Usul Tafsir Al-Quran – Sesi 62 – (Sambungan) Usul No 16- Mengetahui Tentang Sebab Turun Ayat dan Apa-apa yang Bersesuaian Dengannya

VIDEO – [Durasi 1j 20m 56s] – Sesi 62 – Usul No 16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wQVYrPeFgI0 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:47 : Beberapa Peringatan Berhubung Dengan Sebab Nuzul

02- 00:04:47 : Ilmu Usul Tafsir

03- 00:14:25 : Orang Mati Diseksa Dengan Sebab Tangisan Keluarganya

04- 00:16:00 : Kenapa Imam as-Syafi’i Utamakan Pendapat Ibnu Abbas r.a?

05- 00:17:55 : Pendapat Aisyah r.ha Berkenaan Dengan Orang Mati Diseksa Dengan Sebab Tangisan Keluarganya

06- 00:26:46 : Manusia Tidak Akan Menanggung Dosa Orang Lain

07- 00:28:45 : Allah Melaknat Orang Yang Mengubah Kejadiannya (Dan Juga Dan Pembuatnya) Seperti Membuat Tatu, Mencukur Kening, Menjarangkan Gigi dsb

08- 00:34:20 : Nabi s.a.w Melarang Ummah Dari Menjadi Saksi Palsu

09- 00:38:50 : Balasan Bagi Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat

10- 00:44:58 : Kebenaran Tidak Ditentukan Oleh Majoriti (Suara Terbanyak)

11- 00:48:40 : Meriwayatkan Hadith Yang Bertepatan Maksudnya Dengan Maksud Ayat Al-Qur’an

12- 00:55:20 : Ibnu Mas’ud r.a Bertanya Kepada Nabi s.a.w Tentang Apakah Dosa Yang Paling Besar?

13- 01:00:10 : Ibnu Abbas r.a Meramal Saidina Muawiyah Akan Menjadi Pemerintah Apabila Berlaku Krisis Antara Saidina Ali r.a Disebabkan Saidina Ali Seolah-olah Berpihak Kepada Pihak Yang Membunuh Saidina Ustman

14- 01:05:28 : Penentuan Tempat Turun Ayat

15- 01:07:58 : Penentuan Nama-nama Orang Yang Tersebut Di Dalam Ayat Secara Samar Dan Tidak Jelas

16- 01:12:06 : Cara-cara Menyebut Perkataan Yang Tersebut Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran Yang Tertentu

17- 01:14:00 : Kelebihan Surah-surah Dan Ayat-ayat Tertentu

 

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

(Sambungan) USUL KE 16 – MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN DENGANNYA

NOTA KULIAH:

BEBERAPA PERINGATAN BERHUBUNG DENGAN SEBAB NUZUL

(1) Sesetengah pelajar dan pembaca Tafsir terpedaya apabila melihat para mufassirin mengemukakan kisah atau peristiwa tertentu di bawah setiap ayat hukum dan jadal. Ia menyamgka kisah dan peristiwa yang disebutkan itu memang merupakan sebab sebenar bagi turunnya ayat-ayat berkenaan. Padahal bukan begitu keadaannya. Para ahli Tafsir kadang-kadang menyebutkan sesuatu kisah atau peristiwa semata-mata kerana ada sedikit sahaja perkaitan dan kesesuaiannya dengan ayat-ayat tertentu. Berkata al-Imam as-Shah Waliyyullah ad-Dihliwi r.a.: “Para ulama’ hadith banyak sekali menyebutkan perkara-perkara yang sebenar bukan merupakan sebab nuzul bagi ayat al-Quran. Ia tidak lebih daripada

(i) Istisyhad (dalil yang dikemukakan) para sahabat dalam perbincangan dan perdebatan mereka.

(ii) Contoh yang diberi atau perumpamaan yang dibuat mereka.

(iii) Sebagai dalil penguat bagi percakapannya semata-mata.

(iv) Meriwayatkan hadith yang bertepatan maksudnya dengan maksud ayat al-Quran.

(v) Penentuan tempat turun ayat.

(vi) Penentuan nama-nama orang yang tersebut di dalam ayat secara samar dan tidak jelas.

(vii) Menyatakan cara-cara menyebut perkataan yang tersebut di dalam ayat-ayat al-Quran yang tertentu.

(viii) menyatakan kelebihan surah-surah dan ayat-ayat tertentu.

(ix) Menyatakan cara-cara bagaimana mengamal dan mempraktikkan perintah Allah di dalam al-Quran. Semua itu pada hakikatnya bukanlah merupakan sebab turun ayat-ayat yang sebenar. (Lihat al-Fauzul Kabir m/s 61).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 62 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 16 (Nota 11)

Leave a comment