VIDEO – [Durasi 02m 04s] -Surah No 109 – Al-Kafiruun – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/iiPI9Tm2EiU ]
سورة الكافرون
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)
TERJEMAHAN SURAH AL-KAAFIRUUN
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
(2) “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(3) “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
(4) “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
(5) “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
(6) “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
====================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================
1. Kita Hendaklah Memutuskan Hubungan Dengan Golongan Yang Ingkar
2. Katakanlah kepada mereka, iaitu kepada golongan yang ingkar,
“Aku tidak akan puja apa yang kamu puja, aku tidak akan seru apa yang kamu seru, aku tidak akan melakukan ibadat sebagaimana kamu melakukan ibadat”
3. “Dan kamu juga tidak akan puja apa yang aku puja (pada masa ini pun)”
4. “Dan aku pada masa akan datang, tidak akan memuja apa yang kamu puja”
5. “Dan kamu juga (pada masa akan datang), tidak akan puja apa yang akan puja”
6. Pemutusan (hubungan) dengan mereka adalah untuk masa sekarang dan masa akan datang.
7. Oleh itu, kamu dengan agama (syirik) kamu, dan aku dengan agama (tauhid) ku.
8. Ingatlah bahawa kita tidak boleh bertolak ansur tentang agama (tauhid)
9. Sebelum turun surah ini, orang kafir Mekah telah mengemukakan cadangan pada nabi
10. “Apakata kalau hari ni kami ikut tauhid, esok engkau ikut tawassul”
11. Jadi kita bahagi-bahagikan antara kita (antara aqidah tauhid dan aqidah syirik). Maka Allah turunkan surah ini.
12.Tauhid dengan tawassul (mengadakan “perantara” di antara tuhan dan makhluk) tidak dapat wujud bersama seperti tidak boleh wujud bersamai di antara air dengan api.
13. Oleh itu, beritahu kepada mereka, “Kamu bersama agama kamu (yang syirik dan tawassul), dan aku dengan agama aku (tauhid yang tulin)
14. Ianya dinamakan “muqata’ah” (memutuskan hubungan)
