VIDEO – [Durasi 09m 52s] -Surah No 93 – Ad-Dhuha – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/8znhwb7cnNA
سورة الضحى
بسم الله الرحمن الرحيم
وَالضُّحَى (1) وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى (2) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (3) وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى (4) وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى (5) أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى (6) وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى (7) وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى (8) فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ (9) وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ (10) وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ (11)
TERJEMAHAN SURAH AD-DHUHA
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Demi waktu dhuha,
(2) Dan malam apabila ia sunyi-sepi –
(3) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(4) Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
(6) Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
(7) Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
(8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(9) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
(10) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
(11) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Surah ini adalah sebagai “tasliyah” (menghibur dan memujuk hati) kepada nabi
2. Pernah suatu ketika penurunan wahyu kepada nabi ditangguhkan
3. Diriwayatkan bahawa nabi s.a.w berjanji kepada orang (musyrikin) yang bertanya (sesuatu kepadanya) untuk memberikan jawapan dalam tempoh tertentu, tetapi wahyu tertangguh menyebabkan nabi tidak dapat memberi jawapan dalam masa yang dijanjikan.
4. Lalu musyrikin Mekah menyindir, “Rabbnya telah murka kepadanya, mengabaikannya dan meninggalkannya”. Ini menyebabkan nabi bersedih dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Lalu Allah turunkan surah ini sebagai “tasliyah”, untuk memujuk hati nabi.
5. “Demi waktu Dhuha, dan demi malam yang menutupi semua kegelapan”
6. “Rabb kamu tidak meninggalkan kamu”
7. “Dan Rabb kamu tidak murka kepadamu”
8. Maksudnya, tidak turunnya wahyu dalam tempoh lima belas hari bukan kerana Allah murka atau meninggalkan nabi seperti yang dituduh (oleh kaum musyrikin Mekah).
9. Allah telah sediakan syurga yang mulia dan tinggi kepadamu (Muhammad)
10. Sebenarnya negeri akhirat yang disediakan untuk kamu adalah lebih baik berbanding dengan apa yang Allah bagi kepadamu di dunia ini
11. (Janganlah kamu bersedih jika) sekiranya kamu (nabi) tidak dapat berbuat seperti yang diminta oleh kaum musyrikin yang menentang kamu seperti mengalirkan sungai-sungai di Kota Mekah, mempunyai lombong-lombong emas dan perak dan khazanah harta
12. Sesungguhnya tujuan mereka hanya untuk menghina nabi s.aw.
13. Sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia
14. Balasan yang tinggi dan sempurna kepada nabi, Allah sediakan di tempat yang kekal (hari akhirat)
15. Pasti Rabb kamu akan beri kepada kamu (kejayaan dan kebahagiaan), di dunia ini dan di akhirat nanti
16. “Lalu (sehingga) kamu berpuas hati”
17. Di peringkat awal nabi melakukan usaha “tabligh”, keluarga nabi adalah asing dari yang lain; dikutuk, dipulau dan berbagai-bagai
(cubaan dan ujian)
18. Tetapi semasa nabi wafat baginda mempunyai pengikut lebih dari seratus ribu orang. Di mana-mana nabi pergi pasti nabi dilayan sebagaimana rakyat Rom dan Parsi melayan raja-raja mereka. Begitu hebat sekali layanan sahabat-sahabat kepada nabi
19. Ketika ayat ini turun, nabi berada di Mekah pada awal Islam.
20. Pasti Allah akan bagi layananNya kepadamu di dunia dan di akhirat nanti.
21. “Lalu, kamu pun berpuas hati”
22. “Tidakkah Dia dapati kamu dulu miskin dan yatim piatu”
23. Allah bagi kepada kamu tempat.
24. Allah dapati kamu tidak tahu (ilmu agama). Lalu Dia ajar kepada kamu ilmu agama
25. “Kamu tidak tahu pun sebelum ini apa itu kitab, apa itu iman”.
26. Allah dapati kamu ini fakir miskin, Allah kayakan kamu.
27. Dalam hadis, harta nabi (dalam bentuk hartanah) adalah yang paling banyak berbanding sahabat yang lain, seperti tanah Fadha’ dan tanah Khaibar. (Tercatit dalam sejarah) Fatimah r.a. ada bertanya kepada Saidina Abu Bakar tentang harta-harta nabi, lalu diberitahu bahawa harta nabi adalah untuk umatnya, bukan sebagai pusaka kepada keluarga baginda. Cuma Saidina Ali berharap untuk dapat uruskan harta nabi (bukan sebagai pusaka).
28. Walaupun harta nabi banyak (dalam bentuk hartanah), tetapi ianya tidak dijadikan sebagai pusaka. Hikmahnya, untuk mengelakkan mereka berebut-rebut kerana inginkan harta nabi
29. Yang nabi tinggalkan kepada umatnya adalah “pusaka” ilmu.
30. Nabi yang asalnya fakir dan miskin, tetapi Allah anugerahkan kepada baginda harta yang amat banyak di akhir hayatnya.
31. Kelebihan nabi kita ialah harta nabi tidak dijadikan pusaka kepada keluarganya tapi sebagai sedeqah kepada umatnya.
32. “Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya”, kerana mereka masih kecil dan berhajat kepada ibu bapa, kasih sayang dan didikan
33. Layanan yang kasar akan mengganggu proses tumbesaran dan fikirannya.
34. Jangan kamu berkasar dengan anak yatim.
35. Jangan kamu melayan dengan kasar golongan yang meminta-minta seperti menghalaunya.
36. Di antara layanan yang paling sesuai kepada orang yang meminta-minta (yang kita tidak dapat tunaikan permintaannya), ialah dengan meminta maaf di atas ketidakmampuan kita membantunya. Jangan berjanji, kerana kalau berjanji dan jika tidak dapat ditunaikan janji tersebut kita akan mungkir janji dan akan menyusahkan kita dan juga si peminta. Oleh itu jawapan yang baik untuk mengelakkan kita dari bersikap “tanhar” (berlaku kasar) ialah “minta maaf”. Di masa akan datang, jika saya mampu saya akan bantu, hari ini saya tidak mampu oleh itu saya minta maaf
37. Orang yang meminta (bantuan dan sebagainya) biasanya dalam keadaan terpaksa disebabkan oleh bebanan (dan tanggungannya) dan dia terpaksa membelakangkan rasa malu.
38. Elakkan dari berjanji tetapi sebaliknya meminta maaf (di atas ketidakupayaan kita membantunya). Jika tidak, ditakuti kita termasuk dalam golongan yang disebut di dalam ayat ini (“anhar”) iaitu berkasar kepada mereka seperti menengking, menghalau atau menyebut perkataan yang melukakan hati mereka.
39. “Dan ada pun nikmat tuhan kamu, hendaklah kamu ceritakan (zahirkan) dan bahagi-bahagikan”.
40. Nikmat-nikmat ini, di antaranya nikmat agama, kita boleh ceritakan supaya mereka pun dapat nikmat yang sama. Yang zahirnya dari ayat ini ialah, nikmat-nikmat zahir (dunia) kamu hendaklah kamu bahagi-bahagikan.
00:00 غلوُّ المتكلمين
Sifat melampau dari kalangan ahli kalam
02:55 الجدال فى القرآن
09:15 لغة القرآن
11:26 نحو القرآن
22:24 علم المعانى والبيان
26:39 إشارات الصوفية
32:08 فن الاعتبار
42:42 الفصل الثالث فى بيان غرائب القرآن الكريم