[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 37m 20s ] – SURAH AR-RAHMAAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/XvN08gV_AWQ ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 55 – AR-RAHMAAN
1- 00:47 -Mesej Utama
2- 03:12 – Zaman Diturunkan
3- 06:51 – Ciri Khusus Surah
4- 07:23 – Kesinambungan Surah Ar-Rahman Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 12:32 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 12:35 – a. Di dalam surah ini lebih 30 kali tersebut firman Allah,
ia merupakan ayat tarji`.
7- 13:42 – B. Maksud perkataan “aalaa’”
8- 15:27 – C. Sifat Allah iaitu “Dzul Jalal” dan “Dzul Ikram” telah disebutkan 2 kali.
9- 18:28 Matan Jauharah Tauhid – Nombor 15
متن الجوهرة في التوحيد فَانْظُرْ إِلَى نَفْسِكَ ثُمَّ انْتَقِلِ ♣ لِلْعَالَمِ الْعُلْوِىِّ ثُمَّ السُفْـلِىْ “Maka perhatikanlah kepada diri mu, kemudian pindahlah kepada alam yang di atas, kemudian alam yang di bawah””
SINOPSIS
==================================
MESEJ UTAMA SURAH AR-RAHMAAN
==================================
1. Sifat Allah “Zul Ikraam” akan nyata di akhirat nanti kepada orang yang membenarkan “Lailahaillallah” dan sifat “Zul Jalaal” pula akan nyata kepada orang-orang yang mendustakan.
2. Selain mempelajari al-Quran, perhatikanlah tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta dan pada diri kamu; nescaya kamu akan percaya akan adanya azab dan pahala atau balasan baik dan buruk di akhirat nanti.
======================================
KELEBIHAN SURAH AR-RAHMAAN
======================================
1. Firman Allah, “Fabiai alaa irabbikuma tukazzibaan” diulang sebanyak 31 kali dengan tujuan untuk menyedarkan hati kecil manusia supaya mengelak diri dari mendustakan ayat-ayat Allah dan mendustakan Rasulullah yang membawanya. Di samping itu, ianya adalah supaya manusia bersyukur dengan ni’mat-ni’mat dari Allah.
2. Kalimat “Fabiai alaa irabbikuma tukazzibaan” ini tidak hanya menunjukkan erti ni’mat-ni’mat semata-mata tetapi ianya juga memberi erti qudrat, kuasa, keajaiban qudrat, kesempurnaannya, rahmat, ‘inayah, belas kasihan, kelebihan-kelebihan, sifat-sifat terpuji dan kesempurnaan-kesempurnaan. Makna yang tepat seharusnya diberikan berdasarkan “siyaq” (ayat sebelumnya) dan “sibaq” ayat (ayat selepasnya).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 55 – ar-Rahman
