VIDEO – [Durasi – 1j 3m 2s] – Sesi 5 – Surah al-Baqarah (Ayat 124) – Perkara Sunnah Yang Merupakan Fitrah – [TAFSIR WANITA]”
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Nu-Ojap3ZvE; ]
TANDA MASA
TAFSIR SURAH AL-BAQARAH
1. [ 00:01:32 ] Ayat 124 – “”Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya ….” ”
2. [ 00:09:51 ] Nabi Ibrahim diuji dengan Thaharah (Bersuci) (dan juga dengan kerja-kerja ibadat haji, tafsiran kedua)
3. 00:10:13 ] Ada lima Bahagian di kepala yang perlu dibersihkan (iaitu, memotong misai, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak dan merapikan rambut) dań lima bahagian di badań perlu dibersihkan (iaitu memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, berkhitan, mencabut bulu ketiak, dan mencuci tempat keluarnya kencing [berintinja’dengan air])
4. [ 00:16:38 ] Hadith Aisyah – 10 perkara fitrah iaitu memendekkan misai, memanjangkan janggut, memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak, memotong kuku, membasuh sela-sela jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, menggunakan air untuk istinja’ dan (kemungkinan) berkumur.
5. [ 00:18:46 ] Hadith Abu Hurairah – 5 perkara fitrah iaitu mencukur buu ari-ari, berkhitan, mengerat misai, cabut buku ketiak dań memotong kuku Nota: Kedua-dua hadith ini “dikumpulkan” dengan menerima semua yang disebut di dalamnya sebagai perkara-perkara sunnah yang merupakan fitrah.
6. [ 00:28:29 ] – Definisi dan hukum khitan untuk lelaki – Kebanyakan ulama’ berpendapat adalah wajib untuk lelaki. Tetapi ada yang berpendapat sunat atau harus ( tetapi wajib membasuh kemaluannya)
7. [ 00:38:05 ] – Pendapat ulama’ tentang khitan untuk wanita – Ada yang bependapat wajib, sunat atau harus (malah ada yang mengatakan haram jika memudaratkan wanita)
8. Sesi Soal Jawab
[ 00:57:23 ] – Hadith wanita mempunyai 10 nafsu dan 1 aqal adalah tidak sahih
[ 00:58:07 ]. – Berbanding lelaki tidak ada sebab yang konkrit mengapa wanita perlu berhitan, kerana khitan untuk lelaki adalah untuk menjaga kemaluan dari najis
