Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 110 – Al-Nasr

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 110 – Al-Nasr- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة النصر
بسم الله الرحمن الرحيم

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3

TERJEMAHAN SURAH AL-NASR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), –

(2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, –

(3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. Apabila putus hubungan (atau pengharapan kepada makhluk-makhluk Allah), maka bantuan Allah akan tiba

2. Apabila datang pertolongan Allah, hati-hati manusia akan diberi kalimah tauhid (masuk Islam).

3.Apabila manusia (penduduk sesuatu negara) memeluk agama Islam, maka negara itu akan menjadi negara Islam; begitu juga daerah dan keluarga, akan menjadi Islam.

4. “Al-Fathu” merujuk kepada sesuatu daerah yang bertukar menjadi daerah Islam kerana rakyatnya bertukar aqidah kepada aqidah Islam.

5. Dulunya Mekah adalah “darul harbi” (negara yang diperangi), tapi bila orang Mekah menganut Islam, ianya bertukar menjadi pusat Islam.

6. Bila Rasulullah masuk ke Mekah maka berlakulah “fath”

7. Bila hidayat masuk ke dalam hati manusia dengan bantuan Allah taala, orang yang dulunya musuh Islam bertukar menjadi pejuang yang setia, perkara yang membahayakan bertukar menjadi penyelamat.

8. Kamu akan lihat manusia berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah taala, disebabkan diberi “nusrah” (hidayat) oleh Allah taala.

9. Hendaklah kamu sentiasa bertasbih dan beristighfar (meminta keampunan) kepada “Rabb” kamu.

10. Selepas turunnya surah ini nabi s.a.w. sentiasa bertasbih dan beristighfar, dan nabi merasakan hidupnya di dunia ini sudah tidak lama.

11. Kerana dengan masuknya Islam kelompok-kelompok ini bermakna usaha nabi telah berjaya dan tugasnya telah selesai
Bila tugas kita telah selesai, biasanya kita akan dipanggil kembali. Oleh itu, nabi sentiasa bertasbih dan beristighfar

12. (Ibnu Abbas pada zaman Saidina Umar adalah hanya seorang kanak-kanak tetapi dia mempunyai ilmu yang banyak dan mendalam. Oleh itu dia menjadi salah seorang tempat rujukan Saidina Umar)

13. Tafsiran biasa ayat ini ialah, apabila datang pertolongan Allah, begini, begini akan berlaku

14. Ibnu Abbas berpendapat surah ini memberitahu tentang kewafatan nabi sudah hampir tiba. Saidina Umar mengiyakannya sambil berkata beginilah yang diberitahu nabi.

15. (Ibnu Abbas adalah lautan Ilmu dan salah seorang juru tafsir al-Quran bagi umat ini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s