[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 18m 43s ] – SURAH AN-NAAS – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yAra90bNrs8 ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 114 – AN-NAAS
1- 01:10 – Mesej Utama Dan Zaman Diturunkan
2- 02:09 – Perkaitan Surah An-Naas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
3- 08:06 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
4- 08:09 – a. “Rabb” seperti disebutkan sebelum ini bererti Tuhan yang menjaga, melindungi, mengawal, mengurus, mentadbir, mengatasi sekalian yang lain, tuan, pemilik alam semesta dan yang dapat memberi perlindungan sepenuhnya.
5- 13:09 – c. “Malik” bererti raja, penguasa yang mempunyai kuasa mutlak, kuasa yang paling besar dan tinggi yang dapat memberi perlindungan.
6- 13:50 – c. “Ilah” perkataan “Ilah” mengandungi tujuh makna
7- 14:51 – d. “Was was” bererti bisikan halus, suatu pergerakan yang tidak dapat dirasai dan dikesan.
8- 16:35 – e. “Khannas” yang menyerang berkali-kali secara senyap-senyap dan secara sembunyi
SINOPSIS
===========================
MESEJ UTAMA SURAH AN-NAAS
============================
a) Arahan supaya berpegang teguh dengan tauhid rububiyyah, tauhid mulukiyyah (atau haakimiyyah) dan tauhid uluhiyyah untuk menyelamatkan diri daripada kejahatan dan keburukan tiga perkara (was-was, manusia dan jin).
b) Apabila seseorang Islam hendak melaksanakan hukum-hukum dan perintah al-Quran maka unsur-unsur negatif dan kuasa-kuasa jahat akan cuba melemahkan semangatnya. Al-Quran mengajarkan langkah untuk memelihara diri dari gangguan segala yang tidak baik.
c) Dengan adanya perlindungan tuhan yang mempunyai sifat-sifat tauhid ini, manusia dapat memelihara dirinya daripada gangguan kejahatan manusia dan juga jin.
===========================================================================
KELEBIHAN TIGA SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN (AL-IKHLAS, AL-FALAQ DAN AN-NAAS)
===========================================================================
a) Surah al-Falaq dan An-Naas melindungi pembacanya dari bencana alam.
b) Rasulullah s.a.w menyuruh membaca dua surah ini selepas setiap solat fardhu.
c) Sebelum tidur Rasullulah s.a.w membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas kemudian meniup pada kedua belah tapak tangannya lalu menyapu pada muka dan seluruh badan.
d) Rasulullah membaca Surah al-Falaq dan An-Naas ketika sakit yang membawa kepada kewafatan Baginda s.a.w
====================================================
MAKSUD “RABB”, “MALIK” DAN “ILAAH”
=====================================================
A. RABB bermaksud Tuhan yang menjaga, melindungi, mengawal, mengurus, mentadbir, mengatasi sekelian yang lain, tuan, pemilik alam semesta dan yang dapat memberi perlindungan sepenuhnya.
B. MALIK – bererti raja, penguasa yang mempunyai kuasa mutlak, kuasa yang paling besar dan tinggi yang dapat memberi perlindungan.
C. ILAAH mengandungi tujuh makna, iaitu:
1) Tuhan yang melindungi
2) Yang mengampunkan
3) Yang memenuhi hajat sekelian makhluk
4) Yang penuh dengan rahsia
5) Yang semua berusaha mencari dan merinduinya
6) Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi serta dapat memberi perlindungan
7) Yang layak disembah dan ditaati dengan sungguh-sungguh.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 114 – an-Naas
