Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 113 – Surah al-Falaq

VIDEO – SURAH AL-FALAQ – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:49 – Mesej Utama

2- 02:40 – Zaman Diturunkan

3- 03:08 – Kelebihan 3 Surah Terakhir Di Dalam Al Qur’an Dan Mu`awwizatain

4- 03:13 – Perkaitan Surah Al-Falaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 03:41 – Beberapa Kata Kunci

6- 03:50 – “Rabb” mengandungi 5 erti

7- 04:55 – Beberapa Tema Utama Surah

SINOPSIS:

============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-FALAQ

============================

Arahan supaya berlindung kepada Rabb daripada empat macam kejahatan (iaitu kejahatan makhluk, malam, sihir dan hasad) Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Quran maka unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat akan cuba melemahkan semangatnya. Al-Quran mengajarkan langkah (iaitu dengan membaca surah al-Falaq dan Surah an-Naas) untuk memelihara diri dari gangguan segala yang tidak baik.

=====================================================================

KELEBIHAN TIGA SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN (AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS) =====================================================================

1. Surah al-Falaq dan An-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam.

2. Rasullullah menyuruh membaca dua surah ini selepas setiap solat fardhu.

3. Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.

4. Rasulullah membaca Surah al-Falaq dan An-Naas ketika sakit yang membawa kepada kematian Baginda s.a.w

==============================================

“RABB” ialah,

 a) Tuhan yang membesarkan, menyuburkan dan memberikan tenaga.

b) Tuhan yang menjaga, mengawal dan melindungi

c) Tuhan yang menguasai dan mengatasi segala-galanya

d) Yang mengumpulkan, menyiapkan dan membekalkan keperluan segala makhluk

e) Pemilik dan tuan alam semesta 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s