[TAFSIR WANITA] – Sesi 11 -Baqarah 222 – Perbincangan Hukum Haidh

VIDEO – [Durasi – 54m 2s] – [TAFSIR WANITA] – Sesi 11 -Baqarah 222 – Perbincangan Hukum Haidh

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/XDksOSkXZiA  ]

SINOPSIS DARI KULIAH AL-BAQARAH, AYAT 222 – Perbincangan Hukum Haidh

1. Sebab turun ayat ini ialah kerana orang-orang Yahudi, jika ada wanita berhaidh, mereka tidak akan makan sekali dan tinggal sebumbung. Pada mereka wanita berhaidh adalah kotor. Manakala orang Kristian pula tidak ada batasan sehingga boleh bersetubuh semasa haidh. Islam mempunyai kaedah dan peraturan sendiri yang lebih seimbang.

2. Istilah haidh ialah: Darah yang keluar sebagai kejadiannya darah tabi’i, keluar dalam keadaan sihat, tanpa sebab melahirkan anak, berasal dari pangkal rahim, yang keluar dari kanak-kanak yang baligh pada waktu-waktu tertentu.

3. Wanita berhaidh perlu meninggalkan solat dan puasa, tidak kira haidh datang dalam keadaan bersambung-sambung atau terputus. Hari-hari suci (selang-seli) di antara tempoh lazim haidh, dikira haidh juga.

4, [00:08:13] – Haidh adalah sesuatu yang dicipta oleh Allah untuk wanita. Umur paling muda untuk keluar haidh ialah 9 tahun (mengikut pendapat mazhab Shafie). Ahli fikh Madinah berpendapat: haidh tidak berlaku lebih dari 15 hari (iaitu, sekurang-kurangnya waktu suci dari haidh ialah 15 hari). Tempoh paling pendek untuk haidh ialah satu hari dan satu malam (Mazhab Shafie). Pendapat penulis pula ialah (sebagaimana pendapat Imam Malik): Tempoh paling lama haidh ialah tempoh kebiasaan bagi seseorang wanita dan tidak terhad kepada tempoh tertentu. Salah satu petunjuk telah suci dari haidh ialah kering darah dan kapas putih yang dicalit di kemaluan berwarna putih.

5. [00:21:08] hingga [00:32:00] – Perbahasan ringkas tentang haidh

6. [00:32:10] hingga [00:40:30] – Wanita hamil mengalami haidh. Ada dua pendapat: Pendapat pertama, darah yang keluar semasa hamil adalah haidh, pendapat kedua, darah tersebut bukan darah haidh. Pendapat kedua adalah lebih kuat.

7. [00:40:30] – Perkara-perkara yang diharamkan kepada wanita di dalam haidh: Solat (tidak perlu diqadha) dan puasa (perlu diqadha bila suci untuk puasa Ramadhan).

8. [00:48:35] – Jika suci haidh di akhir waktu solat Asar, hendaklah qadha solat Zohor dan solat Asar}, jika suci di akhir waktu Isya’ hendaklah diqadha solat Maghrib dan Isya’. Ini adalah pendapat mazhab Shafie. Pendapat ini adalah kerana dikumpulkan bersama solat Zohor dan Asar (juga Maghrib dan Isyak) bila solat jamak. Oleh itu, tidak dikumpulkan solat bila suci haidh di waktu subuh, zohor atau maghrib). Mazhab Hanafi tidak mempunyai kaedah pengumpulan sebegini.

Leave a comment