VIDEO – [Durasi 11m 23s] -Surah No 64 -at-Taghaabun – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/qyb7Gc6Uckw ]
TERJEMAHAN SURAH AT-TAGHAABUN
سورة التغابن
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ خَـٰلِدِينَ فِيهَا ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ ١٠ مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ١١ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلَـٰغُ ٱلْمُبِينُ ١٢ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١٣ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ مِنْ أَزْوَٰجِكُمْ وَأَوْلَـٰدِكُمْ عَدُوًّۭا لَّكُمْ فَٱحْذَرُوهُمْ ۚ وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ١٤ إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌۭ ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌۭ ١٥ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًۭا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ١٦ إِن تُقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا يُضَـٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ ١٧ عَـٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ ١٨
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(2) Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
(3) Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
(4) Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
(5) Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(6) (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:” Patutkah manusia (yang seperti kami – menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
(7) (Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: “Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
(8) Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran – yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
(9) (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), – itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(10) Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(11) Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(12) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
(13) Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
(14) Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(15) Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(16) Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(17) Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
(18) Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan trejemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
===============================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===============================================
1. Surah At-Taghaabun dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu, dari ayat 1-13, mengenai tauhid, dan bahagian kedua ialah dari ayat 14 hingga akhir.
2. “Taghaabun” maknanya, “zahirnya kerugian”, yang bermaksud di akhirat nanti akan zahirnya kerugian. “Kerugian” ini ialah kepada kedua-dua golongan; iaitu, orang kafir yang ingkar dan berdosa akan rugi kerana balasan-balasan yang dahsyat yang akan diterima dan orang mukmin juga rugi kerana tidak sempat melakukan amalan baik yang banyak, berjuang dan berkorban seperti yang sepatutnya.
3. “Bertasbih dan memuji-muji Allah taala makhluk di langit dan makhluk di bumi”.
4. “Milik Allahlah kerajaan dan milikNyalah pujian. Dan Dialah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. 5. “Dialah Allah yang telah mencipta kamu”
6. “Maka ada di antara kamu yang ingkar dan ada di antara kamu yang benar-benar beriman”.
7. “Dan Allah maha melihat segala amalan yang kamu lakukan”
8. Kudrat Allah taala iaitu, “Allah telah menciptakan langit dan bumi bagi menzahirkan kebenaran.”
9. “Dan Dia telah menentukan bentuk rupa kamu dan Dia telah memperelokkan rupa kamu”
10. “Kepada-Nyalah kembali semua makhluk”
11. Ilmu Allah taala iaitu, “Dia Maha Mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi”
12. “Dan Dia maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan.”
13. “Dan Allah Maha Mengetahui rahsia-rahsia yang ada di dalam hati (dan di dalam dada kamu).”
14. “Belumkah sampai kepada kamu berita orang-orang yang ingkar sebelum ini?”
15. Di dunia dahulu, “Mereka telah merasai hukuman (kesan buruk) dari amalan mereka”.Dan di akhirat nanti, “Azab yang sangat pedih”
16. Kenapakah mereka ditimpakan hukuman di dunia dan di akhirat?
17. “Hukuman itu dikenakan kerana telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan dalil dan bukti”. Tetapi mereka tidak menerima dengan baik nasihat rasul-rasul tersebut.
18. Mereka berkata, “Patutkan manusia (seperti kami) yang akan memimpin (kami) kepada agama?”
19. “Mereka ingkar kerana nabi-nabi itu terdiri dari kalangan manusia (seperti mereka). Dan mereka berpaling dari taat. Dan Allah taala tidak berhajat kepada ketaatan mereka. Dan Allah taala Maha Kaya lagi Terpuji”
20. “Orang-orang ingkar menyangka (tidak yakin) mereka akan dibangkitkan semula untuk dibalas”
21. “Katakanlah (kepada mereka). Kenapa tidak? Bahkan, demi tuhanku, kamu pasti akan dibangkitkan semula untuk dibalas. Bila bangkit, kamu akan diberitahu apa yang telah kamu lakukan (sebagai hukuman dan balasan). Adapun yang demikian (bangkit dan pembalasan itu) bagi Allah adalah amat mudah”.
22. Oleh kerana itu, “Hendaklah kamu benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya dan kepada cahaya (al-Quran) yang Kami turunkan. (Dan dalam melakukan amal ini, hendaklah kamu ikhlas), kerana Allah taala maha Mengetahui apa yang kamu lakukan”.
23. “Hari bila Allah taala kumpulkan kamu di akhirat, Hari Pengumpulan semua manusia, hari itu ialah hari yang diperlihatkan kerugian masing-masing”
24. “Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh nescaya akan dimaafkan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosanya dan akan dimasukkan ke dalam kebun-kebun syurga yang luas. Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Serta kekallah di dalam syurga itu selama-lamanya. Itulah kejayaan yang agung”. Semoga Allah taala pilih kita.
25. “Dan orang-orang yang mendustakan dan mengingkari ayat-ayat kami, mereka adalah penghuni neraka. Kekallah mereka di dalamnya. Dan seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka”. Semoga Allah taala lindungi kita.
26. “Tidak menimpa mana-mana musibah kecuali semuanya dengan izin dan takdir dari Allah”.
27. “Dan sesiapa yang benar-benar yakin kepada Allah taala, Allah akan pimpin hatinya supaya sabar.” Dan sesiapa yang benar-benar meyakini janji Allah maka Allah akan pimpin hatinya supaya sabar kerana musibah itu datangnya dari Allah.
28. Musibah datang dari Allah atas sebab-sebab tertentu. Hikmah-hikmah tersebut, di antaranya adalah sebagai peringatan kepada hamba tentang musibah di hari akirat nanti dan hikmah keduanya, untuk menggandakan pahala bila dia bersabar. Ketiganya adalah sebagai hukuman sementara sebelum datangnya musibah besar di akhirat.
29. “Dan Allah taala Maha Mengetahui segala sesuatu”
30. Oleh itu, di dunia ini, “Patuhilah hukum Allah dan patuhilah sunnah Rasul”
31. “Maka sekiranya kamu berpaling dari taat, sesungguhnya tugas rasul Kami hanya menyampaikan wahyu ini sejelas-jelasnya”
32. “Allah, tidak ada illah melainkan Dia. Dan kepada Allah sahajalah hendaknya berserah mereka yang benar-benar beriman”
33. “Wahai mereka yang beriman! Ada sebahagian dari isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh kepada kamu. Oleh kerana itu berwaspadalah terhadap mereka (berjaga-jaga terhadap fitnah daripada mereka)”.
34. “Sekiranya kamu memaafkan mereka (tidak menghukum mereka) dan tidak menyebut keburukan mereka, dan memohon supaya mereka diampunkan oleh Allah taala (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”
35. “Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-pinak kamu adalah ujian besar dari Allah”.
36. “Fitnah” bermaksud ujian besar, ujian di segi agama.
37. “Di sisi Allah disediakan pahala yang besar untuk orang-orang yang taat”.
38. “(Berkenaan harta dan anak pinak kamu hendaklah kamu takut kepada Allah), setakat kemampuan kamu. Dan hendaklah kamu dengar nasihat dari Allah taala”
39. Ada perkara yang kita hanya perlu tahu, tapi tidak perlu buat atau laksanakan. Contohnya manusia perlu tahu dari Allah apakah benda-benda yang diharamkan. Bukannya untuk dilakukan, tetapi untuk ditinggalkan. Kita perlu tahu perkara-perkara syirik supaya tidak terjatuh dalam syirik.
40. “Dan hendaklah kamu dengar”, nasihat-nasihat dari Allah taala.
41. “Dan hendaklah kamu patuhi”, perkara-perkara yang wajib dilakukan.
42. “Dan hendaklah kamu infaqkan harta kamu, nescaya infaq itu lebih baik untuk kamu.”
43. “Dan sesiapa yang dapat mengelakkan diri dari sifat tamak (yang membawa kepada kedekut) dalam dirinya, mereka itulah golongan yang berjaya (di dunia dan di akhirat)”.
44. “Sekiranya jika kamu sanggup memberi pinjaman dengan cara infaq kepada agama Allah, infaq yang ikhlas, nescaya digandakan kepada kamu balasan dan Allah taala akan tutupkan kesalahan dan dosa kamu”.
45. “Allah taala menghargai jasa-jasa hamba dan dibalasNya dan Allah tidak cepat menghukum kesilapan dan dosa yang dibuat oleh hamba-Nya”
46. “Dialah Maha mengetahui perkara yang ghaib (bagi manusia) dan perkara ynag nyata. Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
