Tafsir Al-Quran – Maulana Abd Hadi Yaakob – Surah No 91 – Asy-Syams

VIDEO – [Durasi  04m 40s] -Surah No 91 – Asy-Syams – [Dgn Sarikata]-Maulana Hadi – 2018 – [Tafsir al-Quran (Ringkas)]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/YME82C7APvc ]

سورة الشمس
بسم الله الرحمن الرحيم

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (1) وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا (2) وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا (3) وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا (4) وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا (5) وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا (6) وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10) كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (11) إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا (12) فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا (13) فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا (14) وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا (15)

TERJEMAHAN SURAH ASY-SYAMS

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

(1) Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

(2) Dan bulan apabila ia mengiringinya;

(3) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

(4) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

(5) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya);

(6) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

(7) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

(8) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –

(9) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

(10) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(11) (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

(12) Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

(13) Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”

(14) (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

(15) Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]

===================================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================

1. Surah as-Syams menceritakan tentang perbedaan aqidah di kalangan manusia, sedangkan Surah al-Lail menceritakan tentang perbedaan amal.

2. “Demi matahari dan cahaya pagi”

3. “Dan demi bulan yang mengikuti matahari”. Maksudnya, apabila matahari hilang, bulan pun muncul.

4. “Dan demi siang yang menampakkan matahari”

5. “Dan demi malam yang menutupi matahari”

6. “Demi langit dan binaannya yang kukuh dan teguh”

7. “Dan demi bumi yang keadaannya yang menghampar”

8. “Dan demi roh dan penyempurnaannya”

9. Ayat-ayat di atas adalah merupakan “sumpahan” (qasm)

10. Allah taala bagi ilham, iaitu beritahu kepada roh-roh ini, bahawa ada jalan-jalan ke neraka dan juga ada jalan-jalan taqwa

11. “Sesungguhnya berjayalah di dunia dan di akhirat orang-orang yang dapat membersihkan jiwanya (rohnya)”

12. “Dan kecewalah seseorang yang menutupi (mengotori) jiwanya dari dibersihkan”

13. “Telah berdusta kaum Tsamud dengan pengingkaran dan kederhakaan”

14. Ketika mereka telah bersetuju untuk membunuh unta,
(pembunuh unta tersebut, Gudar) adalah dari kalangan yang paling celaka

15. Ketika bersegeranya Gudar yang dipersetujui oleh kaum Tsamud untuk membunuh unta

16. Walaupun hanya seorang yang melakukan kesalahan (pembunuhan unta), tetapi sebenarnya ianya atas persetujuan kaumnya

17. Apabila hukuman diturunkan kepada kaum Tsamud, ianya kena kepada orang yang melakukan dan juga mereka yang setuju dengan perbuatan tersebut

18. “Maka berkatalah Nabi Salleh kepada mereka, “Biarkan unta Allah minum di masa giliran minumnya”

19. “Tetapi mereka mendustakan Nabi Salleh lalu mereka menyembelih unta (yang melambangkan qudrat)”

20. “Lalu Allah menghancurkan mereka dengan sebab dosa mereka”

21. Lalu Allah ratakan hukuman ini kepada yang melakukan pembunuhan dan mereka yang bersetuju dengan pembunuhan itu

22. Dan Allah tidak hirau akibat ke atas tindakanNya mengazab orang-orang yang derhaka

Leave a comment