Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 62 – Surah al-Jumu`ah

VIDEO – [Durasi – 10m 04s ] – SURAH AL-JUMU’AH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 62–  AL-JUMU’AH

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:46 – Mesej Utama

2- 02:06 – Zaman Diturunkan

3- 04:18 – Kelebihan Surah Al-Jumu`ah

4- 04:26 – Perkaitan Surah Al-Jumu`ah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 05:20 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

6- 05:23 – a. Dengan melantik Rasul terakhir daripada kalangan “ummiyyin” (Bani Ismail)

7- 05:38 – b. Perkataan “fadhlullah” dua kali digunakan didalam surah ini

8- 05:53 – c. Empat tujuan utama kebangkitan Rasulullah s.a.w. disebutkan

9- 07:35 – d. Perkataan “zholimin” digunakan dua kali untuk orang-orang Yahudi 1

0- 07:49 – e. Perkataan “zikrullah” juga dua kali digunakan di dalam surah ini.

SINOPSIS

==============================

MESEJ UTAMA SURAH AL-JUMU’AH

==============================

1. Tujuan kebangkitan Rasul yang terakhir, Muhammad s.a.w adalah untuk pembersihan jiwa manusia.

2. Perlu adanya keseimbangan di antara kehidupan beragama dan dunia.

3. Mengelak diri daripada sifat sombong kerana keturunan dan ilmu seperti sikap orang-orang Yahudi

4. Bersihkanlah jiwa kamu dengan mengamalkan amalan-amalan kemasyarakan dalam agama (seperti perhimpunan pada hari Jumaat)

===========================

KELEBIHAN SURAH AL-JUMU’AH 

==========================

Rasulullah s.a.w selalu membaca Surah al-Juma’ah dan Surah al-Munafiqun dalam sembahyang Jumaat.

====================================

PENGAJARAN DARI SURAH AL-JUMU’AH

====================================

Umat Islam diarahkan beriltizam dengan jama’ah dan membentuk satu komuniti yang kuat; mereka diminta menjauhi sikap dan perangai orang-orang Yahudi.

============

TEMA UTAMA

============

Tujuan utama kebangkitan Rasulullah s.a.w ialah membaca al-Quran, mengajar al-Quran dan mengajar hikmat – sebagai tazkiah yang bermaksud untuk meperbaiki akhlak dan peribadi dan memajukan diri. Tazkiah aqal fikiran ialah membetulkan aqidah. Tazkiah amalan ialah dengan memilih cara-cara sunnah dan mengelakkan dari bid’ah. Tazkiah hati bererti melakukan segala perkara kerana Allah. Tazkiah hendaklah di peringkat individu, keluarga dan masyarakat.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 62 – al-Jumu’ah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s