Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 94 – Al-Insyiraah

VIDEO – [Durasi  05m 23s] -Surah No 94 – Al-Insyiraah – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nwYGHiAEbTw ]

سورة الشرح
بسم الله الرحمن الرحيم

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (8)

TERJEMAHAN SURAH AL-INSYIRAAH

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Surah ini adalah sebagai “tasliyah” (menghibur dan memujuk hati) kepada sahabat-sahabat nabi s.a.w

2. “Tidakkah Kami telah melapangkan dada kamu, dengan diberi kepada kamu ilmu dan “hilmu”?”

3. “Ilmu” ialah sesuatu yang diberi untuk kita ajar, manakala “hilmu” ialah sifat atau kebolehan untuk mengajar

4. Kalau kita hanya ada “ilmu” tetapi tiada “hilmu”, kita tidak mampu mengajarkan ilmu tersebut

5. Yang kita inginkan ialah orang lain boleh belajar dengan kita dan ilmu tadi akan menjadi sedeqah jariah. Lebih ramai (yang dapat manfaat dari ilmu tadi) adalah lebih baik.

6. Tanpa sifat “hilmu” (kebolehan mengajarkan ilmu), ilmu tadi seolah-olah sia-sia kerana tiada pelajar untuk menerima ilmu tadi

7. Sifat “hilmu” adalah sifat yang patut ada pada setiap orang guru

8. “Tidakkah kami lapangkan dada kamu, (dengan diberi ilmu dan “hilmu”)? Ketabahan yang sepatutnya ada pada orang yang berilmu

9. “Dan kami hilangkan daripada kamu bebanan”

10. “Yang seolah-olahnya mematahkan belakang kamu”

11. “Bebanan” penyelesaian kepada umat Mekah yang tidak beragama

12. Sebelum dilantik menjadi nabi, nabi s.a.w telah diberi ilham-ilham yang baik

13. Sebelum menjadi nabi, Allah jaga hati mereka, lindungi mereka dari perkara-perkara yang merosakkan maruah mereka dan diberi hati yang betul-betul baik

14. Di antara sifat nabi ialah dia tidak sanggup melihat orang yang susah kerana dizalimi (dan juga hidup dalam keadaan zalim, tidak beragama)

15. “Wizrak” ialah bebanan yang dirasai oleh nabi kerana melihat keadaan orang Mekah, sebagaimana dinyatakan dalam surah-surah sebelum ini.

16. “Allah taala menghilangkan daripada kamu bebanan yang boleh mematahkan belakang kamu”

17. “Dan Allah tinggikan nama kamu”. Bila nama Allah disebut, biasanya nabi pun disebut sama, contohnya dalam kalimah syahadah. Sekiranya nama nabi disebut, ianya akan diiringi dengan ucapan selawat.

18. “Sesungguhnya bersama kesusahan akan ada kemudahan dan kelapangan”. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kelapangan dan kebaikan.

19. “Maka apabila kamu selesai men”tabligh”kan (menyampaikan) wahyu, maka sibukkanlah diri kamu dengan ibadat”

20. Apabila kamu “berpenat” dalam ibadat, maka hendaklah kamu “berpenat” pula dalam berdoa

21. “Dan kepada janji-janji tuhan kamu, hendaklah hati kamu yakin (menaruh harapan tinggi)”. Iaitu, hendaklah menaruh harapan tinggi (tentang terkabulnya doa tersebut). Allah akan kabulkan, Allah tidak akan hampakan harapan.

21. Orang yang beriman mengharapkan sepenuhnya pemberian dari Allah (untuk perkara-perkara akhirat). Contohnya, bila kita mentablighkan ayat-ayat Allah, kita ingin ditinggikan darjat kita di akhirat.Begitu juga kita harapkan balasan di akhirat untuk amalan-amalan soleh lain.

22. “Kepada Rabb kamu, hendaklah kamu menaruh harapan tinggi”. Sebenar-benar harapan

Leave a comment