Usul Tafsir al-Quran – Sesi 63 – (Sambungan) Usul No 16- Mengetahui Tentang Sebab Turun Ayat dan Apa-apa yang Bersesuaian Dengannya

VIDEO – [Durasi 1j 27m 56s] – Sesi 63 – Usul No 16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hIZWCi1_bck ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:20 : Beberapa Peringatan Berhubung Dengan Sebab Nuzul

02- 00:04:44 : Ayat-ayat Yang Turun Khusus Berkenaan Dengan Orang Tertentu (Namanya Bahkan Disebutkan ); Ayat-ayat Seperti Ini Berdasarkan Ijmak Ulama’

03- 00:06:33 : Ayat Tentang Abu Lahab

04- 00:14:21 : Ayat Yang Sebut Nama Zaid Bin Harithah Tentang Boleh Berkahwin Dengan Anak Angkat

05- 00:25:11 : Ayat Yang Khusus Kepada Nabi s.a.w Dalam Surah Ad-Dhuha Dan Beberapa Ayat Di Permulaan Surah An-Najm

06- 00:34:30 : Ayat-Ayat Yang Tersebut Di Dalamnya Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Khusus Bagi Seseorang, Satu Kumpulan Atau Perkara Tertentu Tanpa Disebut Namanya Dengan Terang. Bagaimanapun Ada Tanda-tanda Dan Petunjuk Yang Mengisyaratkan Kepada Orang, Kumpulan Atau Perkara Tertentu, Maka Ayat-ayat Seperti Itu Dikira Khusus Dengan Orang, Kumpulan Atau Perkara Berkenaan Sahaja. Menurut Ijmak Ulamak Ia Tidak Merangkumi Orang-orang Lain Meskipun Mereka Juga Mempunyai Ciri-ciri Dan Sifat-sifat Khusus Yang Sama Dengan Orang, Kumpulan Atau Perkara Yang Sememangnya Dimaksudkan.

07- 00:44:33 : Golongan Yang Beriman Disebut Di Dalam Al-Quran

08- 00:53:56 : Antara Ayat-Ayat Yang Turun Dengan Sesuatu Peristiwa Yang Tertentu Tetapi Lafaznya Memberi Erti Umum, Seperti Ayat Zihar

09- 01:09:03 : Ayat Tentang Hukum Li’an

10- 01:18:38 : Ayat-ayat Yang Ada Sebab Turunnya Yang Khusus, Atau Ia Turun Bersempena Dengan Peristiwa-peristiwa Tertentu Tetapi Lafaznya Memberi Erti Umum, Tidak Ada Pula Perkara Yang Memalingkannya Daripada Erti Umumnya; Maka Berhubung Dengan Ayat-Ayat Seperti Ini Terdapat Perbezaan Pendapat Dari Kalangan Ahli Ilmu.

11- 01:20:11 : Peristiwa Perjanjian Damai Di Antara Nabi s.a.w Dengan Golongan Quraisy

 

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

(Sambungan) USUL KE 16 – MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN DENGANNYA

NOTA KULIAH:

BEBERAPA PERINGATAN BERHUBUNG DENGAN SEBAB NUZUL

(2) Adakah umum lafaz yang diambil kira atau khusus sebabnya? Pandangan para ulama’ usul berbeza-beza dalam masalah ini. Mereka terbahagi kepada tiga golongan.

(i) Golongan Jumhur. Mereka berpendapat yang diambil kira ialah umum lafaz.

(ii) Yang diambil kira ialah khusus sebabnya.

(iii) Perlukan perincian.

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan ayat-ayat yang diturunkan berhubung dengan sesuatu peristiwa dan ada sebabnya terbahagi daripada segi umum dan khususnya kepada empat bahagian berikut:

(i) Ayat-ayat yang turun khusus berkenaan dengan orang tertentu. Namanya bahkan disebutkan. Ayat-ayat seperti ini berdasarkan ijma’ ulama’ memang khusus dengan orang berkenaan. Ia tidak melarat (diperluaskan) kepada orang-orang lain. Contohnya ialah firman Allah ini yang bermaksud: “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama ..”(al-Masad:1).

Ayat ini sememangnya turun khusus berkenaan Abu Lahab. Di dalamnya tersebut ancaman yang dahsyat kepadanya. Namanya juga disebut dengan jelas. Oleh itu orang-orang lain tidak termasuk di bawah ayat-ayat ini.

(ii) Ayat-ayat yang tersebut di dalamnya ciri-ciri dan sifat-sifat khusus bagi seseorang, satu kumpulan atau perkara tertentu tanpa disebut namanya dengan terang. Bagaimanapun ada tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk yang mengisyaratkan kepada orang, kumpulan atau perkara tertentu, maka ayat-ayat seperti ini juga dikira khusus dengan orang, kumpulan atau perkara berkenaan sahaja menurut ijma’ulama’. Ia tidak merangkumi orang-orang lain, meskipun mereka juga mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat khusus yang sama dengan orang, kumpulan atau perkara yang sememangnya dimaksudkan.

Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Bermaksud:” Dan (sebaliknya) akan dijauhkan neraka itu daripada orang yang paling bertaqwa; (17) Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya” (18). (al-Lail:17-18)

(iv) Ayat-ayat yang ada sebab turunnya yang khusus, atau ia turun bersempena dengan peristiwa-peristiwa tertentu, tetapi lafaznya memberi erti umum. Tidak ada pula perkara yang memalingkan daripada erti umumnya, maka berhubung dengan ayat-ayat seperti ini terdapat perbedaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Ada yang menyatakan yang diambil kira ialah sebabnya yang khusus, bukan lafaznya yang umum. Maksudnya ialah lafaz ayat diikat mereka dengan peristiwa yang menyebabkan ia turun. Adapun perkara-perkara lain seumpamanya, maka hukumnya tidaklah diketahui daripada daripada ayat berkenaan, sebaliknya ia diketahui melalui dalil-dalil yang lain. Jumhur ulama’ pula mengatakan, yang diambil kira ialah lafaznya yang umum. Hukum yang terdapat di dalamnya merangkumi semua orang yang mempunyai kriteria yang sama dengan orang yang terlibat dalam peristiwa asal yang merupakan sebab bagi turunnya ayat berkenaan. Ringkasnya bagi mereka, ayat yang sama juga merupakan sumber hukum untuk orang-orang lain. Hukum untuk mereka tidak perlu dicari dari sumber-sumber yang lain lagi. Kalau ada pun dalil yang lain, maka ia tidak lebih daripada penguat dan penyokong kepada dalil yang sudah sedia ada di dalam al-Quran itu.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 63 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 16 (Nota 11)

Leave a comment