Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 113 – Surah al-Falaq

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 54s ] – SURAH AL-FALAQ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Q8jHNBC8yGc ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 113 –  AL-FALAQ

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 

1- 01:49 – Mesej Utama

2- 02:40 – Zaman Diturunkan

3- 03:08 – Kelebihan Tiga Surah Terakhir Di Dalam Al Qur’an Dan Mu`awwizatain

4- 03:13 – Perkaitan Surah Al-Falaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 03:41 – Beberapa Kata Kunci

6- 03:50 – “Rabb” mempunyai 5 erti

7- 04:55 – Beberapa Tema Utama Surah

SINOPSIS

                                                            ============================

                                                            MESEJ UTAMA SURAH AL-FALAQ

                                                            ============================

Arahan supaya berlindung kepada Rabb daripada empat macam kejahatan (iaitu kejahatan makhluk, malam, sihir dan hasad). Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Quran maka unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat akan cuba melemahkan semangatnya. Al-Quran mengajarkan langkah (iaitu dengan membaca surah al-Falaq dan Surah an-Naas) untuk memelihara diri dari gangguan segala yang tidak baik.

=========================================================================

KELEBIHAN TIGA SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN (AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS

=========================================================================

1. Surah al-Falaq dan An-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam.

2. Rasullullah menyuruh membaca dua surah ini selepas setiap solat fardhu.

3. Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.

4. Rasulullah membaca Surah al-Falaq dan An-Naas ketika sakit yang membawa kepada kematian Baginda s.a.w

                                         ==============================================

“RABB” ialah,

a) Tuhan yang membesarkan, menyuburkan dan memberikan tenaga.

b) Tuhan yang menjaga, mengawal dan melindungi

c) Tuhan yang menguasai dan mengatasi segala-galanya

d) Yang mengumpulkan, menyiapkan dan membekalkan keperluan segala makhluk

e) Pemilik dan tuan alam semesta 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 113 – al-Falaq

 
 

Leave a comment