[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 23m 39s ] – SURAH AL-MUMTAHANAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3f7SnJz6VLs ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 60 – AL-MUMTAHANAH
1- 00:39 – Mesej Utama
2- 02:47 – Zaman Diturunkan
3- 07:09 – Hadith – لَعَلَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ اطَّلَعَ علَى أهْلِ بَدْرٍ فَقالَ: اعْمَلُوا ما شِئْتُمْ فقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ
4- 15:04 – Perkaitan Surah Al-Mumtahanah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 16:06 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 16:08 – a. Surah ini menjelaskan bahawa perhatian yang serius perlu diberikan terhadap pergerakan orang-orang munafiqin demi meneguhkan negara Islam
7- 20:37 – b. Firman Allah لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ (Ayat 1)
8- 22:35 – c. Melalui firman Allah لَن تَنفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ ۚ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (Ayat 3)
SINOPSIS
====================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-MUMTAHANAH
====================================
1. Bagaimana untuk menjadi rakyat dalam sebuah negara Islam.
2. Polisi luar negara Islam (hubungan antarabangsa)
3. Kesetiaan terhadap negara Islam.
4. Arahan supaya memutuskan hubungan dengan orang-orang kafir dan musyrikin seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
5. Arahan memutuskan hubungan dengan kerajaan-kerajaan kafir.
========================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-MUMTAHANAH
========================================
1. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang yang ada di dalam kubur” (Mumtahanah – Ayat 13).
2. Perhatian yang serius perlu diberikan terhadap pergerakan orang-orang munafiqin demi meneguhkan negara Islam. Umat Islam juga diarahkan supaya berhati-hati terhadap pengintip-pengintip dari luar.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 60 – al-Mumtahanah
