Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 44 – Surah ad-Dukhan

VIDEO – SURAH AD-DUKHAAN – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:37 – Mesej Utama

2- 04:55 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya

3- 07:29 – Perkaitan Surah Ad Dukhan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 08:57 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 09:00 – A. Di dalam surah ad-Dukhan, al-Qur’an dikatakan sebagai “kitab mubin” (kitab yang jelas)

6- 09:26 – B. Tuduhan orang-orang Quraisy bahawa Rasulullah s.a.w. gila, dirasuk dan diajar oleh pihak tertentu.

7- 10:33 – C. Awal-awal lagi seruan al Qur’an kepada tauhid uluhiyyah dikemukakan.

8- 11:14 – D. Di dalam ayat ke 9, dinyatakan keraguan orang-orang Quraisy dengan menggunakan perkataan “imtira’”

9- 11:40 -E. Antara jenayah yang dilakukan oleh Fira`aun ialah sikapnya yang bermaharajalela di muka bumi.

10- 12:17 – F. Kisah bagaimana Bani Israil terselamat daripada kezaliman Fira`aun dikemukakan.

11- 12:27 – G. Salah satu sifat Allah dikemukakan bahawa Dia menghukum orang-orang yang zalim

12- 12:36 – H. Di dalam surah ini, orang-orang Quraisy diberi amaran sebanyak 2 kali menggunakan perkataan “fartaqib” (Tunggulah).

13- 13:10 – I. Pada hari kiamat nanti, langit akan kembali menjadi asap.

SINOPSIS:

================================

MESEJ UTAMA SURAH AD-DUKHAAN

================================

1. Balasan buruk yang akan diterima oleh orang-orang yang menolak seruan al-Quran dan mengingkari aqidah tauhid dan aqidah adanya hari akhirat ialah kebinasaan di dunia dan akan masuk neraka.

2. Demikian juga balasan kepada orang-orang yang mengikut jejak langkah Fir’aun yang memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yang tinggi di muka bumi dengan jalan yang tidak benar.

=================================================

TEMA UTAMA DAN PENGAJARAN DARI SURAH AD-DUKHAAN =================================================

1. Sikap Fir’aun dalam “bermaharajalela” di muka bumi adalah hasil dan akibat daripada aqidah syirik: a) dalam menerima orang lain selain Allah membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia b) kerana menerima orang lain selain Allah sebagai hakim dan pemutus perkara.

2. Allah menghukum orang-orang yang zalim dan membinasakan penjenayah-penjenayah kemanusiaan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s