[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 07m 41s ] – SURAH AL-KAFIRUN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/NXkGFAgJZ8Y ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 109 – AL-KAFIRUN
1- 00:43 – Mesej Utama
2- 01:46 – Zaman Diturunkan
3- 03:58 – Kelebihan Surah Al-Kafirun
4- 04:03 – Perkaitan Surah Al-Kafirun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 06:26 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
=======================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-KAFIRUN
=======================================
Perintah supaya tidak menyembah selain Allah dan menyatakan secara terbuka sikap tidak ada hubungan dengan agama orang-orang kafir
====================================
PENGAJARAN DARI SURAH AL-KAFIRUN
===================================
Surah ini mengisytiharkan putus hubungan dan tiada kaitan langsung di antara tauhid yang diperjuangkan agama Islam dan kesyirikan. Tiada sebarang kompromi dan tolak ansur dalam bab aqidah dan ibadat terutamanya dalam bab tauhid. Ianya adalah berita gembira kerana orang-orang Islam yang bertegas dengan aqidah tauhid akhirnya akan mendapat kemenangan.
===========================
KELEBIHAN SURAH AL-KAFIRUN
===========================
Rasulullah s.a.w membaca Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas dalam dua rakaat sunat Subuh dan dua rakaat sunat tawaf.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 109 – al-Kafirun
