Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 105 – Al-Fiil

VIDEO – Tafsir al-Quran (Ringkas) – Surah No 105 – Al-Fiil- [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018

سورة الفيل
بسم الله الرحمن الرحيم

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5)

TERJEMAHAN SURAH AL-FIIL

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

(2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

(3) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –

(4) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –

(5) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
====================================================

1. Melalui surah al-Fill, kita tahu tentang akibat dari “cinta dunia”

2. Raja Yaman memerhatikan bahawa orang Mekah dapat mengumpulkan banyak harta kerana ramai orang pergi menunaikan haji di sana

3. Orang Mekah adalah orang yang bertuah, walaupun Mekah tidak mempunyai hasil bumi, tapi semata-mata kerana kedatangan manusia ke sana mereka boleh hidup

4. (Melihat keadaan ini) Raja Yaman bermesyuarat dan membuat keputusan untuk membina “Kaabah” di Yaman. (Dengan harapan) orang akan datang dan menjalankan perniagaan di sana

5. Sang Raja menyangka bahawa orang berhimpun di Mekah kerana mengejar harta benda dunia. Kerana biasanya bila ada orang berkumpul, maka akan ada lah habuan dunia

6. Dia bina sebuah “kaabah” yang besar di Yaman dan menjemput orang luar datang ke sana. Tetapi tidak ada yang mengunjungi “kaabah” yang dia bina

7. Mereka membuat keputusan untuk meruntuhkan Kaabah di Mekah untuk menarik orang supaya mengunjungi “kaabah” mereka di Yaman

8. Dalam fikiran mereka Kaabah adalah untuk mendapat kepentingan dunia

9. Lalu, mereka pergi ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah di sana

10. Orang Mekah melarikan diri, dan bila ditanya mengapa mereka melarikan diri sedangkan mereka adalah penjaga Kaabah. Lalu dijawab, kami hanya jaga kambing dan unta, Kaabah ada yang menjaganya, jadi kami tidak perlu jaga Kaabah.

11. Allahlah yang jaga lambang tauhid dan Kaabah adalah lambang tauhid.

12. Walaupun ahli tauhid tidak ada (di Mekah), tapi Allah tetap jaga lambang tauhid.

13. Dari sini kita dapat tahu bahawa, dalam perkara agamapun manusia mencari “dunia”. Di mana (kita dapati) bilamana ada kumpulan agama, maka terdapatlah individu-individu (yang mengambil kesempatan) mencari rezeki.

14. “Tidakkah kamu tahu, bagaimana Allah, Rabb kamu, telah lakukan terhadap tentera bergajah”

15. Tentera yang paling hebat di zaman itu, datang dengan gajah, dengan hasrat meruntuhkan Kaabah untuk memajukan negerinya.

16.”Tidakkah Allah jadikan usaha jahat mereka itu sia-sia?”

17. “Allah lepaskan burung-burung Ababil untuk lawan gajah”

18. “(Yang) melemparkan ke atas mereka dengan batu dari sijjil.
Lalu Allah jadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat menjadikan badan mereka berlubang-lubang

19. Mereka menghina lambang tauhid demi kepentingan duniawi, lalu Allah hancurkan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s