[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 40m 22s ] – SURAH AL-HIJR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Rn9nQbtw2kk ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 15 – SURAH AL-HIJR
1- 00:49 – Mesej Utama
2- 3:31 – Zaman Diturunkan
3- 6:23 – Perkaitan Surah Al Hijr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 7:34 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH Al-HIJR
==============================
1. Membuktikan kebenaran hukum balasan baik dan buruk di akhirat berdasarkan dalil-dalil “afaaki” (alam semesta), “anfusi” (diri manusia) dan “tariikhi” (sejarah).
2. Ancaman kebinasaan terhadap orang-orang musyrikin.
3. Arahan supaya terus berdakwah dan menyampaikan agama Allah tanpa menghiraukan tekanan orang-orang kafir dan tanpa ada kepentingan duniawi.
=====================
TEMA UTAMA AL-HIJR
=====================
1. Iblis yang biadab telah bersumpah bahawa ia akan menyesatkan semua anak Adam dan akan menghiasi dunia di mata mereka sehingga mereka akan tertarik dengannya (Ayat 39).
2. Surah al-Hijr telah memberi gambaran yang ajaib dan luar biasa tentang planet bumi apabila di dalamnya tersebut bahawa Allah telah menjadikan setiap benda di bumi dengan cukup seimbang. Setiap zarah dan unsur di bumi ditimbang dengan timbangan yang rapi (Ayat 19).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 15 – al-Hijr
