkan kita membuat permohonan terus kepada Allah tanpa perantaraan.
- Sesungguhnya, kita tidak tahu kedudukan dan hakikat sebenar (di sisi Allah) seseorang yang kita anggap sebagai wali.
- Panduan ini penting sebagai pegangan kita. Dengan memahami tuntutan ayat ini, sepatutnya tidak ada perkara-perkara seperti tawassul, memuja kubur dan sebagainya dalam kamus kehidupan seorang muslim.
Fahami betul-betul tuntutan aqidah yang murni dan jangan campur-adukkan dengan amalan yang ada potensi untuk mengotorinya. Salah satu darinya ialah amalan bertawassul dengan roh (kononnya) wali-wali. Kita tidak perlukan perantaraan bila berbicara dengan Allah kerana Dia adalah dekat dengan kita.
Muat Turun Atau Baca Online
