TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 45 – SURAH AL-JAATHIYAH
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:35 – Mesej Utama
2- 06:03 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya
3- 10:35 – Kesinambungan Surah Al-Jaatsiyah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 11:13 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 11:15 – a. Di dalam surah ini dua kali disebutkan “al `Aziz al Hakim” sebagi sifat Allah
6- 11:29 – b. Tujuan diturunkan al Qur’an
7- 12:01 – c. Salah satu tujuan kejadian langit dan bumi
8- 12:17 – d. Beberapa dalil tauhid telah dikemukan
9- 13:19 – e. Beberapa kesalahan berat orang-orang musyrikin
Nota Tambahan:
05:17 Atsar Sayyidina `Uthman r.a.: فهذا أثر معروف عن عثمان -رضي الله عنه-، وثابت عن عثمان بن عفان الخليفة الراشد الثالث -رضي الله عنه-، ويروى عن عمر أيضاً -رضي الله عنه-: إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-JAATHIYAH
================================
1. Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-‘Aziz Al-Hakiim) telah menjadikan alam semesta ini mempunyai tujuan tersendiri.
2. Untuk menerangkan tujuan itu, dalil-dalil al-Quran dikemukakan.
3. Oleh itu kamu hendaklah beriman kepada seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat yang dibawanya.
4. Hindarilah daripada pemujaan dunia dan hawa nafsu.
======================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-JAATHIYAH
======================================
Beberapa kesalahan berat orang-orang musyrikin Mekah:
a) Percaya bahawa ada tuhan selain Allah sebagai pelindung, penolong dan penyelamat.
b) Walaupun telah menerima seruan tauhid, mereka terus menunjukkan sikap takabbur dan sombong terhadap ayat-ayat tuhan.
c) Mereka tidak yakin terhadap hari akhirat.
d ) Mereka berhujjah, “Cuba kamu hidupkan kembali nenek moyang kita yang telah mati” (Ayat 25)
e) Mereka leka dan lalai terhadap pertemuan manusia dan tuhan di akhirat kelak.
f) Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai “ilah” (tuhan yang ditaati dan diturut kehendak-Nya).
g) Ada di kalangan mereka golongan “dahriyyah” (atheis) yang betul-betul memuja dunia.
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 45 – SURAH AL-JAATHIYAH