[MUAT TURUN – NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 1 – al-Fatihah]
VIDEO – [Durasi – 1j 28m 7s ] – SURAH AL-FATIHAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 1 – SURAH AL-FATIHAH
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
8- 01:16:15 – (A) Ayat 1 hingga 4 merupakan paragraf pertama Surah al-Fatihah. Di Dalamnya dinyatakan Adab Berdoa.
9- 01:16:57 – (B) Ayat 5 merupakan Paragraf Kedua. Ia Menyatakan Kelayakan Allah Sebagai Tempat Memohon Doa.
10- 01:19:00 -(C) Ayat 6 adalah paragraf ketiga. Di Dalamnya terkandung doa yang sebenarnya hendak diminta.
SINOPSIS
=================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-FATIHAH
=================================
Memohon jalan yang lurus dan betul. “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Doa inilah sebenarnya merupakan mesej utama surah al-Fatihah. Ia adalah permintaan hamba kepada Tuhannya, agar ditunjuki-Nya jalan yang lurus di sepanjang perjalanan hidup si hamba. Hamba memohon kepada Tuhan supaya memberi hidayah dan taufiq kepadanya untuk melakukan amal soleh dengan ikhlas di sepanjang hayatnya, sehingga apabila ia mati, ia berhak dan layak memasuki syurga.
==============================
KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH
==============================
1. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ummul Qur’an (Surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan al-Qur’an yang agung.
2. Hadis bermaksud: “Tidak pernah turun sama ada di dalam Taurat, Injil atau Zabur dan Qur’an seumpama Surah al-Fatihah”
3. Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila imam mengucapkan ‘Aamin’, kamu ucapkan juga ‘Aamin’ (bersamanya). Kerana orang yang ucapan Aaminnya berbetulan dengan Aamin para malaikat diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.
================================================
KATA KUNCI PENTING DALAM SURAH AL-FATIHAH
================================================
(1) “Alhamd”. Pujian dan segala bentuknya. Atau pujian yang sempurna dan lengkap .
(2) “Alhamdulillah”. Perkataan’ “Alhamd” yang digabungkan dengan “Allah” memberi erti syukur kepada Allah.
[3] “Rabb” bererti penjaga, pemelihara, pengasuh, pendidik, tuan, pemilik, pencipta dan lain-lain.
(4) “Ar-Rahman” atas wazan “fa’lan” merupakan isim mubalaghah yang memberi erti Tuhan yang rahmat-Nya Maha luas dan sempurna.
(5) “Ar-Rahim” atas wazan “faa’il” merupakan isim sifat yang memberi erti Tuhan yang rahmat-Nya berterusan dan berkekalan.
[6] ”Ad-Din” bererti agama, cara hidup, balasan baik dan buruk atau ganjaran dan hukuman. Ia juga bererti pengadilan yang sebenar. Inilah yang dimaksudkan di sini setelah mempercayai adanya hari kiamat, mempercayai pula bahawa hanya Allah s.w.t. jua yang berkuasa pada hari itu. Dialah yang akan mengadili manusia, kemudian memberikan balasan yang baik atau buruk kepada mereka.
[7] “Ibadah” mempunyai tiga pengertian; Pertama, penghambaan, kedua, ketaatan, dan ketiga, pemujaan.
[8] ”Isti’anah” bererti meminta dan memohon pertolongan hanya kepada Allah khususnya dalam perkara-perkara di luar kemampuan manusia.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 1 – al-Fatihah