https://drive.google.com/file/d/1oKXP_CwESxsOJMRh4sLrHsfSxQRTXTtN/view
VIDEO – [Durasi – 1j 30m 54s ] – SURAH AL-BAQARAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 2 – SURAH AL-BAQARAH
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 01:59 – Mesej Utama
2- 10:00 – Zaman Diturunkan
3- 11:21 – Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Baqarah
4- 12:25 – Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 31:32 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Di Dalam Surah Al-Baqarah
6- 35:20 – Struktur Makro Surah Al-Baqarah
7- 49:38 – Mesej Utama Surah
8- 51:40 – Bahagian Pertama Yang Merupakan Pendahuluan Bagi Surah Al-Baqarah
9- 44:02 – Kata Hikmat dalam bahasa Urdu
جو کہا نہیں وہ سنا کرو
جو سنا نہیں وہ کہا کرو
Jo suna nahi wo kaha karo
Jo kaha nahi wo suna karo
Kena biar boleh kata apa yang kita tidak pernah dengar
Kena biar boleh dengar apa yang orang tidak kata
SINOPSIS
=================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-BAQARAH
=================================
“PERUBAHAN KEPIMPINAN”
Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan. Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf a.s. berterusan sehingga Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi sekitar 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum ketentuan Allah, akhirnya setelah Nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul, pangkat mereka ditarik dan jawatan kepimpinan yang ada pada mereka dilucutkan. Kemudian pangkat “menjadi saksi atas perbuatan manusia” diberikan kepada umat Islam dan gelaran “umat yang adil dan terpilih” juga dikurniakan kepada mereka. Pangkat dan gelaran itu diberikan kepada umat Islam buat selama-lamanya hingga ke hari kiamat.
=================================
KEUTAMAAN SURAH AL-BAQARAH
================================
1. Hadith bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah”.
2. Hadith bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir”.
======================================================================
KELEBIHAN DAN FADHILAT AYAT AL-KURSI (SALAH SATU AYAT DALAM SURAH AL-BAQARAH)
======================================================================
Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati”.
================================================================
KELEBIHAN DAN FADHILAT DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH ================================================================
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada sesuatu malam, ia akan cukup untuknya (pada malam itu)”.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – (Sambungan) Surah No 2 – al-Fatihah