[TAFSIR WANITA] -Sesi 13-Baqarah 223 -Haram Menyetubuhi Dubur Seorang Isteri & Larangan Lakukan Ilat

VIDEO – [Durasi – 1j 1m 13s] – [TAFSIR WANITA] -Sesi 13-Baqarah 223 -Haram Menyetubuhi Dubur Seorang Isteri & Larangan Lakukan Ilat

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fosP1QkjVCI;  ]

SINOPSIS DARI KULIAH

1. [01:40] – Isteri-isteri itu umpama ladang, ianya suatu perumpamaan kerana sebagaimana ladang, kita mengharapkan hasil dari perkahwinan, iaitu anak.

2. [03:00] – Dilarang bersetubuh melalui dubur kerana ianya tidak mendatangkan hasil (anak).

3. [03:17] – Ayat al-Quran ini diturunkan untuk menjelaskan boleh bersetubuh dengan isteri dengan apa cara sekalipun asalkan ianya di kemaluan yang akan menghasilkan anak.

4. [14:08] – Janganlah kamu dibelenggu oleh syahwat dan hendaklah kamu melakukan apa-apa yang baik untuk diri kamu. Jangan terlalu hanyut dengan keseronokan berasmara dengan isteri tetapi ingatlah juga untuk beramal untuk akhirat.

5. [14:40] – Tiga perkara yang Nabi suka, minyak wangi, wanita dan sembahyang.

6. [15:44] – “Dahulukan untuk diri kamu” boleh jadi bermaksud, mulakan dengan doa sebelum bersetubuh dan berniat dengan baik dari persetubuhan tersebut seperti supaya mendapat anak, dapat memelihara diri dan menenangkan jiwa.

7. [17:02] – Tetap bertaqwa kepada Allah dan semoga Allah menjauhkan kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa persetubuhan

8. [18:35] – Nasihat kepada muslimah – Layanilah suami dengan sebaik-baiknya demi untuk mengelakkan suami dari terjebak dengan wanita lain yang tidak halal ataupun tidak menghalang suami dari berkahwin lagi jika tidak mampu melayan suami dan jangan benarkan sama sekali suami mendatanginya melalui dubur. Ayat 224 hingga 227

9. [20:00] – Tidak dibenarkan untuk melakukan Ilat – bersumpah untuk tidak menyetubuhi isteri. Jika isteri itu halal untuk disetubuhi, mengapa kita mengharamkannya? Mengapa mengharamkan yang halal? Ilat adalah seperti menggantung isteri tidak bertali.

10. [25:43] – Islam memberi tempoh selama empat bulan untuk rujuk kepada isteri. Dan tempoh maksima ilat ialah empat bulan.

[TAFSIR WANITA] – Sesi 11 -Baqarah 222 – Perbincangan Hukum Haidh

VIDEO – [Durasi – 54m 2s] – [TAFSIR WANITA] – Sesi 11 -Baqarah 222 – Perbincangan Hukum Haidh

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/XDksOSkXZiA  ]

SINOPSIS DARI KULIAH AL-BAQARAH, AYAT 222 – Perbincangan Hukum Haidh

1. Sebab turun ayat ini ialah kerana orang-orang Yahudi, jika ada wanita berhaidh, mereka tidak akan makan sekali dan tinggal sebumbung. Pada mereka wanita berhaidh adalah kotor. Manakala orang Kristian pula tidak ada batasan sehingga boleh bersetubuh semasa haidh. Islam mempunyai kaedah dan peraturan sendiri yang lebih seimbang.

2. Istilah haidh ialah: Darah yang keluar sebagai kejadiannya darah tabi’i, keluar dalam keadaan sihat, tanpa sebab melahirkan anak, berasal dari pangkal rahim, yang keluar dari kanak-kanak yang baligh pada waktu-waktu tertentu.

3. Wanita berhaidh perlu meninggalkan solat dan puasa, tidak kira haidh datang dalam keadaan bersambung-sambung atau terputus. Hari-hari suci (selang-seli) di antara tempoh lazim haidh, dikira haidh juga.

4, [00:08:13] – Haidh adalah sesuatu yang dicipta oleh Allah untuk wanita. Umur paling muda untuk keluar haidh ialah 9 tahun (mengikut pendapat mazhab Shafie). Ahli fikh Madinah berpendapat: haidh tidak berlaku lebih dari 15 hari (iaitu, sekurang-kurangnya waktu suci dari haidh ialah 15 hari). Tempoh paling pendek untuk haidh ialah satu hari dan satu malam (Mazhab Shafie). Pendapat penulis pula ialah (sebagaimana pendapat Imam Malik): Tempoh paling lama haidh ialah tempoh kebiasaan bagi seseorang wanita dan tidak terhad kepada tempoh tertentu. Salah satu petunjuk telah suci dari haidh ialah kering darah dan kapas putih yang dicalit di kemaluan berwarna putih.

5. [00:21:08] hingga [00:32:00] – Perbahasan ringkas tentang haidh

6. [00:32:10] hingga [00:40:30] – Wanita hamil mengalami haidh. Ada dua pendapat: Pendapat pertama, darah yang keluar semasa hamil adalah haidh, pendapat kedua, darah tersebut bukan darah haidh. Pendapat kedua adalah lebih kuat.

7. [00:40:30] – Perkara-perkara yang diharamkan kepada wanita di dalam haidh: Solat (tidak perlu diqadha) dan puasa (perlu diqadha bila suci untuk puasa Ramadhan).

8. [00:48:35] – Jika suci haidh di akhir waktu solat Asar, hendaklah qadha solat Zohor dan solat Asar}, jika suci di akhir waktu Isya’ hendaklah diqadha solat Maghrib dan Isya’. Ini adalah pendapat mazhab Shafie. Pendapat ini adalah kerana dikumpulkan bersama solat Zohor dan Asar (juga Maghrib dan Isyak) bila solat jamak. Oleh itu, tidak dikumpulkan solat bila suci haidh di waktu subuh, zohor atau maghrib). Mazhab Hanafi tidak mempunyai kaedah pengumpulan sebegini.

[TAFSIR WANITA]-Sesi 10 -Baqarah 221 & 222-Sekufu Dalam Perkahwinan & Tak boleh setubuh dalam haidh

VIDEO – [Durasi – 55m 27s] – [TAFSIR WANITA]-Sesi 10 -Baqarah 221 & 222-Sekufu Dalam Perkahwinan & Tak boleh setubuh dalam haidh

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/YuvEJ6heZQg;  ]

SINOPSIS DARI KULIAH

AYAT 221 – Sekufu Dalam Perkahwinan (Di Segi Agama)


  1. Seseorang hendaklah berkahwin dengan pasangan yang sekufu. Apakah maksud “sekufu”? .
  2. Ayat 221 (Surah al-Baqarah) menyatakan tidak boleh seorang muslimah berkahwin dengan seorang lelaki musyrik. Ini adalah kerana tidak ada “kafaah” (persamaan, yakni sekufu) di segi agama.
  3. Perintah untuk mengambilkira faktor “kafaah” (persamaan, sekufu) bila bercadang untuk berkahwin ialah untuk mengelakkan mudharat yang mungkin berlaku di segi agama, maruah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya sesuatu perkahwinan itu kekal kukuh dan stabil . “Kafaah” (persamaan) ini adalah di segi agama, hamba atau merdeka, keturunan, pekerjaan, nasab, kesihatan dll.
  4. Dalam mazhab Syafie, jika wanita menggugurkan syarat “kafaah”, ianya boleh diterima kecuali syarat dalam hal agama (kedua-duanya mestilah beragama Islam). Majoriti ulama’ berpendapat “kafaah” adalah “syarat lazim” , iaitu, syarat yang perlu diambilkira untuk kebaikan pasangan, bukannya syarat sah nikah.
  5. Kebanyakan ulama’ bersederhana dalam hal ini dan menyarankan supaya mengambil jalan tengah. Imam Malik menetapkan hanya syarat agama yang mesti sekufu. Imam Ahmad menetapkan “kafaah” di dalam hal agama dan keturunan. Imam as-Shafie dan Abu Hanifah menambah syarat dengan memasukkan syarat merdeka, pekerjaan dan kemudahan hidup (kekayaan).
  6. Hadith yang menetapkan “kafaah” dalam perkahwinan adalah dhaif.
  7. Imam Muhammad Bin Hasan asy-Syaibani berpendapat tidak boleh mengahwinkan seorang wanita yang solehah dengan lelaki yang fasiq (seperti pemabuk, meninggalkan solat dsb)
  8. Sayyidina Umar pula berpendapat: Wanita yang mulia (di segi keturunan) untuk lelaki yang mulia, lebih kepada untuk menjaga budaya dan bahasa, bukannya kerana mencipta syariat baru.
  9. Ulama’ masa kini pula berpendapat, jika kita meletakkan syarat “kafaah” yang terlalu ketat akan menyebabkan wanita kekurangan calon untuk dijadikan suami, malah mungkin tidak dapat berkahwin langsung. Oleh itu, “kafaah” dinamakan sebagai syarat pelengkap sahaja (dalam hal-hal seperti keturunan, pekerjaan) tetapi syarat kafaah dalam agama (iaitu, suami yang beragama Islam) wajib diikuti.
  10. Untuk masyarakat kontemporari, mungkin faktor perbezaan fahaman politik dan juga manhaj dalam beragama boleh diambil kira sekiranya perbezaan dalam hal-hal tersebut boleh mendatangkan mudharat dan ketidak harmonian dalam rumah tangga.

Ayat 222 – Al-Baqarah – Hukum Persetubuhan Dengan Wanita Yang Sedang Haidh


  1. Tidak boleh bersetubuh dengan wanita yang sedang berhaidh.
  2. Sebab turun ayat ini ialah kerana orang-orang Yahudi, jika ada wanita berhaidh, mereka tidak akan makan sekali dan tinggal sebumbung. Pada mereka wanita berhaidh adalah kotor.
  3. Darah yang keluar dari rahim wanita ada tiga jenis, iaitu,
    i. darah haidh (darah sihat)
    ii. darah nifas (darah kerana melahirkan anak)
    iii. darah istihadhah (darah penyakit yang biasanya mengiringi darah haidh

[TAFSIR WANITA] – Sesi 9 – (Al-Baqarah -221) – Tidak boleh berkahwin dengan orang musyrik

VIDEO – [Durasi – 1j 3m 26s] – [TAFSIR WANITA] – Sesi 9 – (Al-Baqarah -221) – Tidak boleh berkahwin dengan orang musyrik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HD78zX8jVYg  ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. [02:01] – Tidak boleh berkahwin dengan orang musyrik walaupun kamu menganguminya (al-Baqarah, ayat 221)

2. [05:02] – Contoh agama syirik di zaman ini – Budha dan Hindu

3. [06:50] – “Syirik’ – Letakkan sifat khusus Allah kepada makhluk, “Tasybih” – meletakkan sifat makhluk kepada Allah. Sekiranya seseorang manusia mengatakan dia menetapkan undang-undang (sebagaimana Allah taala) maka dia telah menjadi syirik (Syirik hakimiyyah) \

4. [11:02] – Wanita dikahwinkan oleh walinya, iaitu, wanita tidak boleh mengahwinkan dirinya.

5. [ 20:10] – Kita tidak dibenarkan menerima kepercayaan syirik dan memiinta nasihat daripada orang musyrikin. Hikmahnya: Mereka tidak akan berhenti mendatangkan kesusahan kepada kamu.

6. [30:23] – Tidak dibenarkan wanita mukminin berkahwin dengan lelaki kafir atau fasiq (contohnya, tidak bersembahyang) kerana dibimbangi akan merosakkan agamanya.

7. [32:34] – Jangan menyusahkan calon suami yang baik seperti mengenakan mahar yang terlalu tinggi.

8. [34:12] – Islam mementingkan perkahwinan kerana ianya salah satu jalan ke syurga.

9. [36:44] – Dalil seorang lelaki mukmin boleh menikahi wanita ahli kitab, al-Maaidah ayat 5.

10. [38:17] – Alasan dibolehkan lelaki mukmin berkahwin dengan wanita ahli kitab, tetapi muslimah tidak boleh mengahwini lelaki ahli kitab:

i) Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi dari Islam. Lelaki adalah tempat bergantung wanita dan suamilah yang mengawal keluarga. Sebaliknya, jika suami adalah dari ahli kitab tetapi isteri adalah muslimah, tidak akan terjamin agama anak-anaknya.

ii) terdapat persamaan dalam aspek menghormati agama di antara Islam dan ahli kitab. Suami yang sempurna imannya (mukmin) akan mengatasi isteri ahli kitab. Dengan menikahi isteri dari kalangan ahli kitab, adalah diharapkan isterinya akan memeluk agama Islam suatu hari nanti.

[TAFSIR WANITA] – Sesi 8 – (Al-Baqarah 187) – Hukum Berpuasa Atau Hukum Di Malam-Malam Puasa

VIDEO – [Durasi – 1j 10m 36s] – [TAFSIR WANITA] – Sesi 8 – (Al-Baqarah 187) – Hukum Berpuasa Atau Hukum Di Malam-Malam Puasa

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nb003j6SFYs  ]

TANDA MASA

Ayat 187 – Surah Al-Baqarah – “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”

1. [ 00:01:03 ] – Yang dikehendaki Allah ialah “mengawal” hawa nafsu bukan “membuang” hawa nafsu. Nabi s.a.w. pernah mencium isterinya ketika berpuasa.

2. [ 00:07:15 ] – Orang yang “tergerak” syahwatnya tidak boleh melakukan seperti apa yang Nabi lakukan (iaitu mencium isteri ketika berpuasa). Hukum mencium isteri ketika berpuasa berbeza bergantung kepada keupayaan mengawal perasaan dan nafsunya.

3. [ 00:13:13 ] – Mengucup isteri dengan tanpa syahwat tidak bercanggah dengan ibadat puasa.

4. [ 00:15:12 ] – Nabi mengumpamakan orang yang mencium isterinya seperti orang yang berkumur ketika puasa. Tiada hadith yang sahih yang membezakan hukum mencium isteri bagi orang tua dan orang muda.

5. [ 00:20:32 ] – Hukumnya batal puasa suami atau isteri yang keluar mani ketika berkucupan.

6. [ 00:25:24 ] – Nabi s.a.w. mengucup isteri Baginda adalah kucupan mesra tanpa syahwat.

7. [ 00:29:25 ] – Kaffarah bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya di bulan Ramadhan.

8. [ 00:39:45 ] – Hukuman kepada lelaki dan wanita secara dasarnya adalah sama kecuali di beberapa sudut tertentu sahaja. Perbincangan lanjut tentang khilaf ulama’ tentang kaffarah ke atas lelaki dan wanita.

9. [ 00:46:07] – Harus melewatkan mandi selepas azan subuh ketika berpuasa.

10. [ 00:52:50 ] – Wanita berhenti haidh sebelum waktu subuh boleh lewatkan mandi dalam waktu subuh.

———————————————————————–

10. [01:00:1501:10:36 ] – Sesi Soal Jawab

———————————————————————-

11 . [01:00:15 ] – Bolehkah berhelah dengan membuka puasa dengan meminum air dahulu sebelum bersetubuh di bulan Ramadhan untuk mengelakkan dari dikenakan kaffarah? Jawapannya: Tidak boleh

[TAFSIR WANITA] Sesi 7 – Tafsir dari Surah al-Baqarah Ayat 178 – Qisas & Ayat 187 – Puasa

VIDEO – [Durasi – 1j 1m 13s] – Sesi 7 – Tafsir dari Surah al-Baqarah Ayat 178 – Qisas & Ayat 187 – Puasa – [TAFSIR WANITA]”

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fosP1QkjVCI;  ]

TANDA MASA

1. [ 00:00:21 ] Ayat 178 – Surah al-Baqarah – “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan…”

2. [ 00:01:17 ] – Apabila lelaki membunuh wanita, dia dibunuh balas

3. [ 00:04:25 ] – Kes-kes jenayah boleh menggugat

4. [ 00:05:55 ] – Pelaksanaan qisas penting dalam menjaga kehormatan darah (nyawa)

5. [ 00:09:15 ] – Difardhukan kepada kamu qisas (hukum balasan setimpal)

6. [ 00:10:35 ] – Tiga hukum dalam Islam: Qisas, Hudud & Ta’zir

7. [ 00:17:31 ] – Jangan ikut perangai Bani Israil yang tidak menghiraukan tentang jenayah darah

8. [ 00:18:37 ] – Dibunuh wanita kerana membunuh wanita (ketetapan Allah bahawa manusia itu sama pada nyawa)

9. [ 00:20:55 ] – Seorang lelaki boleh dibunuh kerana membunuh seorang wanita

10. [ 00:21:42 ] – Ada tiga mazhab (pendapat) tentang qisas antara lelaki dan wanita

11. [ 00:20:55 ] – Majoriti ulama’ berpendapat tsabit hukum qisas di antara lelaki dan wanita

12. [ 00:29:10 ] – Majoriti ulama’ berpendapat, nilai diyat kerana kematian seorang perempuan adalah separuh dari lelaki kerana lelaki adalah pemberi nafkah dan wanita adalah penerima nafkah. Tetapi jika hukum qisas dilaksanakan, hukumnya sama untuk lelaki dan wanita.

———————————————————————– 13. [00:39:5200:44:22 ] – Sesi Soal Jawab ———————————————————————-

14 . [00:44:24 ] – Puasa – Ayat 187 – Surah al-Baqarah – “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu…”

15. [ 00:44:24 ] – Ibnu Abbas berpendapat, maksud “mereka adalah pakaian kamu” ialah, “mereka adalah penenang jiwa bagi kamu”

16. [ 00:47:12 ] – Cara berpuasa di awal Islam – tidak boleh makan minum dan bersetubuh selepas bersembahyang Isya’ sehinggalah sampai waktu berbuka puasa keesokannya.