Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 57 – Surah al-Hadid

VIDEO – SURAH AL-HADIID- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:37 – Mesej Utama

2- 04:13 – Zaman Diturunkan

3- 06:22 – Perkaitan Surah al-Hadid Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 07:12 – Perkaitan Tema-Tema Di dalam Surah al-Hadid

5- 10:38 – Beberapa Halangan Yang Tersebut Di Dalam Surah al-Hadid 

6- 11:28 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

7- 11:30 – A. (Ayat 3)  هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Melalui ayat ini zat (diri) Allah diperkenalkan

8- 13:12 – B. Galakan supaya membelanjakan harta dij alan Allah (infaq)

9- 16:20 – C. Daripada firman Allah (Ayat 10)

10- 17:47 – D. Melalui firman Allah (Ayat 16) أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ

11- 18:19 – E. Melalui firman Allah (Ayat 20) اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ F. Firman Allah (Ayat 21) سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ

12- 20:34 – G. Melalui firman Allah (Ayat 25)

13- 21:07 – H. Firman Allah (Ayat 27) وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ

14- 23:13  -I.  Perkataan “nur” beberapa kali digunakan di dalam surah ini.

SINOPSIS:

============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-HADIID

============================

Hendaklah kamu berjihad dengan harta benda dan jiwa raga dalam keadaan beraqidah tauhid yang benar di samping mengelak diri dari nifaq, cintakan dunia, kebakhilan dan kehidupan “rahbaniyyah”. Supaya dengan itu akhirnya tertegak kerajaan Islam yang menegakkan keadilan dan kesaksamaan sesuai dengan ajaran sekelian nabi dan rasul.

===============================

PENGAJARAN DARI SURAH AL-HADIID

===============================

1. Disebutkan sifat-sifat “as-Saabiqun” dan “Ashaabul yamiin”, iaitu orang-orang yang yakin sepenuhnya terhadap sifat-sifat Allah. Mereka berbelanja dengan banyak di jalan Allah dan mereka juga berjihad menentang musuh-musuh yang menceroboh dari luar. Mereka juga menegakkan keadilan dalam masyarakat.

2.Tanpa adanya aqidah tauhid dan pengetahuan tentang asma’ dan sifat Allah, jihad ialah suatu yang mustahil. Sebelum berjihad dengan jiwa raga, jihad dengan harta benda dengan membelanjakannya di jalan Allah adalah suatu yang mesti. Tanpa berjihad, negara Islam tidak mungkin ditegakkan dan tanpa adanya negara Islam, sistem yang adil tidak dapat ditegakkan.

3. Halangan paling besar di jalan iman ialah tidak mengetahui sifat-sifat Allah, halangan paling besar di jalan infaq ialah sifat bakhil dan cintakan dunia dan halangan paling besar di jalan jihad ialah cara hidup “rahbaniyyah”

—————————————

Beberapa peringkat dan fenomena kehidupan di dunia:

a) Permainan, seperti permainan kanak-kanak yang langsung tiada kelazatan.

b) Hiburan, yang walaupun ada kelazatan, tetapi hanya dirasai setelah manusia menjangkau usia remaja.

c) Perhiasan – gaya hidup dan persolekan yang diminati setelah manusia di peringkat dewasa.

d) “Tafaakhur” – peringkat di mana manusia suka menyebutkan kelebihan dan berbangga serta menganggap dirinya lebih dari orang lain.

e) Berlumba-lumba memperbanyakkan harta supaya melebihi orang lain dan seronok dengannya.

f) Keinginan mempunyai lebih ramai anak berbanding orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s