[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 51m 25s ] – SURAH AL-AHQAAF – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wj0b9qSyZnk ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 46 – SURAH AL-AHQAAF
1- 03:19 – Mesej Utama
2- 11:53 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya
3- 14:11 – Kesinambungan Surah Al-Ahqaaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 18:31 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 18:34 – a. Di dalam surah al Ahqaaf terdapat tema-tema yang membuktikan kebenaran ajaran tauhid
6- 21:06 – b. Surah ini termasuk dalam satu surah “jalaliyyah”
7- 27:06 – c. Manusia dipermalukan apabila dikatakan golongan jin lebih baik daripada mereka
8- 28:36 – d. Beberapa keistimewaan al-Qur’an dan seruan tauhidnya
9- 38:23 – e. Beberapa sikap orang-orang musyrikin Mekah
10- 47:02 – f. Di dalam surah al-Ahqaaf juga dinyatakan sebab-sebab utama bagi kebinasaan bangsa-bangsa
SINOPSIS
=============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-AHQAAF
=============================
Setelah percaya kepada al-Quran yang diturunkan oleh tuhan al-‘Azizul Hakiim dan mendapat pengajaran daripada akibat buruk yang menimpa kaum ‘Aad yang musyrik, kamu hendaklah menjadi penda’wah kepada al-Quran sepertimana sikap golongan jin yang berakidah tauhid.
=============================
TEMA UTAMA SURAH AL-AHQAAF
=============================
1. Kesombongan dan takabbur adalah penghalang yang paling besar kepada orang-orang musyrikin dari memeluk agama Islam dan sebagai balasannya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
2. Sebab-sebab utama bagi kebinasaan bangsa-bangsa:
a) Kerana kefasiqan mereka dengan menderhakai Allah dan melakukan perbuatan keji
b) memuja tuhan ciptaan mereka sendiri
c) kerana tidak mempercayai ayat-ayat Allah (sebagaimana yang menimpa kaum ‘Aad).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 46 – al-Ahqaaf
