VIDEO – [Durasi – 56m 21s] – [TAFSIR WANITA] – Sesi 12 -Baqarah 222 – Haidh – Setubuh Dengan Isteri, Membaca Quran & Masuk Masjid
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/MZyJcf778Yk ]
SINOPSIS DARI KULIAH
1. [ 00:01;02] – Adalah ijma’ di kalangan ulama’ bahawa jima’ (persetubuhan) adalah dilarang ketika wanita berhaidh.
2. [ 00:02:53] – Jika seseorang berkata bersetubuh semasa haidh itu halal dia telah terkeluar dari Islam (murtad). Inilah contoh-contoh di mana perkara fiqah boleh menjadi perkara aqidah. Contoh lain ialah dalam perkara bertawassul, jika seseorang menganggap orang yang diminta pertolongan (orang mati yang ditawassulkan) mempunyai kuasa untuk menunaikan hajatnya, maka telah jatuh aqidah orang tersebut. Imam as-Shafie mengatakan bahawa bersetubuh semasa haidh adalah dosa besar.
3. [ 00:08:40 ] – Tahap “bensentuhan” dengan wanita berhaidh.
4. [ 00:09:30 ] – Setakat mana perlu “menjauhi” isteri ketika haidh.
5. [ 00:13:10 ] – Imam Malik berpendapat seseorang itu berhak ke atas apa yang di atas daripada kain (maksudnya, selain dari antara pusat dan lutut). Aisyah r.ha. berkata yang diharamkan hanya faraj. Arahan supaya menjauhi kawasan antara pusat dan lutut adalah sebagai langkah berjaga-jaga.
6. [ 00:18:44] – Hukuman/Denda kepada seseorang yang bersetubuh dengan isterinya semasa haidh,
- Imam Malik, as-Shafei dan Imam Abu Hanifah mengatakan hendaklah beristighfar dan tiada apa-apa kaffarah,
- Imam Ahmad berpendapat, perlu bersedeqah 1/2 dinar (jika bersetubuh ketika darah haidh telah kering) dan 1 dinar (ketika bersetubuh ketika darah haidh masih mengalir)
7. [ 00:21:06 ] – Bolehkah menyetubuhi isteri yang haidh sebelum dia mandi?
8. [ 00:22:40 ] – Pendapat jumhur ulama’ wajib mandi dulu sebelum dibenarkan bersetubuh. Ulama’ khilaf sama ada perlu betul-betul mandi atau boleh juga bertayammum jika tiada air. Imam Abu Hanifah berpendapat boleh bersetubuh tanpa mandi jika haidhnya lama (menurut pendapat Imam Abu Hanifah, haidh yang lama adalah yang panjangnya 10 hari atau lebih).
9. [ 00:34:30 ] – Hukum tawaf bagi wanita berhaidh. Wanita berhaidh tidak boleh tawaf tetapi lain-lain kerja haji boleh dilakukan.
10. [ 00:31:26 ] – Perkara-perkara khilaf berkaitan wanita berhaidh:
a) Membaca al-Quran:
- mazhab Shafei – haram baca al-Quran kepada orang yang berjunub dan haidh kecuali dibaca sebagai doa.
- mazhab Zahiri ( Imam Daud az-Zahiri) – boleh baca al-Quran untuk orang yang berjunub dan berhaidh.
- Mazhab Malik (Imam Malik) – boleh baca al-Quran sekadar beberapa ayat untuk “ta’awuf’ (melindungi diri), contohnya, bacaan sebelum tidur
- Imam Abu Hanifah berpendapat boleh baca sebahagian dari satu ayat tetapi tidak boleh satu ayat lengkap.
- Imam Ibnu Taimiyah dan Imam al-Bukhari berpendapat boleh dan tidak dilarang membaca al-Quran.
b. [ 00:52:54] – Membawa atau menyentuh al-Quran
- Imam Ibnu Taimiyah mengatakan boleh menyentuh atau membawa al-Qursn tetapi ramai ulama’ berpendapat tidak boleh.
c. [ 00:54:07 ] – Diam dalam masjid
- Mizahab Shafei – berpendapat tidak boleh diam dalam masjid
- Pendapat yang lain ialah, boleh diam dalam masjid jika yakin tidak akan mengotorkan masjid.
