Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 106 – Quraisy

VIDEO – [Durasi  02m 19s] -Surah No 106 – Quraisy – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/E5V6pKgQPrI ]

سورة قريش
بسم الله الرحمن الرحيم

لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)

TERJEMAHAN SURAH QURAISY

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)

(2) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),

(3) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,

(4) Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

====================================================

EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================

1. (Melalui surah ini) Allah beritahu kepada orang-orang Quraisy yang mereka tidak mempunyai apa-apa di Kaabah ini kerana buminya gersang.

2. Dari dulu sehingga zaman nabi, Mekah ini bukan kawasan tumbuh-tumbuhan

3. Yang ada hanya air zam-zam, sebagai anugerah dari Allah, bantuan Allah kepada nabinya

4. Tapi Allah bagi rezeki kepada orang Mekah kerana tinggal di Mekah, di negeri lambang tauhid

5. Hendaklah kamu bertauhid kepada Allah sesuai dengan tempat kamu tinggal iaitu di negeri lambang tauhid

6. Biasanya orang Quraisy, bermusafir untuk berniaga di musim sejuk di negeri Yaman dan di musim panas di negeri Syam

7. Mereka tidak diganggu kerana tinggal di mana adanya Kaabah, dan mereka boleh pergi ke Syam dan Yaman (tanpa diganggu)

8. Mereka diberi rezeki kerana berdagang tanpa diganggu semata-mata kerana tinggal bersama-sama lambang tauhid (Kaabah)
9. Oleh kerana kamu diberi rezeki kerana duduk di tempat lambang tauhid, kamu hendaklah beribadat kepada tuan Kaabah

10. Dialah sebenarnya yang memberi makan kepada kamu (bila kamu lapar). Dialah memberi keselamatan kepada kamu bila kamu rasa takut

11. Dengan tinggalnya kamu di sekitar Kaabah, orang hormat kepada kamu dan kamu tidak diganggu seperti orang lain

12. Wahai orang Mekah, kamu sepatutnya hanya beribadat kepada Allah taala, tuan kepada Kaabah

Leave a comment