2- 02:06 – Zaman Diturunkan
3- 03:53 – Perkaitan Surah Al-Mu’minun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 04:58 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 04:58 – a. Di dalam Surah al-Mu’minun disebutkan dua syarat penting untuk orang-orang mu’min berjaya iaitu iman dan amal shaleh.
6- 08:28 -b. Di dalam Surah al-Mu’minun terdapat dalil-dalil untuk tauhid khaliqiah
7- 15:05 – c. Di dalam Surah al-Mu’minun juga terdapat dalil-dalil naqli dan dalil-dalil aqli untuk membuktikan aqidah tauhid.
8- 18:55 – d. Di dalam Surah al-Mu’minun juga dinyatakan sikap orang-orang Ouraisy yang tidak percaya kepada hari kemudian.
9- 23:53 – e. Surah al-Mu’minun iuga mengemukakan beberapa sifat jelik pemimpin-pemimpin Ouraisy yang musyrik.
10- 25:32 -f. Surah al-Mu’minun juqa menyatakan sunnatullah dalam menggantikan sesuatu umat dengan umat yanq lain.
11- 26:49 -g. Surah al-Mu’minun juga menyatakan sebab-sebab bagi bangsa-bangsa yang durjana dibinasakan.
12- 28:42 -h. Didalam Surah al-Mu’minun terdapat beberapa doa untuk mendapat rahmat dan keampunan Allah.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-MU’MINUN
================================
Orang-orang yang beriman sahaja yang berjaya dan merekalah yang akan menjadi ahli syurga; iaitu orang-orang yang mengambil i’tibar dan pengajaran daripada akibat buruk yang diterima bangsa-bangsa dan umat terdahulu lalu beriman dengan menerima aqidah tauhid dan percaya kepada hari kemudian serta menerima seruan Muhammad s.a.w
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-MU’MINUN
==============================
1. Iman dan amal soleh ialah dua syarat penting untuk orang-orang mu’min berjaya.
2. Di antara sifat-sifat jelik ialah sombong, membesarkan diri dan hidup bermewah-mewah.
3. Di antara sunnatullah yang berlaku terhadap manusia ialah sebelum mereka dibinasakan, orang-orang yang mewah di kalangan mereka akan menjadi sombong dan menderhakai Allah.