VIDEO – [Durasi 14m 14s] -Surah No 62 -al-Jumu’ah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/amWgFBr5brM ]
سورة الجمعة
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ٱلْمَلِكِ ٱلْقُدُّوسِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ ١ هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلْأُمِّيِّـۧنَ رَسُولًۭا مِّنْهُمْ يَتْلُوا۟ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا۟ مِن قَبْلُ لَفِى ضَلَـٰلٍۢ مُّبِينٍۢ ٢ وَءَاخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا۟ بِهِمْ ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ٣ ذَٰلِكَ فَضْلُ ٱللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ ٤ مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢا ۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥ قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ هَادُوٓا۟ إِن زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَآءُ لِلَّهِ مِن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُا۟ ٱلْمَوْتَ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٦ وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُۥٓ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ ٧ قُلْ إِنَّ ٱلْمَوْتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ٩ فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠ وَإِذَا رَأَوْا۟ تِجَـٰرَةً أَوْ لَهْوًا ٱنفَضُّوٓا۟ إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًۭا ۚ قُلْ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيْرٌۭ مِّنَ ٱللَّهْوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ ۚ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ١١
TERJEMAHAN SURAH AL-JUMU’AH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(2) Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatanganNabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(3) Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(4) (Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
(5) (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) KitabTaurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayatketerangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak member hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(6) Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang beragamaYahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!”
(7) Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
(8) Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.
(9) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(10) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(11) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkaub erdiri (di atas mimbar – berkhutbah).Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
1. Surah-surah sebelum ini adalah berselang-seli dengan “tasbih”. “Tasbih tauhid” adalah maksud daripada amalan “jihad” dan “infaq”.
2. Sepuluh surah sebelum ini berselang-seli dengan tasbih, iaitu satu surah ada tasbih pada permulaannya dan surah selepasnya tiada tasbih. Ianya bertujuan supaya manusia sedar bahawa tujuan infaq dan jihad adalah untuk mengenal Allah di segi tauhid.
3. Surah al-Jumu’ah menekankan pentingnya adanya guru dan pelajar. Agama Islam akan tertegak di bumi di mana adanya mujahidin (pejuang-pejuang), orang-orang yang alim dan orang-orang yang menuntut ilmu. Orang alim dan penuntut ilmu ialah orang yang menjaga sumber ilmu supaya dapat dihayati oleh mujahidin (bila balik dari berperang).
4. “Bertasbih segala makhluk di langit dan di bumi memuji Allah taala yang memiliki segala-galanya, Maha Suci, Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.
5. Tugas orang alim dan guru – “Dialah (Allah) yang memilih dan mengutuskan kepada golongan Arab ummi, seorang Rasul daripada keturunan mereka” – Rasul ini akan mengajar dan tarbiahkan tiga perkara, “baca (mengajar) kepada Ummiyyin ayat-ayat Allah”, dan “dia akan berusaha membersihkan hati-hati yang telah beriman daripada dosa dan dari akidah yang sesat” dan dari akhlak yang salah. Yang ketiganya, Nabi s.a.w mengajarkan kepada mereka “kitabul hikmah”, kitab usul-usul agama dan cara-cara mengamalkan agama. “Hikmah” ditafsirkan oleh ulama’ sebagai sunnah nabi s.a.w.
6. “Sesungguhnya mereka (golongan Ummiyyin) sebelum kedatangan nabi adalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
7. Nabi dihantar bersama dengan (juga untuk) umat-umat lain (yang bukan berbangsa Arab) di kalangan mereka. Walaupun begitu umat-umat lain ini, masih belum menyertai mereka.
8. “Dan Dialah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana”.
9. Tafsir kedua, Allah pilih Rasul dari kalangan yang buta huruf, membaca (mengajar) kepada orang Arab tiga perkara (sebagaimana tersebut di atas) dan selain dari tiga perkara tersebut.
10. Kelahiran nabi akhir zaman dan diberikan kepadanya ayat-ayat ini adalah kurniaan daripada Allah. Allah boleh beri (ayat-ayat ini) kepada sesiapa saja yang Ia kehendaki, sesungguhnya ianya benar-benar kurniaan Allah. “Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang sangat agung”.
11. Sekiranya umat ini (Islam) dan ulama’nya jadikan al-Quran sebagaimana kaum dan ulama’ Yahudi lakukan terhadap kitab Taurat, maka musibah akan menimpanya.
12. “Bandingan orang yang dibebankan dengan kitab Taurat (Ulama Yahudi) dan mereka tidak dapat menjaganya adalah seumpama himar”, kerana tidak dapat mengambil faedah dari kitab (yang dipikulnya). Dia memikul kitab tetapi tidak faham tuntutan kitab tersebut. (Atau), Dia (Yahudi) memikul kitab dan faham isi kitab tersebut tetapi tidak mahu menghayatinya.
13. “Amat buruk kaum yang mendustakan ayat Allah”
14. Mereka diamanahkan menjaga kitab Taurat tetapi sebaliknya berdusta ke atas kitab tersebut.
15. “Allah tidak akan memberi hidayat kepada kaum yang zalim”
16. Ayat ini ingin mengajar umat akhir zaman yang telah diutuskan nabi terakhir supaya jangan menjadikan al-Quran ini seperti apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap kitab Taurat.
17. “Katakanlah! Wahai orang-orang Yahudi,” (Sekiranya mereka mendakwa mereka akan selamat disebabkan keturunan mereka, bukan kerana amalan yang mematuhi wahyu). “Sekiranya kamu menyangka bahawa kamu sahaja adalah wali-wali Allah, bukan orang-orang lain”. (Wali-wali Allah adalah kekasih Allah, dan kekasih Allah sentiasa rindu untuk bertemu dengan Allah; dan untuk bertemu dengan Allah, perlu menghadapi kematian dulu), “maka hendaklah kamu semua (wahai Yahudi) meminta untuk mati”. Bila seseorang hendakkan sesuatu, supaya kehendaknya tertunai, dia akan berdoa kepada Allah.
18. “Sekiranya kamu benar dalam dakwaan kamu, (bahawa kamu adalah kekasih Allah)”
19. “(Kaum) Yahudi selama-lamanya tidak akan minta untuk mati, dengan sebab amal yang telah mereka lakukan. Dan Allah maha mengetahui terhadap golongan yang zalim ”
20. Walaupun begitu, mereka tidak akan dapat mengelakkan dari kematian. “Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari darinya akan tetap menemui mu”
21. “Kemudian kamu akan dihadapkan kepada Allah yang maha mengetahui perkara ghaib (dari manusia) dan perkara yang jelas (bagi manusia).
22. “Tuhan kamu akan menghisab dengan menceritakan kepada kamu apa yang pernah kamu lakukan untuk dihukum”
23. Allah beritahu kepada kita tentang ulama’-ulama’, yang sekiranya hidup mereka seperti ahli kitab Yahudi, yang mereka adalah dalam bahaya.
24. Kaum Yahudi cuai dalam menunaikan tuntutan kitab kerana cintakan dunia, sebagaimana disebut dalam surah al-Baqarah sebelum ini. Cinta dunia, cintakan kedudukan dan pengaruh menyebabkan tuntutan kitab diabaikan.
25. Mereka memutarbelitkan dan memalsukan isi kitab dan mereka hanya mengajarkan apa-apa yang difikirkan sesuai sahaja kepada masyarakat. Ini adalah merupakan pengajaran kepada ulama dari kalangan ahli al-Quran (Islam).
Seterusnya, ayat-ayat berikut ditujukan kepada pelajar-pelajar (agama).
26. “Wahai orang yang beriman! Bila kamu diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada zikir kepada Allah (sembahyang Jumaat dan mendengar khutbah).
27. “Dan tinggalkalah semua urusan dunia termasuk jual-beli”. Urusan dunia amat banyak, dan yang paling menguntungkan ialah berniaga. Maka tinggalkanlah segala urusan dunia, walaupun ianya berbentuk jual-beli (yang amat menguntungkan).
28. Meninggalkan (urusan dunia) buat sementara ketika diseru oleh Allah taala, “Adalah lebih baik bagi kamu”.
29. “Sekiranya kamu mengetahui (tingginya nilai agama berbanding dunia)”
30. “Bila solat Jumaat selesai, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki kurniaan Allah taala”
31. Dalam keadaan begitu pun, “Hendaklah kamu ingat kepada Allah banyak-banyak”. Dalam mencari kurniaan Allah itu, hendaklah kamu sentiasa ingat kepada Allah.
32. “Mudah-mudahan kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”.
33. “Apabila mereka melihat rombongan perniagaan yang datang dari jauh (untuk menjual barang-barang di Kota Madinah), atau mereka melihat orang-orang yang datang untuk berhibur (dengan memalu kompang), lalu mereka tinggalkan nabi (yang sedang berkhutbah di mimbar)”.
34. “Mereka bersegera pergi kepada perniagaan dan hiburan”
35. “Dan mereka sanggup meninggalkan kamu (yang sedang berdiri berkhutbah)”
36. Sebelum ayat ini turun, khutbah Jumaat adalah seperti khutbah hari raya, iaitu sembahyang dahulu kemudian khutbah. Mereka menyangka khutbah tidaklah begitu penting, hanya sembahyang yang penting.
37. Mereka sememangnya menunggu-nunggu rombongan peniaga pulang. Apabila ada rombongan perniagaan pulang, selepas menunaikan sembahyang, mereka segera pergi untuk mendapatkan barang-barang keperluan daripada pedagang-pedagang tersebut.
38. Ayat al-Quran ini adalah sebagai teguran kepada kita semua. Kita tidak sepatutnya meninggalkan guru yang sedang mengajar, memberi tazkirah atau berkhutbah untuk mendapatkan harta atau hiburan.
39. Meninggalkan guru yang sedang mengajar adalah sikap yang tidak baik.
“Katakanlah (kepada mereka). Apa yang ada di sisi Allah (berupa pahala dan darjat adalah) lebih baik daripada hiburan dan perniagaan”.
40. “Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki”
