Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 100 – Surah Al-‘Aadiyaat

VIDEO  – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 100 – Surah Al-‘Aadiyaat- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة العاديات
بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا (1) فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا (2) فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا (3) فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا (4) فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا (5) إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6) وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (7) وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ (8) أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ (9) وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ (10) إِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَخَبِيرٌ (11)

 TERJEMAHAN SURAH AL-‘AADIYAAT

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

(2) Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

(3) Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

(4) Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

(5) Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

(6) Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

(7) Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

(8) Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

(9) (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

(10) Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

(11) Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

==================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
==================================================

1. Kezaliman orang yang ingkar, dia zalim kepada orang lain lebih dari binatang.

2. (Ada kalanya) Haiwan, contohnya kuda lebih patuh daripada tuannya sendiri.

3. Manusia yang tidak mentauhidkan Allah, dan tidak ingat tentang akhirat dan tamakkkan “dunia” adalah dia lebih zalim dari binatang yang dia pelihara.

4. Allah berikan satu contoh.

5. “Demi kuda-kuda yang mengeluarkan bunyi semasa ia berlari”

6. ” ‘Adiaat” bermakna kuda yang laju, yang pakar berlari dan berbunyi (kencang nafasnya semasa berlari)

7. “Demi kuda-kuda yang memercikkan bunga api bila kakinya bersentuh batu semasa berlari”

8. “Demi kuda-kuda yamg sanggup merempuh musuh di pagi hari (sebelum subuh)”

9. “Demi kuda-kuda yang menerbangkan debu (semasa menyerang musuh)”

10. “Demi kuda-kuda yang sanggup bertempur ditengah-tengah musuh”

11. (Kuda-kuda itu berbuat demikian) kerana semata-mata patuh kepada tuannya. Tuannya menarik tali kekang supaya memecut.
Dia pun memecut, dia berlari sehingga keluar bunga api dari kakinya. Dia bersedia untuk berkhidmat walaupun kuda-kuda lain sedang tidur. Dia sanggup merempuh musuh walaupun dia tahu dia mungkin akan mati. dia boleh masuk ke tengah-tengah medan (pertempuran)

12. (Ini adalah) semata-mata kerana patuh kepada tuannya.

13. Allah ingin beritahu kepada kita,

14. “Sesungguhnya manusia amat tidak patuh (bersyukur) kepada tuhannya”

15. Hakikatnya, manusia tidak bagi apa-apa pun pada kuda;dan kuda tidak dapat banyak (manfaat) dari tuannya. Tapi ia (amat) patuh kepada tuannnya.

16. Sedangkan, segala-gala yang manusia dapat adalah dari Allah. Tetapi manusia tidak mampu patuh pada Allah.

17. Sesungguhnya diri manusia amat tidak bersyukur dan tidak mematuhi tuhannya. Tidak sebagaimana kuda dengannya (manusia).

18. Kenapa manusia tidak patuh (kepada tuhannya)? Ini adalah kerana cinta “dunia”.

19. Sesungguhnya dia sendiri bersaksi bahawa dia tidak patuh kepada tuhannya! Sesungguhnya dia sangat-sangat kasih kepada harta.

20. Dengan sebab itu larangan-larangan Allah tidak diendahkannya.

21. Perintah-perintah Allah tidak diendahkan; semuanya kerana harta.

22. Cinta harta menyebabkan dia derhaka (kepada tuhannya).

23. Walaupun dia sebenarnya hamba Allah, dan segala-galanya
adalah pemberian daripada Allah, dia tetap derhaka kerana cinta pada harta.

24. “Rawatan” kepada penyakit cinta kepada harta ialah “mati”.

25. “Tidakkah dia tahu, bila dia dibangkitkan dari kubur. Dan akan dizahirkan, apa saja yang ada dalam hatinya”. Syirik atau pun iman.

26. Maka di ketika itu terserlah keadaaan dan balasan yang sebenar.

27. Perkara pertama yang dinilai adalah hatinya. kalau ada iman, maka ditengok baik atau buruk amalnya
.
28. Jika amal baiknya lebih banyak maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, jika amal buruknya lebih banyak dia masuk neraka terlebih dahulu, kemudiannya barulah dimasukkan ke masuk syurga

29. Tetapi jika hatinya kufur, dia terus dihumbankan ke dalam neraka, tiada pilihan lagi

30. Sesungguhnya Rabb mereka , pada hari itu amat mengetahui

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s