VIDEO – [Durasi 19m 27s] -Surah No 67 -al-Mulk – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/NCCJBnOBYHw ]
11. Kita tidak boleh samakan bila Allah kata nabi diberi keberkatan, maka kita pun diberi keberkatan juga. Kita perlu ada bukti dan tidak boleh mendakwa sesuatu tanpa bukti. Kita boleh dakwa sesuatu hanya bila ada bukti dan kita berbohong jika tidak dapat mengemukakan bukti. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan agama, ianya adalah pembohongan yang besar.
12. Kerana ianya penting, perkara berkaitan berkat ini diulang berkali-kali dari surah al-Mulk hingga surah Jinn.
13. “Maha berkat Allah dalam gengamanNya kerajaan.”
14. “Dan Dia berkuasa penuh di atas segala sesuatu”
15. “Dia menciptakan mati dan Dia juga menciptakan hidup. Untuk menguji kamu”
16. Hidup dan mati adalah suatu ujian. Yang berjaya ialah, “Siapa di antara kamu yang paling elok amalannya”. Untuk diberi balasan syurga (iaitu, lulus ujian).
17. “Dialah yang maha perkasa dan maha pengampun”
18. “Perkasa” bermaksud boleh menghukum sesiapa yang gagal dalam “ujian”, dan “Ghafur” pula bermaksud dapat mengampuni mereka yang berjaya.
19. “Dia yang menciptakan langit yang berlapis-lapis”
20. “Kamu tidak dapat melihat dalam ciptaan Allah itu sebarang perselisihan (semuanya seimbang).”
21. “Ulangilah melihat benda-benda tersebut (jika kamu ragu). Adakah kamu dapat lihat apa-apa kecacatan pada cipataan Allah?”
22. “Kemudian kamu ulang lihat berkali-kali, nescaya akhirnya pandangan mata kamu akan kecewa (kerana tidak dapat melihat apa-apa kelemahan pada ciptaan Allah)”. Penat matanya kerana tidak dapat melihat apa-apa kecacatan pada makhluk ciptaan Allah.
23. “Dan sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami jadikan juga lampu-lampu ini bahan bakaran untuk dilontarkan kepada syaitan-syaitan (yang bergayut untuk mengetahui berita-berita dari perbualan malaikat)”
24. “Dan kami telah sediakan bagi mereka itu azab neraka yang menyala-nyala”
25. “Dan bagi golongan yang mengingkari terhadap Rabb tuhan mereka, untuk mereka azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”
26. Dahsyatnya neraka, “Apabila mereka dicampak ke dalam api neraka, mereka dapat mendengar dari jauh suara keras yang menggerunkan dari api neraka.”
27. “Keadaan neraka itu mendidih”, mendidih seperti air panas.
28. “Hampir neraka itu pecah kerana marahnya (kepada ahli neraka bila dihumbankan ke dalamnya)”
29. Setiap kali ahli neraka dihumbankan ke dalam api neraka, malaikat penjaga neraka bertanya kepada mereka kerana mencela mereka. Bertanya ada dua maksud, iaitu bertanya untuk tahu amalan baik atau bertanya untuk mendera seseorang.
30. “Maka bertanyalah penjaga-penjaga neraka (untuk mencela mereka)”
31. “Tidak datangkah kepadamu nabi-nabi yang memberi peringatan”. Allah sebut “naziir”, untuk memberitahu tentang sifat nabi, tidak semestinya hanya nabi,
32. Umat akhir zaman, di mana sudah tidak ada nabi, sifat “naziir” akan ada kepada sesiapa saja yang menyambung tugas kenabian.
33. “Tidak datangkah kepada kamu naziir?”, seseorang yang memberi peringatan tentang tauhid, akhirat dan syariat.
34. “Bahkan ada. Memang telah datang kepada kami naziir (yang memberi peringatan), tetapi kami mendustakannya, (di segi perkataan dan perbuatan)”.
35. “Allah taala tidak menurunkan apa-apa pun”, oleh itu kami tidak perlu peduli.
36. “Tidaklah kamu (orang yang diberi peringatan) kecuali dalam kesesatan yang amat besar”
37. Ayat ini ingin memberitahu bahawa ahli neraka masuk neraka di atas kesilapan yang kecil, iaitu melanggar wahyu.
38. “Mereka berkata (dengan penuh penyesalan). “Kalaulah dahulu (semasa di dunia) kami dengar dan kami berfikir”. Orang yang tidak boleh mendengar masih boleh berfikir (dan dia masih layak untuk jadi ahli syurga). “Nescaya kami tidak menjadi ahli neraka Sya’iir”.
39. Kesilapan mereka ialah tidak (mahu) mendengar wahyu.
40. “Mereka mengaku tentang dosa-dosa yang mereka buat”, kerana perbuatan mereka bercanggah dengan wahyu.
41. “Maka jauhlah dari rahmat Allah bagi penghuni neraka Sya’iir”. “Sya’iir” bermaksud menyala-nyala. Semoga Allah lindungi kita.
42. “Sesungguhnya mereka yang takut serta gerun kepada Rabb semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Allah, bagi mereka itu keampunan dan pahala yang besar”
43. Allah beritahu kepada kita tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah.
44. “Samada kamu rahsiakan perkataan kamu atau kamu zahirkan perkataan kamu, adalah Allah adalah amat mengetahui”
45. “Sesungguhnya Allah taala maha mengetahui apa yang dirahsiakan oleh hati-hati manusia”
46. “Allah mengetahui apa-apa yang telah diciptaNya”.
47. “Dan Dia maha halus dalam urusan pentadbiranNya dan maha mengetahui perkara besar dan kecil”
48. “Dialah Allah yang menjadikan untuk kamu bumi yang mudah untuk digunakan”. Makna “zaluul” ialah “tunduk segala-galanya kepada manusia yang ingin menggunakannya”
49. “Maka berjalanlah di atas permukaannya, dan makan dari rezekinya. Ingat bahawa kamu akan dihidupkan kembali”.
50. “Apakah kamu rasa aman Zat yang di langit, Dia yang membenamkan kamu ke dalam bumi dengan kudratNya”
51. “Tiba-tiba bumi bergoncang”
52. “Apakah kamu rasa aman dan selamat dari Zat yang di langit, menimpakan ke atas kamu hujan batu”
53. “Maka kamu pasti akan mengetahui dahsyatnya ancaman itu”. “Dan sesungguhnya telah mendustakan rasul, orang-orang sebelum ini. (Perhatikanlah) bagaimana besarnya azab dan hukuman ku”
54. “Tidakkah mereka lihat pada burung di atas kepala mereka, yang membuka sayapnya”
55. “Kadang-kadang dia menutup sayapnya”
56. Tidakkah mereka dapat melihat burung di atas kepala mereka yang membuka sayapnya dan kadang-kadang menutupnya.
57. “Tidak ada yang dapat menahannya dari jatuh kecuali Allah ar-Rahman”.
58. “Sesungguhnya Allah taala mempunyai kekuasaan di atas segala sesuatu”
59. “Apakah roh-roh yang kamu seru ini, tentera kamu yang akan membantu kamu? Bukannya tuhan ar-Rahman? Tidaklah golongan ingkar kepada tauhid ini kecuali dalam keadaan amat terpedaya”, sangat-sangat terperdaya.
60. “Apakah roh-roh yang kamu seru itu akan memberi rezeki kepada kamu?”
61. “Siapakah yang dapat memberinya rezeki, sekiranya Allah menahan rezekiNya? Tetapi mereka terus menerus dalam kederhakaan”, mereka lari dari kebenaran.
62. “Apakah mereka yang berjalan dalam keadaan tersungkur mukanya lebih terpimpin berbanding seorang yang berjalan tegak betul, dan berjalan atas jalan yang lurus”.
63. “Dan katakanlah, Dialah Allah yang menciptakan kamu dari tidak ada kepada ada”.
64. “Dan Dia telah menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan dan akal fikiran”; ketiga-tiga perkara ini diciptakan untuk menjadi neraca untuk mencari kebenaran.
65. “Tetapi sedikit daripada kamu yang betul-betul bersyukur”
66. “Katakanlah: Dialah (Allah) yang telah membiakkan kamu di muka bumi”, menjadikan manusia semakin hari semakin ramai. “dan kamu semua akan dikumpulkan kembali”
67. “Mereka berkata, “Bilakah kiamat yang dijanjikan? Sekiranya kamu benar (dalam dakwaan kamu adanya kiamat atau azab). Katakanlah, “Sesungguhnya ilmu tentang bilakah akan berlakunya kiamat hanya ada pada Allah”
68. “Sesungguhnya aku hanya pemberi peringatan yang jelas dan nyata”
69. “Apabila ahli neraka melihat azab neraka sudah hampir, menjadi keruh muka-muka orang yang ingkar (kerana tidak bersedia untuk menghadapi neraka)”
70. “Serta dikatakan kepada mereka, “Inilah azab yang kamu minta dipercepatkan semasa di dunia dahulu” Ayat-ayat seterusnya adalah cara berdalil menggunakan akal. 7
1. “Beritahulah kepada kami, “Apa kamu fikir, jika Allah mematikan aku (Muhammad) mengikut kehendak kamu?
72. “Atau orang yang bersama aku ini mati, mengikut kehendak kamu, atau sekiranya Allah taala mengasihani kami (dengan cara memberi bantuan kepada kami)”
73. Jika sekiranya kamu ingkar, aku (Muhammad) boleh jadi mati atau tidak mati (hidup). Yang menjadi persoalannya ialah sifat ingkar; kalau seseorang itu mempunyai sifat ingkar, nabi mati ataupun hidup tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
74. “Siapa yang boleh melindungi golongan ingkar daripada azab yang sangat pedih” 7
5. “Katakanlah kepada mereka, “Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah. Yang kami beriman kepadaNya, Dan kepadaNya lah kami semua bertawakkal. Kamu pasti akan mengetahuinya kelak sesiapa yang berada di dalam kesesatan yang jelas nyata (semasa di dunia ini)”
76. “Beritahu kepada mereka apa pandangan kamu sekiranya air yang ada pada kamu ini surut ke bawah (hilang lenyap di telan bumi)”
77. “Siapakah lagi yang berkuasa mengadakan mata air untuk kamu?”
Tafsir Al-Quran – Ringkas- Maulana Abdul Hadi2 years ago (edited)(SAMBUNGAN TERJEMAHAN DAN EKSTRAKS TAFSIR – 1 DARI 2) (6) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (7) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (8) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?” (9) Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ” (10) Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. (11) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. (12) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (13) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (14) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (15) Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (16) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (17) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (18) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (19) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (20) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (21) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (22) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. (24) Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. (25) Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?” (26) Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”. (27) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”. (28) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. (29) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”. (30) Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”. [ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ] EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) =============================================== 1. Tajuk penting dalam surah al-Mulk ialah penafian “Syirik berkat”. “Berkat” ialah suatu perkara yang disukai manusia, kerana mendapat kelebihan yang luarbiasa dari sesuatu perkara. 2. Konsep “berkat” hanya ada dalam Islam tetapi tidak ada dalam agama lain. Hanya orang beragama yang memahami tentang berkat. Iaitu sesuatu yang baik dan luarbiasa. Di antaranya, berkat ada pada harta, masa, amal, kerja dsb. Dengan masa yang pendek, dapat melakukan banyak kerja yang mendapat pahala. Dengan harta yang sedikit dapat membuat banyak perkara. Selain dari tidak membazir, dari harta yang sedikit dapat memperolehi dan melakukan banyak perkara. 3. Oleh kerana ianya berkaitan dengan perkara luarbiasa yang diperlukan oleh manusia, syaitan mengambil kesempatan untuk membawa manusia kepada syirik. Sepatutnya berkat itu hanya daripada Allah tetapi anehnya manusia menyimpang (tersasar) dengan meminta berkat selain daripada Allah. Oleh kerana terlalu ingin kepada berkat, dia akan berusaha mendapatkannya walaupun dari mana atau dari siapa yang menyebabkan berlakunya syirik. 4. Sekiranya seseorang itu tidak mantap di segi akidah dan tauhid, kemungkinan besar dia akan terpesong dan terjerumus dalam akidah syirik yang bahaya. Semoga Allah lindungi kita. 5. Dari surah al- Mulk hingga surah Jinn perbincangan penting ialah untuk menafikan syirik berkat. 6. Berkat hanya ada pada apa yang Allah taala janjikan. Di mana Allah beritahu ada berkat, di situlah akan ada berkat. Di mana tidak ada bukti adanya berkat, maka di situ tiada berkat. 7. Berkat ialah dalam amalan-amalan hamba yang disyariatkan oleh Allah. 8. Dalam amalan sembahyang ada berkat, bercakap benar ada berkat, baca al-Quran ada berkat, dalam berzikir ada berkat; infaq, memberi bantuan dan pertolongan secara ikhlas juga ada berkat. 9. Di dalam amalan-amalan manusia ada keberkatan. Dalam zat manusia, seperti nabi-nabi a.s ada berkat, tapi golongan ini (nabi-nabi) telah berlalu zamannya, jadi tiada lagi berkat pada zat atau batang tubuh manusia. 10. Tiada maklumat yang sahih dari Allah taala bahawa kita mempunyai berkat. Yang ada berkat hanyalah dalam amalan-amalan yang disyariatkan. (SAMBUNGAN EKTRAKS TERJEMAHAN DALAM RUANGAN KOMEN SETERUSNYA)REPLY
