Tafsir Al-Quran Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 60 – al-Mumtahanah (Ayat 10-13)

VIDEO AKAN DIMUAT NAIK – SILA DENGAR RAKAMAN AUDIO DI BAWAH –  Surah al-Mumtahanah (Ayat 10-13)- [Dgn Sarikata]- Maulana Abd Hadi

سورة الممتحنة

بسم الله الرحمن الرحيم

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا جَآءَكُمُ الْمُؤْمِنٰتُ مُهٰجِرٰتٍ فَامْتَحِنُوهُنَّ ۖ اللهُ أَعْلَمُ بِإِيمٰنِهِنَّ ۖ فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنٰتٍ فَلَا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى الْكُفَّارِ ۖ لَا هُنَّ حِلٌّ لَّهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ ۖ وَءَاتُوهُم مَّآ أَنفَقُوا۟ ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۚ وَلَا تُمْسِكُوا۟ بِعِصَمِ الْكَوَافِرِ وَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقْتُمْ وَلْيَسْـَٔلُوا۟ مَآ أَنفَقُوا۟ ۚ ذٰلِكُمْ حُكْمُ اللهِ ۖ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ ۚ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ:١۰ وَإِن فَاتَكُمْ شَىْءٌ مِّنْ أَزْوٰجِكُمْ إِلَى الْكُفَّارِ فَعَاقَبْتُمْ فَـَٔاتُوا۟ الَّذِينَ ذَهَبَتْ أَزْوٰجُهُم مِّثْلَ مَآ أَنفَقُوا۟ ۚ وَاتَّقُوا۟ اللهَ الَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ:١١ يٰٓأَيُّهَا النَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ الْمُؤْمِنٰتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْـًٔا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلٰدَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتٰنٍ يَفْتَرِينَهُۥ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِى مَعْرُوفٍ ۙ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللهَ ۖ إِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ:١٢ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ اللهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا۟ مِنَ الْاٰخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحٰبِ الْقُبُورِ ١٣:

TERJEMAHAN SURAH AL-MUMTAHANAH (AYAT 10 -13)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(10) Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(11) Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.

(12) Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, – maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(13) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

[Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===============================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) ===============================================

1. (Sebelum pembukaan Mekah), ramai wanita Mekah mendapat hidayah (memeluk Islam) lalu meninggalkan keluarga mereka dan lari ke Madinah.

2. Dalam perjanjian Hudaibiyah, yang disebut dalam perjanjian tersebut adalah golongan lelaki. Kedudukan kaum wanita di dalam perjanjian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas. Oleh itu, wanita yang memeluk agama Islam dan melarikan diri ke Madinah tidak tertakluk kepada perjanjian ini dan tidak dihantar balik ke Mekah; tidak sebagaimana golongan lelaki.

3. Untuk membuktikan bahawa wanita yang datang ke Madinah adalah benar-benar beriman, maka diadakan bai’ah.

4. “Wahai orang yang beriman! Apabila datang kepada kamu (di Madinah), wanita-wanita (dari Mekah) dalam keadaan beriman (berhijrah dari daerah “harbi” kepada “Darul Islam”), ujilah mereka itu (dengan syarat-syarat bai’ah). Allah Maha mengetahui hakikat iman mereka”.

5. Tiada yang tahu hakikat iman mereka kecuali Allah.

6. “Maka jika kamu tahu bahawa yang berhijrah ini adalah mukmin (dengan bukti-bukti yang diperolehi semasa bai’ah), janganlah kembalikan mereka kepada orang kafir (harbi di Mekah).

7. Ini adalah kerana, “Wanita-wanita Islam ini tidak halal lagi kepada orang kafir (sebagai isteri), dan tidak lagi halal orang kafir kepada wanita-wanita ini”. Bila mereka berpisah dan habis iddah, maka putuslah hubungan perkahwinan. Selagi belum habis iddah, ikatan perkahwinan masih wujud.

8. Apabila isteri-isteri mereka berhijrah ke Madinah dan tidak disertai oleh suami mereka yang kafir, “Maka kembalikanlah maskahwin kepada mereka (suami-suami) sebagaimana yang telah diberi”

9.”Dan kamu (yang tinggal di Madinah) tidak salah untuk mengahwini mereka”, iaitu mengahwini bekas isteri-isteri orang kafir. Selepas iddah, kamu boleh mengahwini mereka dengan syarat kamu memberi kepada mereka maskahwin.

10. “Jangan kamu kekalkan ikatan perkahwinan kamu dengan wanita kafir (yang tidak ingin masuk Islam)”, iaitu jika habis sahaja iddah dengan kamu, maka putuslah ikatan perkahwinan kamu dengan mereka. Kamu (yang muslim), boleh “meminta balik maskahwin yang diberikan kepada mereka”, oleh kerana keengganan mereka memeluk Islam.

11. “Dan mereka (suami yang kafir) boleh meminta balik apa yang diberikan kepada isteri (yang telah memeluk Islam)”. Kedua-dua pihak (Islam atau kafir) ada hak untuk meminta semula maskahwin yang telah diberi.

12. “Inilah hukum Allah yang adil”, perbezaan agama tidak menggugurkan hak mendapatkan balik maskahwin yang telah diberi.

13. “Allah taala membuat keputusan di kalangan kamu dengan adil”

14. “Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

15. “Sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta) melarikan diri ke pihak orang-orang kafir maka kamu pukul mereka (dengan menyerang dan ambil harta mereka)”. Apabila mendapat harta rampasan maka, “maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang isterinya lari itu ganti maskahwinnya”. Harta rampasan perang itu diambil dan diberi kepada suami-suami yang masuk Islam, “sebagaimana yang mereka beri kepada isteri mereka”

16. “Dan hendaklah kamu benar-benar takut kepada Allah s.w.t yang kamu beriman dan percaya kepadaNya”. Segala peraturan agama hendaklah dipatuhi, dan tidak boleh dipandang remeh.

17. “Wahai nabi! Apabila datang para mukminat (untuk berbai’ah dengan kamu) di atas syarat-syaratnya iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun”.

18. Syarat pertama adalah berkenaan aqidah. Syarat seterusnya ialah, “dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina dan tidak membunuh anak mereka hidup-hidup dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka (mengatakan anak dalam kandungan bukan dari bekas suami), dan mereka tidak menderhakai kamu dalam perkara yang baik”

19. Jika syarat-syarat yang disebut ini mereka sanggup terima, “Maka terimalah bai’ah mereka”, terimalah janji setia mereka.

20. “Dan minta ampunlah dosa-dosa mereka yang lalu”

21. “Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”

22. Wanita yang ingin berbai’ah tahu bahawa dia mengandungkan anak siapa. Dia tidak boleh berbohong dan hendaklah berterus-terang. Dia tidak boleh menisbahkan anak yang dikandungnya kepada orang yang selain dari ayahnya yang sebenar.

23. “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat kaum Munafiq yang Allah murka kepada mereka”. Ini adalah teguran kepada orang beriman tentang orang Munafiq, janganlah jadikan mereka sebagai teman atau (terjemahan lain dari ayat ini ialah) jangan angkat mereka sebagai pemimpin.

24. Kaum Munafiq ialah kaum yang Allah murkai.

25. Mereka telah putus asa dari balasan pahala di akhirat, sebagaimana orang kafir putus asa untuk mendapat bantuan dan sokongan dari orang-orang yang telah mati.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 114 – An-Naas

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 114 – An-Naas – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الناس
بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

TERJEMAHAN SURAH AN-NAAS

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia

2. “Yang Menguasai sekalian manusia,

3. “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,

5. “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,

6. “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. Dalam Surah al-Falaq, hanya satu nama Allah disebut untuk menyelamatkan empat perkara dunia.

2. Dalam surat an- Naas, tiga nama Allah disebut untuk menyelamatkan satu perkara akhirat.

3. Aku berlindung dengan RABB manusia. Aku berlindung dengan “Malik” (RAJA) manusia. Aku berlindung dengan Ilah (TUHAN) manusia.

4. Berlindung untuk diselamatkan dari satu penyakit keagamaan
penyakit bisikan dan kejahatan bisikan-bisikan.

5. Bisikan syaitan dari jenis “Khan-naas”

6. “Khan-naas” bermaksud jika kita berzikii kepada Allah, dia akan lari, jika lalai dia datang, sibuk dengan al-Quran dia lari.

7. Aku berlindung dengan tiga nama Allah ini dari kejahatan was-was. Dari syaitan yang selalu membisik-bisikkan pada hati manusia dari kalangan jin dan manusia yang dipengaruhi oleh jin yang mana perkataan-perkataannya juga dikira sebagai bisikan

8. Apabila kita berlindung dengan sebelas ayat (al-Falaq & An-Naas) ini maka kita diberi perlindungan oleh Allah.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 113 – Al-Falaq

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 113 – Al-Falaq- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الفلق
بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)

TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

2. “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

3. “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

4. “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

5. “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. Surah an-Naas & Surah al-Falaq dinamakan surah “Isti’azah”, surah untuk melindungkan diri kita dari gangguan.

2. Bila kita beraqidah yang benar, kita akan mempunyai musuh yang ramai, yang kita tidak mampu lawan dengan kudrat dan kemampuan kita sahaja

3. Allah akan membantu kita sekiranya kita bergantung kepadaNya, dan kita ikut ajaran nabi s.a.w.

4. Nabi pun pernah disihir, dan nabi rasa sakit kena sihir. Tiada yang dapat menyembuhkan nabi sehingga Allah turunkan dua surah ini, yang bila dibaca, sihir itu pulih sepenuhnya

5. Ahli tauhid Allah bekalkan amalan untuk menjaga diri di antaranya surah ini, yang dibaca pada pagi dan petang dan sebelum tidur.

5. Nabi telah disihir dengan sebelas helai rambut diikat pada sikat, diletak dalam telaga dan nabi terasa seolah-olah dirinya diikat. Nabi tahu dia disihir dari perbualan dua malakaikat cara untuk melepaskan sihir ialah dengan membaca sebelas ayat dari surah al-Falaq dan an-Naas.

6. Semua amalan yang diberi oleh nabi melalui hadis sahih berkesan untuk jaga diri kita. Tapi syaitan pun ajar wirid-wirid untuk jaga diri, wirid untuk kebal dsb sehingga kita abaikan wirid dari nabi dan amalkan wirid dari syaitan ramai manusia jauh dari agama Allah.
Untuk pastikan ianya bukan dari syaitan kita kena pastikan dahulu apa yang dari nabi. Syaitan akan ajar sesuatu yang seakan-akan sama dengan yang nabi ajar. Oleh itu, jika manusia jahil tentang ajaran nabi nescaya akan terpedaya dan akan ambil ajaran syaitan

7. Dengan ujian ketakutan atau semangat untuk beribadat, tanpa kenal ajaran nabi yang sebenar, manusia akan mudah tertipu
akhirnya mereka mati bukan dengan cara nabi.

8. Apa yang bukan dari nabi jangan kita amalkan.

9. Amalan yang mengikut nabi saja yang terjamin selamat dan mendapat kasih sayang dari Allah. Tetapi jika tersilap “cara” atau “kaifiat” sebagaimana yang nabi suruh pun tetap tiada jaminan juga. Contohnya, ada kisah nabi suruh sahabat sebut kalimat “nabi” dalam doa, tetapi sahabat tukar kepada “rasul”, nabi larang perbuatan tersebut kita perlu jaga betul-betul apa-apa dari nabi, jangan tambah dan jangan kurangi.

10. Ramai manusia yang cenderung untuk menokok tambah dari yang asal, yang nabi ajar.

11. Orang yang bertauhid perlu pastikan amalan yang sunnah dari nabi, dan mengutamakan akhirat melebihi dunia.

12. Surah ini dibaca sebelum tidur, dan juga di waktu pagi dan petang.

13. Surah al-Falaq adalah berkenaan masalah dunia, cukup disebut hanya satu nama Allah, manakala Surah an-Naas adalah berkenaan masalah akhirat, disebut tiga nama Allah.

14. Katakanlah kepada mereka, “Aku berlindung dengan Allah, Rabb yang mengeluarkan waktu pagi,
” Daripada segala kejahatan-kejahatan lain, daripada kejahatan yang Allah ciptakan ”
“Daripada kejahatan malam bila ia menutupi, daripada kejahatan ahli-ahli sihir yang menyihir dalam simpulan”
“Dan dari kejahatan orang yang dengki bila dia ingin melakukan sesuatu untuk menzalimi orang yang didengkinya”

15. Sekiranya seeorang yang berdengki tidak melakukan sesuatu, hanya amalannya dihapuskan kerana sikap dengkinya itu tetapi bila dia berbuat sesuatu hasil dari sifat dengkinya, kita minta berlindung dari menerima akibat dari perbuatan tersebut.

Kita tidak berlindung dari sifat dengkinya, kerana itu adalah sikapnya yang kita tidak boleh ubah. Cuma kita minta berlindung dari orang yang berdengki bila dia berbuat sesuatu kerana sifat dengkinya kepada kita.

16. Jadi kita minta perlindungan dari Allah dari berbuat sesuatu dan memberi kesan kepada kita.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 112 – Al-Ikhlas

VIDEO – [Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 112 – Al-Ikhlas- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الإخلاص
بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

TERJEMAHAN SURAH AL-IKHLAS

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
===================================================

1. Kemenangan ke atas musuh kerana tauhid kepada Allah

2. Katakanlah kepada mereka, “Allah Maha Esa”, tidak ada yang sama denganNya walau di segi apa pun.

3. Allah adalah tempat tumpuan hamba, tetapi Dia tidak berhajat kepada hamba.

4. “As-Somad” bermaksud “tempat tumpuan”; semua hamba hendaklah mengadu dan berdoa kepada Allah, dan tuntutan kalimah “As-Somad” juga bermaksud, Allah tidak berhajat kepada sesiapa

5. Allah tidak sama seperti makhluk, tidak melahirkan dan Dia tidak dilahirkan.

6. Allah taala tidak sama dengan apa-apapun, mana-mana pun samada di segi sifat, apatah lagi di segi zat.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 111 – Al-Masad

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 111 – Al-Masad- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة المسد
بسم الله الرحمن الرحيم

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (4) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5)

TERJEMAHAN SURAH AL-MASAD

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

(2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

(3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

(4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. –

(5) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

==================================================
EKSTRAKS DARI TAFSR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
==================================================

1. Musuh-musuh yang menentang kebenaran (Islam) pasti akan kecundang, walau sesiapa pun mereka; samada dari golongan bawahan atau bangsawan dsb. (Sebagaimana diceritakan dalam surah ini), termasuklah Abu Lahab

2. Binasa dan celaka “dua tangan” Abu Lahab.

3. “Dua tangan” bermaksud, “usaha-usaha” Abu Lahab
Usaha-usahanya dan dirinya sendiri pun binasa.

4. Abu Lahab tidak akan merasai apa-apa nikmat syurga.

5. Hadis yang kononnya mengatakan Abu Lahab diringankan siksa di neraka kerana gembira dengan kelahiran nabi lalu memerdekakan hamba adalah palsu. Surah ini membatalkan cerita dalam “hadis” tersebut .

7. “Tabba” bermaksud “dirinya yang binasa”

8. “Binasa” maksudnya, “Abu Lahab adalah ahli neraka” dan tidak merasai apa-apa nikmat dari syurga.

9. Malangnya, untuk menerima hadis palsu di atas, masyarakat kita mentakwil ayat-ayat al-Quran (iaitu surah ini) .

10. Fenomena kejahilan dalam masyarakat menyebabkan hadis palsu lebih diutamakan dari al-Quran. Sepatutnya kita belajar al-Quran dulu untuk menjadi panduan bila menilai cerita-cerita seperti di atas .

11. Tiada siapa yang dapat menolong Abu Lahab samada harta dan usahanya (yang baik atau buruk) atau ‘kebaikannya’ membebaskan hamba kerana gembira dengan kelahiran nabi, (jika cerita itu benar). Sebaliknya, dia akan masuk neraka manakala isterinya, Ummul Jamil, adalah pembawa kayu api neraka.

12. Pada lehernya tali yang dipintal yang digunakan untuk mengheretnya ke dalam neraka bersama suaminya.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 110 – Al-Nasr

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 110 – Al-Nasr- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة النصر
بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3

TERJEMAHAN SURAH AL-NASR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), –

(2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, –

(3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. Apabila putus hubungan (atau pengharapan kepada makhluk-makhluk Allah), maka bantuan Allah akan tiba

2. Apabila datang pertolongan Allah, hati-hati manusia akan diberi kalimah tauhid (masuk Islam).

3.Apabila manusia (penduduk sesuatu negara) memeluk agama Islam, maka negara itu akan menjadi negara Islam; begitu juga daerah dan keluarga, akan menjadi Islam.

4. “Al-Fathu” merujuk kepada sesuatu daerah yang bertukar menjadi daerah Islam kerana rakyatnya bertukar aqidah kepada aqidah Islam.

5. Dulunya Mekah adalah “darul harbi” (negara yang diperangi), tapi bila orang Mekah menganut Islam, ianya bertukar menjadi pusat Islam.

6. Bila Rasulullah masuk ke Mekah maka berlakulah “fath”

7. Bila hidayat masuk ke dalam hati manusia dengan bantuan Allah taala, orang yang dulunya musuh Islam bertukar menjadi pejuang yang setia, perkara yang membahayakan bertukar menjadi penyelamat.

8. Kamu akan lihat manusia berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah taala, disebabkan diberi “nusrah” (hidayat) oleh Allah taala.

9. Hendaklah kamu sentiasa bertasbih dan beristighfar (meminta keampunan) kepada “Rabb” kamu.

10. Selepas turunnya surah ini nabi s.a.w. sentiasa bertasbih dan beristighfar, dan nabi merasakan hidupnya di dunia ini sudah tidak lama.

11. Kerana dengan masuknya Islam kelompok-kelompok ini bermakna usaha nabi telah berjaya dan tugasnya telah selesai
Bila tugas kita telah selesai, biasanya kita akan dipanggil kembali. Oleh itu, nabi sentiasa bertasbih dan beristighfar

12. (Ibnu Abbas pada zaman Saidina Umar adalah hanya seorang kanak-kanak tetapi dia mempunyai ilmu yang banyak dan mendalam. Oleh itu dia menjadi salah seorang tempat rujukan Saidina Umar)

13. Tafsiran biasa ayat ini ialah, apabila datang pertolongan Allah, begini, begini akan berlaku

14. Ibnu Abbas berpendapat surah ini memberitahu tentang kewafatan nabi sudah hampir tiba. Saidina Umar mengiyakannya sambil berkata beginilah yang diberitahu nabi.

15. (Ibnu Abbas adalah lautan Ilmu dan salah seorang juru tafsir al-Quran bagi umat ini)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 109 – Al-Kaafiruun

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 109 – Al-Kafiruun – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الكافرون
بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)

TERJEMAHAN SURAH AL-KAAFIRUUN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

(2) “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

(3) “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

(4) “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

(5) “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

(6) “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
====================================================

1. Kita Hendaklah Memutuskan Hubungan Dengan Golongan Yang Ingkar

2. Katakanlah kepada mereka, iaitu kepada golongan yang ingkar,
“Aku tidak akan puja apa yang kamu puja, aku tidak akan seru apa yang kamu seru, aku tidak akan melakukan ibadat sebagaimana kamu melakukan ibadat”

3. “Dan kamu juga tidak akan puja apa yang aku puja (pada masa ini pun)”

4. “Dan aku pada masa akan datang, tidak akan memuja apa yang kamu puja”

5. “Dan kamu juga (pada masa akan datang), tidak akan puja apa yang akan puja”

6. Pemutusan (hubungan) dengan mereka adalah untuk masa sekarang dan masa akan datang.

7. Oleh itu, kamu dengan agama (syirik) kamu, dan aku dengan agama (tauhid) ku.

8. Ingatlah bahawa kita tidak boleh bertolak ansur tentang agama (tauhid)

9. Sebelum turun surah ini, orang kafir Mekah telah mengemukakan cadangan pada nabi

10. “Apakata kalau hari ni kami ikut tauhid, esok engkau ikut tawassul”

11. Jadi kita bahagi-bahagikan antara kita (antara aqidah tauhid dan aqidah syirik). Maka Allah turunkan surah ini.

12.Tauhid dengan tawassul (mengadakan “perantara” di antara tuhan dan makhluk) tidak dapat wujud bersama seperti tidak boleh wujud bersamai di antara air dengan api.

13. Oleh itu, beritahu kepada mereka, “Kamu bersama agama kamu (yang syirik dan tawassul), dan aku dengan agama aku (tauhid yang tulin)

14. Ianya dinamakan “muqata’ah” (memutuskan hubungan)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 108 – Al-Kauthar

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 108 – Al-Kauthar- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الكوثر
بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (1) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (3)

TERJEMAHAN SURAH AL-KAUTHAR

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

(2) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

(3) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
====================================================

1. Orang yang membenci Nabi, dia sebenarnya dibenci oleh Allah

2. Orang yang mengutuk nabi, dia akan pupus keturunannya
Begitu juga, orang yang mengutuk dan membenci sunnah nabi, Allah akan putuskan keturunannya

3. Sebaliknya orang yang menghidupkan sunnah, Allah akan kembang biakkan keturunannya
(Cerita tentang al-Kauthar tidak ada dalam surah-surah lain)

4. “Sesungguhnya kami beri kepada engkau (Muhammad), kebaikan yang sangat banyak”

5. Di antara maksud “al-Kauthar” ialah telaga “al-Kauthar” dan makna lainnya ialah al-Quran.

6. Kami berikan kepada mu (Muhammad) telaga al-Kauthar dan perkara yang “amat banyak kebaikannya”, termasuklah al-Quran

7. Sempurnakanlah hubungan baik dengan Allah dengan bersembahyang dan hubungan baik dengan manusia dengan menyembelih binatang (memberi makan)

8. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dia akan putus keturunannya (Dan ini termasuk orang yang membenci sunnah nabi s.a.w)

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 107 – Al-Maa’uun

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 107 – Al-Maa’uun- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الماعون
بسم الله الرحمن الرحيم

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (1) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (2) وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (3) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (6) وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (7)

TERJEMAHAN SURAH AL-MAA’UUN

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

(3) Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

(4) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –

(5) (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

(6) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

(7) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. Orang yang cinta dunia akan bersikap bakhil walaupun dalam perkara yang dia tidak sepatutnya bersikap bakhil. Contohnya, benda kecil yang murah harganya pun mereka tidak mahu berikan kepada orang lain.

2. Sifat bakhil ini sebenarnya berkembang secara beransur-ansur dalam diri seseorang yang cintakan dunia. Kerana cinta dunia, barang yang tidak berguna pun (contohnya, makanan yang hampir basi) masih dia tidak ingin sedekahkan kepada orang lain.

3. “Tidakkah kamu tengok orang yang mendustakan agama?”. “Iaitu orang yang mengusir anak yatim “. Anak yatim perlu dilayan dengan baik tetapi sebaliknya diusir. Anak yatim perlukan bantuan tapi dia enggan membantu.

4. Dia tidak suka memberi galakan supaya memberi makan kepada orang miskin malah dia benci bila ada orang lain yang memberi makan. Orang yang bakhil tidak suka orang lain berbuat baik.

5. Dia tidak suka memberi galakan supaya memberi makan kepada orang miskin kerana, pada pendapatnya,  ianya akan merugikannya.

6. Maka celakalah dia! Orang yang tamakkan dunia, hubungannya dengan Allah tidak betul dan hubungannya dengan makhluk pun tidak betul.

7. Orang yang cinta dunia tidak akan khusyuk dalam sembahyang kerana hubungannya dengan Allah tidak betul. Kerana sikap tamaknya, hartanya yang melimpah ruah pun dia tidak akan berikan kepada orang lain.

8. “Maka celaka besar kepada orang yang bersembahyang, iaitu orang yang lalai dan leka dalam sembahyang mereka”. Yang melalaikan mereka dalam sembahyang adalah dunia (dan perkara-perkara berkaitan dengan dunia).

9. Dia terlepas waktu sembahyang kerana dunia; dia tidak khusyuk dalam sembahyang pun disebabkan perkara dunia. Dia mengerjakan sembahyang supaya dilihat oleh orang lain. “Iaitu orang-orang yang (tujuannya beribadat untuk) menunjukkan amalan-amalan mereka kepada orang lain dan bukan kerana Allah”.

10. Dia menahan perkara yang tidak patut ditahan. Dan menegah daripada memberi perkara-perkara yang tidak patut ditegah.

Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 106 – Quraisy

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 106 – Quraisy- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة قريش
بسم الله الرحمن الرحيم

لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)

TERJEMAHAN SURAH QURAISY

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

(2) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

(3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

(4) Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
====================================================

1. (Melalui surah ini) Allah beritahu kepada orang-orang Quraisy yang mereka tidak mempunyai apa-apa di Kaabah ini kerana buminya gersang.

2. Dari dulu sehingga zaman nabi, Mekah ini bukan kawasan tumbuh-tumbuhan

3. Yang ada hanya air zam-zam, sebagai anugerah dari Allah, bantuan Allah kepada nabinya

4. Tapi Allah bagi rezeki kepada orang Mekah kerana tinggal di Mekah, di negeri lambang tauhid

5. Hendaklah kamu bertauhid kepada Allah sesuai dengan tempat kamu tinggal iaitu di negeri lambang tauhid

6. Biasanya orang Quraisy, bermusafir untuk berniaga di musim sejuk di negeri Yaman dan di musim panas di negeri Syam

7. Mereka tidak diganggu kerana tinggal di mana adanya Kaabah, dan mereka boleh pergi ke Syam dan Yaman (tanpa diganggu)

8. Mereka diberi rezeki kerana berdagang tanpa diganggu semata-mata kerana tinggal bersama-sama lambang tauhid (Kaabah)
9. Oleh kerana kamu diberi rezeki kerana duduk di tempat lambang tauhid, kamu hendaklah beribadat kepada tuan Kaabah

10. Dialah sebenarnya yang memberi makan kepada kamu (bila kamu lapar). Dialah memberi keselamatan kepada kamu bila kamu rasa takut

11. Dengan tinggalnya kamu di sekitar Kaabah, orang hormat kepada kamu dan kamu tidak diganggu seperti orang lain

12. Wahai orang Mekah, kamu sepatutnya hanya beribadat kepada Allah taala, tuan kepada Kaabah