VIDEO – SURAH AL-FATIHAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
Category: Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 108 – Surah al-Kautsar
VIDEO – SURAH AL-KAUTSAR – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:38 – Mesej Utama
2- 01:27 – Zaman Diturunkan
3- 02:33 – Perkaitan Surah Al-Kautsar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 04:22 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 04:25 A. “Al Kautsar” adalah isim mubalaghah daripada “katsir”, ia adalah satu perkataan yang lengkap dan sangat luas ertinya
6- 05:31 B. “Shani’” adalah isim fa`il daripada “shana’a, ia bererti musuh yang jahat dan penuh dengan dendam kesumat.
7- 05:43 C. “Abtar” ialah terputus ekor; tidak ada keturunan dan terputus zuriat; tidak mempunyai anak lelaki; tidak ada langsung kebaikannya; terputus daripada mendapat sebarang perkara yang diingini.
SINOPSIS
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-KAUTSAR
============================ ==========
Nabi Muhammad s.a.w akan diberikan segala macam kebaikan dan kelebihan termasuk mendapat kolam al-Kautsar, menguasai Ka’bah dan akan dikurniakan sebuah kerajaan yang hebat, sekelian musuh-musuhnya akan dihapuskan. Hendaklah beribadat hanya kepada Allah.
===================================================
“Al-Kautsar” ialah satu perkataan yang lengkap dan sangat luas maknanya. Termasuk dalam istilah “al-Kautsar” ialah segala bentuk ni’mat Allah dan kebaikan-kebaikan yang banyak manfaatnya (di atas dunia ini, al-Quran juga dianggap sebagai “al-Kautsar”). Al-Kautsar juga nama satu sungai syurga.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 109 – Surah al-Kafirun
VIDEO – SURAH AL-KAFIRUN – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:43 – Mesej Utama
2- 01:46 – Zaman Diturunkan
3- 03:58 – Kelebihan Surah Al Kafirun
4- 04:03 – Perkaitan Surah Al Kafirun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 06:26 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-KAFIRUN
============================ ==========
Perintah supaya tidak menyembah selain Allah dan menyatakan secara terbuka sikap tidak ada hubungan dengan agama orang-orang kafir
=================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-KAFIRUN
=================================
Surah ini mengisytiharkan putus hubungan dan tiada kaitan langsung di antara tauhid yang diperjuangkan agama Islam dan kesyirika. Tiada sebarang kompromi dan tolak ansur dalam bab aqidah dan ibadat terutamanya dalam bab tauhid. Ianya adalah berita gembira kerana orang-orang Islam yang bertegas dengan aqidah tauhid akhirnya akan mendapat kemenangan.
===========================
KELEBIHAN SURAH AL-KAFIRUN
===========================
Rasulullah s.a.w membaca Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas dalam dua rakaat sunat Subuh dan dua rakaat sunat tawaf.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 110 – Surah al-Nasr
VIDEO – SURAH AL-NASHR – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:43 – Mesej Utama
2- 02:28 – Zaman Diturunkan
3- 08:04 – Perkaitan Surah An-Nashr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 09:18 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 03:12 – Cerita Ibn `Abbas r.a
SINOPSIS:
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AN-NASHR
============================ ==========
Selepas mendapat kemenangan dan pertolongan Allah di samping memujiNya perlu juga kita bertasbih dan beristighfar kepadaNya .
================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-NASHR
================================
Tidak berkompromi dengan perkara-perkara yang membabitkan aqidah akan membawa kepada kemenangan Islam.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 111 – Surah al-Lahab ( al-Masad )
VIDEO – SURAH AL-LAHAB (AL-MASAD) – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:38 – Mesej Utama
2- 01:33 – Zaman Diturunkan
3- 03:45 – Perkaitan Surah Al-Lahab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 04:47 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 04:50 – A. Abu Lahab adalah musuh Islam dan musuh Nabi s.a.w.. Dia adalah bapa saudara Nabi s.a.w. sendiri, nama sebenamya ialah ‘Abdul ‘Uzza bin ‘Abdil Muththalib
6- 07:02 – B. Abu Lahab adalah satu-satunya rurma musuh Islam yang disebutkan di dalam al-Qur’an dengan maksud mencelanya
7- 07:44 – C. Islam tidak mementingkan keturunan dan keluarga, sebaliknya yang dipentingkan ialah iman dan amal shaleh.
SINOPSIS
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-LAHAB (AL-MASAD)
============================ ==========
1. Menurut Islam, keselamatan dan kelepasan manusia tidak terletak pada keturunan, sebaliknya terletak pada iman dan amal shaleh.
2. Kerabat terdekat Rasulullah (Abu Lahab adalah bapa saudara nabi s.a.w) dan isterinya yang gila dunia dan sangat bakhil telah memusuhi Rasulullah s.a.w dan agama Islam. Kerananya mereka akan menerima akibat buruk daripada sikap mereka.
================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-LAHAB
================================
Abu Lahab adalah satu-satunya nama musuh Islam yang disebutkan di dalam al-Quran dengan maksud mencelanya, padahal dia adalah bapa saudara nabi s.a.w sendiri dan dari kalangan Bani Hashim yang mulia. Ini menunjukkan Islam tidak mementingkan keturunan dan keluarga, sebaliknya yang dipentingakn ialah iman dan amal shaleh.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 112 – Surah al-Ikhlas
VIDEO – SURAH AL-IKHLAS – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:40 – Mesej Utama
2- 02:14 – Zaman Diturunkan
3- 03:42 – Kelebihan Surah Al Ikhlas
4- 03:49 – Perkaitan Surah Al-Ikhlas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 04:25 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 04:34 – A. Allah adalah “Ahad”, Esa, tunggal, unik dan tidak ada bandingan serta taraNya
7- 05:28 – B. Allah adalah “As Somad” tidak ada sesuatu yang keluar daripadaNya dan tidak ada sesuafu yang lain masuk ke dalamNya
8- 06:45 – C. Allah “lam yalid” tidak beranak, ertinya ialah Dia bukan bapa kepada sesiapa pun dan tidak ada apa pun yang keluar daripadaNya
9- 08:45 – D. Allah “wa lam yulad” tidak diperanakkan, Dia tidak datang daripada mana-mana zat lain, tidak ada bapaNya dan tidak ada juga ibuNya.
SINOPSIS
============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-IKHLAS =
===========================
Keterangan tentang tauhid Zat Allah yang murni dengan menyebut siifat-sifat yang mengandungi “tanzih” (penyucian) dan “hamd” (pujian) Allah adalah “Ahad”, Esa, tunggal, unik dan tidak ada bandingan serta taranya. Allah adalah “as-Somad”, sekelian makhluk berhajat kepadaNya sedang Dia sendiri tidak berhajat kepada apa-apa pun. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sesiapapun sepertiNya, setandingNya, seumpamaNya atau menyamaiNya.
=========================
KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
=========================
1. Surah ini menyamai satu pertiga al-Quran.
2. Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.
3. Cintakan Surah al-Ikhlas membawa seseorang masuk syurga.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 113 – Surah al-Falaq
VIDEO – SURAH AL-FALAQ – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 01:49 – Mesej Utama
2- 02:40 – Zaman Diturunkan
3- 03:08 – Kelebihan 3 Surah Terakhir Di Dalam Al Qur’an Dan Mu`awwizatain
4- 03:13 – Perkaitan Surah Al-Falaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 03:41 – Beberapa Kata Kunci
6- 03:50 – “Rabb” mengandungi 5 erti
7- 04:55 – Beberapa Tema Utama Surah
SINOPSIS:
============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-FALAQ
============================
Arahan supaya berlindung kepada Rabb daripada empat macam kejahatan (iaitu kejahatan makhluk, malam, sihir dan hasad) Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Quran maka unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat akan cuba melemahkan semangatnya. Al-Quran mengajarkan langkah (iaitu dengan membaca surah al-Falaq dan Surah an-Naas) untuk memelihara diri dari gangguan segala yang tidak baik.
=====================================================================
KELEBIHAN TIGA SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN (AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS) =====================================================================
1. Surah al-Falaq dan An-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam.
2. Rasullullah menyuruh membaca dua surah ini selepas setiap solat fardhu.
3. Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.
4. Rasulullah membaca Surah al-Falaq dan An-Naas ketika sakit yang membawa kepada kematian Baginda s.a.w
==============================================
“RABB” ialah,
a) Tuhan yang membesarkan, menyuburkan dan memberikan tenaga.
b) Tuhan yang menjaga, mengawal dan melindungi
c) Tuhan yang menguasai dan mengatasi segala-galanya
d) Yang mengumpulkan, menyiapkan dan membekalkan keperluan segala makhluk
e) Pemilik dan tuan alam semesta
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 114 – Surah an-Naas
VIDEO – SURAH AN-NAAS – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 01:10 – Mesej Utama & Zaman Diturunkan
2- 02:09 – Perkaitan Surah An-Naas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
3- 08:06 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
4- 08:09 – A. “Rabb” seperti disebutkan sebelum ini bererti Tuhan yang menjaga, melindungi, mengawal, mengurus, mentadbir, mengatasi sekalian yang lain, tuan, pemilik alam semesta dan yang dapat memberi perlindungan sepenuhnya.
5- 13:09 – B. “Malik” bererti raja, penguasa yang mempunyai kuasa mutlak, kuasa yang paling besar dan tinggi yang dapat memberi perlindungan.
6- 13:50 – C. “Ilah” perkataan “Ilah” mengandungi tujuh erti
7- 14:51 – D. “Was was” bererti bisikan halus, suatu pergerakan yang tidak dapat dirasai dan dikesan.
8- 16:35 – E. “Khannas” yang menyerang berkali-kali secara senyap-senyap dan secara sembunyi
SINOPSIS:
===========================
MESEJ UTAMA SURAH AN-NAAS
===========================
a) Arahan supaya berpegang teguh dengan tauhid rububiyyah, tauhid mulukiyyah (atau haakimiyyah) dan tauhid uluhiyyah untuk menyelamatkan diri daripada kejahatan dan keburukan tiga perkara (was-was, manusia dan jin).
b) Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Quran maka unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat akan cuba melemahkan semangatnya. Al-Quran mengajarkan langkah untuk memelihara diri dari gangguan segala yang tidak baik.
c) Dengan adanya perlindungan tuhan yang mempunyai sifat-sifat tauhid ini, manusia dapat memelihara dirinya daripada gangguan kejahatan manusia dan juga jin.
==========================================================================
KELEBIHAN TIGA SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN (AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS)
==========================================================================
a) Surah al-Falaq dan An-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam.
b) Rasulullah s.a.w menyuruh membaca dua surah ini selepas setiap solat fardhu.
c) Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.
d) Rasulullah membaca Surah al-Falaq dan An-Naas ketika sakit yang membawa kepada kewafatan Baginda s.a.w ====================================================
MAKSUD “RABB”, “MALIK” DAN “ILAAH”
====================================================
A. RABB bermaksud Tuhan yang menjaga, melindungi, mengawal, mengurus, mentadbir, mengatasi sekelian yang lain, tuan, pemilik alam semesta dan yang dapat memberi perlindungan sepenuhnya.
B. MALIK – bererti raja, penguasa yang mempunyai kuasa mutlak, kuasa yang paling besar dan tinggi yang dapat memberi perlindungan.
C. ILAAH mengandungi tujuh makna, iaitu:
1) Tuhan yang melindungi
2) Yang mengampunkan
3) Yang memenuhi hajat sekelian makhluk
4) Yang penuh dengan rahsia
5) Yang semua berusaha mencari dan merinduinya
6) Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi serta dapat memberi perlindungan
7) Yang layak disembah dan ditaati dengan sungguh-sungguh.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 107 – Surah al-Ma’un
SURAH AL-MA’UN – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:38 – Mesej Utama
2- 01:46 – Zaman Diturunkan
3- 02:01 – Perkaitan Surah Al-Ma`un Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 04:49 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-MA’UN
============================ ==========
Pemimpin-pemimpin Quraisy tidak percaya kepada hari kiamat. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menunaikan hak Allah dengan betul sebagaimana mereka tidak dapat menunaikan hak manusia dengan betul. Akibatnya, mereka akan binasa.
===================================================
Didedahkan dalam surah ini sifat nifaq orang-orang Quraisy dalam beragama. Walaupun mereka menjadi penjaga Ka’bah tetapi kerana tidak menerima adanya hari akhirat, mereka tidak melaksanakan hak-hak manusia dan hak-hak Allah. Mereka bersembahyang dengan tujuan hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 106 – Surah Quraisy
VIDEO – SURAH QURAISY – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 01:46 – Mesej Utama
2- 03:18 – Zaman Diturunkan
3- 03:43 – Perkaitan Surah Quraisy Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 05:32 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 05:34 -A. “Eelaf” bererti kebiasaan; kebiasaan aman tenteram.
6- 05:43 – B. “Rihlatas Shita’ was Soif” bererti perjalanan dengan maksud bemiaga di musim sejuk dan musim panas.
7- 07:21 – C. Mekah adalah suatu negeri yang kosong daripada tumbuh-tumbuhan, ia hanya padang pasir yang sukar untuk mendapat air, tidak ada kemajuan pertanian dan perindustrian di sana.
8- 08:01 – D. Segala kelebihan, penghargaan, sanjungan, kemudahan berniaga dan kemewahan hidup bangsa Quraisy adalah disebabkan mereka dipercayai sebagai penjaga Ka’bah dan tanah haram Mekah
SINOPSIS
=================================
MESEJ UTAMA SURAH QURAISY
=================================
Orang-orang Quraisy hendaklah beribadat hanya kepada tuhan empunya Ka’bah (Allah) setelah mereka sedar kelebihan yang diperolehi mereka.
===================================================
Pemimpin-pemimpin Quraisy tidak bersyukur walaupun diberikan kelebihan yang banyak seperti menjadi penjaga Ka’bah, merupakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendapat keamanan dan penghormatan dan mendapat kemudahan untuk berdagang. Sayangnya, di sebalik nikmat yang banyak tersebut, mereka meninggalkan ajaran tauhid dan mensyirikkan Allah seperti menyembah berhala. Allah menyeru mereka supaya menyembah dan beribadat hanya kepadaNya.