VIDEO – [Durasi – 1j 12m 33s] – Sesi 6 – Surah al-Baqarah (Ayat 124) – Perkara Sunnah Yang Merupakan Fitrah – [TAFSIR WANITA]”
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ufbnSlZh-LE; ]
TANDA MASA
TAFSIR SURAH AL-BAQARAH – AYAT 124 – Perkara Sunnah Yang Merupakan Fitrah
1. [ 00:02:38 ] – Perkara fitrah kedua – Mencukur bulu kemaluan ”
2. [ 00:06:36 ] – al-Iraqi berpendapat hukumnya sunat mencukur bulu ari-ari (kemaluan depan) dan juga bulu dubur. Boleh mencukur, menggunting atau menggunakan kapur untuk menanggalkan bulu. Hendaklah mencukur bulu ari-ari dan menipiskan misai dalam masa 40 hari.
3. [ 00:11:20 ] – Selingan – Menilai hadith sama ada ianya bersifat “wasilah” (cara) atau “maqasid” (tujuan).
4. [ 00:21:10 ] – Perkara fitrah ketiga – memotong kuku. Hendaklah memotong kuku bila ianya melebihi had jari. Tiada hadith menunjukkan cara potong kuku, tetapi saranan umum ialah memulakannya dari kanan. Ada petunjuk supaya memotong kuku setiap minggu.
5. [ 00:28:25 ] – Dengan memotong kuku seseorang nampak kemas dan memudahkan untuk melakukan wudhu’. Memanjangkan kuku menyerupai ahli kitab dan orang musyrik dan juga menyerupai haiwan.
6. [ 00:33:24 ] – Persoalan – Ada pertembungan di antara perintah jangan memotong kuku untuk mereka yang menjalankan ibadah qurban dengan saranan memotong kuku seminggu sekali. Jawapannya – Hendaklah kita mendahulukan arahan khusus (tidak memotong kuku) berbanding arahan umum.
7. [ 00:36:50 ] – Berhati-hati dengan hadith palsu yang menetapkan fadhilat atau bala memotong kuku pada hari-hari tertentu.
8. [ 00:37:29 ] – Perkara fitrah keempat dan kelima – Menipiskan misai dan memanjangkan janggut. Misai dan janggut adalah khusus untuk lelaki. Jika ditakdirkan wanita tumbuh misai atau janggut, ianya hendaklah dibuang kerana untuk mengelakkan dari menyerupai lelaki. Ianya tidak termasuk dalam mengubah kejadian Allah kerana kejadian Allah yang asal ialah wanita tidak bermisai dan berjanggut.
9. [ 00:41:00 ] – Perrkara fitrah keenam – mencabut bulu ketiak. Adalah lebih afdhal mencabut berbanding mencukur bulu ketiak kerana itulah yang disebutkan oleh nabi. Mencabut bulu ketiak akan lebih berkesan dalam menghilangkan bau busuk ketiak berbanding dengan mencukurnya.
10. [ 00:44:55 ] – Perkara fitrah ketujuh – Membasuh jari jemari, terutamanya selepas makan . Budaya orang-orang Arab dahulu biasanya jarang membasuh tangan selepas makan kerana cara mereka makan dan jenis makanannya.
11. [ 00:46:49 ] – Perkara fitrah kelapan – Menggunakan air untuk beritinja’ berbanding dengan batu dąn lain-lain alat.
12. [ 00:49:34 ] – Perkara fitrah kesembilan dan kesepuluh – Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Ini adalah untuk tujuan kebersihan. Ada ulama’ yang berpendapat wajib melakukannya semasa berwudhu’.
13. [ 00:57:51 ] – Perkara fitrah ke 11 – Siwak (Gosok Gigi) – Hendaklah menggosok gigi selepas tidur lama (yang menyebabkan bau mulut berubah), semasa berwudhu’, untuk membaca al-Quran dan semasa berjumpa dengan orang terdekat selepas lama bermusafir.
Sesi Soal Jawab
[ 01:08:02 ] – Mengapa ada 11 perkara yang disenaraikan sedangkan hadith sebut 10 perkara sahaja? Mengapa Imam an-Nawawi mengatakan elok memulakan memotong kuku dari jari telunjuk?
Laman Web Menarik – BAHAYA SYIAH – https://bahayasyiah.home.blog/
