VIDEO – [Durasi – 55m 27s] – [TAFSIR WANITA]-Sesi 10 -Baqarah 221 & 222-Sekufu Dalam Perkahwinan & Tak boleh setubuh dalam haidh
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/YuvEJ6heZQg; ]
SINOPSIS DARI KULIAH
AYAT 221 – Sekufu Dalam Perkahwinan (Di Segi Agama)
- Seseorang hendaklah berkahwin dengan pasangan yang sekufu. Apakah maksud “sekufu”? .
- Ayat 221 (Surah al-Baqarah) menyatakan tidak boleh seorang muslimah berkahwin dengan seorang lelaki musyrik. Ini adalah kerana tidak ada “kafaah” (persamaan, yakni sekufu) di segi agama.
- Perintah untuk mengambilkira faktor “kafaah” (persamaan, sekufu) bila bercadang untuk berkahwin ialah untuk mengelakkan mudharat yang mungkin berlaku di segi agama, maruah dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya sesuatu perkahwinan itu kekal kukuh dan stabil . “Kafaah” (persamaan) ini adalah di segi agama, hamba atau merdeka, keturunan, pekerjaan, nasab, kesihatan dll.
- Dalam mazhab Syafie, jika wanita menggugurkan syarat “kafaah”, ianya boleh diterima kecuali syarat dalam hal agama (kedua-duanya mestilah beragama Islam). Majoriti ulama’ berpendapat “kafaah” adalah “syarat lazim” , iaitu, syarat yang perlu diambilkira untuk kebaikan pasangan, bukannya syarat sah nikah.
- Kebanyakan ulama’ bersederhana dalam hal ini dan menyarankan supaya mengambil jalan tengah. Imam Malik menetapkan hanya syarat agama yang mesti sekufu. Imam Ahmad menetapkan “kafaah” di dalam hal agama dan keturunan. Imam as-Shafie dan Abu Hanifah menambah syarat dengan memasukkan syarat merdeka, pekerjaan dan kemudahan hidup (kekayaan).
- Hadith yang menetapkan “kafaah” dalam perkahwinan adalah dhaif.
- Imam Muhammad Bin Hasan asy-Syaibani berpendapat tidak boleh mengahwinkan seorang wanita yang solehah dengan lelaki yang fasiq (seperti pemabuk, meninggalkan solat dsb)
- Sayyidina Umar pula berpendapat: Wanita yang mulia (di segi keturunan) untuk lelaki yang mulia, lebih kepada untuk menjaga budaya dan bahasa, bukannya kerana mencipta syariat baru.
- Ulama’ masa kini pula berpendapat, jika kita meletakkan syarat “kafaah” yang terlalu ketat akan menyebabkan wanita kekurangan calon untuk dijadikan suami, malah mungkin tidak dapat berkahwin langsung. Oleh itu, “kafaah” dinamakan sebagai syarat pelengkap sahaja (dalam hal-hal seperti keturunan, pekerjaan) tetapi syarat kafaah dalam agama (iaitu, suami yang beragama Islam) wajib diikuti.
- Untuk masyarakat kontemporari, mungkin faktor perbezaan fahaman politik dan juga manhaj dalam beragama boleh diambil kira sekiranya perbezaan dalam hal-hal tersebut boleh mendatangkan mudharat dan ketidak harmonian dalam rumah tangga.
Ayat 222 – Al-Baqarah – Hukum Persetubuhan Dengan Wanita Yang Sedang Haidh
- Tidak boleh bersetubuh dengan wanita yang sedang berhaidh.
- Sebab turun ayat ini ialah kerana orang-orang Yahudi, jika ada wanita berhaidh, mereka tidak akan makan sekali dan tinggal sebumbung. Pada mereka wanita berhaidh adalah kotor.
- Darah yang keluar dari rahim wanita ada tiga jenis, iaitu,
i. darah haidh (darah sihat)
ii. darah nifas (darah kerana melahirkan anak)
iii. darah istihadhah (darah penyakit yang biasanya mengiringi darah haidh
